Home Novel Cinta Aku Benci Kau!
Bab 19

Hari semakin larut. Suasana di kelab malam pula semakin riuh dengan dentuman muzik yang bisa membingitkan halwa telinga. Darius pula hanya memerhatikan gelagat manusia tanpa pegangan dengan perasaan kosong.

“ Minum?” Tanya Zetty yang sudah serasi dengan kerja barunya ini. Bagi Zetty kerja mudah begini yang bisa mendapat pendapatan lumayan tidak mudah untuk ditinggalkannya begitu sahaja melainkan dia sudah kepupusan pelanggan. Hal dosa dan pahala pula ditolaknya ke tepi. Masa muda inilah masanya untuk mengumpul duit sebanyak mungkin dan apabila tua nanti barulah dia bertaubat.

Darius menggelengkan kepalanya. Gadis GRO ini tidak pernah berputus asa untuk mendekatinya.

“ Sorry, I tak minum,” kata Darius tenang sekali. Dia tidak pernah malu menyatakan pendiriannya. Darius yang sering berpendirian tegas tidak mudah terpengaruh dengan hasutan teman-temannya. Apatah lagi disebabkan arak ini juga telah merosakkan bapanya membuatkan dia semakin fobia dengan air yang telah diharamkan oleh Allah. Dari jauh dia melihat Mokhtar yang semakin hanyut dengan layanan GRO yang telah dilanggannya.

“ Tak minum?” Tanya Zetty agak kaget. Dia tergelak kecil apabila mendengarkan pengakuan Darius itu. Mana tidaknya rata-rata pengunjung di sini semuanya mengambil alkohol sambil berhibur. Dia juga berasa pelik kerana setiap kali Darius ke sini seringkali dia melihat lelaki itu berseorangan tanpa melanggan mana-mana GRO. Mungkin benar juga lelaki itu adalah gay yang sering dihebahkan oleh Mokhtar.

Darius mengangguk. Sedikit pun dia tidak berasa tercabar dengan ejekan Zetty itu. Baginya tidak perlu malu untuk menyatakan pendirian diri sendiri.

“ You nampak moden tetapi tak sangka you ni rupanya kolot juga!” Ejek Zetty selamba.

“ I don’t care what people say about me and that is my stand and nobody can change it,” kata Darius tegas.

“ Bagi I, judi, arak dan perempuan boleh memusnahkan seorang lelaki!” Tambah Darius lagi.

Memang seorang lelaki yang ego akan berbicara sebegitu. Kononnya tidak memerlukan wanita di dalam hidup mereka tetapi sebenarnya diri sendiri kaki perempuan. Apa tidaknya kadang-kala Darius datang juga mencarinya untuk melepaskan nafsu. Tetapi perbuatannya itu tidak ditonjolkan di khalayak ramai. Mungkin ketika itu Darius bosan dengan layanan pasangan gaynya dan memerlukan layanan dari perempuan sejati sepertinya.

Zetty mula menggeselkan tubuhnya ke tubuh Darius. Dia tahu skillnya ini tidak pernah menghampakan. Dia sudah faham dengan kemahuan setiap lelaki yang datang ke sini.

“ you tak rindukan I?” Tanya Zetty sambil memegang tangan Darius dan membawa tangan itu ke mulutnya. Dia mencium telapak tangan itu sambil mengukirkan senyuman manja. Walaupun ramai yang mengatakan Darius gay tetapi Zety yakin lelaki itu masih memerlukan layanannya. Malah dia tahu kelemahan lelaki ego itu.

Darius tersenyum lebar. Kemudian dia segera bangun dan menarik tangan Zetty supaya bangun.

“ Jom! Kat sini terlalu bising!” Kata Darius dengan senyuman lebar.

“ You nak ke mana?” Tanya Zetty apabila melihatkan Darius yang sudah mandi dan sedang mengenakan pakaian di badannya.

Darius berpaling ke arah Zetty yang masih berbaring di atas katil. Wajahnya kelihatan begitu serius sekali. Tiada pula senyuman yang meniti di bibirnya seperti tadi.

“ I nak balik!” Katanya sambil mengikat tali pinggang.

Zetty mengukirkan senyuman menggoda.

“ Tak kan secepat itu. Berrmalamlah di sini, please. Temankan I di sini. I takut tidur sorang-sorang,” renggek Zetty agak manja.

Darius mengeluh mendengarkan renggekan itu. Dia tidak suka dengan perempuan yang tidak sedarkan diri seperti Zetty ini. Sudahlah perkhidmatannya pada malam ini di bayar, wanita ini masih lagi meminta-minta daripadanya. Sepatutnya wanita ini hanya boleh menggangguk dengan apa yang telah dia tentukan. Ah itulah ragam insan yang bergelar wanita. Sebab itu Darius amat benci kepada wanita.

“ I kena balik dan I tak suka tidur dengan pelacur!” Kata Darius sinis sekali.

Bagaikan terkena tembakan tepat di dada Zetty apabila mendengarkan bicara Darius yang pedih itu. Merah muka Zetty tatkala itu. Kalau di ikutkan hatinya mahu sahaja dia menempelang Darius sekuat hati. Darius memang sombong dan bongkak. Sesuka hatinya menghina Zetty yang masih mempunyai hati dan perasaan.

Namun Zetty masih menyabarkan diri. Dia tersenyum jua walau senyuman itu adalah senyuman paksa.

“ Tak pe lah. May be you ada hal lain yang perlu dibereskan malam ini. Boleh I dapatkan nombor telefon you? Mana tahu kita boleh berhubung lagi?” Tanya Zetty masih mahu bermesra dengan Darius. Dia teringin untuk mengenali Darius dengan lebih dekat lagi. Bagi Zetty lelaki ini lain daripada yang lain.

Dia mengenali Darius dan rasanya satu Malaysia mengenali siapa Darius yang sebenarnya. Namanya sering terpampang di surat khabar mengenai kejayaan demi kejayaan yang diraihnya di dalam bidang perniagaan. Zetty tahu lelaki seperti Darius ini mempunyai masa hadapan yang cerah. Mendekati Darius bermakna mendekati lombong emas.

Darius pandang Zetty yang masih tersenyum manja kepadanya. Senyuman yang mengharapkan sesuatu daripadanya. Sesuatu yang sudah lama dapat di bacanya. Ah dia terlalu benci dengan perempuan! Tambah-tambah lagi perempuan pisau cukur seperti Zetty ini.

Sorry, I tak boleh beri nombor I pada you!” Kata Darius yang tidak pernah tahu menjaga hati wanita. Baginya perempuan tidak berguna selain daripada hanya menjadi pemuas nafsu lelaki. Sebab itulah Darius tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita. Dia terlalu membenci kaum yang bernama wanita kerana baginya wanita hanya tahu merosakkan lelaki.

“ Kenapa pula? You takut girlfriend you marah?” Tanya Zetty lagi. Dia sengaja mahu mengusik Darius. Kalau Darius mempunyai teman wanita masakan lelaki ini mencarinya untuk memuaskan nafsunya.

Sorry, I tak berikan nombor kepada sebarang orang. Tambah-tambah lagi pelacur!”

Zetty semakin merah mukanya. Hatinya membengkak geram. Dia mendenggus marah.

“ How dare you!” Marah Zetty garang sekali. Dia sudah tidak peduli Darius yang menjadi pelanggannya malam ini.

Darius tersenyum mengejek dengan makian Zetty itu.

You tahu bukan siapa youyang sebenarnya jadi kenapa you perlu marah-marah?”

Zetty mendenggus kasar. Sakit hatinya dengan bicara Darius yang ternyata benar itu. Hatinya mendongkol marah. Dendamnya semakin berapi kepada Darius yang bongkak dan angkuh itu.

“ Aku tak akan lepaskan! Tengoklah nanti, hanya kerana pelacur ini kau akan jatuh tersungkur di kaki aku!” Jerit Zetty kepada Darius.

Darius hanya ketawa mendengarkan ugutan Zetty itu. Kemudian Darius mendapatkan Zetty. Dia mencengkam dagu Zetty dengan kuat lalu mendonggakkan dagu itu supaya memandang muka Darius yang serius itu.

" Apa yang kau boleh buat? Sedarlah diri itu sikit kau tu wanita yang selalu dipandang lemah dan hanya menjadi pemuas nafsu lelaki!"

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.