“
Woiii….apa yang korang buat ni? Tak kesian ke kat dia?” Marah Adlene Kayra
kepada teman-teman yang sedang membuli Danish Iskandar.
Danish
Iskandar segera berlari dan berlindung di belakang tubuh Adlene Kayra yang
kurus. Malah tubuh Adlene Kayra lebih kurus daripada tubuhnya.
“
Alah…relakslah Kayra. Kitaorang hanya suka-suka sahaja,” kata Mashitah.
“
Suka-suka? Buli orang macam ni kau kata suka-suka? Kau suka ke kalau orang buat
dekat kau macam kau buat kat Iskandar?” Marah Adlene Kayra.
“
Eleh Kayra ni, yang kau backing
sangat ‘nyah’ ni apasal? Kau ingat dia akan sukakan kau ke? “ Kata Sofea pula.
Adlene
Kayra mengerutkan dahinya. Dia agak pelik dengan bicara Sofea itu. Dia berkawan
dengan Danish Iskandar bukan kerana soal hati dan perasaan.
“
Ye lah….kau ingat dia akan sukakan kau ke? Kau tahu tak dia tu dah anggap diri
dia perempuan! Kau tengoklah cari dia berjalan? Ha ha melenggok-lenggok. Kalau
aku siot!” Tambah Mashitah.
Bicara
Masitah itu disambut dengan tawa kuat dari Sofea. Masitah dan Sofea gemar
membuli Danish Iskandar yang berperwatakan lembut. Walaupun Danish Iskandar
berpakaian seperti lelaki tulen, tetapi cara percakapan dan cara dia berjalan
semuanya seperti perempuan. Malah Danish Iskandar jadi bahan usikan kepada para
peserta di kursus induksi yang wajib disertai oleh semua graduan perubatan
lepasan luar negara yang bakal ditempatkan di hospital kerajaan tidak lama
lagi.
“
Itu cara dia berjalan. Cuba kau tengok cara dia pegang dulang kat dewan makan
tadi. Ha ha…lembut gila siot…kalah aku wanita tulen ni!” Kata Sofea pula.
“
Kayra…..tengok diaorang kata aku!” Kata Danish Iskandar dengan gaya manjanya
sambil memegang hujung tudung Adlene Kayra.
“
Eh…apa salahnya aku berkawan dengan dia? Aku nak nasihatkan pada korang,
walaupun Iskandar ni lembut tetapi tolonglah jangan pandang rendah kepadanya.
Dia ni sama dengan lelaki biasa cuma mungkin nalurinya ada sedikit kelainan.
Iskandar dilahirkan dengan naluri yang sama seperti wanita. Hatinya mudah
tersentuh seperti kita juga tetapi dia tetap lelaki. Dia juga ada hak untuk
dilayani seperti seorang lelaki biasa dan tolonglah hormat Iskandar seperti
mana korang hormat dengan kawan-kawan lelaki korang yang lain,” nasihat Adlene
Kayra.
“
Oh please….aku tak kawan dengan
pondan!” Kata Mashitah mencebek.
“
Ahhh…ah…aku pun,” sokong Sofea.
Wajah
Danish Iskandar tertunduk sedih.
“
Aku bukan pondan,” kata Danish Iskandar dengan sedih.
“
Hei..korang tak dapat bezakan ke antara pondan dengan lelaki lembut? Kau tengok
Iskandar betul-betul. Ada dia berpakaian seperti perempuan? Ada ke? Tidakkan?
Kalau Iskandar ni pondan sedaya upaya dia ubah dirinya secara fizikal dan
nalurinya seperti pondan. Ada Iskandar buat begitu? Sudahlah Iskandar, tak guna
kita berkawan dengan mereka yang berhati busuk ni!” Marah Adlene Kayra sambil
menarik tangan Danish Iskandar berlalu.
Danish
Iskandar hanya mengikut. Dia bersyukur kerana ada teman seperti Adlene Kayra
yang sentiasa membelanya ketika dia dibuli oleh teman-teman yang lain. Apa nak
buat sudah nasibnya menjadi lelaki lembut.
“
Ehhh..Kayra, auratlah. Kenapa kau pegang aku?”
Danish
Iskandar menarik tangannya daripada terus di pegang oleh Adlene Kayra. Adlene
Kayra yang tersedar hanya tersengih dengan tindakan luar kawalnya.
“
Perempuan sama perempuan aurat juga ke?” Tanya Adlene Kayra sengaja mahu
mengusik Danish Iskandar.
“
Ohhh..mulut kau! Busuk macam longkang! Aku ni lelakilah. Lelaki sejati. Tengok
mana ada bukit pun!” Kata Danish Iskandar sambil menunjukkan bahagian dadanya
membuatkan Adlene Kayra tersenyum lebar.
“
Hah..dah tahu diri tu lelaki cubalah kau keraskan badan kau sikit. Ni lembik
macam sotong. Sebab tulah orang panggil kau nyah,” tegur Adlene Kayra.
“
Nak buat macammana. Dah naluri aku begini. Aku tak boleh nak ubah. Lagi pun
cara aku tak salah bukan? Kau tengok aku ni ada menyerupai perempuan ke?” Tanya
Danish Iskandar membela diri.
Adlene
Kayra pandang Danish Iskandar dari atas ke bawah. Teman baiknya itu memakai
baju T-Shirt berwarna pink, berseluar track dan berkasut sukan. Sesuai dengan
aktiviti riadah yang bakal mereka lakukan sebentar lagi. Gaya dan penampilannya
seperti lelaki tulen tetapi mungkin warna pink yang dipilihnya membuatkan
Danish Iskandar sering di ejek oleh peserta-peserta yang lain.
“
Tu, baju kau tu tak de warna lain ke? Pink macam perempuan!” Kata Adlene Kayra.
“
Perempuan? Siapa kata warna pink untuk perempuan? Hey…kau jangan stereotaip
sangat. Sekarang ni ramai je lelaki yang pakai baju warna pink. Kau tengok
artis lelaki tempatan kita pun ramai yang minat warna pink tau tak,” kata
Danish Iskandar. Apabila dia bercakap suaranya lembut mengalahkan suara Adlene
Kayra manakala tangannya di awang-awangkan lagak seperti seorang nyah. Sebab
itulah gelaran nyah itu tidak boleh lari daripadanya.
“
Kau cuba perkasa sikit. Dada tu cuba buka bukan pekung begitu. Tangan tu tak
payah nak awang-awang. Sakit mata aku menengoknya,” nasihat Adlene Kayra.
“
Ya lah…sudahlah. Sakit-sakitlah. Malas aku nak melayan kau,” kata Danish
Iskandar merajuk. Dia berpeluk tubuh sambil mulutnya dijuihkan.
“
Iskkhh merajuk konon. Geli aku menengoknya,” kata Adlene Kayra.
Dia
kemudiannya beredar menuju ke ruang rehat yang disediakan. Malas dia mahu
melayan rajuk Danish Iskandar itu. Rajuknya mengalahkan seorang perempuan.
Kadang-kala Adlene Kyara tidak terdaya untuk melayan karenah Danish Iskandar
itu.
“
Hey..Kayra..tunggulah…” panggil Danish Iskandar dengan gaya lembutnya. Namun
Adlene Kayra buat-buat tidak peduli. Dia tahu Danish Iskandar akan mengikutnya
juga. Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan. Kemudian dia
mencapai sebuah surat khabar yang sememangnya tersedia di situ lalu dibeleknya
satu per satu.
Darius
sekali lagi di anugerahkan sebagai ‘most talented man’ oleh majalah Times.
Adlene
Kayra membaca tajuk petikan akhbar tersebut. Dia hanya membaca tajuknya tetapi
sedikit pun tidak membaca isinya. Malah dia langsung tidak berminat untuk
mengetahui tentang lelaki yang telah diberikan anugerah tersebut.
“
Apa yang kau baca ni?” Tanya Danish Iskandar.
“
Ni tengok ni, kalau kau jadi gagah perkasa macam lelaki ni kan best. Tengok ni…tengok ni,” kata Adlene
Kayra sambil menunjukkan gambar lelaki yang telah mendapat anugerah tersebut
kepada Danish Iskandar.
Danish
Iskandar pandang kepada wajah lelaki yang penuh dengan gaya itu. Gaya seorang
lelaki maskulin. Tiba-tiba dia dihimpit cemburu. Alangkah bagusnya kalau dia
juga begitu. Sejujurnya dia teringin untuk menjadi lelaki perkasa sebegitu.
“
Eleh…entah-entah dia gay,” tuduh Danish Iskandar sekadar berjenaka.
Ketawa
besar Adlene Kayra apabila mendengarnya.
“
Pandailah kau!”