Sebaik
sahaja Suraya membuka pintu, Adam telah menghadiahkan penangan maha kuat di
pipi kiri Suraya. Suraya yang nyata terkejut dengan tindakan Adam itu hanya
terkebil-kebil sambil memegang pipinya.
“
Kenapa ni bang?” Tanya Suraya dengan suara yang cukup perlahan. Hatinya di
himpit sebak. Bukannya sapaan mesra atau ciuman sayang yang dihadiahkan Adam
sebaik sahaja melihat wajahnya sebaliknya penangan yang telah menghancur
remukkan hati dan perasaannya.
Mata
Adam memandang tajam kepada Suraya dengan ekspresi wajah yang cukup
mengerunkan.
“
Berani kau cerita pada guard bodoh tu??” Tengking Adam sambil menunjal jarinya
di kepala Suraya.
Suraya
tahu siapa guard bodoh yang dimaksudkan Adam itu kerana nama itu sudah sinonim
diberikan Adam kepada Hakimah. Dada Suraya semakin berdebar apabila mendengar tuduhan
Adam itu.
“
Ingat sini Suraya, kalau kau rasa diri kau hebat sangat, kau boleh ceritakan
kepada guard bodoh itu tetapi kau akan mendapat balasannya kelak,” ugut Adam
sambil menarik rambut Suraya dengan kejap.
Suraya
mengaduh kesakitan. Tarikan daripada Adam itu bagaikan mahu tercabut rambutnya.
“
Abang, Su tak pernah ceritakan kepada sesiapa. Sumpah, Su tak pernah ceritakan
kepada Hakimah,” nafi Suraya bersungguh-sungguh. Airmata sudah kering di kolam
matanya. Dia sudah penat untuk menangis lagi dan dia tidak mahu di lihat lemah
di hadapan Adam yang tidak pernah tahu menghargai dirinya.
Makin
kuat tarikan Adam di rambut Suraya. Tercabar dirinya apabila Suraya berani
menipu dirinya.
“
Kalau kau tak beritahu siapa yang beritahu dia pula? Atau kau nak katakan yang
dia tu ahli nujum? Pandai meneka apa yang telah berlaku kepada kau?”
“
Manalah Su tahu abang. Kenapalah abang buat Su begini? Apa salah Su pada abang
sampai abang sembahkan semua ini kepada Su?” Tanya Suraya.
Adam
menolak kepala Suraya menyebabkan Suraya terjelopok jatuh ke lantai.
“
Kau tanya aku kenapa? Kau nak tahu kenapa? Baik aku beritahu kau sekarang.
Sebab yang terutamanya adalah kerana kau tu perempuan! Perempuan bagi aku tidak
ubah seperti seorang pelacur!” Kata Adam.
Tercalar
hati Suraya apabila mendengarkannya. Ini bukanlah kali pertama dia mendengar
ucapan tersebut tetapi hatinya tetap berjauh hati dengan bicara Adam itu.
Adakah dia sehina itu di mata Adam? Patutlah Adam melayannya sebegitu buruk.
Tiba-tiba
satu sepakan tepat mengenai perut Suraya membuatkan Suraya mengaduh kesakitan.
Perutnya berasa begitu senak sekali. Jantungnya pula rasa bagaikan mahu
tercabut.
‘
Kau ingat aku sayang sangat pada kau?” Tanya Adam sambil terus memijak perut
Suraya.
Suraya
mengaduh kesakitan sambil mengerekotkan badannya. Sakitnya hampir putus nyawa.
Dadanya semakin sesak.
“
Mengucap abang. Su ni kan isteri abang. Sampai hati abang sanggup buat Su
begini,” kata Suraya cuba menyedarkan suaminya walaupun dia tahu bicaranya ini
akan mengundang kemarahan suaminya lagi.
Adam
mendenggus geram. Rupa-rupanya Suraya masih belum sedar diri.
“
Bagi diri aku, kau isteri yang tiada nilainya. Nah rasakan lagi!”
Sekali
lagi Adam memijak perut Suraya. Kali ini Suraya menjerit kuat dan dia mula rasa
ingin muntah. Tetapi dia tetap kuatkan diri. Setitik pun airmata tidak mengalir
dari matanya. Dia sudah lali dengan semua kejahatan yang dilakukan Adam
terhadapnya dan tiada gunanya lagi untuk dia mengalirkan airmata.
“
Lepas ini kau ceritakan lagi kepada guard bodoh itu yang aku pijak kau begini.”
Adam
terus memijak Suraya semahunya. Suraya hanya mampu menjerit meminta Adam
memberhentikan semua siksaan yang sedang ditanggungnya. Dia begitu terseksa
jiwa dan raga.
“
Papa, apa yang papa lakukan ini???”
Jeritan
suara Darius membuatkan Adam yang sedang menyiksa Suraya memberhentikan
siksaannya. Namun dia hanya berwajah selamba dan langsung tiada riak bersalah
walaupun Darius telah menyaksikan segalanya.
“
Ahhhh..kau budak kecil jangan masuk campur urusan orang tua!” Kata Adam sambil
di tolaknya kepala Darius yang kelihatan begitu terkejut sekali dengan apa yang
sedang disaksikan tatkala ini.
Darius
sedikit pun tidak memperdulikan bicara bapanya itu sebaliknya dia terus
mendapatkan Suraya yang sedang mengerang kesakitan manakala Adam pula sudah
berlalu tanpa ada perasaan malu kepada Darius yang telah menyaksikan perbuatan
jahatnya itu.
“
Mama….kenapa jadi macam ni mama?” Tanya Darius sambil meriba kepala Suraya.
Walaupun
Suraya sedang menahan kesakitan tetapi dia masih melakarkan senyuman kepada
Darius. Dia tidak mahu Darius terlalu bimbang akan keadaannya itu. Dia juga
tidak mahu Darius menanam perasaan benci kepada Adam. Biar jahat bagaimana pun
Adam, dia tetap bapa kandung Darius. Dia tidak mahu Darius menjadi anak
derhaka.
Suraya
memegang pipi Darius.
“
Tak de apa-apalah sayang. Memang salah mama kerana mengundang kemarahan papa,”
jawab Suraya cuba menutup kesalahan Adam. Ah betapa mulianya hati Suraya yang
masih mahu membela suaminya yang tidak berguna itu.
Darius
menggeleng tidak berpuas hati dengan bicara ibunya itu.
“
Tak kan sampai pukul mama begini! Papa memang sudah melampau!” Kata Darius.
Suraya
menggeleng. Kemudian dia meletakkan jari telunjuknya ke mulut Darius.
“
Ini hal antara papa dan mama jadi mama harap Darius jangan salah sangka pada
papa hanya kerana perbuatan papa hari ini.”
Kemudian
Suraya membelai rambut Darius penuh kasih. Bisa akibat sepakan dari Adam
bagaikan mencucuk-cucuk ulu hatinya. Namun dia masih berlagak biasa supaya
Darius tidak bimbang.
“
Boleh Darius papah mama ke atas? Mama rasa macam nak bermanja dengan anak mama
hari ini,” kata Suraya sedangkan kesakitan yang di tanggungnya ini membuatkan
dia tidak berdaya untuk bangun.
Tiba-tiba
airmata Darius yang di tahannya sejak dari tadi mengalir laju membasahi
pipinya. Melihatkan keadaan ibunya yang tidak berdaya membuatkan Darius berasa
begitu simpati sekali. Apa salah ibunya sehingga Adam sanggup memperlakukan
Suraya sebegini. Tidak sayangkah Adam kepada Suraya lagi?
“
La…mama tak suruh anak mama menangis. Dariuskan hero mama. Hero mana boleh
menangis,” pujuk Suraya sambil mengesat airmata di pipi anak lelakinya itu.
Darius
juga turut mengesat airmata yang mengalir di pipinya tetapi makin di kesat
makin laju airmata yang mengalir. Dia berasa begitu sakit hati seolah-olah
kesakitan yang ditanggung ibunya itu dapat dirasainya.
“
Darius sedih….Darius sedih tengok mama begini,” kata Darius teresak-esak.
Melihatkan
Darius begitu membuatkan Suraya makin sebak. Akhirnya airmata yang ditahan
sejak dari tadi mengalir jua di hadapan Darius. Dia benar-benar tidak berdaya
lagi untuk berpura-pura tabah dihadapan puteranya itu.
“
Mari peluk mama sayang…” kata Suraya dengan juraian airmata.
Tanpa
menunggu sesaat Darius terus memeluk ibunya. Mereka bertangisan di situ agak
lama. Apa yang sebenarnya telah terjadi kepada ibunya. Mengapa Adam sanggup
memperlakukan Suraya sebegitu? Darius masih tertanya-tanya sendirian. Apa yang
boleh Darius lakukan untuk menyelamatkan ibunya daripada mangsa siksaan
papanya?
Oh
mama….apa yang Darius boleh lakukan?