“
Mak, apa khabar?”Tanya Suraya sambil menyuakan tangannya untuk menyalami Puan
Hendon.
Puan
Hendon menjeling tajam. Kalau diikutkan hati tidak ingin dia menyalami tangan
kotor Suraya itu tetapi memandangkan ramai mata yang sedang memandang, akhirnya
dia menyambut jua huluran tangan Suraya itu. Tetapi hanya sedetik cuma.
“
Khabar baik. Hah kau pergilah bawa Darius ambil makanan,” kata Puan Hendon
dengan nada kurang mesra.
Suraya
hanya mengganguk. Walaupun terasa hati dengan bicara Puan Hendon itu namun dia
tetap menyabarkan hati. Insyaalah suatu hari nanti Allah akan menunjukkan jalan
terbaik untuknya.
“
Jom sayang, kita ambil makanan,” kata Suraya sambil membawa Darius berlalu. Dia
tahu kehadirannya di situ tidak disenangi oleh Puan Hendon tetapi dia berasa
pelik juga kenapa Adam beria-ia mahu mengajaknya ke sini.
“
Itu isteri you ke?” Tanya William terus memandang Suraya tanpa lepas. Bagi
William kecantikan Suraya itu tiada tandingannya. Dia berasa terpukau dengan
kecantikan asli yang dianugerahkan Suraya itu. Kalaulah wanita itu belum
dimiliki sudah lama dia akan cuba menakluki hati wanita jelita itu.
“
Ya, kenapa?” Tanya Adam tanpa riak.
Dia
berasa malu apabila William mengutarakan pertanyaan begitu. Pastinya penampilan
Suraya itu telah memalukan dirinya. William pasti mengatakan yang Adam ini
begitu kolot kerana mendapat isteri yang begitu kolot.
“
Cantik. I tak sangka you mempunyai isteri secantik itu. Patutlah you kurung
isteri you. You takut ada orang sambar ke?” Seloroh William.
“
Cantik..oh please…” Puan Hendon
tiba-tiba bersuara. Dia berasa tercabar dengan pujian yang diberikan kepada
Suraya. Baginya Suraya yang hina itu tidak layak menerima apa-apa pujian. Lagi
pun selain dirinya tiada seorang pun perempuan yang layak di puji.
Wajah
William kelihatan kaget dengan bicara Puan Hendon itu. Dari cara Puan Hendon
itu dia dapat menghidu kekeruhan antara hubungan anak dan menantu itu. Akhirnya
dia tersenyum lebar.
“
Cantik kalau bodoh apa gunanya? Langsung tidak memberikan manfaat buat I,” kali
ini Adam pula merendahkan isterinya.
William
hanya mengangkat keningnya. Dia berasa
kasihan dengan Suraya yang mendapat suami yang tidak pandai menghargai
kecantikan yang dimiliki olehnya.
“
Siapa kata dia tidak berguna?” Tanya William penuh muslihat.
Puan
Hendon dan Adam saling berpandangan.
“
Maksud you?” Tanya Adam tepat
memandang William.
“
Beginilah projek tender 1.2 billion untuk mengedarkan telefon bimbit terkini
dari Jepun I serahkan kepada you tetapi dengan satu syarat.”
Keriangan
terpancar di wajah Adam dan Puan Hendon. Tender yang selama ini memang mereka
harap-harapkan akhirnya jatuh ke tangan mereka. Bagi Puan Hendon apa syarat
sekali pun akan dikotakannya asalkan tender tersebut jatuh ke tangan mereka. Dengan
kejayaan meraih tender besar ini akan membuatkan ahli lembaga pengarah lebih
percaya kepada kemampuan Adam. Hanya tender ini yang bakal mengukuhkan
kedudukan kewangan syarikat. Apatah lagu Adam sering menggunakan wang syarikat
untuk aktiviti sosialnya. Dia takut jikalau ahli lembaga pengarah dapat
menghidu perkara tersebut. Pasti dia dan Adam akan di sumbat ke dalam penjara.
“
Apa syaratnya?” Tanya Puan Hendon tanpa sabar.
“ You
serahkan isteri you kepada I,” kata William dengan senyuman lebar.
Dia mengharapkan Adam menerima syaratnya itu. Dia begitu teringin meratah tubuh
Suraya yang begitu mengiurkan. Dia benar-benar jatuh cinta pandang pertama
kepada Suraya.
“ What?”
Terjegil biji mata Adam apabila mendengarkannya.
Manakala
Puan Hendon tersenyum lebar dengan syarat yang begitu remeh sekali. Nampaknya
selepas mendapat tender ini kekayaan yang dimilikinya bakal bertambah lagi dan
keyakinan ahli lembaga pengarah kepada kebolehan Adam akan meningkat naik.
“ Relaxla bro. Just for one night
only.”
“ You
gila? I tak pernah libatkan isteri I dalam business.
Business is business. Tiada kaitan dengan isteri I. You ingat I jenis
lelaki yang jual isteri?” Lantang sekali suara Adam. Kelakiannya tercabar
apabila maruah isterinya bakal menjadi bahan dagangan.
William
hanya tersenyum sumbing apabila Adam memarahinya sebegitu manakala Puan Hendon
semakin tertekan dengan bicara Adam itu. Ternyata Adam masih menyayangi Suraya
walaupun dia sering melayan Suraya bagaikan sampah. Patutlah selama ini apabila
di desak supaya menceraikan Suraya anaknya itu sering menangguhkan niatnya. Dia
tidak akan terus membiarkan perkara sebegini berlarutan.
“
Fikirlah. I hanya memberi tawaran. I
don’t mind if you reject my offer. But think about the offer carefully.You
tak akan hilang apa-apa malah you akan dapat kedua-duanya.”
“KAU
ni memang bodoh Adam!” Marah Puan Hendon setelah William berlalu.
Adam
mendenggus kasar dengan bicara ibunya itu. Kemelut hatinya tiada siapa yang
faham. Malah dia berasa begitu hina sekali apabila William memberikan tawaran
gila itu. Di mana maruahnya sebagai seorang suami? Suami yang menguasai
segala-galanya ke atas Suraya.
“
Memang Adam bodoh! Walaupun Adam ini buaya dan mengamalkan seks bebas tapi Adam
tak sanggup kongsi isteri dengan lelaki lain! Itu namanya dayus mak! Adam tak
dayus!” Kata Adam lantang sekali.
Puan
Hendon mendenggus. Geram dengan bicara Adam yang tidak pandai mengambil peluang
keemasan.
“
Dayus ke kau ego Adam? Kenapa kau tak pandai nak rebut peluang keemasan ini?”
Tanya Puan Hendon tenang sekali.
“
Tak kisahlah mak nak cakap apa. Tetapi bagi Adam, Adam tak akan sesekali
berkongsi isteri dengan orang lain! Never!”
“
Siapa suruh kau kongsi isteri?”
“
Ah..kalau dah bagi William tidur dengan Suraya hanya satu malam tak ke itu
dinamakan berkongsi? Lepas tu kalau Suraya mengandungkan anak si William tu
macamana? Adam ke yang kena jadi pak sanggup mengaku anak itu anak Adam? Mak….hanya
orang yang bodoh sahaja yang buat kerja gila ini!” Kata Adam panjang lebar.
Dia
cukup tidak menyangka ibunya sanggup bersetuju dengan cadangan bodoh William
itu. Adakah ibunya sudah hilang maruah dan pegangan? Memang benar tawaran yang
ditawarkan William itu amat memberikan keuntungan yang besar kepada syarikat
mereka tetapi syarat yang dikenakan William itu bukannya satu syarat yang boleh
dibawa berunding. Selagi dia masih bernyawa perkara sebegitu tidak akan berlaku
kepada keluarganya. Bukannya dia sayangkan Suraya tetapi jika dia menjual
maruah Suraya ternyata dia adalah lelaki dayus. Lelaki yang boleh dipergunakan
sesuka hati oleh William.
“
Mak pun tak inginlah nak suruh kau jadi pak sanggup nak bela anak orang putih
itu!” Kata Puan Hendon.
“
Ahhh..habis tu kenapa mak nak suruh Adam bersetuju dengan syarat gila William
tu?”
“
Selama ini Suraya itu tidak pernah ada gunanya kepada kau. Dia itu selalu
dianggap biawak hidup kepada kau. Jadi apa salahnya kau gunakannya demi untuk
kepentingan kau. Selepas kau dapat apa yang kau nak kau ceraikan dia!”
“
Maksud mak?”
“
Kau serahkan tubuh Suraya kepada William. Selepas itu kau ceraikan dia! Takkan
kau nak simpan lagi perempuan kotor yang telah disentuh oleh William?” Puan
Hendon merencanakan strategi.
“
Tapi…”
Adam
berasa berat hati untuk melakukannya. Walaupun sudah tidak menyayangi Suraya
tetapi dia berasa berat hati untuk memutuskan ikatan yang sudah terjalin.
“
Hei..tak kan kau masih sayangkan perempuan kampung itu?” Tanya Puan Hendon
sambil membuntangkan matanya.
“
Bukan begitulah mak. Adam hanya rasa berat hati,” kata Adam berterus-terang
dengan apa yang sedang dirasainya saat ini.
“
Come on Adam. Kau tahu tak kewangan
syarikat sekarang sangat-sangat genting? Semuanya angkara kau yang suka
menggunakan duit syarikat untuk berjoli. Kalau ahli lembaga pengarah tahu
macamana? Kau nak masuk penjara ke? Lagi pun bunga bukannya sekuntum. Kau boleh
cari perempuan yang sepuluh kali ganda lebih hebat daripada Suraya. Sekali kau
petik jari sepuluh yang datang. Lebih-lebih lagi kalau kita mengaut keuntungan
yang berganda dengan tender yang ditawarkan William itu tetapi kalau kau masuk
penjara, Suraya pun lari tinggalkan kau. Kau nak ke semua itu berlaku pada
kau?” Puan Hendon sudah meracuni fikiran Adam.
Dada
Adam berdebar hebat. Tiba-tiba dia berasa takut sekali dengan cerita ibunya
itu. Sungguh dia tidak mahu masuk ke dalam penjara.
“
Bagaimana pula dengan Darius?” Tanya Adam masih belum berpuas hati tetapi dia
tiada pilihan lain.
“
Darius, mak akan buatkan dia menjadi seorang yang pendendam dan benci kepada
ibunya,” kata Puan Hendon melakarkan senyumannya.
Senyuman
yang penuh dendam dan api kemarahan. Dendam yang sudah lama dipendamnya.
Akhirnya tidak lama lagi Suraya akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan
apa yang telah dia lakukan kepadanya suatu masa dahulu.