Darius
menghempaskan jaket yang dipakainya di sofa. Perasaannya mengelegak marah
kepada wanita dan lelaki sotong yang ditemuinya tadi.
“Nafsu
kuda ke apa kau ni! Langsung tak menyempat!”
Itulah
bicara yang menusuk kalbunya. Bicara yang menyakitkan hatinya. Tercabar egonya
mendengarkan bicara itu.
“
Nasib baik kau perempuan, kalau tak dah lama aku kerjakan kau!” Kata Darius
sendirian.
Dia
terus menyandarkan dirinya di sofa. Dia memejamkan mata ingin menenangkan
dirinya buat seketika sekaligus melupakan detik memalukan itu. Sememangnya
Darius suka begitu. Menjalinkan hubungan terlarang dengan mana-mana wanita
secara sembunyi. Selalunya dia hanya keluar dengan wanita itu sekali sahaja.
Selepas melempiaskan nafsu serakahnya Darius akan meninggalkan wanita itu dan
dia tidak akan menghubunginya lagi. Walau dipujuk rayu sekali pun Darius tidak
akan kembali. Dengan itu sahaja caranya Darius dapat membalas dendam terhadap
kaum wanita yang telah merosakkan hidupnya.
“
Hei…budak kecik!” Suara Adam kedengaran di telinga Darius.
Darius
mengeluh lemah. Baru sahaja dia mahu berehat dia sudah di ganggu oleh suara
bapanya itu. Darius membuka mata. Wajah Adam terpampang di hadapannya. Adam
yang terhuyung-hayang sambil memegang botol arak di tangan. Sekali lagi Darius
mendengus lemah. Dia benci melihat keadaan bapanya begitu. Kata neneknya Adam
berkeadaan begitu disebabkan terlalu kecewa dengan ibunya. Adam sebenarnya
tidak dapat melupakan ibunya. Sebab itulah Darius sangat bencikan arak dan
wanita.
“
Darius bukan budak kecil lagi la papa. Darius dah dua puluh lapan tahun!” Kata
Darius mendatar. Bilalah bapanya itu akan berubah.
“
Ahhh..dua puluh tahun ke dua tahun ke tetap sama bagi aku! Ni kau tengok ni
botol arak ni dah kosong!” Kata Adam sambil menyuakan botol arak tersebut di
mata Darius.
Darius
menggeleng lemah. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia membaling botol arak
yang telah merosakkan bapanya itu. Tetapi dek kerana hormat dia hanya terus
menyepikan diri.
“
Kau nampak tak?” Tanya Adam. Suaranya agak tinggi sedikit apabila melihatkan
Darius yang hanya menyepikan diri.
“
Apa yang papa nak Darius buat?” Tanya Darius sambil mengeluh lemah.
Adam
ketawa kuat. Untuk apa dia ketawa Darius sendiri tidak pasti. Adam sudah
seperti orang kurang waras. Akibat ketagihan alkohol fikirannya juga sudah
tidak mampu berfikir seperti manusia normal.
“
Apa lagi? Tolong belikan arak barulah! Aku nak arak! Aku tak boleh hidup tanpa
arak!”Kata Adam.
Darius
mendenggus kuat. Hatinya membara mendengarkan bicara bapanya itu. Dia tidak
mahu terus mengikut bicara bapanya jikalau perbuatannya itu akan terus
merosakkan bapanya. Darius segera bangun.
“
Kau beli banyak sikit buat stok!” Kata Adam yang berasa gembira kerana
permintaannya ditunaikan.
Darius
memandang ke arah bapanya dengan penuh sesal. Kemudian terdengar keluhan berat.
“
Papa, papa, bilalah papa nak berubah?” Tanya Darius lemah.
“
Hei! Kau jangan berlagak pandai dengan aku pula! Siapa kau yang nak tegur
perangai aku? Dah ini cara hidup aku kau kena terimanya dengan hati yang
terbuka!”
Sedih
Darius mendengarkan bicara bapanya itu. Nyata bapanya masih tidak sedarkan
diri. Benci dan dendam semakin membara. Kalau tidak kerana seorang perempuan
bapanya tidak akan terus merana sebegini. Darius benci mama!