Home Novel Cinta Aku Benci Kau!
Bab 22

Darius menghempaskan jaket yang dipakainya di sofa. Perasaannya mengelegak marah kepada wanita dan lelaki sotong yang ditemuinya tadi.

“Nafsu kuda ke apa kau ni! Langsung tak menyempat!”

Itulah bicara yang menusuk kalbunya. Bicara yang menyakitkan hatinya. Tercabar egonya mendengarkan bicara itu.

“ Nasib baik kau perempuan, kalau tak dah lama aku kerjakan kau!” Kata Darius sendirian.

Dia terus menyandarkan dirinya di sofa. Dia memejamkan mata ingin menenangkan dirinya buat seketika sekaligus melupakan detik memalukan itu. Sememangnya Darius suka begitu. Menjalinkan hubungan terlarang dengan mana-mana wanita secara sembunyi. Selalunya dia hanya keluar dengan wanita itu sekali sahaja. Selepas melempiaskan nafsu serakahnya Darius akan meninggalkan wanita itu dan dia tidak akan menghubunginya lagi. Walau dipujuk rayu sekali pun Darius tidak akan kembali. Dengan itu sahaja caranya Darius dapat membalas dendam terhadap kaum wanita yang telah merosakkan hidupnya.

“ Hei…budak kecik!” Suara Adam kedengaran di telinga Darius.

Darius mengeluh lemah. Baru sahaja dia mahu berehat dia sudah di ganggu oleh suara bapanya itu. Darius membuka mata. Wajah Adam terpampang di hadapannya. Adam yang terhuyung-hayang sambil memegang botol arak di tangan. Sekali lagi Darius mendengus lemah. Dia benci melihat keadaan bapanya begitu. Kata neneknya Adam berkeadaan begitu disebabkan terlalu kecewa dengan ibunya. Adam sebenarnya tidak dapat melupakan ibunya. Sebab itulah Darius sangat bencikan arak dan wanita.

“ Darius bukan budak kecil lagi la papa. Darius dah dua puluh lapan tahun!” Kata Darius mendatar. Bilalah bapanya itu akan berubah.

“ Ahhh..dua puluh tahun ke dua tahun ke tetap sama bagi aku! Ni kau tengok ni botol arak ni dah kosong!” Kata Adam sambil menyuakan botol arak tersebut di mata Darius.

Darius menggeleng lemah. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia membaling botol arak yang telah merosakkan bapanya itu. Tetapi dek kerana hormat dia hanya terus menyepikan diri.

“ Kau nampak tak?” Tanya Adam. Suaranya agak tinggi sedikit apabila melihatkan Darius yang hanya menyepikan diri.

“ Apa yang papa nak Darius buat?” Tanya Darius sambil mengeluh lemah.

Adam ketawa kuat. Untuk apa dia ketawa Darius sendiri tidak pasti. Adam sudah seperti orang kurang waras. Akibat ketagihan alkohol fikirannya juga sudah tidak mampu berfikir seperti manusia normal.

“ Apa lagi? Tolong belikan arak barulah! Aku nak arak! Aku tak boleh hidup tanpa arak!”Kata Adam.

Darius mendenggus kuat. Hatinya membara mendengarkan bicara bapanya itu. Dia tidak mahu terus mengikut bicara bapanya jikalau perbuatannya itu akan terus merosakkan bapanya. Darius segera bangun.

“ Kau beli banyak sikit buat stok!” Kata Adam yang berasa gembira kerana permintaannya ditunaikan.

Darius memandang ke arah bapanya dengan penuh sesal. Kemudian terdengar keluhan berat.

“ Papa, papa, bilalah papa nak berubah?” Tanya Darius lemah.

“ Hei! Kau jangan berlagak pandai dengan aku pula! Siapa kau yang nak tegur perangai aku? Dah ini cara hidup aku kau kena terimanya dengan hati yang terbuka!”

Sedih Darius mendengarkan bicara bapanya itu. Nyata bapanya masih tidak sedarkan diri. Benci dan dendam semakin membara. Kalau tidak kerana seorang perempuan bapanya tidak akan terus merana sebegini. Darius benci mama!

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.