“
Adam, kau bangun sekarang!” Jerkah Puan Hendon sambil menarik selimut yang
menyelimuti tubuh Adam.
Adam
mendenggus marah. Dia menarik semula selimut tersebut lalu membaluti tubuhnya.
Hatinya mendongkol geram dengan sikap ibunya yang sering melayannya seperti
budak hinggusan.
“
Mak jangan kacau Adam boleh tak? Adam nak tidur! Adam nak tinggal rumah
sendiri, mak tak kasi!” Bebel Adam langsung tidak membuka matanya.
Puan
Hendon tidak memperdulikan bicara anak lelakinya itu. Dia terus menarik selimut
merah itu lalu membalingnya ke lantai.
“
Kau bangun sekarang sebelum anak kau pergi cari Suraya!” Kata Puan Hendon
dengan suara yang lantang.
“
Biarlah dia cari Suraya! Apa Adam peduli!” Kata Adam langsung tidak
mengendahkan bicara ibunya. Sebenarnya dia tidak pernah peduli tentang Darius.
“
Kau nak Darius pergi jumpa Suraya? Betul ni kau tak kisah? Kalau Darius jumpa
Suraya dan Suraya pula dah tak gila sebab dia dah jumpa anak kesayangannya
macamana?” Tanya Puan Hendon geram. Adam langsung tidak pernah tahu berfikir
panjang.
“
Macamana apa?” Tanya Adam acuh tak acuh.
“
Macamana kalau Suraya buat laporan polis tentang kau?”
Adam
yang sebentar tadi berwajah tenang mula berubah riak. Dengan malas dia bangun
dari pembaringannya. Dia menggosokkan mukanya beberapa kali.
“
Sekarang mak nak suruh Adam buat apa?” Tanya Adam.
Puan
Hendon mengeluh. Perkara semudah itu pun dia perlu mengajar Adam. Dia mula
kesal kerana sikapnya yang sering memanjai Adam sejak dari dahulu lagi. Sebab
itulah Adam tidak tahu berdikari.
“
Bangun, mandi dan hantar Darius ke sekolah!” Puan Hendon memberikan arahan.
“
Buat apa? Diakan naik bas sekolah!”
Kerutan
di keningnya jelas kelihatan. Nyata dia tidak faham dengan arahan ibunya kali
ini. Atau ibunya sengaja mahu menderanya.
“
Buat apa kau tanya? Anak kau tu perlukan kasih sayang daripada kau juga! Sebab
kau tak pedulikan dialah, dia asyik teringatkan perempuan sial tu!”
“
BAGAIMANA dengan sekolah?” Tanya Adam sambil matanya memandang tepat kepada
pemanduannya. Darius yang berada di sebelahnya hanya berwajah selamba. Sikap
baik hati Adam yang ingin menghantarnya hari ini sedikit sebanyak mendamaikan
hatinya. Rupa-rupanya bapanya itu tidak pernah melupakan dirinya seperti apa
yang disangkakannya selama ini.
“
Bolehlah..” Kata Darius lemah.
Adam
tersenyum lebar. Dia memegang dagu Darius sambil di talakan muka anaknya itu
kepadanya.
“
Ni kenapa monyok je? Ingatkan mama ke?” Tanya Adam lagak prihatin.
Mendengarkan
perkataan mama itu membuatkan Darius di himpit sebak. Airmatanya bertakung
secara tiba-tiba. Dia terus menyepikan diri tanpa menjawab pertanyaan Adam itu.
Adam
mengeluh. Bicara ibunya benar belaka. Darius tidak boleh dibiarkan
terus-terusan begini. Takut nanti anaknya itu akan mencari ibunya. Dia khuatir
kelak akan memberikan masalah kepadanya.
“
Lelaki adalah golongan yang kuat. Golongan yang menjadi pemimpin. Bukannya
lemah begini. Buat apa kita yang kuat ini menangis hanya kerana seorang
perempuan? Perempuan yang di anggap lemah selama ini? Bukankah ini akan
menunjukkan kelemahan kita wahai anak lelaki ku?”
Darius
pandang ke raut wajah Adam sebaik sahaja Adam memanggilnya anak lelaki ku.
Entah kenapa hatinya tersentuh hebat dengan panggilan itu. Dia berasa senang
dengan panggilan itu. Panggilan yang selama ini di dambakannya.
“
Papa tak nak anak lelaki papa yang gagah perkasa ini menangis lagi. Mulai hari
ini papa mahu Darius lupakan perempuan itu dan anggaplah perempuan tidak ubah
seperti seorang pelacur!”