“
Siapa kawan kau tu Kayra?” Tanya Puan Munirah apabila melihat Danish Iskandar
yang menghantar Adlene Kayra dengan menggunakan kereta perodua kancil model
lama. Puan Munirah terlihat ketika dia melepak bersama teman-temannya di
koridor tingkat tiga flat yang didiaminya.
Berubah
wajah Puan Munirah apabila melihat teman Adlene Kayra yang berperwatakan lembut
mengalahkan perempuan. Dia jadi malu dengan teman-temannya yang kebetulan turut
melihat teman Adlene Kayra itu. Terus sahaja Puan Munirah masuk ke rumah dan
menunggu sahaja Adlene Kayra naik ke rumah sebelum teman-temannya mengajukan
soalan yang pasti menyakitkan hatinya.
“
Oh, tu teman baru Kayra. Kayra kenal dia time
Kayra masuk kursus induksi dahulu. Tak sangka pula kami boleh jadi rapat,” kata
Adlene Kayra tersenyum lebar. Sedikit pun dia tidak dapat menangkap kekeruhan
di wajah ibunya itu.
“
Rapat? Rapat macamana?” Tanya Puan Munirah yang masih tidak berpuas hati dengan
jawapan anaknya itu.
“
Rapatlah mak. Rapat macam kawan baik,” terang Adlene Kayra.
“
Tak lebih dari tu?”
Adlene
Kayra tersenyum lebar mendengarkan bicara ibunya itu. Dia sudah dapat menangkap
pada butir bicara ibunya yang bagaikan sedang menyiasat tentang hubungan Adlene
Kayra dengan Danish Iskandar.
“
La mak ni, ke situ pula. Kayra kawan je lah. Mana ada apa-apa,” kata Adlene
Kayra.
Puan
Munirah pandang lama kepada Adlene Kayra. Dia masih tidak berpuas hati dengan
bicara Adlene Kayra itu. Mana tahu Adlene Kayra masih tidak mahu mengaku di
hadapannya.
“
Betul ke?” Tanya Puan Munirah.
Adlene
Kayra mengeluh lemah.
“
Betullah mak. Kayra dengan Iskandar hanya kawan sahaja. Lagi pun Kayra kasihan
pada Iskandar yang asyik kena buli sahaja. Al maklumlah dia tu lembut tetapi
Kayra tak fahamlah dengan masyarakat kita ni yang suka sangat ambil kesempatan
ke atas kelemahan orang lain,” kata Adlene Kayra.
“
Hah tahu pun lembut. Mak ingat kau tak sedar dia tu lembut macam sotong.”
“
Iskh mak ni, tak baik mak cakap macam tu!”
“
Kau ni tak de orang lainkah yang kau nak berkawan? Kenapalah kau pilih lelaki
sotong macam tu! Iskh kalau kau kahwin nanti bukannya mak dan ayah sahaja yang
keliru antara kau dan laki kau tapi entah-entah anak kau pun sama. Tak tahu nak
panggil yang mana satu mak yang mana satu ayah!” Marah Puan Munirah.
Puan
Munirah jadi malu kalau teman-temannya mengata tentang teman lelaki Adlene
Kayra. Puan Munirah sendiri pelik dengan selera anak daranya yang satu itu.
Macamana dia boleh ada hati dengan lelaki sotong begitu.
“
Mak….Kayra kawan je lah. Bukannya ada hubungan istemewa dengannya. Yang mak
mengarut sampai anak menantu ni apasal?”
“
Tak kisahlah kawan ke apa. Yang penting mak tak nak tengok sotong tu bersama
kau lagi! Malu kau tahu tak!”
“
Apa yang nak dimalukan? Kayra tak buat salah pun.”
“
Salahlah tu! Mana mak nak letak muka ni Kayra kalau orang tahu yang kau
berkawan dengan sotong? Kita ni duduk flat, Kayra oiii. Semua orang jenis jaga
tepi kain orang. Bukannya kita duduk banglo yang semua jiran tak ambil peduli
tentang orang lain!”
“
Masyalaah mak ni. Berapa kali Kayra nak cakap Kayra berkawan sahaja dengan
Iskandar bukan bercinta. Tak kan itu pun salah. Lagi pun Iskandar tu ada hak
untuk berkawan dengan sesiapa. Walaupun dia lembut tetapi dia tidak pernah buat
benda-benda yang menyalahi agama. Jadi kenapa kita perlu pulaukan dia pula?”
Adlene
Kayra berasa tidak berpuas hati dengan bicara ibunya itu. Ibunya sama dengan
masyarakat sekeliling yang selalu memandang hina kepada golongan lembut seperti
Danish Iskandar itu.
“
Tak kiralah. Mula-mula kawan dulu lama-lama mulalah jatuh hati. Hah sebelum kau
jatuh hati lebih baik kau jauhkan diri daripadanya,” marah Puan Munirah.
“
Mak ni ada-ada jelah. Malaslah Kayra nak layan mak. Kayra masuk bilik dulu,”
kata Adlene Kayra yang sudah bosan melawan cakap ibunya itu. Kemudian Adlene
Kayar segera berlalu ke dalam biliknya manakala Puan Munirah mendenggus geram
di sofa.
“
Apa yang bising-bising ni?” Tanya Encik Bakri yang baru keluar dari bilik. Dia
baru sahaja selesai menunaikan solat Asar.
“
Kayralah. Ada ke berkawan dengan lelaki lembut. Hishh geli saya. Ingatkan dapat
menantu gagah perkasa sebaliknya dapat sotong. Eee…tak naklah saya,” kata Puan
Munirah terus mencemuh teman baik Adlene Kayra.
Encik
Bakri menggeleng. Dia faham sangat dengan sikap isterinya yang suka menjaga
airmukanya di hadapan teman-temannya.
“
Betulkah? Abang dengar tadi Kayra kata dia berkawan sahaja. Tak salahkan
berkawan dengan lelaki lembut. Dia juga ada hati dan perasaan seperti kita,”
tegur Encik Bakri dengan lembut.
Puan
Munirah menceber.
“
Suka sangatlah abang tu dapat menantu sotong? Abang jangan nak jatuhkan airmuka
saya pula!”
“
Airmuka awak sahaja yang awak kira. Hati dan perasaan Kayra awak tak jaga pula.
Munirah..Munirah…”
“
Semua yang saya buat ini untuk kebaikan Kayra abang oiii….Muni faham sangat
dengan ragam orang bercinta. Semuanya bau wangi sahaja. Yang busuk dia tak
nampak. Sebelum perkara buruk terjadi lebih baik Muni cantas dahulu awal-awal.”
“
Suka hati awaklah, Muni. Asalkan Muni dan Kayra bahagia abang pun tumpang
bahagia. Jangan salah seorang yang makan hati sudahlah,” kata Encik Bakri dalam
nada perlian.
“
Abang tu nak perli Munilah tu! Menyampah,” kata Puan Munirah dalam nada
merajuk.
“
Siapa yang makan cili dialah yang rasa pedas!”
Puan
Munirah mendenggus lemah. Asyik-asyik dia sahaja yang terkena dengan perlian
suaminya itu. Hatinya bertambah geram.
“
Abang ingatkan nak buat kenduri kesyukuran sedikit,” kata Encik Bakri mengalih
cerita. Puan Munirah yang tadi muncung mula bersemangat memandang suaminya.
“
Untuk apa?”
“
Anak kita dah balik ke Malaysia dan bakal bergelar doktor kelak. Itulah abang
fikir nak buat sedikit kenduri kesyukuran,” cadang Encik Bakri.
“
Betul juga tu. Kita tak buat lagi apa-apa kenduri sejak Kayra balik. Abang,
kita panggil Puan Hendon nak tak? Dah lama kita tak dengar cerita dia. Apa
khabar dia sekarang?”
Encik
Bakri menggeluh lemah.
“
Ntahlah. Sejak abang berhenti kerja, abang tak pernah mendengar khabar berita
tentang Puan Hendon,” kata Encik Bakri dengan nada kesal.
“
Abang tak hubungi Puan Hendon ke?”
“
Ada juga tetapi semuanya tak berangkat. Abang hantar SMS pun tak balas. Tetapi
apa yang berlaku kepada Kayra, seperti Kayra dapat sambung belajar ke Oxford
University dulu abang ada SMS Puan Hendon juga walaupun tak berbalas. Abang
faham Puan Hendon sibuk dan abang buat begitu bukannya apa. Abang tak nak orang
kata kita lupa pada jasa Puan Hendon.”
“
Betul tu abang. Kalau boleh Muni tak naklah hubungan kita dengan mereka
terputus begitu sahaja. Lagi pun Puan Hendon dah banyak berjasa dengan kita.
Muni harap kenduri kesyukuran Kayra nanti Puan Hendon datanglah.
Sekurang-kurangnya boleh bertanya khabar berita,” keluh Puan Munirah dengan
penuh pengharapan.
“
Abang pun harap begitu.”