Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,590
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Liyana Natasha tersentak. Cepat-cepat dia memberikan sepenuh tumpuannya kembali ke kertas kerja rekaannya untuk dibentang pada mesyuarat kurang lebih tiga minggu lagi. Isyarat masuk diberi kepada setiausahanya diluar agar masuk ke dalam ruang pejabatnya.

“Cik Natasha. Saya ingin ingatkan Cik Natasha petang ini Cik Natasha ada appointment bersama dengan Puan Sri Zahrah berkenaan dengan rekaan baju pengantin anaknya Puteri Syazwani.” Pesan Setiausahanya. Segala pekerjaannya terhenti seketika. Dia seperti mengingati semula berkenaan temu janjinya bersama Puan Sri Zahrah itu.

“Pukul berapa ya Mila?” tanya Natasha kebingungan lalu mencapai telefon bimbitnya untuk mencari temu janji yang disebut Mila, setiausahanya itu.

“Pukul Empat ini, Cik Natasha.” Jawab Mila ringkas. Natasha hanya mengangguk tanda faham.

Selesai sahaja memesan temu janji berkenaan kepada majikannya itu, Mila bergegas keluar. Faham benar dengan sikap Natasha yang sangat tegas pada waktu bekerja seperti ini. Gelaran workaholic itu cukup sesuai dengan diri dan sikap Natasha. Sikapnya yang tegas dan sentiasa mementingkan kualiti di setiap hasil rekaannya membuatkan dirinya kini dikenali sebagai pereka fesyen oleh orang kenamaan di serata Malaysia. Namun, bagi Natasha, dia tidak menganggap status itu sebagai suatu kebanggan buat dirinya. Baginya, selagi orang berpuas hati dengan rekaannya itu, cukup buat dirinya gembira dan sangat berpuas hati.

Bunyi alunan lagu ‘Seorang Gadis’ yang dinyanyikan oleh Nowseeheart di telefon bimbit membuatkan segala apa yang di kerjakannya terhenti. Dijelingnya sekilas ke skrin telefon bimbit jenama iPhone 6 miliknya itu. Shakirah. terpampang nama teman baiknya diskrin telefon bimbit itu. Pantas sahaja dia mencapainya lalu menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum. Liyana Natasha here.” Ucap Natasha memulakan perbualan. Kedengaran di hujung talian shakirah tergelak kecil.

“Waalaikumsalam. Amboi. Serious bebenor.” Jawab Shakirah masih dengan sisa tawanya. Kenal benar dengan perangai Natasha rakan karib sejak di zaman matrik itu.

“Yelah. Dah time kerja. Well, anything that I can help you miss Shakirah?” tanya Natasha, serius. Tidak mahu berbual lama diwaktu kerjanya itu. Jika boleh, dia tidak mahu langsung membazirkan walau sesaat waktu kerjanya kecuali waktu solat dan makan tengahari sahaja.

“Nothing. Saje nak kacau kau waktu kerja ni. Hehe.” Kata-kata Shakirah itu membuatkan Natasha sedikit berang.

“Well, if there is nothing that I can help you with. So, bye.” Ucap Natasha. Berang dengan Shakirah yang suka menyakat dirinya. Entah kenapa, Shakirah seorang sahaja yang mampu bertahan dengan sikap seriusnya itu. Jika dibandingkan dengan orang lain, sudah awal-awal lagi diundur diri kerana tidak tahan dengan sikap serius dan tegas Natasha itu.

“Eh?! Wait! Ala.. relax la Natasha. Ni, sebenarnya, aku nak ingatkan kau. Lusa Abang Luqman dah nak balik dari London. Aku nak ingatkan kau je. Kau tu pelupa. Tu la, banyak sangat minum air ada semut.” Bebel Shakirah di hujung talian.

Kata-kata Shakirah itu membuatkan dirinya teringat akan suatu hal yang penting buat dirinya. Abang Luqman. Sejak Luqman berpindah dari kampung mereka lebih tiga belas tahun lalu, mereka kerap berutus surat dan menghantar email di ruang siber. Segala yang berlaku atas dirinya pasti diceritakan kepada Luqman. Begitu juga sebaliknya.

“Ya Allah. Aku lupa. Terima kasih sangat shakirah. Aku lupa yang abang Luqman nak aku ada sekali masa dia balik nanti.” Ujar Natasha perlahan.

“Ha! Tu la kau. Asyik fikir kerja aje. Mana tak kau lupa. Ish.. ish.. ish..” Shakirah masih lagi membebel membuatkan diri Natasha terus rasa bersalah kerana terlupa akan hal itu.

“Sorry shakirah susahkan kau ingatkan aku. Hehe..” ucap maaf Natasha kepada Shakirah. rasanya tanpa Shakirah mengingatkannya berkenaan ini, sudah semestinya pada tarikh keramat itu, dia masih lagi berada di ruang pejabatnya ini menyiapkan rekaan terbarunya untuk dibentangkan pada mesyuarat untuk pertunjukan fesyen terkemuka di syarikat milik Datin Seri Paduka Fazian itu.

“It’s okay baby, you are my friend. Haha.. okay la. Aku ada kerja. Bye. Assalamualaikum.”Ucap Shakirah lalu tergesa-gesa mematikan talian tanpa sempat mendengar aku menjawab salam yang diberi. Ini pasti majikannya mahukan dia melakukan kerja. Jika tidak, mahu sahaja dia bersembang hingga tamat waktu bekerja. Perkerjaan setiausaha kepada pengusaha syarikat swasta terkenal yang disandang oleh Shakirah memerlukan dia sentiasa pantas dan cekap dalam segala hal. Termasuklah jika dia sedang berada dalam talian jika dia diperlukan dengan segera, pasti dia boleh melakukannya.

“Waalaikumsalam.” Jawab Natasha lalu meletakkan kembali telefon bimbitnya dihujung meja tempat selalu diletaknya. Natasha termenung seketika.

“Abang luqman dah nak balik.” Luahnya. Serta merta senyuman terukir dibibirnya. Tak sabar rasanya mahu melihat perubahan diwajah Luqman. Rasanya sejak Luqman berpindah, mereka tidak pernah lagi berjumpa. Hanya berbual di ruang siber sahaja. Itu pun jika mereka ada kelapangan. Jika tidak, mereka akan meninggalkan pesanan diruang peti masuk sahaja.

Natasha tersentak. Serta merta dialihnya perhatiannya kepada kerja-kerjanya. Ditekannya intercom pada telefon pejabat itu. Suara Mila kedengaran menjawab panggilan dari intercom pejabatnya.

“Mila, siapkan segala File rekaan yang saya dah beri dekat awak hari itu untuk appointment nanti ya. ” Arah Natasha kepada setiausahanya, Mila.

“Baik Cik Natasha.” Mila hanya menjawab ringkas sahaja arahan Natasha itu.

“Oh ye. Kosongkan sebarang appointment saya pada hari isnin depan. Pindahkan kepada hari selasa ya. Saya akan ambil MC pada hari itu.” Ringkas sahaja arahan yang diberi Natasha. Lalu dia kembali membuat kerjanya. Tidak mahu ralit memikirkan perasaannya ini. Kerja harus diutamakan. Mesti!

Previous: prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan