“
Pergi masuk ke dalam bilik hotel. Lagi lama kau di sini akan lebih memalukan
aku,” Kata Adam kepada Suraya sambil meletakkan kunci bilik hotel yang
disewanya kepada Suraya.
Suraya
hanya mampu mengeluh di dalam hati. Kalau tidak selesa kehadirannya ke majlis
ini kenapa perlu membawanya ke sini? Suraya bukannya terhegeh-hegeh mahu
mengikut Adam ke sini. Malah Adam yang beria-ia mahu mengajaknya. Sudahnya
Suraya pula perlu mengurungkan dirinya di dalam bilik hotel.
“
Jom Darius,” kata Suraya seraya menarik tangan anak tunggalnya.
Nasib
baik Darius mengikutnya bolehlah menjadi peneman Suraya sejak dari mereka
datang ke sini. Anak terunanya itu cukup rapat dengannya.
“
Kau masuk dulu. Nanti aku hantar Darius ke sana. Aku nak main dengan cucu aku!”
Tiba-tiba Puan Hendon berkata. Puan Hendon segera menarik tangan Darius ke
arahnya. Darius yang terkejut hanya terpinga-pinga.
“
Tapi mak….”
Suraya
berasa berat hati. Apatah lagi dia risau kalau-kalau Puan Hendon mereka cerita
tidak baik tentang dirinya kepada Darius. Dia takut Darius akan termakan cerita
palsu yang ditaburkan oleh nenek kesayangannya itu.
“
Tak kan aku nak main dengan cucu aku sendiri pun tak boleh?” Kata Puan Hendon
sambil membuntangkan matanya. Walaupun dengan nada suara yang perlahan Suraya
tahu Puan Hendon sedang marahkannya. Akhirnya Suraya mengalah jua.
“
Darius, mama naik atas dulu. Nanti Darius datang temankan mama ye,” kata Suraya
sambil mencium pipi anak terunanya.
Darius
juga mencium pipi Suraya sambil berbisik di telinganya.
“
Jangan risau, mama. Darius temankan nenek sekejap je,” bisik Darius.
Suraya
tersenyum lebar mendengarkan bisikan Darius itu. Ternyata anak terunanya itu
dapat membaca kata hatinya.
“
Agnes akan tunjukkan kau bilik,” kata Adam.
Kemudian
Suraya mengikut wanita yang bernama Agnes untuk menuju ke bilik yang telah di
sewa khas oleh Adam untuknya. Suraya tahu kehadirannya di dalam majlis ini akan
membuatkan Adam berasa kekok untuk bermesra dengan perempuan lain. Pastinya
tujuan Adam menyewa bilik ini adalah untuk membuka peluang Adam untuk terus
bemesra dengan gadis-gadis jelita di situ.
“
Puan, ini biliknya,” kata Agnes lalu membuka pintu bilik hotel.
Kemudian
Agnes masuk ke dalam bilik hotel lalu membuka suis lampu dan penyaman udara.
Suraya melabuhkan punggungnya di katil sambil menantikan Agnes membuka
televisyen untuknya.
“
Puan nak air?” Tanya Agnes dengan wajah mesra.
“
Boleh juga,” kata Suraya.
Suraya
tidak pernah mengenali Agnes. Mungkin wanita yang kelihatan bergaya itu adalah
salah seorang pekerja setia di syarikat Adam bekerja.
“
Air panas atau sejuk?” Tanya Agnes lagi.
“
Beri saya fresh orange satu,” kata
Suraya.
“
Baiklah. Nanti saya order. Puan ada
apa-apa lagi mahu saya bantu?” Agnes masih setia memberikan perkhidmatannya.
Pasti wanita ini mempunyai adab yang terpuji. Fikir Suraya sendirian.
“
Tak de. Terima kasih, Agnes,” kata Suraya tersenyum lebar.
Agnes
membalas senyuman Suraya. Kemudian dia berlalu dari situ. Lima minit kemudian
seorang pelayan datang membawa hidangan yang dipesan Agnes ke dalam bilik
Suraya.
Sambil
menonton televisyen Suraya minum air yang dipesan itu dengan seleranya. Tidak
sampai lima minit Suraya mula merasa mengantuk. Tanpa berfikir panjang Suraya
terus melabuhkan badannya di atas katil sebelum memejamkan matanya.
SURAYA
gagahkan dirinya untuk membuka mata walaupun denyutan di kepalanya begitu
mencucuk. Suraya tidak tahu apa yang sedang berlaku kepadanya tatkala ini.
Sebaik sahaja dia membuka mata pandangannya berpinar-pinar. Dia terus
meletakkan jemarinya yang runcing di kepala lalu memicitnya agar kesakitan yang
ditanggungnya kembali reda.
“
Zzzzz…”
Suara
dengkuran itu membuatkan jantung Suraya bagaikan terhenti buat seketika. Dia terkejut
bukan kepalang. Suara yang tidak pernah di dengarnya sepanjang hidupnya. Apatah
lagi Adam tidak pernah berdengkur di dalam tidurnya. Siapakah yang berdengkur
itu?
Segera
Suraya berpaling ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya Suraya apabila melihat
seorang lelaki berbangsa Inggeris tidur dengan nyenyaknya di sebelahnya. Nafas
Suraya bagaikan tersekat di kerongkong. Dadanya bergetar seribu. Apa yang telah
lelaki ini buat bersamanya di dalam bilik ini? Adakah lelaki ini sudah tersalah
bilik?
Suraya
segera bangun untuk menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa lelaki itu.
Mungkin lelaki itu tersalah bilik dan tidak menyedari kehadiran Suraya di
sini. Apa yang lebih mengejutkan Suraya
dan membuatkan dia bagaikan mahu gila apabila mendapati tubuh badannya yang
tanpa seurat benang. Suraya semakin panik. Kenapa dia boleh berkeadaan
sedemikian? Adakah lelaki inggeris ini telah merogolnya? Suraya sudah tidak
tentu arah apabila memikirkan semuanya itu. Dia cuba mengingati apa yang telah
terjadi namun semuanya hanyalah sia-sia. Suraya langsung tidak dapat mengingati
apa-apa selain daripada dia tertidur setelah meminum jus oren yang dipesannya
itu.
Dengan
tangan yang terketar-ketar cepat-cepat Suraya menyarungkan pakaian ke tubuhnya
semula. Di dalam hati dia terus berdoa agar perkara yang sering ditakuti oleh
semua wanita itu tidak pernah terjadi kepadanya.
“
Hello baby.....macamana besttak tadi?” Tanya lelaki berbangsa
inggeris itu setelah dia terjaga dari tidurnya. Ketika itu Suraya sudah selesai
mengenakan baju ke tubuhnya. Dengan mata yang buntang bagaikan mahu membaham
lelaki itu hidup-hidup Suraya terus merenungi lelaki inggeris itu. Namun lelaki
itu masih beriak selamba. Tiada tanda-tanda lelaki itu berasa bersalah.
“
Apa yang dah kau lakukan kepada aku?” Tanya Suraya lantang sekali. Dia berasa
begitu marah sekali. Dadanya sendat dengan pelbagai andaian buruk namun dia
tetap berdoa kepada Allah agar dijauhkan dengan segala malapetaka buruk.
William
ketawa mendengarkan pertanyaan Suraya itu.
“
Tak kan you tak tahu apa yang telah kita lakukan bersama. Wah you memang hebat
sebentar tadi. I memang tidak sangka perempuan selembut you ini terlalu hebat
di ranjang. Patutlah Adam selalu kurung you!”
Bagaikan
mahu terluruh jantung Suraya apabila mendengarkan pengakuan ikhlas daripada
lelaki di hadapannya itu. Ya Allah…bagaimana perkara sebegini boleh berlaku
kepadaku? Dugaan apa lagi yang telah kau persembahkan kepadaku? Rintih Suraya
di dalam hati.
“
Kau tipu! Kau tipu! Aku akan laporkan semuanya kepada polis!” Jerit Suraya
dengan juraian airmata. Suraya sudah meraung meratapi nasib yang telah tersurat
buatnya. Mahu sahaja di bunuh William yang telah merosakkan masa hadapannya.
Kenapa semua ini boleh terjadi kepadanya? Tuhanku tolonglah hambamu ini….
“
Oppps….you jangan salahkan I. Suami you yang telah menjual you kepada I,” kata
Wiliiam sambil mengenakan semula pakaian ke tubuhnya.
Hancur
lebur hati Suraya apabila mendengarkan pengakuan yang telah diberikan William
itu. Sampai hati Adam memperlakukannya sebegini. Sememangnya Adam sudah
menjadikannya pelacur seperti apa yang sering diperkatakannya selama ini.
Perasaan dendam dan benci itu semakin membara di hatinya. Kalau Adam ada di
hadapannya ini sudah lama dia akan menamatkan riwayat lelaki durjana itu. Setan
kau Adam!!!
“
Betulkah?”
Perlahan
sekali suara Suraya tatkala ini. Dia semakin lemah dengan putaran takdir yang
sentiasa kejam terhadapnya. Dia sudah terduduk sambil meratapi takdirnya.
Raungannya semakin menggila. Hatinya sudah hancur di mamah perasaan kecewa dan
lara. Patutkah Adam memperlakukan semua ini terhadapnya? Dia bukannya perempuan
simpanan Adam tetapi tarafnya lebih mulia dari itu. Dia adalah isteri yang
telah diamanahkan kepada Adam untuk menjaga dan melindungi dirinya. Tetapi apa
yang Adam telah lakukan kepadanya? Adam memang binatang!
“
Dia serahkan tubuh kau untuk mendapatkan tender dari syarikat aku!”
Bicara
William itu semakin merobek hati Suraya. Hingga ia bernanah dan sukar dirawat
lagi. Airmata yang berjujuran menyaksikan betapa hati Suraya semakin luluh dan
remuk rendam. Betapa hinanya maruah Suraya tatkala ini sehinggakan dia menjadi
bahan dagangan dalam perniagaan suaminya. Kejamnya putaran waktu ini.
William
yang melihat airmata kekecewaan yang luruh di mata Suraya hanya berlagak
selamba. Dia sudah biasa menyaksikan airmata wanita seperti Suraya ini kerana
sudah ramai isteri orang yang telah didagangkan kepadanya sepertimana Suraya.
William mencapai dompet lalu menggeluarkan beberapa keping wang kertas.
“
Nah ini upahnya untuk malam ini,” kata William sambil membaling beberapa keping
wang seratus ringgit ke muka Suraya.
Suraya
rasa begitu hina sekali apabila diperlakukan sebegitu rupa. Dadanya semakin
berombak kencang. Dia ingin menerkam tubuh William dan memukulnya sekuat hati
namun kepiluan yang mengunung ini membuatkan Suraya tidak berdaya dan hanya
terus menangis meratapi takdir yang telah tersurat buatnya.
Suraya
terus merenungi beberapa keping wang seratus yang sudah bertaburan di lantai
dengan perasaan benci. Hanya kerana wang inilah dirinya telah diperdangangkan
oleh Adam. Dia terus mencapai wang tersebut lalu dikoyak-koyakkannya menjadi
kepingan halus. Dia berasa begitu benci sekali melihatkan wang itu. Wang yang
telah merosakkan maruahnya.
Sebaik
sahaja William membuka pintunya tersembul wajah Adam, Puan Hendon dan Darius di
sebalik pintu. Sebaik sahaja terpandangkan wajah Adam, Suraya terus bangun dan
menerpa ke arah Adam. Dia mahu membunuh lelaki yang telah merosakkan masa
hadapannya itu. Lelaki itu perlu mati! Lelaki sejahat Adam itu sememangnya
tidak layak untuk hidup.
Suraya
terus menumbuk Adam sekuat tenaganya. Kesakitan hati yang ditanggungnya ini
dilepaskan kepada tubuh Adam semahunya.
“
Kau memang jahat! Kau lelaki tak guna!" Jerit Suraya sambil menumbuk dan
menendang Adam sekuat tenaga. Suraya bagaikan sudah di rasuk syaitan. Dia
menjerit dan mengamuk tanpa hentinya. Sebaliknya Adam hanya menyepi. Sedikit
pun Adam tidak menunjukkan sikap panas barannya kepada Suraya seperti mana
selalunya. Suraya berasa pelik. Adakah Adam benar-benar menyesal dengan apa
yang telah terjadi kepadanya?
“
Mama!”
Jeritan
daripada Darius itu menyedarkan Suraya ke dunia nyata. Suraya terpempam. Dia
kematian kata-kata. Dadanya bagaikan dihenyak mampat dengan jeritan Darius itu.
Wajah anak kecilnya di tatap lama. Kesedihan dan kepiluan hati makin menjamah
sanubarinya.
Suasana
di bilik hotel itu sunyi buat seketika. Dia tidak menyangka anak kecilnya yang
berusia lapan tahun itu yang bertubuh kecil persis dirinya sudah mula berani meninggikan
suara kepadanya. Kenapa Darius bersikap sedemikian? Tidak simpatikah Darius
terhadap dirinya?
“
Darius tak sangka mama sekeji ini!” Tengking Darius lagi.
Bilah-bilah
ayat yang keluar dari bibir Darius itu umpama anak panah yang dilepaskan tepat
ke ruang dadanya. Bagai halilintar suara Darius seperti menikam jantungnya.
Wajahnya merona merah. Dia tidak menyangka sama sekali yang Darius sanggup
menuduhnya sebegitu.
“
Mama tak lakukan semua ini sayang,” bela Suraya dengan juraian airmata.
Dia
terus mendapatkan Darius tetapi Darius pantas sekali menolak tubuhnya. Pantas
pintu kayu dihempas kuat oleh Darius seolah-olah jiwanya juga dihempas
sebegitu. Tak pernah Darius bersikap sedemikian. Darius yang di anggap anak
kecil yang di anggap melangit sikap sopan santunya rupanya berubah tingkah laku
hari ini. Adakah anaknya itu benar-benar kecewa dengan apa yang telah dia
saksikan hari ini. Tidak anakku, mama tidak bersalah. Percayalah anakku, ibumu
ini diperdaya. Keluh Suraya di dalam hatinya.
“
Kau memang keji! Kau perempuan keji!!” Tengking Darius sebelum berlalu dari
situ.
Suraya
terkedu seketika. Terasa rohnya melayang-layang seperti tidak mahu berpijak di
bumi yang nyata. Adakah ini takdir yang harus di telannya? Ya Allah tabahkan
hatiku untuk menerima segala dugaan yang Kau utuskan terhadapku.
“
Kau memang keji!” Ulang Puan Hendon dengan nada mengejek.
Senyuman
sindiran terlakar di bibir Puan Hendon. Senyuman yang menyakitkan hati Suraya.
Dia tahu apa yang telah terjadi kepada Darius ini kerana termakan dengan
hasutan Puan Hendon. Puan Hendon yang berhati busuk ini sudah berjaya
mengeruhkan hubungannya dengan Darius. Rupa-rupanya Puan Hendon dan Adam
kedua-duanya mempunyai hati yang jahat. Lebih jahat daripada iblis dan syaitan.
“
Apa yang kau orang berdua dah buat pada aku hah, setan???” Tengking Suraya
dengan tangisan yang menggila. Dadanya begitu sakit sekali dengan kejahatan dua
beranak yang berhatikan syaitan itu. Malam ini dia tidak akan membiarkan
dirinya tertindas begitu sahaja tanpa ada pembelaan yang sewajarnya. Malam ini
juga akan menunjukkan siapa Suraya yang sebenarnya.
“
Hahh…haha…setan? Dia panggil kita setan, mama,” kata Adam sambil ketawa
menggejek. Sengaja menyakitkan hati Suraya yang sebenarnya sudah remuk.
Puan
Hendon tersenyum lebar. Hatinya berasa puas. Melihatkan Suraya berkeadaan
begitu membuatkan hatinya di hambat riang yang bukan kepalang. Apatah lagi
apabila berjaya menghasut Darius mempercayai kepada semua bicaranya itu.
“
Hah..setan tak buat apa-apa pun. Cuma setan nak tengok bagaimana keadaan orang
yang telah melacurkan dirinya malam ini. Hishhhh..busuknya badan kau ni! Uweekkk!”
Kata Adam.
Suraya
terus bangun mendapatkan Adam. Dia mahu menumbuk Adam sekuat hatinya tetapi
malangnya kali ini Adam pantas mengelak. Kemudian Adam terus menghadiahkan
penampar di pipi Suraya membuatkan Suraya terjelopok jatuh.
Suraya
sudah tidak merasakan kesakitan akibat perbuatan Adam itu kerana hati dan
perasaannya lebih sakit dan terdera daripada apa yang sedang dirasainya tatkala
ini.
“
Hah..cepatlah Adam selesaikan kerja kau malam ini! Aku sudah tidak mahu ada
hubungan lagi dengan perempuan kotor ini!” Kata Puan Hendon yang berasa benci
dan menyampah melihatkan airmata yang sedang mengalir di pipi Suraya.
Perempuan
kotor? Perkataan itu bagaikan sembilu mencucuk hatinya. Siapakah yang
sebenarnya kotor sedangkan mereka berdualah yang telah mencapakkan dirinya ke
lembah kekotoran yang paling hina. Ya Allah kau turunkan azab kepada mereka
berdua ini atas tindakan jahat mereka ini kepadaku. Tolonglah Ya Allah, aku
rayu. Rintih Suraya dalam hatinya.
“
Tahulah mak!” Kata Adam.
Kemudian
Adam duduk mencangkung di hadapan Suraya yang sedang tertiarap di lantai.
Kemudiannya dia menarik rambut Suraya menyebabkan wanita malang itu terdongak.
Sedaya upaya Suraya mengawal perasaannya dan terus bertentang mata dengan Adam
dengan perasaan benci.
“
Kau dengar sini pelacur, mulai hari ini aku berasa jijik untuk mengaku kau
isteri aku lagi dan mulai hari ini aku ceraikan kau dengan talak tiga!” Kata
Adam.
Adam
kemudiannya melepaskan pegangannya di rambut Suraya dengan kasar sekali setelah
dia selesai melafazkan bicaranya. Suraya mendengar dengan hati yang tenang.
Kalau Adam tidak menceraikan dia sekali pun dia yang akan meminta talak
daripada lelaki itu. Dia sudah tidak sanggup lagi untuk hidup dengan syaitan
yang bertopengkan manusia itu.
“
Kau ingat selepas kau menceraikan aku, kau akan hidup dengan tenang? Aku
bersumpah atas nama Allah akan membalas balik segala kejahatan yang telah kau
orang berdua lakukan kepada aku dan aku berjanji sepanjang hidup kau orang
berdua akan dihantui dengan dosa-dosa yang telah kau orang berdua lakukan
kepadaku!”
Puan
Hendon dan Adam hanya ketawa kuat mendengarkan ugutan yang diberikan oleh
Suraya kepada mereka. Bagi mereka Suraya boleh bercakap apa sahaja namun Suraya
tidak mampu menumpaskan kekuatan mereka yang jauh lebih hebat daripada diri
mereka.