“
Kenapa kita datang ke hospital ni mak? Tak de tempat lain ke yang kita nak
kunjungi selain daripada tempat orang
dah nak mati ini?” Ngomel Adam sebaik sahaja Pak Mail memberhentikan keretanya
di ruang legar Hospital Besar Kuala Lumpur.
Puan
Hendon mendenggus kasar dengan bicara Adam itu.
“
Kalau tidak kerana kau tak ingin aku nak jejakkan kaki di tempat ini!” Marah
Puan Hendon seraya membuka pintu kereta.
Kemudiannya
dia keluar daripada kereta. Melihatkan ibunya keluar, Adam juga terkocoh-kocoh
keluar lalu mengikut langkah ibunya menuju ke kaunter pertanyaan.
“
Puan boleh saya tahu di mana wad kanak-kanak?” Tanya Puan Hendon.
“
Puan naik lif ke tingkat empat. Wad kanak-kanak di sebelah kiri lif,” kata
seorang wanita yang berada di kaunter pertanyaan.
Adam
tersenyum kepada wanita itu. Cantik juga wanita itu tetapi sayangnya dia
bertudung seperti Suraya membuatkan seleranya mati untuk mengorat wanita
tersebut. Bagi Adam bertudung itu mencerminkan betapa kolotnya pemikiran
seseorang. Kalau dia bertemu jodoh semula, dia tidak mahu mengulangi kesilapan
pertamanya memilih wanita bertudung. Dia akan mencari wanita moden yang
berpakaian selari dengan perkembangan zaman.
Puan
Hendon menyiku Adam apabila menyedari anaknya itu leka memandang wanita
bertudung itu. Nampaknya selera Adam masih tidak berubah. Dia semakin geram
dengan sikap buaya darat Adam itu.
“
Jom…” Kata Puan Hendon lalu menuju ke lif.
Adam
yang terkejut terus membontoti ibunya itu.
“
Kau ni tak habis-habis dengan perangai gatal kau tu! Karang mak letakkan miang
buluh kat badan kau baru kau tahu!” Marah Puan Hendon ketika mereka berdua
saling berjalan ke destinasi yang di tuju.
“
Mak ni, Adam bukannya mengatal pun. Adam hanya tengok je, salah ke?”Adam cuba
membela diri.
Puan
Hendon mendenggus kuat.
“
Kita nak melawat siapa ni mak?” Tanya Adam terus mengalihkan topik perbualan
mereka. Dia tidak mahu dirinya terus menjadi bahan tembakan Puan Hendon.
“
Anak pekerja kita. Dia menghidap jantung berlubang dan perlukan bantuan
sebanyak seratus ribu ringgit untuk melakukan pembedahan,” terang Puan Hendon.
“
So what? Biarlah anak dia nak mati
sekali pun bukannya ada kaitan dengan kita. Tak payahlah kita nak bazirkan masa
melawat anaknya pula!” Kata Adam yang tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya
itu. Lebih baik masa yang berharga ini dia gunakan untuk berfoya-foya dengan
gadis metropolitan.
“
Kau ingat aku suka sangat datang ke sini? Kalau tak kerana kau buat hal tak
ingin aku datang ke sini!” Marah Puan Hendon sambil menekan punat lif.
Pintu
lif terkuak dan mereka sama-sama masuk ke dalam kotak lif. Kemudian Adam
menekan butang supaya pintu lif tertutup dan dia menekan pula butang yang
menunjukkan angka empat.
“
Kenapa Adam pula yang bersalah dalam hal ini?” Tanya Adam tidak berpuas hati
dengan tuduhan ibunya itu. Dia tidak suka dengan sikap ibunya yang sering
menyalahkan dirinya dalam setiap perkara.
“
Ye la kalau rumourstentang kau tidak
tersebar pastinya aku tak akan buat kerja gila ini! Menghabiskan duit aku je!”
“
Apa? Mak nak menderma kepada keluarga tersebut ke? No way mak! Kita yang penat cari duit kenapa perlu dihabiskan
kepada mereka!” Bangkang Adam tidak berpuas hati.
“
Habis tu apa yang boleh kita lakukan lagi semata-mata untuk menaikkan semula
imej kita yang sudah tercalar ini? Lagi pun ada beberapa orang wartawan dan
wakil daripada persatuan sekerja datang hari ini. Inilah masanya untuk kita show off kebaikan kita di mata
masyarakat, di mata ahli lembaga pengarah,” kata Puan Hendon.
“
Berapa yang mak mahu derma?” Tanya Adam.
“
Seratus ribu ringgit.”
Tatkala
itu pintu lif sudah di buka.
“
Seratus ribu ringgit. Banyak tu! Mak dah gila ke?” Marah Adam tapi suaranya
masih ditahan agar tidak di dengari oleh sesiapa.
Puan
Hendon menjeling kepada Adam.
“
Kalau tak kerana kau tak ingin aku nak bazirkan duit aku sebanyak itu!” Kata
Puan Hendon sebelum melangkah keluar dari lif.
Adam
mendenggus lemah. Lagi-lagi Puan Hendon menyalahkan dirinya. Dia berasa tidak
berpuas hati dengan derma yang diberikan oleh ibunya itu tetapi dia tidak boleh
berbuat apa-apa. Dia terus mengikut langkah ibunya ke wad kanak-kanak.
“
Assalamualaikum…” kata Puan Hendon mesra setelah sampai di katil anak
pekerjanya itu.
“
Waalaikummussalam,” kata Encik Bakri.
Dia
terus menyalami Adam. Manakala isterinya Puan Munirah menyalami Puan Hendon.
Encik Bakri begitu terkejut dengan kedatangan majikannya.
“
La Encik Marzuki pun ada juga? Ni siapa?” Tanya Puan Hendon ramah sambil
menegur ketua persatuan sekerja syarikatnya itu.
“
Ini Encik Zulkipli, wartawan dari Berita Harian. Dia akan membuat liputan
tentang anak Encik Bakri. Mana tahu ada orang yang mahu menderma,” terang Encik
Marzuki.
“
Ohh….berapa kos rawatan ini?” Tanya Puan Hendon bagaikan berminat. Sedangkan
dia sudah merancangkan semuanya ini. Kedatangan Encik Zulkipli ke sini juga
telah dirancangnya sejak dari awal lagi.
“
Hampir seratus ribu ringgit, puan. Kami sekarang ini sudah buntu untuk mencari
duit untuk menampung kos rawatan ini. Puan tahulah gaji saya tidaklah seberapa.
Lagi pun isteri saya pula tidak bekerja,” terang Encik Bakri sebak sekali.
Puan
Munirah membelai rambut anaknya dengan penuh kasih sayang. Simpatinya semakin
melimpah ruah kepada Adlene Kayra yang telah diberi dugaan walaupun baru
berusia lima tahun.
“
Bagaimana dengan keadaan anak?” Tanya Puan Hendon ramah.
Adam
pula hanya membatu. Lebih baik dia mendiamkan dirinya daripada di tuduh Puan Hendon merosakkan rancangannya.
“
Beginilah. Nafasnya sentiasa laju dan dia kerap berpeluh. Menurut kata doktor
hal ini disebabkan sejumlah darah yang mengandungi oksigen dari bahagian kiri jantung
terpaksa masuk ke bahagian kanan melalui dinding penyekat,apabila terdapat
lubang pada dinding tersebut.Darah yang berlebihan ini kemudiannya dipam semula
ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan kerosakannya. Dan sebab itulah Kayra
perlu di bedah segera,” terang Encik Bakri.
“
Jangan risaulah Encik Bakri, Insyaalallah, Kayra akan sembuh selepas pembedahan
ini. Soal kewangan pula Encik Bakri jangan risau, saya dan anak saya sudi
menanggung kesemua kos perubatan anak Encik Bakri ini,” Kata Puan Hendon dengan
senyuman lebar walaupun hatinya begitu berat untuk mengeluarkan wang sebanyak
itu.
Sejuta
keriangan terpacar di wajah Encik Bakri dan Puan Munirah apabila mendengarkan
bicara Puan Hendon itu. Dia benar-benar berasa lega. Beban yang sebenarnya sudah
di tanggung sejak dia menerima berita tentang penyakit Adlene Kayra akhirnya
berakhir jua. Encik Bakri amat bersyukur sekali.
“
Terima kasih, Puan. Ya Allah aku bersyukur atas pertolonganMu itu, Ya Allah,”
kata Encik Bakri penuh gembira. Manakala Puan Munirah pula terus memeluk Puan
Hendon seraya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Mereka
benar-benar berasa terhutang budi.
Encik
Bakri menyelami Adam dan memeluk Adam dengan kejap sekali. Setitis airmata
kegembiraan mengalir di pipinya. Dia benar-benar terharu dengan kebaikan
majikannya itu. Encik Marzuki dan Encik zulkipli turut menyalami Adam. Tidak
putus-putus mereka memuji sikap baik hati kedua-dua beranak itu.
“
Kalau begitu bolehlah saya postdalam
berita tentang kebaikan Puan Hendon anak beranak. Boleh tak Puan Hendon?” Tanya
Encik Zulkipli.
Puan
Hendon tersenyum girang. Itulah yang sebenarnya yang dimahunya sebenarnya.
Kemudian Encik Zulkipli mengambil gambar Puan Hendon dan Adam bersama dengan
adik Adlene Kayra.
“
Puan, kalau puan perlukan apa-apa pertolongan, Puan datanglah berjumpa saya.
Saya sanggup membantu puan walau terpaksa menggadaikan nyawa saya,” kata Encik
Bakri.
Puan
Hendon bagaikan mahu ketawa mendengarkan bicara Encik Bakri itu. Nampak sangat
lelaki itu terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja.
“
Untung kaulah Bakri. Kalau tak kerana Adam tak mungkin aku bazirkan duit aku
untuk anak kau tu!” Kata Puan Hendon di dalam hatinya.