Home Novel Cinta Aku Benci Kau!
Bab 13

“ Aku dengar Suraya ada buat laporan polis,” kata Puan Hendon ketika Adam masuk ke dalam kereta Mercedes Benz yang baru dibelinya setelah berjaya mendapat tender daripada William. Kereta yang selama ini menjadi idamannya akhirnya menjadi kenyataan jua. Dia berasa cukup gembira sekali dengan kejayaan yang di raihnya. Walaupun kejayaan itu sebenarnya di atas airmata dan penderitaan orang lain namun semua itu tidak dipedulikannya. Lagi pun Puan Hendon menganggap Suraya sememangnya patut untuk mendapat semua itu.

Merona merah wajah Adam apabila mendengarkan bicara Puan Hendon itu. Dia ternganga sambil memandang Puan Hendon dengan debaran di dada. Pemandu yang baru seminggu bekerja dengan Puan Hendon pula hanya menunggu arahan untuk membawa kedua-dua majikannya ke destinasi yang telah diketahuinya.

“ Habis tu macamana kita?” Tanya Adam kalut sekali.

Puan Hendon tersenyum dengan gelagat anak lelakinya itu. Pasti Adam berasa cuak apabila mendengarkan berita tersebut. Apatah lagi Adam bakal dihadapkan ke mahkamah jikalau Suraya benar-benar menuduhnya.

“ Siapa nak percaya cakap orang gila,” kata Puan Hendon sambil melebarkan senyumannya. Hatinya berasa puas sekali dengan takdir yang telah berlaku kepada Suraya. Biar Suraya rasakan penderitaan yang berpanjangan kerana pernah membuatkan dirinya marah.

Adam pandang wajah Puan Hendon dengan seribu kekerutan di dahinya. Dia benar-benar tidak faham dengan bicara Puan Hendon itu.

“ Maksud mak?” Tanya Adam inginkan penjelasan lebih lanjut.

Puan Hendon tersenyum girang. Takdir yang pedih ini menguntungkan dirinya. Dia sedikit pun tidak peduli kepada Darius yang berhari-hari mengurungkan dirinya di dalam bilik akibat terlalu kecewa dengan apa yang telah berlaku kepada ibunya. Malah saban hari dia terus mengasak minda dan fikiran Darius agar terus membenci ibunya.

“ Dia dah jadi gila!”

“ Siapa?” Tanya Adam bagaikan tidak percaya walaupun dia dapat menggangak pada butir bicara Puan Hendon itu.

“ Siapa lagi? Surayalah!”

Ternganga mulut Adam mendengarkan bicara ibunya. Dia akhirnya mengukirkan senyuman kepuasan. Dia berasa lega sekali. Akhirnya segala ketakutan yang disimpannya sejak dari dahulu lagi hilang begitu sahaja. Betapa indahnya takdir yang telah tersurat buatnya.

“ Hahaha….padan muka!” Kata Adam sambil ketawa riang.

Begitu juga dengan Puan Hendon. Mereka berdua bersama-sama berkongsi kegembiraan ini.

“ Sudah! Tinggalkan kisah Suraya itu. Sekarang kita tumpukan kepada perancangan kita yang terbaharu,” kata Puan Hendon kembali serius.

Mati ketawa Adam apabila mendengarkan bicara Puan Hendon itu. Ibunya sememangnya begitu. Terlalu serius dan selalu menekan dirinya.

“ Alahhh relaks la mak, baru nak celebratekejayaan kita, mak dah potong stim. Tak bestlaa mak macam ni!” Bangkang Adam dengan wajah kelat.

Puan Hendon mendenggus kasar. Sikap kebudak-budakan Adam tidak pernah berubah. Sakit hatinya apabila melayan karenah Adam yang tidak pernah mahu berfikiran matang.

“ Iyalah..tapi kau kena fokus dengan perancangan yang telah mak aturkan kepada kau. Sekarang ni mak nak kau ikut mak ke satu tempat,” kata Puan Hendon.

Adam mengerutkan dahinya. Terlalu banyak perancangan ibunya membuatkan Adam semakin tertekan. Bekerja dengan ibunya selalu mendesak dirinya dan membuatkan dirinya semakin tertekan. Sebab itulah Adam suka berfoya-foya supaya tekanan yang diberikan oleh ibunya dapat dilegakan.

“ Tempat apa pula ni mak? Mak ni asyik fikir kerja-kerja je. Apa kata kita enjoydulu. Kalau tidak kita juga semakin stress. Karang mak pula yang jadi rakan sebilik Suraya kat hospital bahagia!” Usik Adam sambil tersenyum lebar.

Dia tidak dapat bayangkan jika perkara sebegitu terjadi. Adakah ibunya akan terus mendendami Suraya walaupun fikirannya tatkala itu kurang waras atau Suraya pula menjadi teman baiknya di hospital bahagia? Adam tergelak kecil dengan tanggapan yang baru di buatnya itu.

“ Apa yang kau gelakkan? Kau ni Adam cuba belajar serius sedikit!” Marah Puan Hendon. Dia begitu marah dengan mulut Adam yang celupar itu. Di dalam hati dia terus berdoa agar dirinya tidak senasib dengan Suraya. Ah tidak mungkin nasibnya seburuk Suraya. Lagi pun Puan Hendon beranggapan nasib di tentukan oleh diri sendiri. Apa yang telah terjadi kepada Suraya disebabkan dia yang memilih nasibnya begitu.

Adam menahan tawanya. Sambil mengangkat kedua belah tangannya Adam berkata,

“ Ok..ok….Apa perancangan mak yang seterusnya? Kenapa mak suruh Adam masuk ke dalam kereta? Mak nak bawa Adam ke mana?” Panjang lebar Adam bertanya.

Puan Hendon hanya mendenggus. Dia masih geram kepada bicara Adam sebentar tadi.

“ Mak nak bawa kau ke satu tempat. Tempat yang boleh membersihkan nama kita dengan sebersihnya,” kata Puan Hendon.

Adam tersenyum girang. Geliga otak ibunya sememangnya sudah lama di akuinya. Kalau tidak kerana perancangan ibunya ini tidak mungkin hidupnya segemilang ini.

“ Ke mana?” Tanya Adam dengan rasa ingin tahu.

“ Pak Mail, jalan,” kata Puan Hendon tanpa menjawab pertanyaan Adam itu.

Pak Mail mengganggukkan kepalanya. Kemudian dia menolak gear. Belum sempat Pak Mail menekan minyak, cermin kereta mereka telah diketuk dengan kasar sekali.

Puan Hendon dan Adam begitu terkejut dengan ketukan yang tidak di jangka. Apatah lagi apabila melihatkan wajah Hakimah yang sedang mengetuk cermin kereta dengan kuat.

“ Siapa tu, Adam?” Tanya Puan Hendon dengan perasaan cuak. Namun cermin kereta tidak diturunkan. Mereka terus memandang Hakimah yang sedang bercakap sesuatu sambil mengetuk cermin kereta.

Adam mendenggus kuat.

“ Siapa lagi? Guard bodoh tu lah! Mak tunggu sini biar Adam kerjakan guard bodoh tu!” Kata Adam.

Puan Hendon segera menghalang Adam. Tindakan Adam yang selalu melulu itu sering memberikan padah kepada nama baik mereka. Itu yang Puan Hendon marah sekali dengan Adam.

“ Kau pun nak jadi bodoh macam dia?” Tanya Puan Hendon dengan suara tinggi. Marahnya semakin meluap-luap.

“ Habis tu mak nak biarkan dia begitu sahaja? Sudahlah mak tak kasi Adam pecat dia haritu! Tengok hari ini dia datang cari fasal lagi. Pasti mahu membela Suraya lagi!” Suara Adam juga meninggi.

Dia marahkan ibunya dan dia juga marahkan Hakimah yang sering mengganggu ketenteramannya.

“ Kau boleh pecat dia! Sudahlah biarkan dia mengamuk begitu. Tiada siapa yang akan percaya dengan kata-katanya lagi. Jalan sekarang, Mail,” kata Puan Hendon.

Ya memang tiada siapa yang akan percaya kepada bicara Hakimah lagi kerana Puan Hendon telah menyebarkan kejadian di hotel itu kepada umum. Kononnya Suraya telah menjual dirinya kepada William. Segala yang busuk dan buruk itu dapat kepada Suraya yang malang itu manakala mereka berdua sentiasa menikmati keharuman dan kewangian itu selama-lamanya.

HAKIMAH rebah di atas jalan raya apabila dia tidak mampu lagi mengejar kelajuan kereta Mercedes yang di naiki oleh Adam itu. Dia menangis tersedu-sedan di situ tanpa menghiraukan kelibat manusia yang lalu lalang di situ dan kemudiannya mereka memberhentikan perjalananan mereka dan memerhatikah Hakimah yang bagaikan orang kurang siuman itu.

“ Kau tak akan lepas daripada hukuman Allah! Kau tak akan lepas dari hukuman Allah! Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa!” Jerit Hakimah dalam tangisan yang menggila.

Wajah Suraya yang muram itu menari-nari di layar fikirannya. Dia berasa kasihan kepada sahabatnya yang malang itu.

“ Su…kasihan kau Su….” Tangis Hakimah lagi.

Previous: bab 12
Next: bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.