Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,699
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 17

Kereta di parkir di hadapan kawasan rumah banglo mewah milik Datuk Imran dan Datin Wati. Natasha mematikan enjin keretanya. Dia kemudian membetulkan baju kurung moden yang dikenakannya petang itu. Perlahan-lahan dia keluar dari keretanya lalu melangkah masuk ke perkarangan rumah banglo itu. ‘

‘Amboi. Ramai juga orang yang datang.’ Monolognya di dalam hati. tidak menyangka bahawa kenduri ‘kecil-kecilan’ yang di beritahu Luqman semalam di hadiri sebegitu ramai orang.

“Assalamualaikum.” Natasha memberi salam sebelum memasuki ruang tamu di rumah besar itu. Orang ramai yang duduk berdekatan dengan tempat Natasha berdiri hanya tersenyum kepadanya. Natasha mengambil peluang ini untuk bersalaman dengan tetamu yang ada. adab dan kesopanan haruslah dijaga walaupun dia tidak mengenali siapa pun di antara mereka.

“Waalaikumussalam. Dah sampai pun anak mama ni.” Tegur Datin Wati. Natasha bersalaman dengan Datin Wati pula.

“Maaf Mama Wati. Sha tak tahu pula ini kenduri besar-besaran. Kalau Sha tahu, Sha mesti akan datang awal untuk tolong mana yang patut.” Ucap Natasha sedikit kesal.

Mama Wati tersenyum. “Tak adalah besar mana pun Sha. Ni kecil-kecilan saje Sha. Kawan mama papa dengan kawan Luqman. Tu je.” Ini Kecil-kecilan??

Natasha hanya mengangguk sambil tersenyum. “Eh! Ini untuk mama Wati dengan papa Im!” hulur Natasha beg berisi kain ela yang dibeli khas buat Mama Wati dan papa Imran kesayangannya.

“Dekat mama je ke? Untuk abang?” tanya Luqman yang berdiri rapat dibelakang Natasha. Dapat dirasakan hembusan nafas Luqman di telinga Natasha walaupun dibaluti dengan shawl. Serta merta muka Natasha merona merah.

“Ha! Kamu ni Luqman, jangan nak menyakat Sha! Tengok tu dah merah muka anak dara mama ni.” Tegur Datin Wati. Kenal benar dia dengan perangai anak terunanya yang suka mengacau Natasha. Dia juga tahu akan perasaan yang tersembunyi antara mereka. Tapi, dia dan suaminya tidak mahu ikut masuk campur akan hal mereka. Biarlah mereka menguruskannya sendiri.

“Baik Datin! Eh salah! Mama! Hehehe..” gurau Luqman dengan mamanya. Datin Wati mencubit manja lengan anak terunanya. Dirinya pula di kacau.

“Dah la. Mama nak layan tetamu yang lain. Luqman, ajak anak dara mama ni makan ya. Sha, jangan segan-segan tau. ini kan rumah Sha juga.” Kata Datin Wati lalu beredar dari situ. Natasha dan Luqman hanya mengangguk faham.

“Sha sihat?” tanya Luqman. Aik? Semalam baru borak tanya lagi kot?

Natasha hanya mengangguk. “Abang Luqman sihat?” tanya Natasha pula. Sekadar bertanya berbasa basi sahaja.

“Tak! Abang tak sihat.” Ucap Luqman lalu membuat muka sedih di hadapan Natasha. Tidak menghiraukan orang ramai yang berada disekeliling mereka. Wajah yang dibuat-buat itu persis budak-budak lima tahun yang merajuk. Natasha tergelak kecil.

“Kenapa? Sakit apa?”

“Sakit hati! sha gelakkan abang!” rajuk Luqman. Alahai! Mengadanya!

Natasha berhenti gelak. Cuba menjadi serius. Baru sahaja dia ingin memujuk Luqman, niatnya itu terhalang dengan teguran dari seorang wanita. Serta merta senyumannya mati. Apa dia buat dekat sini? Hatinya mula rasa tidak tenang.

“Assalamualaikum Luqman. Eh! Natasha pun ada?” tegur Dahlia yang berpakaian kebaya moden. Walaupun baju kebaya itu dimodenkan mengikut ukuran tubuh Dahlia, Namun masih menjaga tatacara menghadiri suatu majlis kenduri.

“Dahlia? What are you doing here?” tanya Luqman. dia juga kelihatan tidak percaya dengan kehadiran Dahlia di dalam majlis kenduri papa dan mamanya. Dahlia tersenyum manis.

“Mama I dengan Mama you kan bestfriend? Lupa ye?” jawab Dahlia sambil tergelak kecil. Apa yang kelakarnya?

“Abang Luqman kenal Dahlia?” Tanya Natasha sedikit cemburu. Dia dapat merasakan ada sesuatu antara Luqman dan Dahlia. Entah kenapa, hatinya rasa gelisah.

“Errr.. Sha.. this is.. err…” Luqman seperti tergagap-gagap untuk memperkenalkan Dahlia kepada Natasha.

“Hahaha.. you sangat cute bila tergagap-gagap macam tu. Natasha, I ni girlfriend Luqman masa di London. Tak sangka dapat jumpa you dekat sini.” Dahlia memperkenalkan dirinya kepada Natasha.

Natasha terkedu. Langsung tidak dapat mengungkap sepatah perkataan. Serta merta pandangannya ke arah Luqman. Abang Luqman? Betulkah? Betulkah apa yang Dahlia cakapkan tadi? Abang Luqman? Jawab! Hatinya seperti mahu menangis sahaja. Namun ditahan agar tidak jatuh di hadapan Dahlia dan Luqman.

Luqman dilihatnya hanya diam membisu. Tidak menafikan langsung kenyataan yang dikeluarkan Dahlia. Natasha tersenyum. Biarpun pahit, dia terpaksa juga. Dia tidak mahu berkelakuan kurang ajar di majlis Mama kesayangannya. Walaupun anak teruna mama Wati ini sudah membuatkan hatinya hancur, dia tetap mahu menghormati Luqman. Luqman dan dirinya bukannya ada apa-apa hubungan pun? Mereka bukan berpacaran? Apatah lagi mempunyai perasaan yang sama. Hanya dirinya sahaja yang terlebih perasan. Dia harus menyedari itu, namun, hasutan perasaan itu membuatkan dirinya terus terusan hanyut dengan perasaan sendiri yang hanya bertepuk sebelah tangan itu sahaja.

“Oh ye?” hanya itu sahaja yang mampu diucap Natasha. Seboleh-bolehnya tersenyum kearah mereka berdua. Kenapa aku ni terlalu perasan?

“Sha.. Abang..” belum sempat Luqman memberi penjelasan, Dahlia terlebih dahulu memotong kata-kata Luqman.

“Ye Natasha. Kami dah bersama lebih tiga tahun. You tahu je la Luqman ni. Suka sangat sembunyikan hubungan kami.” Terang Dahlia sambil tersenyum.

“Dahlia. We need to talk. Sha, tunggu sini.” Ujar Luqman tegas lalu menarik tangan Dahlia berlalu dari situ. Natasha hanya menghantar mereka dengan pandangan yang sayu sekali. Tunggu? Kenapa? Supaya abang boleh hancurkan hati ini lagi? Supaya abang boleh dengan bangganya perkenalkan Dahlia sekali lagi? Tidak! Sha tak sanggup nak dengar! Tak sanggup nak tengok!

Tidak sanggup rasanya dia mahu berhadapan dengan situasi ini. sebutir air mata yang ditahannya sebentar tadi akhirnya jatuh jua. Cepat-cepat disekanya. Kakinya kini melangkah keluar dari rumah tersebut. Dia harus segera keluar dari situ, jika tidak, empangannya mungkin akan pecah bila-bila masa dari sekarang.

Ya Allah..
Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan