Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 67

BAB 67: Sarah dan Laila


               Hari yang dinantikan sudah tiba, Sarah datang bersama James dan Mak Esah pada waktu petang di majlis makan-makan kecil-kecilan sempena pertunangan Fauzi dan bakal isteri. Mak Esah jalan terlebih dahulu untuk bersembang dengan besannya. Nadirah dan Daniel sudah hadir pada tengahari tadi dan mereka sudah pulang awal.

               Sarah jalan bersama James. James pula jelas wajahnya malu-malu memerhatikan keadaan sekeliling. Sarah melihat James yang menutup wajah dan memandang bawah seakan-akan tidak mahu orang lain menyedari kewujudannya. Sarah tersengih. Sarah menghampiri James dan berkata perlahan.

               “Relax…Its not that they gonna eat you. We’re the one here gonna eat”.

               James tersenyum kecil. Apabila Sarah melihat James yang tersenyum kecil itu, dia teringat saat dia mengajak James hadir dua hari semalam.

*

               “What? Me?! Come to the engagement ceremony? Why? I don’t even know them… It’s embarrassing”, kata James melalui telefon.

               “The ceremony is not that big… its just small group of people… like my family, my sister in law’s family and the ‘bride to be’ family… Besides we will go there in the evening… when there are few people”, ajak Sarah.

               “But I’m not their family…”, kata James lagi gelisah. Dia agak malu untuk hadir ke majlis makan-makan kenalan Sarah. Sudahlah dia orang asing di tanah asing pula. Pasti perbezaan budaya itu sangat ketara.

               “Well, you will be part of my family… Right? Or…”, kata Sarah dengan nada suara yang sudah perlahan. Kening Sarah berkerut risau.

               James terdiam. Otaknya memproses kata-kata Sarah. Senyuman kecil terukir dan pantas dia membalas, “Yeah! Of course! I will be part of your family. You will be my wife… It means we will be family!”.

               Sarah pula terdiam. Kemudian wajah yang risau tadi kembali senyum, ‘Direct betul cakap…’.

               “It’s that guy that I had told you before… He invited you too”,kata Sarah.

               “Your ex-boyfriend?! What the…You guys still contacting?!”.

               “Ohh James… Please don’t use that ‘ex-boyfriend’ term. I feel want to puke… Besides, its not that we still contact each other… It is just because he is my sister in law’s family and he is just like younger brother. I feel so happy for him to meet his life partner though”.

               “I will go… to see him upclose. If he make any move on you…”.

               “No, he won’t. He scared of me”, sengihSarah.

               “I believe you then… but I feel weird when he invited me himself”.

               Sarah tersengih, “Oh… he just want to see you eat ‘sambal belacan”.

               James berkerut, “Some ball… what? What is that?”.

               Sarah ketawa mendengar James berkata demikian sambil menjawab, “ Hahaha… it is some kind of traditional food dip sauce!”.

*

               James dan Sarah makan di dalam rumah di kawasan yang agak tersorok memandangkan James agak menarik perhatian orang yang ada di sekitar mereka. Jadi Sarah ikutkan saja James hendak makan di kawasan mana. Setelah selesai makan Sarah makan kerepek yang tersedia di situ. James pula asyik minum air sirap sejuk dan airsejuk yang ada di situ memandangkan tidak tahan dengan sambal belacan. Kononnya James mencabar diri mengambil sambal belacan sebanyak 5 sudu. Sekali dia tidak dapat menahan kepedasan. Reseptor sakit di lidah James sememangnya sensitif.

               Kemudian James dapat melihat seorang lelaki yang berbaju melayu segak senyum ke arahnya dan menghampiri mereka.

               “Fauzi!...Tahniah atas pertunangan. Nikah nanti bila?”, senyum Sarah.

               “Insyaallah lagi dua minggu…”, senyum Fauzi.

               “Ohh sekejap sangat dahlah… Sarung cincin tunangnya dahlah ya? Bila?”,

               “Sarung cincinnya semalam dah dekat rumah bakal pengantin perempuan… tapi majlis makan-makannya kita buat dekat sini… sebab rumah Laila tu kecil katanya. Lagipun, nanti majlis kahwin pun buat belah lelaki saja… sebab itulah kita ajak sekali saudara mara Laila makan dekat sini waktu majlis tunang supaya masa majlis kahwin nanti diorang dah tahu dekat mana”, kata Fauzi.

               “Ohh unik ya…”, kata Sarah.

               “Senang buat sekali je… Laila kata tak membazir”, kata Fauzi lagi.

               “Ohh baguslah kalau macam itu”.

               “James? How’s the sambal belacan? It is good right?”,tanya Fauzi dengan senyuman.

               James terbatuk saat Fauzi berbicara dengannya, “yeah it is good… but I take it too many. So it is ridiculous spicy… but it is real authenthic though”.

               “Glad to hear that… Emm thank you for coming. I just see your picture in the Instagram but you are good looking Whiteman upclose. I bet that is why Sarah got smitten by you…”.

               “Look at that… he start that again”,sengih Sarah kepada James.

               James turut tersengih dengan pujian itu.

               “Please come again in my next ceremony for the wedding. You don’t need to cook that day… just come here with Sarah and eat here okay… The dishes that time will be twice authentic than today”, kata Fauzi lagi.

               James mengangguk.

               “May I borrow Sarah for a while…”, pintaFauzi.

               “Alright… just 3 minutes!”, kata James.

               Fauzi mengagguk dan Sarah mengikut Fauzi ke satu sudut rumah.

               “Ada apa Fauzi sampai nak bercakap privasi ni? Kenapa tak boleh je cakap masa tadi?”, Sarah tertanya-tanya.

               “Fauzi nak cakap tentang kita…”, kata Fauzi.

               Sarah terdiam.

               Disebalik dinding itu ada seseorang yang tercuri dengar.

               ‘Apa benda pula tentang kita ni?’, getus hati Sarah hairan.

               “Okay…”,kata Sarah dengan sedikit kerutan di kening.

               “Fauzi nak ucap terima kasih kepada Kak Sarah… tentang apa yang kita lalui bersama dulu”.

               Sarah masih diam menanti Fauzi sambung perbicaraannya dahulu.

               Laila yang mencuri dengar itupun berlalu pergi saat ada urusan lain, tetapi hati masih terasa risau dan berdegup kencang tatkala mendengar tunangnya berkata demikian kepada perempuan lain.

               “Fauzi nak minta maaf juga atas perangai Fauzi yang macam budak-budak dan entah apa-apa dulu. Fauzi sedar Fauzi banyak menyusahkan dan sakitkan hati Kak Sarah dulu. Memang padanlah tindakan Kak Sarah tinggalkan Fauzi. Sekarang Fauzi pun sudah belajar kesalahan Fauzi… dan upgrade diri untuk jadi yang lebih baik kerana Allah dan untuk Laila supaya Fauzi tak ulang perangai tingkatan lima dulu. Alhamdulillah… Kak Sarah pun jumpa orang yang lebih baik. Things are far better for us now. I guess family relationship between us are far stonger than what we had before… Alhamdulillah… walau macam manapun kita cop jodoh kita by couple or any similar with that… tapi hakikatnya Allah yang jagakan hal-hal itu untuk kita. Allah yang tetapkan pertemuan-pertemuan dan akhirnya kita dengan siapa…”.

               “Dulu…Fauzi selalu rasa kesal tapi sekarang Fauzi rasa macam tak pernah menyesal dengan apa yang jadi dan pandang pada sudut positif. Apa yang jadi dulu mengajar Fauzi untuk jadi lelaki yang lebih bertanggungjawab. Kak Sarah selalu cakap yang Kak Sarah anggap Fauzi macam adik-adik… Well I admit that… you really act like one, like a real sister…macam Kak Nad”, senyum Fauzi. Hati Fauzi agak sebak tetapi dia tidak mahu terlalu emosi. Maklumlah hari sudah semakin hampir hendak menjadi suami, debaran bujang itu terasa. Dia ingin memperbaiki keadaan dengan semua keluarganya termasuklah Sarah.

               Sarah senyum dengan pengakuan ikhlas Fauzi lalu berkata, “alhamdulillah… Kak Sarah pun doakan supaya bahagia ke anak cucu dengan Laila. Doakan Kak Sarah juga supaya urusan Kak Sarah dan James dipermudahkan…”.

               “Aminn”,kata Fauzi.

               “Kak Sarah… kalau kahwin dekat Australia… Belanjalah tiket flight. Nak datang juga majlis kahwin dekat Australia”, sengih Fauzi.

               “Eh?Hahaha”, Sarah terhibur.

               Laila berkerut melihat Sarah dan Fauzi bergelak ketawa dari jauh.

               Saat James dan Sarah hendak pulang, James bertanya Sarah.

               “What do you talk with him?”.

               “He pray for our wedding to go well”, senyum Sarah.

               “Ahh…I see”, James senyum kecil.

               Setelah selesai mengiringi James dan Sarah yang sudah beredar, Fauzi masuk ke dalam rumah kembali. Saat itu Laila kelihatan berpeluk tubuh memandangnya dengan kening yang sedikit berkerut.

               “Laila?”,senyum Fauzi.

               “Saya nak cakap sikit… pasal hal nikah”.




Previous: Bab 66
Next: Bab 68

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.