“
Aku dengar Suraya ada buat laporan polis,” kata Puan Hendon ketika Adam masuk
ke dalam kereta Mercedes Benz yang baru dibelinya setelah berjaya mendapat
tender daripada William. Kereta yang selama ini menjadi idamannya akhirnya
menjadi kenyataan jua. Dia berasa cukup gembira sekali dengan kejayaan yang di raihnya.
Walaupun kejayaan itu sebenarnya di atas airmata dan penderitaan orang lain
namun semua itu tidak dipedulikannya. Lagi pun Puan Hendon menganggap Suraya
sememangnya patut untuk mendapat semua itu.
Merona
merah wajah Adam apabila mendengarkan bicara Puan Hendon itu. Dia ternganga
sambil memandang Puan Hendon dengan debaran di dada. Pemandu yang baru seminggu
bekerja dengan Puan Hendon pula hanya menunggu arahan untuk membawa kedua-dua
majikannya ke destinasi yang telah diketahuinya.
“
Habis tu macamana kita?” Tanya Adam kalut sekali.
Puan
Hendon tersenyum dengan gelagat anak lelakinya itu. Pasti Adam berasa cuak
apabila mendengarkan berita tersebut. Apatah lagi Adam bakal dihadapkan ke
mahkamah jikalau Suraya benar-benar menuduhnya.
“
Siapa nak percaya cakap orang gila,” kata Puan Hendon sambil melebarkan
senyumannya. Hatinya berasa puas sekali dengan takdir yang telah berlaku kepada
Suraya. Biar Suraya rasakan penderitaan yang berpanjangan kerana pernah
membuatkan dirinya marah.
Adam
pandang wajah Puan Hendon dengan seribu kekerutan di dahinya. Dia benar-benar
tidak faham dengan bicara Puan Hendon itu.
“
Maksud mak?” Tanya Adam inginkan penjelasan lebih lanjut.
Puan
Hendon tersenyum girang. Takdir yang pedih ini menguntungkan dirinya. Dia
sedikit pun tidak peduli kepada Darius yang berhari-hari mengurungkan dirinya
di dalam bilik akibat terlalu kecewa dengan apa yang telah berlaku kepada
ibunya. Malah saban hari dia terus mengasak minda dan fikiran Darius agar terus
membenci ibunya.
“
Dia dah jadi gila!”
“
Siapa?” Tanya Adam bagaikan tidak percaya walaupun dia dapat menggangak pada
butir bicara Puan Hendon itu.
“
Siapa lagi? Surayalah!”
Ternganga
mulut Adam mendengarkan bicara ibunya. Dia akhirnya mengukirkan senyuman
kepuasan. Dia berasa lega sekali. Akhirnya segala ketakutan yang disimpannya
sejak dari dahulu lagi hilang begitu sahaja. Betapa indahnya takdir yang telah
tersurat buatnya.
“
Hahaha….padan muka!” Kata Adam sambil ketawa riang.
Begitu
juga dengan Puan Hendon. Mereka berdua bersama-sama berkongsi kegembiraan ini.
“
Sudah! Tinggalkan kisah Suraya itu. Sekarang kita tumpukan kepada perancangan
kita yang terbaharu,” kata Puan Hendon kembali serius.
Mati
ketawa Adam apabila mendengarkan bicara Puan Hendon itu. Ibunya sememangnya
begitu. Terlalu serius dan selalu menekan dirinya.
“
Alahhh relaks la mak, baru nak celebratekejayaan
kita, mak dah potong stim. Tak bestlaa
mak macam ni!” Bangkang Adam dengan
wajah kelat.
Puan
Hendon mendenggus kasar. Sikap kebudak-budakan Adam tidak pernah berubah. Sakit
hatinya apabila melayan karenah Adam yang tidak pernah mahu berfikiran matang.
“
Iyalah..tapi kau kena fokus dengan perancangan yang telah mak aturkan kepada
kau. Sekarang ni mak nak kau ikut mak ke satu tempat,” kata Puan Hendon.
Adam
mengerutkan dahinya. Terlalu banyak perancangan ibunya membuatkan Adam semakin
tertekan. Bekerja dengan ibunya selalu mendesak dirinya dan membuatkan dirinya
semakin tertekan. Sebab itulah Adam suka berfoya-foya supaya tekanan yang
diberikan oleh ibunya dapat dilegakan.
“
Tempat apa pula ni mak? Mak ni asyik fikir kerja-kerja je. Apa kata kita enjoydulu. Kalau tidak kita juga
semakin stress. Karang mak pula yang
jadi rakan sebilik Suraya kat hospital bahagia!” Usik Adam sambil tersenyum
lebar.
Dia
tidak dapat bayangkan jika perkara sebegitu terjadi. Adakah ibunya akan terus
mendendami Suraya walaupun fikirannya tatkala itu kurang waras atau Suraya pula
menjadi teman baiknya di hospital bahagia? Adam tergelak kecil dengan tanggapan
yang baru di buatnya itu.
“
Apa yang kau gelakkan? Kau ni Adam cuba belajar serius sedikit!” Marah Puan
Hendon. Dia begitu marah dengan mulut Adam yang celupar itu. Di dalam hati dia
terus berdoa agar dirinya tidak senasib dengan Suraya. Ah tidak mungkin
nasibnya seburuk Suraya. Lagi pun Puan Hendon beranggapan nasib di tentukan
oleh diri sendiri. Apa yang telah terjadi kepada Suraya disebabkan dia yang
memilih nasibnya begitu.
Adam
menahan tawanya. Sambil mengangkat kedua belah tangannya Adam berkata,
“
Ok..ok….Apa perancangan mak yang seterusnya? Kenapa mak suruh Adam masuk ke
dalam kereta? Mak nak bawa Adam ke mana?” Panjang lebar Adam bertanya.
Puan
Hendon hanya mendenggus. Dia masih geram kepada bicara Adam sebentar tadi.
“
Mak nak bawa kau ke satu tempat. Tempat yang boleh membersihkan nama kita dengan
sebersihnya,” kata Puan Hendon.
Adam
tersenyum girang. Geliga otak ibunya sememangnya sudah lama di akuinya. Kalau
tidak kerana perancangan ibunya ini tidak mungkin hidupnya segemilang ini.
“
Ke mana?” Tanya Adam dengan rasa ingin tahu.
“
Pak Mail, jalan,” kata Puan Hendon tanpa menjawab pertanyaan Adam itu.
Pak
Mail mengganggukkan kepalanya. Kemudian dia menolak gear. Belum sempat Pak Mail
menekan minyak, cermin kereta mereka telah diketuk dengan kasar sekali.
Puan
Hendon dan Adam begitu terkejut dengan ketukan yang tidak di jangka. Apatah
lagi apabila melihatkan wajah Hakimah yang sedang mengetuk cermin kereta dengan
kuat.
“
Siapa tu, Adam?” Tanya Puan Hendon dengan perasaan cuak. Namun cermin kereta
tidak diturunkan. Mereka terus memandang Hakimah yang sedang bercakap sesuatu
sambil mengetuk cermin kereta.
Adam
mendenggus kuat.
“
Siapa lagi? Guard bodoh tu lah! Mak tunggu sini biar Adam kerjakan guard bodoh
tu!” Kata Adam.
Puan
Hendon segera menghalang Adam. Tindakan Adam yang selalu melulu itu sering
memberikan padah kepada nama baik mereka. Itu yang Puan Hendon marah sekali
dengan Adam.
“
Kau pun nak jadi bodoh macam dia?” Tanya Puan Hendon dengan suara tinggi.
Marahnya semakin meluap-luap.
“
Habis tu mak nak biarkan dia begitu sahaja? Sudahlah mak tak kasi Adam pecat
dia haritu! Tengok hari ini dia datang cari fasal lagi. Pasti mahu membela
Suraya lagi!” Suara Adam juga meninggi.
Dia
marahkan ibunya dan dia juga marahkan Hakimah yang sering mengganggu
ketenteramannya.
“
Kau boleh pecat dia! Sudahlah biarkan dia mengamuk begitu. Tiada siapa yang
akan percaya dengan kata-katanya lagi. Jalan sekarang, Mail,” kata Puan Hendon.
Ya
memang tiada siapa yang akan percaya kepada bicara Hakimah lagi kerana Puan
Hendon telah menyebarkan kejadian di hotel itu kepada umum. Kononnya Suraya
telah menjual dirinya kepada William. Segala yang busuk dan buruk itu dapat
kepada Suraya yang malang itu manakala mereka berdua sentiasa menikmati
keharuman dan kewangian itu selama-lamanya.
HAKIMAH
rebah di atas jalan raya apabila dia tidak mampu lagi mengejar kelajuan kereta
Mercedes yang di naiki oleh Adam itu. Dia menangis tersedu-sedan di situ tanpa
menghiraukan kelibat manusia yang lalu lalang di situ dan kemudiannya mereka
memberhentikan perjalananan mereka dan memerhatikah Hakimah yang bagaikan orang
kurang siuman itu.
“
Kau tak akan lepas daripada hukuman Allah! Kau tak akan lepas dari hukuman
Allah! Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa!” Jerit Hakimah dalam tangisan yang
menggila.
Wajah
Suraya yang muram itu menari-nari di layar fikirannya. Dia berasa kasihan
kepada sahabatnya yang malang itu.
“
Su…kasihan kau Su….” Tangis Hakimah lagi.