“
Aku ada teka teki. Kau dengar ye. Apa benda nak mencari sikit punya susah. Bila
dah dapat kita buang? Cepat teka,” kata Adlene Kayra sambil berjalan beriringan
dengan Danish Iskandar.
“
Apa ye? Tak tahulah aku. Kau ni Kayra cubalah bagi teka teki yang senang
sikit,” kata Danish Iskandar.
“
Alah tahi hidung! Ha ha!!” Kata Adlene Kayra sambil ketawa kuat.
“
Cis, pengotor. Ada ke teka teki begitu yang kau bagi kat aku!” Marah Danish
Iskandar.
“
Betullah. Cuba kau korek hidung kau sekarang!” Kata Adlene Kayra yang masih
ketawa kuat. Suka betul dia kerana dapat mengenakan sahabat baiknya itu.
“
Tak naklah aku. Kau ni memang pengotorlah Kayra. Eh…Kayra…tengok tu, kereta
sport merah..cantiknya,” kata Danish Iskandar sambil matanya terus memerhatikan
kereta sport Nissan Skyline GTR berwarna merah yang sedang parkir di tepi
jalan. Hilang terus teka teki yang diberikan oleh Adlene Kayra itu. Kini
tumpuannya terus kepada kereta sport tersebut.
Adlene
Kayra turut melihat ke arah kereta mewah yang menjadi idamannya itu. Dia hanya
mampu menyimpan angan tetapi dia sedar dia tidak mampu untuk memilikinya.
“
Wahh..cantiknya. Warna merah pula tu! Minat betul aku pada kereta ni. Jom kita
tengok dekat sikit,” kata Adlene Kayra sambil menarik lengan baju Danish
Iskandar untuk melihatnya.
Danish
Iskandar turut mengikut gerak langkah Adlene Kayra. Apatah lagi mereka
mempunyai minat yang sama terhadap kereta tersebut. Minat yang hanya menjadi
angan-angan sahaja.
“
Kau rasa siapa pemilik kereta ini? Lelaki muda ke atau pak cik tua?” Tanya
Danish Iskandar sekadar bergurau. Mereka merapati kereta sport jepun yang di
gelar “Godzilla” oleh majalah Wheels di Autralia ketika dikeluarkan di sana.
“
Mana aku tahu. Tapi mesti pemandunya handsome sama seperti kereta sport idaman
aku ni! Wah alangkah bagusnya kalau aku berpeluang memandu kereta serba hebat
ini!” Kata Adlene Kayra terus berangan di hadapan kereta idamannya.
“
Kalau aku diberi peluang menaiki kereta ini pun dah cukup bertuah. Tengoklah
warnanya, berkilat-kilat. Ehhhh geramnya aku,” kata Danish Iskandar sambil
tangannya gatal menyentuh kereta idamannya. Ah lagipun pemilik kereta ini
bukannya ada!
“
Iskandar sini, jom kita intai kat dalam,” kata Adlene Kayra.
Dia
kemudiannya melekapkan mukanya di cermin kereta gelap itu untuk melihat dengan
lebih jelas lagi keadaan di dalam kereta idaman mereka itu. Danish Iskandar
juga turut berbuat demikian.
Alangkah
terkejutnya mereka apabila mendapati ada orang di dalamnya. Apa yang lebih
mengejutkan mereka kerana pasangan tersebut sedang melakukan perkara tidak
senonoh di situ. Menjerit kuat Danish Iskandar dan Adlene Kayra di situ
membuatkan pasangan tersebut terkejut besar.
“
Iskh tak senonoh! Ada je kereta besar tapi perangai tak beradap!” Maki Adlene
Kayra kepada pemilik kereta mewah tersebut.
Dia
terus menarik tangan Danish Iskandar, ingin segera berlalu dari situ.
“
Hoi!!” Tengking seorang lelaki yang keluar dari kereta mewah itu membuatkan
langkah Danish Iskandar dan Adlene Kayra terhenti. Mereka saling berpandangan.
Ternyata wajah Danish Iskandar begitu cuak sekali.
“
Apa hoi-hoi?” Kata Adlene Kayra agak berani.
Kalau
diikutkan hatinya mahu sahaja dia berceramah agama kepada pasangan yang tidak
beradab itu tetapi dia takut.
“
Hahh..apa hoi-hoi? Ingat kami tak de nama ke?” Balas Danish Iskandar dengan
gaya lembutnya.
Hanya
lelaki itu sahaja yang keluar manakala pasangannya berada di dalam kereta.
Mungkin malu dengan perbuatan terkutuknya yang telah diketahui oleh mereka
berdua.
Lelaki
itu mendenggus kasar. Marahnya semakin berapi. Entah apa niat kedua wanita ini
yang mengintai keretanya. Mahu mencurikah? Tetapi lagak gaya tidak macam
pencuri langsung. Ah wanita sekarang bukannya boleh dipercayai!
“
Korang buat apa kat kereta aku?” Tanya lelaki itu tanpa memperdulikan bicara
Danish Iskandar dan Adlene Kayra.
Danish
Iskandar dan Adlene Kayra saling berpandangan. Mereka saling mencebik.
“
Dah tak de tempat lain ke nak buat maksiat?” Tanya Adlene Kayra tanpa memperdulikan
pertanyaan lelaki itu.
Wajah
lelaki itu kelihatan bertambah merah. Mungkin sedang meradang dengan perlian
Adlene Kayra itu.
“
Iyelah, kat parking kereta ini kau boleh terfikir buat maksiat. Pakai kereta
sport tapi tak de duit nak sewa hotel! Hei kalau tak takut dosa sekali pun
janganlah buat di tempat terbuka begini. Malu kalau orang tengok!” Danish
Iskandar pula membebel.
Danish
Iskandar dan Adlene Kayra memang sebulu. Ada sahaja bicara Adlene Kayra yang
akan ditokok tambahkan oleh Danish Iskandar.
Lelaki
itu mendenggus kasar. Baru dia perasan rupa-rupanya dihadapannya itu ada
seorang wanita dan seorang lagi lelaki lembut bukannya kedua-duanya wanita
seperti apa yang dianggap pada mulanya. Ikshhh menyampahnya dia melihat gaya
lembut tak jadi lelaki itu. Mahu sahaja ditumbuk terajang lelaki itu supaya
menjadi keras semula. Lembutnya mengalahkan sotong!
“
Yang kau orang berdua menyibuk tentang aku ni apasal? Suka hati akulah nak buat
apa!” Tengking lelaki itu.
Danish
Iskandar dan Adlene Kayra saling mencebir. Hati mereka semakin menyampah dengan
lelaki yang tidak tahu malu itu. Sudahlah telah membuat dosa dan masih mahu
marah-marah kepada mereka yang berniat ikhlas untuk menegurnya.
“
Kalau kau buat senyap-senyap, kami tak nampak tak apa. Ni di tengah hari
rembang kat parking kereta kau buat kerja terkutuk ni, iskhhh..memang tak
senonoh. Bayangkan kalau nenek kau yang lalu kat sini, pasti dia terkejut
beruk! Tah, tah terus terkena heart
attact gara-gara perangai kau yang tak senonoh ni!” Danish Iskandar terus
memberi ceramah.
"
Eh sotong kau tak payah menyibuk pasal aku!" Marah lelaki itu.
Danish
Iskandar menceber.
“
Dia panggil aku sotong pula!” Marah Danish Iskandar dengan geram. Adlene Kayra
mendenggus geram.
“
Nafsu kuda ke apa kau ni! Langsung tak menyempat!” Kata Adlene Kayra pula.
Lelaki
itu semakin berang. Terus dia menyepak tayar keretanya.
“
Nasib baik kau perempuan dan kau pula separuh perempuan, kalau tak dah lama
makan penampar aku tahu tak!” Marah lelaki itu.
Lelaki
itu terus masuk ke dalam kereta lalu menghempas pintu kereta dengan kuat.
Kemudian dia menghidupkan enjin keretanya. Dia menekan pedal minyak
berkali-kali sebelum keretanya terus meluncur laju meninggalkan Adlene Kayra
dan Danish Iskandar yang masih setia memerhati.
“
Tak senonoh! Kereta je besar tapi akal kecik!” Bebel Adlene Kayra lagi.