“
Puan, Darius mengamuk-ngamuk lagi di dalam biliknya,” adu bibik Suhartisebaik
sahaja wajah Puan Hendon muncul di hadapannya.
“
Kenapa dia mengamuk?” Tanya Puan Hendon tenang sekali. Tiada riak kerisauan
terpancar di wajahnya.
Bibik
Suharti mengeluh lemah. Dia sangat kasihan kepada Darius yang begitu kecewa
itu.
“
Dia marahkan ibunya,” kata bibik Suharti lagi.
Puan
Hendon tersenyum dengan bicara bibik Suharti itu. Sekali lagi hatinya berasa
puas dengan satu lagi kejayaan dalam rancangannya. Sambil menguntumkan senyuman
lebar, Puan Hendon berkata,
“
Biarkan dan buatkan dia terus membenci ibunya,” kata Puan Hendon tersenyum
puas.
DARIUS
membaling semua barang yang ada di dalam biliknya. Hatinya benar-benar kecewa
dengan sikap ibunya itu. Bayangan duka itu sentiasa bermain di ruang
ingatannya. Betapa luluh dan hancurnya hatinya tatkala itu.
Hingga
saat ini dia masih tidak percaya bahawa ibunya sanggup melakukan perbuatan
terkutuk itu. Kalau tidak kerana desakan Puan Hendon supaya dia melihat sendiri
apa yang telah dibuat ibunya di dalam bilik hotel itu, sudah pasti hingga saat
ini dia masih mengangung tinggi ibunya itu.
Dia
benar-benar tidak menyangka ibunya sanggup menjual dirinya kepada lelaki
berbangsa inggeris itu hanya kerana wang. Menurut cerita Puan Hendon, Suraya
sudah lama menjalinkan hubungan istimewa bersama dengan lelaki inggeris itu dan
lelaki inggeris itulah yang sering memberikan kemewahan kepada Suraya.
Darius
juga perasan dengan renungan tajam lelaki inggeris itu kepada ibunya ketika dia
dan ibunya sedang menikmati makanan yang disediakan. Bijak benar ibunya
berpura-pura tidak mengenali lelaki itu di hadapannya.
“
Perempuan keji!” Jerit Darius sambil menangis tersedu-sedu. Hatinya semakin di
himpit pilu. Kadang-kala dia mengharapkan peristiwa tragis itu hanyalah mimpi
ngeri sahaja dan apabila dia membuka matanya semua peristiwa tragis itu akan
berlalu pergi.
Dia
benar-benar sayangkan Suraya. Bagi dirinya tiada siapa yang dapat mengantikan
kasih sayang Suraya terhadapnya.
“Mama
yakin kasih sayang antara kita berdua kukuh dan tiada siapa yang dapat pisahkan
kasih sayang antara kita berdua,” kata-kata Suraya suatu masa dahulu
tergiang-giang di telinganya.
Semakin
lebat airmata Darius apabila mengenangkan bicara ibunya suatu masa dahulu.
“
Ya! Tiada siapa yang dapat pisahkan kasih sayang di antara kita berdua tetapi
mama sendiri yang sengaja memisahkannya. Mama yang bersalah! Mama yang
sebenarnya tidak sayangkan Darius!” Bisik Darius sendirian.
Wajah
Suraya yang tersenyum sambil mencium pipinya dengan penuh kasih bermain-main di
ruang ingatannya. Airmatanya mengalir laju. Betapa hancurnya hatinya apabila
mengenangkan semua itu. Rindu kepada ibunya semakin memuncak. Kalau ibunya
datang kepadanya dan meminta maaf dia akan menerimanya dengan hati yang
terbuka. Asalkan dia dan Suraya akan kembali bersama semula. Sungguh dia tidak
sanggup berpisah dengan ibunya.
Ketukan
di pintu mengejutkannya daripada lamunan. Darius segera mengelap airmatanya.
Dia menarik nafasnya sekali cuba mengembalikan semangatnya yang remuk-rendam.
“
Masuk!” Kata Darius dengan lemah.
Kalau
boleh tatkala ini dia tidak mahu di ganggu. Kelihatan wajah Puan Hendon yang
tersenyum mesra di sebalik pintu. Namun begitu Darius tidak mampu untuk
membalas senyuman itu dek kerana hatinya yang sakit itu. Entah kenapa dia
terlalu bencikan Puan Hendon kerana telah membongkarkan rahsia ibunya itu.
Kalau tidak kerana pembongkaran itu pastinya dia tidak akan kehilangan ibunya
lagi. Ah bodohnya Darius walaupun ibunya ternyata jahat tetapi Darius masih
tetap mahu bersamanya. Kenapalah dia sebodoh itu?
“
Kenapa ni sayang? Monyok je?” Tanya Puan Hendon dengan senyuman lebar.
Mendengarkan
pertanyaan Puan Hendon itu, Darius segera memeluk Puan Hendon dengan erat. Dia
menangis di dalam dakapan Puan Hendon.
“
Sudahlah sayang, kenapa menangis lagi ni?” Tanya Puan Hendon sambil mengusap
lembut rambut Darius yang hitam pekat itu. Kemudian Puan Hendon mencium
ubun-ubun rambut Darius penuh kasih.
“
Darius rindukan mama,” kata Darius meluahkan apa yang dirasakan di dalam
hatinya tatkala ini.
Walaupun
dia begitu kecewa dengan Suraya namun dia masih menyimpan selaut perasaan kasih
kepada wanita yang telah melahirkannya itu. Ya dia benar-benar sayangkan Suraya
walau hatinya sakit dengan pembohongan yang Suraya lakukan kepadanya.
Puan
Hendon mendenggus kasar mendengarkan bicara Darius itu. Dia benar-benar tidak
percaya dengan apa yang sedang didengarinya itu . Rupa-rupanya Darius bukannya
anak kecil yang mudah diperbodohkan. Puan Hendon benar-benar kecewa. Namun Puan
Hendon tidak mudah berputus asa dengan rancangannya yang sudah 99% menampakkan
hasilnya itu.
“
Buat apa Darius rindukan Suraya?” Tanya Puan Hendon agak tinggi sedikit
suaranya.
Darius
mengeleng-geleng dengan pertanyaan Puan Hendon itu. Dia benar-benar keliru
antara kasih dan kecewa tetapi dia mengharapkan segala salah faham ini dapat di
jelaskan dengan segera agar hubungan kasih ini tidak akan terputus di
pertengahan jalan.
“
Entah tapi Darius terlalu sayangkan mama,” kata Darius dengan perasaan kecewa.
Dia benar-benar kecewa kerana tidak dapat meneruskan lagi ikatan kasih yang
terjalin ini.
Makin
berombak kencang hati Puan Hendon mendengarkan pengakuan ikhlas Darius itu.
Hatinya semakin benci kepada Suraya yang telah berjaya mengikat kukuh ikatan
kasih yang terjalin itu. Rupa-rupanya Suraya sudah bersedia untuk sebarang
kemungkinan yang berlaku.
Puan
Hendon meleraikan dakapan antara mereka lalu dia terus memegang kedua-dua belah
pipi Darius dan di dongakkan sedikit agar mata mereka saling bertentangan.
“
Setelah apa yang dia telah lakukan kepada papa dan Darius, Darius masih lagi
sayangkan dia? Tolonglah Darius cuba berfikiran rasional sikit. Jangan terlalu
mudah percaya dengan tipu helah perempuan sial itu!” Kata Puan Hendon.
Darius
terasa hati dengan bicara Puan Hendon yang menggelar ibunya sebagai perempuan
sial. Mahu sahaja dia membetulkan bicara Puan Hendon itu tetapi apabila
menyedari bicara Puan Hendon benar belaka hatinya semakin pedih merintih.
Darius
hanya mengeluh. Di usap airmata yang sedang laju mengalir. Betapa sukarnya
untuk dia mengenyahkan perasaan kasih yang sedang bertaup ini.
Mendengarkan
keluhan Darius itu, Puan Hendon semakin resah. Dia tidak boleh membiarkan
Darius begini.
“
Dia bukannya perempuan yang baik, Darius! Dia tidak layak untuk menerima kasih
Darius! Lupakan dia dan anggap dia sudah mati dalam hidup Darius!” Puan Hendon
masih cuba meracuni fikiran Darius.
“
Tetapi dia adalah ibu Darius. Ibu yang telah melahirkan Darius, granny.
Walaupun sejahat mana pun dia, Darius tidak boleh lupakan dia! Sungguh!” Akui
Darius dan inilah apa yang dirasainya tatkala ini. Dia tidak boleh membuang
ibunya walau sedaya upaya dia cuba membuangnya. Itulah kenyataannya.
“
Darius!!” Tengking Puan Hendon. Dia benar-benar tidak menyangka Darius akan
berkata sedemikian. Hatinya mengelegak marah. Walauapa pun terjadi dia akan
memaksa Darius melupakan perempuan sial itu.
“
Memang benar. Darius tidak boleh melupakan mama. Kalaulah mama datang semula
dan meminta maaf kepada Darius dan menyesali apa yang telah dia lakukan, Darius
akan terimanya dengan hati yang terbuka. Darius akan memaafkan mama seperti
mana mama sentiasa memaafkan Darius,” kata Darius.
Airmatanya
semakin laju mengalir apabila dia mengingati sikap ibunya yang pemaaf itu. Ah
apa salahnya dia memaafkan ibunya kali ini sedangkan selama ini ibunya sentiasa
bersabar dengan sikapnya yang sentiasa menguji kesabaran Suraya.
Makin
terbakar hati Puan Hendon apabila mendengarkan bicara Darius itu. Dia semakin
kalut mencari bicara yang akan membuatkan Darius terus membenci ibunya.
“
Darius nak maafkan perempuan sekeji itu? Darius tak kasihan ke kepada papa?
Papa tu sudah lama menderita dan makan hati dengan sikap mama kamu itu! Granny
tak tahulah kenapa Darius masih berlembut hati dengan perempuan sekeji itu!”
Kata Puan Hendon. Dia berharap Darius akan percaya dengan bicaranya itu.
Darius
mengeluh lemah. Papa? Kalau dia di suruh memilih antara papa dan mama, Darius
akan memilih ibunya. Baginya Adam tidak pernah menjalankan tugas sebagai
seorang bapa. Hakikatnya kasih seorang bapa sudah lama mati walaupun bapanya
masih lagi bernyawa di hadapannya.
“
Papa kamu jadi begitu semuanya kerana ibu kamu. Dia terlalu tertekan dengan
sikap ibu kamu yang sering menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain!” Puan
Hendon meracuni fikiran Darius.
“
Sebab itu ke papa sering pukul mama?” Tanya Darius tiba-tiba. Kejadian perit
yang menjadi tontonan suatu masa dahulu namun hingga kini dia masih mencari
puncanya. Mungkin Puan Hendon dapat memberikan jawapannya.
Puan
Hendon terkedu dengan pertanyaan yang tidak di duga itu. Dia tahu kali ini dia
perlu memberikan jawapan yang terbaik demi untuk membersihkan nama anaknya
sekaligus memberikan impak negatif kepada Suraya.
“
La baru kini kamu tahu ke? Sebenarnya papa Darius sudah lama tidak tahan dengan
perangai mama kamu itu. Darius tahu tak pernah suatu hari itu mama membawa
pulang lelaki inggeris itu ke rumah kamu. Masa itu, papa outstation dan mama
pula menyuruh papa membawa kamu ke rumah nenek sebelum papa outstation. Nak
dijadikan cerita papa tidak jadi outstation dan tanpa mensyaki apa-apa papa
pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya papa
apabila mendapati mama membawa lelaki inggeris itu ke rumah. Hancurnya
hati papa hanya Allah sahaja yang tahu. Tatkala itu tiada apa yang papa dapat
lakukan melainkan memohon supaya mama bertaubat dan kembali kepada Allah.
Malangnya mama tidak memperdulikan nasihat papa sebaliknya dia mencabar papa supaya
menceraikannya. Luluh hati papa apabila mendengarkan permintaan talak yang
sebenarnya dibenci oleh Islam tetapi tetap keluar dari mulut isterinya sendiri.
Namun papa tetap berlembut dan memohon mama mempertimbangkan keputusannya demi
Darius tetapi mama tetap berdegil. Katanya Darius langsung tidak bermakna dalam
hidupnya dan kalau mereka bercerai sekali pun dia tidak mahu menjaga Darius.
Malah dia mengatakan Darius itu menyusahkan hidupnya. Membebankannya. Sebab
itulah papa kurang sabar dan terpaksa memukul Suraya. Dia melakukan semua itu
bukannya untuk menyakiti Suraya tetapi hanya untuk mendidik. Lagi pun dalam
Islam tidak salah untuk memukul isteri kalau tujuannya untuk mendidik,” terang
Puan Hendon panjang lebar. Dia tidak menyangka dapat mengarang cerita sehebat
itu dalam masa beberapa saat. Malah fakta tentang memukul isteri menurut
pandangan Islam juga turut diserongkannya. Sedangkan tidak benar ajaran Islam
menyuruh melakukan tidakan tidak beradab itu.
Tidak
sedarkah Puan Hendon tentang hadis Rasullalah S.A.W yang bersabda ‘La tadhribu imaallah!’ yang bermakna ‘Jangan
kalian pukul kaum perempuan!’ Dalam hadits yang lain pula, baginda menjelaskan
bahawa sebaik-baik lelaki atau suami adalah yang berbuat baik pada isterinya.
Dan memang, di dalam Al-Qur’an ada sebuah ayat yang membolehkan seorang suami
memukul isterinya. Tapi harus diperhatikan dengan baik untuk isteri macam apa?
Dalam situasi seperti apa? Tujuannya untuk apa? Dan cara memukulnya bagaimana?
Dan tidaklah memukul seperti seekor binatang seperti mana yang Adam lakukan
kepada isterinya itu.
Dada
Darius sesak mendengarkan cerita daripada Puan Hendon itu. Hatinya begitu sakit
sekali. Betapa dirinya sememangnya tidak diperlukan oleh ibunya itu. Betapa
sabarnya bapanya menghadapi karenah ibunya yang keji itu.
“
Mama memang jahat!” Kata Darius dengan penuh rasa kecewa.
Namun
kenapa rasa kasih ini begitu sukar untuk di nyahkan?