“
Hai baby boy,” tegur Agnes kepada
Darius yang kebetulan sedang menunggu lif bersamanya. Agnes hendak turun ke
tempat meletak kereta manakala Darius hendak naik ke tingkat atas.
“
SorryAgnes, I bukannya baby lagi. I dah besar panjang sekarang
ni. Dah boleh jadi bapa orang dah pun,” kata Darius sambil memandang kepada
Agnes yang tersenyum lebar. Wajah Agnes yang berhias cantik sedikit pun tidak
menunjukkan usia sebenarnya. Kalau orang tidak tahu pastinya orang akan
mengatakan dia berumur sekitar awal tiga puluhan sedangkan Agnes sekarang ini
sudah pun berusia empat puluh lima tahun.
“
Opps I terlupa pula yang you dah
dewasa sebab dari you kecil lagi I
dah kenal you. I masih ingat lagi you dulu kecil-kecil asyik pegang tangan mak
you sahaja ke mana sahaja you pergi. Macam tak boleh berenggang langsung dengan
mak you. Tapi sekarang tak sangka dia dah tinggalkan you,” kata Agnes.
Darius
hanya beriak selamba sedangkan hatinya membara mendengarkan bicara Agnes itu.
Dia sendiri tidak tahu mengapa Agnes mahu membangkitkan luka lama yang
sememangnya masih berdarah.
“
Kesiankan. Kalau I jadi mak you dah lama I bunuh diri dengan nasib malang yang
menimpanya itu,” kata Agnes.
Ketika
itu pintu lif untuk ke tingkat bawah sudah pun terbuka.
“
Apa maksud you?” Tanya Darius
mohonkan pengertian.
Agnes
tersenyum. kemudian dia masuk ke dalam kotak lif.
“
Tak de apa-apalah. Oklah. I nak jumpa papa you,”
kata Agnes.
“
You ada apa-apa hubungan dengan papa
I ke? I tengok youasyik melekap
dengan papa I, 24 jam,” kata Darius menyuarakan rasa hatinya yang tersimpan
sejak dari dahulu lagi.
Makin
lebar senyuman Agnes apabila mendengarnya.
“
Cubalah teka….” Kata Agnes tersenyum lebar sebelum pintu lif tertutup rapat.
“
Wahhhh..handsomenya Encik Darius.
Jatuh cinta aku dibuatnya,” kata Laila sambil terus merenungi wajah Darius di
dalam majalah Times. Darius nampak begitu berkarisma dengan mengenakan tuxedo
hitam.
“
Jangan perasanlah. Bukan setakat kau, Fasha Sanda sekali pun yang lalu di
hadapannya tak mungkin di pandangnya,” kata Wahida yang turut sekali membaca
cerita tentang Darius di majalah tersebut.
“
Eh kenapa pula?” Tanya Laila. Tumpuannya telah dialihkan kepada Wahida. Dia
begitu berminat dengan bicara teman sepejabatnya tentang ketua mereka itu.
“
Kau tak tahu ke yang Encik Darius itu anti wanita?”
Terjegil
biji mata Laila mendengarkan bicara Wahida itu.
“
Betul ke?” Tanya Laila bagaikan tidak percaya.
“
La kau tak tahu lagi ke? Dah satu pejabat heboh tentangnya! Sebab itulah Encik
Darius tidak pernah ada teman wanita!” Cerita Wahida bersungguh-sungguh.
“
Gay ke dia? Nauzubillahh…simpang malaikat 44!”
Darius
yang terdengar bicara pekerjanya yang tidak perasan dengan kehadirannya di
belakang mereka berasa geram sekali. Itulah kerja wanita yang hanya tahu
membawa mulut. Dia berdehem sekali. Nyata kedua-dua wanita itu begitu terkejut
sekali apabila mendapati dirinya di situ. Merah muka mereka yang begitu cuak
melihatnya.
“
Puas mengumpat tentang saya?” Perli Darius dengan wajah yang menyinga.
Kalau
ikut rasa marah mahu sahaja dipecat kedua-dua perempuan yang suka mereka cerita
tentang dirinya. Tetapi mengenangkan dia perlu bersikap professional dan
berfikiran rasional dia terpaksa menahan hati dengannya.
“
Maafkan kami Encik Darius,” kata mereka berdua tergagap-gagap. Tidak sekali pun
mereka berani memanggungkan kepala memandang ke arah Darius yang berwajah
menyinga itu.
Darius
hanya mendenggus kasar. Kemudian dia terus berlalu ke bilik pejabat neneknya.
“
Tahniah Darius! Tahniah! Granny
bangga dengan pencapaian Darius!” Kata Puan Hendon sebaik sahaja melihatkan
kemunculan Darius di biliknya.
Dia
tersenyum lebar. Tidak sia-sia dia membesarkan Darius. Walaupun sikap Adam
sering memeningkan dirinya namun kejayaan demi kejayaan yang diraih Darius itu
telah mengubat semua kebimbangan itu.
Puan
Hendon terus meraih tubuh Darius lalu memeluknya erat. Dia berasa bangga kerana
berjaya mendidik seorang anak muda sehingga menjadi seorang lelaki yang berjaya
di bidang perniagaan.
“
Semuanya atas usaha Grany juga,” kata
Darius dalam pelukan Puan Hendon.
Puan
Hendon semakin bangga apabila mendengarkan bicara Darius itu. Apatah lagi
apabila setiap kejayaan yang diukir oleh Darius, Darius akan menyebut namanya
sebagai pembakar semangatnya. Ini membuatkan Puan Hendon boleh menumpang nama
di sebalik kejayaan cucu kesayangannya itu.
Sejak
Darius melibatkan diri dalam syarikat ini, keuntungan yang diperolehi berlipat
kali ganda. Darius bijak merencanakan strategi. Dalam masa lima tahun sahaja,
syarikat yang dahulunya syarikat kecil kini sudah mengembangkan sayapnya.
Usaha-usaha yang dibuat oleh Darius membolehkan mereka berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan syarikat gergasi yang lain.
Kehadiran
Darius di syarikat ini membuatkan Puan Hendon sudah mampu menarik nafas lega.
Kehadiran Darius di Wirasutra berjaya meluaskan pengaruhnya. Ramai ahli lembaga
pengarah yang sudah mahu mengikut cakapnya. Malah nama Darius yang selalu
dicanang-canangkan oleh ahli lembaga pengarah untuk menjadi CEO di syarikat ini
kelak.
Puan Hendon sudah tidak peduli lagi kepada
Adam yang suka berfoya-foya itu dan dia juga sudah tidak kuasa untuk meleteri
anak lelakinya itu kerana dia sudah mempunyai Darius. Darius yang menjadi intan
payung kepada Puan Hendon.
“
Apa perancangan Darius seterusnya?” Tanya Puan Hendon sambil membawa Darius
duduk ke sofa. Layanan yang diberikan kepada Darius bagaikan raja. Cucu yang
telah mengharumkan namanya perlu ditatang bagaikan minyak yang penuh.
Darius
mengangkat bahunya.
“
Darius nak tumpukan projek smart phone buat masa ini,” terang Darius.
Puan
Hendon mengangguk. Hampir lima tahun Wirasutra menceburkan diri dalam membuat
serta memasang komponen untuk telefon pintar dari jenama terkenal dan juga
mereka juga telah memperkenalkan telefon pintar jenama Malaysia yang kini
sedang mendapat sambutan hebat dari pengguna kerana harganya yang jauh lebih
murah dari telefon pintar yang lain. Di samping kualitinya yang dikatakan
setanding dengan telefon pintar dari jenama terkenal. Semuanya atas hasil idea
dan usaha gigih Darius, cucunya.
“
Bagaimana dengan perancangan masa hadapan?” Tanya Puan Hendon lagi.
Dia
tahu Darius masih lagi tidak berpunya. Malah cucu lelakinya itu tidak pernah
menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan berbeza sekali dengan sikap
bapanya yang kaki perempuan itu.
“
Apa maksud Granny?” Tanya Darius yang nyata tidak faham dengan pertanyaan Puan
Hendon itu.
“
Kahwin la! Bila lagi Darius nak kahwin? Darius dah 28 tahun sekarang ni!” Kata
Puan Hendon. Kalau Darius tidak keberatan, dia boleh mencari seorang wanita
yang lengkap dengan segala pakej untuk dijadikan seorang isteri. Malah Puan Hendon
sudah mempunyai rancangannya yang tersendiri.
Darius
mengeluh lemah. Setakat ini dia tiada keinginan untuk mendirikan rumah tangga.
Dia terlalu benci dengan wanita. Pengkhianatan yang dibuat oleh ibunya suatu
masa dahulu adalah detik permulaan dia membenci kaum wanita.
“
Nantilah granny,” kata Darius lemah.
Puan
Hendon mengeluh lemah. Ini bukanlah kali pertama Darius memberikan jawapan
sebegini. Sepatutnya di dalam usia sebegini Darius sudah memikirkan tentang
pembinaan sebuah keluarga dan mula mengintai perempuan yang berkenan untuk
dijadikan calon isteri. Ini tidak, Darius sentiasa sibuk menguruskan perniagaan
dan sentiasa bersikap serius dengan mana-mana perempuan yang mahu mendekatinya.
Ini yang menimbulkan tanda tanya kepada Puan Hendon mengapa Darius boleh
bersikap sedemikian.
“
Darius nak tunggu sampai bila lagi atau Darius ni gay?” Tuduh Puan Hendon
tiba-tiba.
Bukannya
dia tidak tahu desas-desus yang mengatakan Darius tidak suka pada kaum
perempuan dan lebih teruk lagi ada yang menuduh Darius gay. Ini yang membuatkan
Puan Hendon tidak senang duduk mendengarnya. Mana mahu diletakkan mukanya jika
perkara sebegini berlaku kepada darah dagingnya?
Terkejut
besar Darius dengan tuduhan dari Puan Hendon ini. Rupa-rupanya telinga Puan
Hendon juga dapat menangkap desas-desus yang bertiup kencang tatkala ini. Dada
Darius membahang panas. Pasti dua wanita tadi yang telah menyebarkan fitnah
ini!
“
Apa yang granny cakapkan? Granny ingat Darius ni jahil sangat ke?
Walaupun Darius tak pernah sembahyang tapi Darius tak de lah sejahil itu untuk
melakukan perkara terkutuk sebegitu. Gay? Iskh granny ni, geli Darius mendengarnya.”
Mendengarkan
pengakuan Darius itu Puan Hendon menarik nafas lega. Sebenarnya perkara
begitulah yang amat ditakutinya. Dia tidak mahu Darius yang di sayanginya ini
akan menjatuhkan airmukanya.
“
Lega, grannymendengarnya,” kata Puan
Hendon tersenyum lebar. Wajah Miasarah bermain-main di layar ingatan Puan
Hendon. Bukan Puan Hendon berkenan kepada budi pekerti gadis itu tetapi
disebabkan dia adalah anak Tan Sri Najib membuatkan Puan Hendon amat berkenan
kepadanya. Puan Hendon merasakan cukup sesuai untuk dijodohkan Darius dengan
Miasarah dan Puan Hendon yakin keluarga Miasarah sangat bersetuju dengan
rancangannya ini. Ah siapa yang tidak mahu bermenantukan Darius yang hebat itu.
Fikir Puan Hendon riak sekali.
“
Nah ini duitnya,” kata Adam sambil menghulurkan sebungkus bungkusan yang berisi
wang kepada seorang lelaki yang sedang menunggu di tempat parking kereta.
Lelaki itu mengambil bungkusan tersebut lalu di masukkan ke dalam kocek
seluarnya.
“
You tak nak kira dahulu ke?” Tanya
Adam apabila melihat gelagat lelaki tersebut.
“
Tak pe I percaya sama you. Esok
jangan lupa payment macam biasa,”
kata lelaki yang mempunyai tatu kepala ular di kepalanya.
“
jangan risaulah. I bayar esok,” kata Adam sebelum dia masuk semula ke dalam
kereta. Begitu juga dengan lelaki tersebut yang masuk ke dalam kereta miliknya
lalu meluncur laju meninggalkan Adam yang masih lagi berada di dalam keretanya
bersama Agnes.
“
Berapa you bayar kali ini?” Tanya
Agnes.
“
Tak banyak. Seribu je,” kata Adam.
“
Tak banyak you kata. Hari-hari you bayar seribu, sebulan dah tiga puluh
ribu. Tak cekik darah ke?” Tanya Agnes agak tidak berpuas hati dengan bicara
Adam itu.
“
Eleh relaks lah Agnes. I pinjam bukannya banyak pun. Lagipun at that time I memang tengah sesak nak
pakai duit sebab tu I pinjam,” kata Adam.
“
Habis tu you bayar guna duit siapa kali ini?”
“
Duit syarikatlah. Apa susah…kalau kantoi mak I ada tolong cover,” kata Adam melepaskan semua tanggungjawabnya kepada ibunya.
Agnes
tersenyum lebar. Dia suka dengan sikap Adam itu kerana sekurang-kurangnya dia
boleh tumpang sekaki menumpang kemewahan Adam itu.
“
Kalau macam tu I nak ambil jugalah. Bukannya orang tahu. Lagipun mak youkan ada,” kata Agnes tersenyum lebar.
“
You nak buat apa?”
“
Eh duit..mestilah macam-macam boleh I buat. Lagi pun husband I yang tak guna tu mati bukannya tinggalkan harta tetapi
tinggalkan hutang yang banyak. Kalau I tak ikut cara you songlapkan duit syarikat, macamana kedua-dua orang anak I nak
hidup?”
“
Kali ini berapa yang you nak?”
Pertanyaan
Adam itu membuatkan Agnes tersenyum lebar.
“
Tak banyak. Hanya sepuluh ribu sahaja,” kata Agnes.
“
Buat apa ambil sedikit sangat. Lagi pun itu duit syarikat bukan duit I. Ambillah tiga puluh ribu. Nanti you prepare check. Jom I nak makan,”
kata Adam.
“
Kita nak makan di mana?”
“
Mana-mana sahajalah. Asalkan kedai itu ada jual arak,” kata Adam.
“
You ni tengahari pun nak minum arak lagi?”
“
Mestilah. I tak boleh hidup tanpa arak.”