Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,689
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

Bip! Bip! Bip!

‘Aku dekat mana ni? Ya Allah. Beratnya mata ni.’ Perlahan-lahan Natasha membuka matanya. Terasa silau sedikit oleh kerana pancaran lampu di dalam bilik yang dia duduki kini membuatkan dia memejam kembali matanya. Mukanya berkerut sedikit cuba melawan berat mata yang di tahannya.

Sekali lagi dia membuka mata memerhati sekelingnya. Dilihat keadan sekeliling. Dia pasti. Dia berada di dalam bilik seseorang. Bukan di hospital. Hiasan di dalam bilik ini tersangatlah indah. Direka mengikut citarasa Royal English. Bukan sahaja hiasan di dalam bilik sahaja, malah peralatan seperti perabot juga mengikut tema yang serupa. Sungguh Indah sekali.

“Syukur aku bukan dekat hospital” diluahkannya perasaan leganya itu dengan suara yang perlahan.

“Sha dah sedar?” satu suara garau menanya keadaannya kini. Di tolehkan wajahnya memandang dari mana datangnya suara itu. tangannya sempat meraba kepalanya. memastikan dia masih bertudung. Fuh! lega.

“Abang Luqman?”

Luqman yang dari tadi melelapkan matanya di sofa yang berdekatan bangun menghampiri Natasha yang masih lagi terbaring lesu di atas katil. Diusapnya dahi gadis itu penuh lemah lembut. Terasa lega sedikit kerana melihat Natasha, adik angkatnya itu sudah sedar daripada pengsan.

“Sha dekat mana ni abang Luqman?” tanya Natasha kebingungan. Disangkanya dia sendirian di dalam bilik, namun sangkaannya itu sama sekali salah. Ternyata Luqman berada di sisinya. Mungkin sepanjang dia pengsan.

“Sha dekat rumah kami. Dekat bilik abang.” Jawab Luqman ringkas. Natasha menjeling pintu bilik. Lega. Ternyata pintu bilik itu terbuka luas. Mungkin terbuka sepanjang dia pengsan juga.

“Macam mana Sha ada dekat..” belum sempat Natasha ingin bertanya, Luqman terlebih dahulu menjawab soalan Natasha itu.

“Sha pengsan. Nasib baik sha tak ada apa-apa. Maafkan abang Liyana Natasha” Luqman menggenggam tangan Natasha sambil tunduk memohon maaf.

“Kenapa abang perlu minta maaf? Sha rasa salah Sha sebab tak tengok jalan tadi.” Kata Natasha tidak mengerti. Luqman cium lembut tangan Natasha. Serta merta muka Natasha merona merah.

“Maafkan abang sebab tak hantar Sha sampai ke kereta. Maafkan abang sebab bagi Sha tinggalkan abang macam tu je.” Jelas Luqman kepada Natasha.

Natasha tersenyum.

“Abang Luqman ni. Sha okay la. Janganlah rasa bersalah sangat. Semua ni atas kecuaian Sha sendiri. Janganlah macam ni.” Pujuk Natasha ssedikit tidak selesa apabila Luqman menyalahi dirinya atas kecuaian yang bukan datang dari dirinya.

“Tapi abang tetap rasa bersalah. Maafkan abang ya Sha?” Luqman tetap dengan rasa bersalahnya. Direnung tepat ke anak mata Natasha. Natasha hanya mengangguk.

“Iya. sha maafkan abang Luqman ya? Janganlah macam ni” pujuk Natasha lagi.

Akhirnya Luqman mengukirkan senyuman. Natasha menghembus nafas lega.

“Abang Luqman, sekarang pukul berapa ya? Sha kena balik office ni.” Kata Natasha agak tergesa-gesa untuk bangkit dari baring. Dia baru sahaja teringat akan sesuatu mustahak. Namun ditahan Luqman.

“Sha baring dulu. Rehat. Abang dah cakap dah dengan setiausaha Sha, Mila. Esok baru Sha ke sana ya?” pujuk Luqman. Masih lagi risau akan keadaan Natasha.

“Dah pukul berapa ni abang Luqman?” tanya Natasha sambil melihat disekeliling bilik. Melihat jika ada jam dinding untuk di lihat.

“baru pukul tiga pagi, sayang.” Jawab Luqman. Serta merta muka Natasha merona merah lagi. Gulp! Sayang?

“Err.. sayang?”

Luqman hanya tersenyum lalu bangun dari duduk. “Sha rehatlah ya. Abang keluar dahulu.” Ucap Luqman lalu melangkah keluar dari bilik itu.

Natasha hanya mengangguk. Masih menahan malu dipanggil sebegitu. Ya Allah! Abang Luqman panggil aku sayang! Ucap Natasha di dalam hati. tidak dapat menahan kegembiraanya itu, di kemudian menari kecil di atas katil perbaringannya. Persis kanak-kanak lima tahun. Terlupa sebentar bahawa dirinya baru sahaja pulih daripada pengsan.
Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan