“
Kau memang tak guna! Kau ingat aku tak tahu kerja jahat kau tu? Kau memang
lelaki dayus!” Maki Hakimah apabila terpandangkan Adam di hadapan lobi
Wirasutra Snd Bhd.
Adam
memandang tajam kepada Hakimah yang berpakaian uniform pengawal keselamatan
itu. Hatinya mengelegak geram apabila wanita berjawatan rendah meninggikan
suara di hadapannya. Apatah lagi apabila wanita itu mencari rezeki di bangunan
miliknya.
“
Kau nak apa?” Tengking Adam yang merasakan dirinya lebih tinggi dari
segala-galanya.
Ada
beberapa orang yang kebetulan lalu-lalang di situ berhenti apabila mendengarkan
tengkingan Adam itu.
Hakimah
yang berasa bengang terus mencekak pinggang. Sedikit pun dia tidak berasa
gentar dengan tengkingan Adam itu. Kesakitan dan siksaan Suraya membuatkan dia
berani bersuara.
“
Kau ingat kau lelaki kau boleh buat sesuka hati kepada isteri kau?”
Merona
merah wajah Adam apabila mendengarkan tuduhan Hakimah itu. Pasti Suraya telah
menceritakan perbuatan jahat Adam kepada wanita di hadapannya ini. Hati Adam
merenggus geram kepada Suraya dan dia mula memikirkan hukuman yang bakal
dikenakan kepada Suraya sebaik sahaja dia sampai di rumah kelak.
“
Apa yang kau merepekkan ini?” Tanya Adam dengan wajah yang serius.
Dia
lihat ada dua tiga orang yang sedang menyaksikan pertengkaran antara mereka
saling berbisik antara satu sama lain. Pastinya sedang mengumpat dirinya atau
sedang memuji keberanian Hakimah.
“
Merepek? Aku yang merepek atau kau yang buat-buat tak tahu? Atau kau nak aku
beritahu apa yang telah kau lakukan kepada isteri kau kepada semua?” Tanya
Hakimah cukup berani sekali.
Ini
adalah pengajaran buat Adam. Biar Adam tahu Suraya tidak berseorangan menghadapi
penderitaan yang cukup memeritkan ini. Biar Adam tahu, Hakimah akan
bermati-matian menegakkan kebenaran buat Suraya.
Adam
mendenggus. Hatinya semakin geram. Kalau tidak kerana memikirkan kedudukannya
sebagai pemilik bangunan ini mahu sahaja di lempang dan di terajang wanita yang
mempunyai mulut yang cukup berbisa di hadapannya ini.
“
Aku rasa kau dah tersalah orang! Mana ketua security? Kenapa biarkan wanita
gila ini bekerja di sini?” Tengking Adam sambil meliar-liar mencari ketua
pengawal keselamatan di situ. Hakimah perlu di usir dari situ sebelum dia dapat
mengaibkan Adam.
Tidak
sampai seminit ketua pengawal keselamatan sudah terpacak di hadapan Adam
bersama dua orang lagi pengawal keselamatan yang juga memakai baju uniform sama
seperti Hakimah.
“
Bawa dia dari sini dan aku tak nak lihat muka orang gila ini bekerja di sini
lagi!” Tengking Adam.
Segera
ketua pengawal keselamatan menyuruh anak buahnya itu membawa Hakimah keluar
dari situ. Sebaliknya Hakimah masih tetap berkeras. Dengan wajah yang bengis
dia terus memandang Adam.
“
Rupa-rupanya kau hanya tahu tunjuk hero di hadapan isteri kau sahaja. Heii
Adam, dengar sini selagi aku masih hidup aku tak akan biarkan Suraya menjadi
bahan sepak terajang kau lagi! Kau ingat tu Adam,” kata Hakimah.
Adam
mendenggus kuat. Apatah lagi apabila melihatkan beberapa orang yang bagaikan
terlopong mendengar bicara Hakimah itu.
“
Bawa dia sekarang juga!!!” Tengking Adam kuat.
Dia
sudah malu. Ternyata Hakimah sudah berjaya mengaibkan dirinya. Pastinya imejnya
yang bersih sudah tercalar dengan berita yang cukup menggemparkan ini. Wajah
Suraya menari-nari di ruang ingatannya.
“
Siap kau Suraya!!” Maki Adam di dalam hatinya.