Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 1

BAB 1: Nadirah dan Daniel

Mak Esah atau kini dengan gelaran bakal mak mertua, menyarung cincin pertunangan di jari Nadirah. Nadirah memaksa dirinya untuk terus tersenyum walaupun jauh di lubuk hatinya terasa ingin menangis.


Ridiculous gila!’.


‘Ahh! Macam mana boleh jadi macam ni?!’.


Keluarganya dan keluarga bakal mertua diperhatikan Nadirah. Mereka semua gembira bersembang antara satu sama lain. Nadirah mengerutkan keningnya.


‘Macam mana diorang boleh happy macam tu?!’.


‘Diorang tak rasa pertunangan ni pelik ke?!’.


Lalu Nadirah melihat Daniel iaitu tunangnya di hujung sudut rumah. Wajah Daniel juga kelihatan gembira sekali. Jelas keikhlasan senyuman gembira yang terpancar diwajah Daniel.


Nadirah rasa bersalah.


Daniel tersedar yang Nadirah memandangnya, lalu Daniel kembali senyum kepada gadis dambaannya itu.


Nadirah tergamam apabila Daniel memandangnya dengan senyuman. Pantas Nadirah memandang tempat lain. Dia cuba menidakkan segala perasaan bingung yang hadir.


‘Nadirah tak boleh Nadirah! Jangan! Pertunangan ini tak akan kekal lama punya!’.


‘Danny tu baru17 tahun kot! Mustahil-mustahil…’.


Keluhan demi keluhan dilepaskan.


‘Nasi sudah menjadi bubur… Lagipun ini semua salah aku’, Nadirah tertunduk lalu melihat cincin pertunangan di jarinya. Nadirah mula mengimbas kembali.


**


Beberapa bulan sebelum pertunangan…


Nadirah keluar dari rumah pangsanya pada pagi untuk ke kerja. Dia senyum kepada jiran-jiran disekitarnya.


“Mak ayah sihat dekat kampung?”, tanya Cik Jah.


“Alhamdulillah…mak ayah sihat”.


“Hati-hati pergi kerja tu”, ramah Cik Jah.


“Baik cik”,senyum Nadirah.


Nadirah merupakan pembantu akauntan di sebuah syarikat audit. Dia merupakan pelajar lepasan diploma dan baru setahun jagung bekerja seawal usianya 22 tahun.


Rumah pangsa yang didiaminya merupakan amanah yang diberikan oleh orang tuanya untuk dijaga. Lagipun, rumah pangsa itu memudahkan Nadirah untuk berulang alik ke tempat kerja. Sebelum pindah ke kampung, keluarganya tinggal di situ. Apabila ayahnya mendapat wang KWSP, dapatlah mereka membina rumah di tanah ibu yang beradadi kampung. Lagipula mak ayahnya ingin tinggal di kampung di saat mereka tua,dekat pula dengan saudara mara.


Saat membuka pintu kereta Nadirah tersedar Daniel, anak jiran atas rumahnya sedang memerhatikannya. Nadirah hanya senyum dan melambaikan tangan.


Daniel tersentak dan pantas memandang tempat lain. Nadirah pelik dan hanya kembali masuk kedalam kereta.


Kemudian, bunyi motor kedengaran. Kelihatannya, rakan Daniel menjemput Daniel pergi ke sekolah.Nadirah dapat melihat gaya Daniel yang senyum kepada rakannya dan ketawa, lalu mereka beransur pergi.


Nadirah ketawa kecil. Apabila melihat Daniel, Nadirah terkenangkan zaman sekolahnya.


Masa sememangnya cepat berlalu.Nadirah ingat lagi bahawa Daniel dahulunya seorang budak hingusan,tapi kini dia sudah membesar.


“Nak main!”,kata Daniel.


“Tak boleh Danny tu budak tadika…ini mainan budak darjah-darjah”, kata kakaknya.


“Tahun depan Danny darjah satu lah”.


“Tak boleh ni mainan orang darjah lima”.


“Hahahaha…”,gelak Nadirah apabila melihat Sarah dan Daniel bertekak.


“Sarah…kita bagi jelah dia main kesian pula aku tengok dia ”,sengih Nadirah.


Daniel tersenyum memandang Nadirah. Matanya bersinar.


**

“Terima kasih Zaid…”,Nadirah keluar dari kereta Zaid. Mereka saling berlambai dan Zaid memandu pergi. Nadirah pantas ke rumahnya tanpa menyedari ada yang memerhatikannya dariatas.

 

**

Daniel termenung sementara rakannya yang lain rancak berborak. Otaknya berfikir, ‘siapa lelaki itu?’.


‘Apa hubungan dia dengan Nad?’.


Daniel resah kerana malam semalam dia melihat Nadirah keluar dari kereta seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Daniel juga melihat mereka saling berlambaian.


“Lepas SPM, aku nak masuk asasi… korang?”tanya Wan.


“Aku tak pasti apa lagi laluan lepas SPM sebenarnya?”,tanya Amar.


“Ada banyak, lepas SPM  boleh sambung matrikulasi, asasi, diploma,STPM, kolej kemahiran, terus kerja pun boleh dan banyak lagi lah”, beritahu Wan lagi.


“Aku rasa nak kahwin teruslah lepas SPM ni…, duit ada dah. Calon je tak ada lagi hahaha”,seloroh Rais.


“Kau ni dah gatal sangat hahaha”, gelak Wan.


“Sekurang-kurangnya aku tak gila bayang macam Danny… tengok tu termenung saja dari tadi. Patah hati ke apa?”, sengih Rais.


“Danny! Danny!...”,panggil Amar pula.


Namun, panggilan mereka diabaikan Daniel. Tahap berangan Daniel sememangnya parah.


Seorang pengawas perempuan dari luar kelas memanggil Daniel. Apabila menyedari kehadiran pengawas itu, Amar menggoncangkan badan Daniel.


Daniel terkejut,“Apa? Apa? Hish terkejutlah aku!”.


Amar menggeleng seraya berkata, “lain macam kau berangan Danny… pengawas dekat luar tu panggil kau”.


“Ohh”, Daniel lekas bangun dan keluar dari kelas.


“Untunglah… lawa kot pengawas tu”, Rais berwajah masam. Wan menepuk songkok Rais dengan harapan sifat gatal Rais menghilang.


“Cikgu Samad nak jumpa”. “Ohh baik terima kasih”, angguk Daniel lalu beredar pergi.


Setibanya Daniel di bilik guru, dia disyarah panjang lebar oleh Cikgu Samad.


“Daniel… kamu ni sebenarnya pandai, tapi tengoklah keputusan kamu ni. Semua A, tapi Matematik Ddan Addmath pula gagal. Sayang, kamu ada masalah dengan cikgu untuk subjek ni ke?”.


Daniel mengeluh,“saya tak tahu cikgu… saya memang sangat lemah mengira. Bukannya saya tak usaha, tapi macam math-addmath ni tak suka saya. Susah saya nak cakap”.


“Hmm saya cadang kamu ambil kelas tambahan untuk subjek ni ataupun try tukar-tukar cikgu.Kadangkala ada cikgu yang gaya mengajarnya serasi dengan pemahaman kamu”.


Daniel hanya mengangguk.


“Saya sudah beritahu mak kamu, dan harap kamu berbincang dengan mak kamu ya”.


Setelah selesai urusannya dengan Cikgu Samad, Daniel kembali ke kelas.


“Apa pengawas cantik tu cakap dekat kau?”, tanya Rais.


“Dia suruh aku jumpa Cikgu Samad jelah”.


“Kenapa?”, tanya Wan pula.


“Pasal math addmath aku…”.


“Ohh”.



Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.