“
Granny, Darius nak balik rumah mama. Darius rindu pada mama,” kata Darius
dengan wajah yan sedih.
Sudah
dua minggu dia tinggal bersama neneknya. Tidak pernah sekali pun dia berpisah
begitu lama dengan ibunya yang tercinta. Selalunya dalam sebulan hanya dua hari
dia akan tinggal dengan neneknya.
“
Buat apa Darius rindu pada mama Darius? Dia bukan rindukan Darius sebab itu dia
tidak datang ambil Darius,” kata Puan Hendon bersahaja.
Wajah
Darius semakin keruh apabila mendengarkan bicara Puan Hendon. Dia tidak tahu
mengapa Puan Hendon sering memburukkan ibunya. Ada sahaja perbuatan Suraya yang
tidak disukainya. Bagi Puan Hendon, sikap Suraya sering menjengkelkan dirinya.
“
Granny tipu. Mama rindukan Darius. Mama sayangkan Darius seperti mana Darius
sayangkan mama,” bangkang Darius yang tidak ingin mempercayai bicara neneknya
itu.
Bagi
Darius, neneknya sengaja mahu memburukkan ibunya. Walaupun dia masih kecil,
namun dia dapat menilai yang mana satu intan yang mana satu permata.
Puan
Hendon mendenggus. Dia berasa marah dengan bicara Darius itu. Namun dia terus
menyabarkan hatinya. Dia tahu bukan mudah untuknya membeli hati cucu
kesayangannya itu. Puan Hendon melebarkan senyumannya.
“
Darius sayang, Darius masih kecil untuk menilai siapa ibu Darius yang sebenarnya.
Nanti apabila Darius dah besar baru Darius sedar tentang sikap buruk mama
Darius. Sebenarnya granny tak sampai hati untuk memberitahu Darius perkara
sebenarnya tetapi granny kasihankan Darius yang sering tertipu dengan sikap
hipokrit mama Darius,” kata Puan Hendon sambil membelai rambut cucunya dengan
penuh kasih sayang.
Dia
bencikan Suraya. Bagi Puan Hendon, Suraya merampas kasih sayang Adam daripadanya.
Disebabkan Suraya Adam sanggup membelakangkan dirinya. Oleh sebab itu, kalau
boleh dia mahu merampas kasih sayang Darius daripada Suraya. Biar Suraya
rasakan apa yang dia rasa suatu masa dahulu.
Mata
Darius memandang dengan perasaan tidak puas hati dengan bicara Puan Hendon. Dia
tidak mahu mendengar bicara Puan Hendon seterusnya tetapi hatinya bagaikan
mengeletek untuk mengetahui kebenaran yang sebenar.
“
Siapa mama yang sebenarnya, granny?” Tanya Darius cukup berdebar.
Puan
Hendon tersenyum dengan pertanyaan Darius. Mudah benar untuk meracuni pemikiran
seorang anak kecil.
“
Darius tahu tak kenapa mama sering hantar Darius ke rumah granny?” Tanya Puan
Hendon cuba meracuni pemikiran Darius.
Padan
muka kau, Suraya! Salah kau juga kerana membenarkan anak kau rapat dengan aku!
Bicara Puan Hendon di dalam hatinya.
Darius
menggeleng. Dia terus memandang tanpa sabar kepada Puan Hendon.
“
Sebab mama tak nak Darius tahu perangai sebenarnya yang suka berfoya-foya,”
kata Puan Hendon.
Darius
mengeleng kepala. Sukar dia mahu percaya dengan bicara neneknya itu. Dia kenal
benar dengan sikap ibunya yang cukup penyayang itu. Tidak pernah sekali pun
sikap ibunya membuatkan Darius berasa berjauh hati
“
Granny tipu!” Marah Darius.
Dia
mula berasa marah dengan bicara neneknya itu.
“
Betul! Papa sering mengadu sikap mama Darius kepada granny. Kalau Darius tak
percaya Darius tanya papa.”
Darius
sudah bangun. Dia berasa rimas dengan bicara neneknya itu. Malah dia semakin
membenci Puan Hendon yang suka memburukkan ibunya. Baginya tiada siapa yang
boleh memburukkan ibunya dan tiada siapa yang boleh memisahkan kasih sayangnya
terhadap ibunya sendiri.
“
Grannya tipu! Granny tipu! Darius tahu granny tipu! Darius benci Granny! Darius
benci granny!” Kata Darius sambil menghentak kakinya.
Airmata
sudah bertakung di kolam matanya. Hatinya di himpit sebak yang bukan kepalang.
Penipuan demi penipuan membuatkan perasaannya semakin tertekan. Dia terlalu
menyanyangi ibunya dan dia tidak akan sesekali membiarkan sesiapa pun
memburukkan imej ibunya yang bersih itu.
Tiada
siapa yang lebih mengenali ibunya daripada dirinya sendiri. Fikir Darius
sendirian.