Home Novel Cinta BERARAK MENDUNG KELABU
Bab 5

Taufik memandang kosong ke arah komputer riba yang ada di hadapannya. Sejak kebelakangan ini tumpuannya sedikit terjejas. Ingatan tentang Aliya semakin memanjang. Dia rindukan Aliya. Kehadiran Laila membangkitkan semula kenangan yang disimpan baik dalam kotak fikiran. Ruang pejabat yang sunyi menjebaknya ke daerah itu lagi. Daerah yang hanya ada dia dan Aliya yang menghuni.

“Aliya…Aliya kat mana sayang.” tuturnya perlahan sebelum menyandarkan badan. Taufik buntu. Selama tempoh ini ingatannya pada Aliya tak pernah padam. Dalam diam dia tetap menanti kehadiran Aliya untuk kembali. Kembali mengisi ruang hati yang sudah terlalu lama dibiarkan kosong tanpa pengganti. Kembali melayari kehidupan suami isteri selama yang diizinkan Illahi.  

Pemergian isterinya itu memberi kesan yang sangat besar dalam hidup. Dia tak rela mencari pengganti yang lain kerana dia sudah berjanji, selagi dia tak dapat bersemuka dengan Aliya, selagi itulah ikatan itu takkan dinoktahkan. Kalaupun Aliya sangat perlukan perpisahan, biarlah isterinya itu datang memintanya sendiri. Dia tak akan semudah itu melepaskannya pergi.

Bunyi pintu yang diketuk membawanya kembali dari melayan kenangan yang memeritkan.

“Masuk.” tuturnya sepatah. Zainal muncul dengan dua cawan kopi di tangan.

“Busy ke? Cofee time.” balasnya dengan senyuman. Jam sudah menunjukkan angka 6 petang. Seorang demi seorang pekerjanya sudah mula meninggalkan pejabat sejak tadi. Kini hanya tinggal dia dan Zainal di situ.

“Macam mana inspaction tadi? Dah settle ke?” soalnya pada Zainal yang sedang menikmati kehangatan kopi buatan tangannya itu.

“Settel lah kat situ. Yang jadi masalahnya, owner dia tu tak habis-habis minta aku mark-up harga. Aku rasa memang mustahil lah nak pergi sampai ke nilai yang dia nak tu. Lagipun kilang tu dah lama. Maintanance pun tak jaga. Semua alat-alatan dan mesin dalam kilang tu pun tak di selenggara ikut masa. Aku tahulah dia nak buat loan, tapi agak-agak lah kan. Aku hanya boleh bagi nilai yang sepatutnya. Kau pun tahu. Itu prinsip kita. Kita kena jujur dalam tugas. Lagipun pihak bank ada penalnya sendiri. Buat buang masa je, bukannya boleh tipu pun. Kalau diikutkan nanti tak fasal-fasal company kita terlibat sama.” terangnya.

Taufik arif dengan keadaan itu. Pelbagai ragam cliant yang harus dilayan. Ada yang minta tinggikan harga, malah tak kurang juga meminta untuk mengurangkan nilainya. Tapi mereka sudah biasa. Segala kerenah client harus diuruskan sebaiknya. Mereka perlu siap dengan evidance-evidance yang kuat untuk menyokong penilaian harga setiap hartanah yang telah dinilaikan. Tak mahu melanggar etika kerja.

“Tak apa. Kau buat je macam biasa. Selebihnya biar aku uruskan. Pandai-pandaliah aku yakinkan dia nanti. Lupa. Thanks for the cofee.” tuturnya melenyapkan kekesalan Zainal. Kopi di hadapannya diteguk.  

“Malam ni kau ada plan tak?” soalnya tiba-tiba.

“Kenapa? Kau nak ajak aku date pulak ke?” gurau Taufik.

“Dah teringin nak cari pengganti? Kalau dah sedia, aku ada banyak calon untuk di recomment.” balas Zainal dengan senyuman. Dia tahu dah terlalu lama Taufik sendiri. Kehilangan Aliya tak pernah diganti, malah kepulangannya sentiasa dinanti. Zainal mengagumi kesetiaan yang dipamerkan sahabatnya itu.

“Aku pulak yang kena. Kau yang mulakan tadi.” tutur Taufik tak puas hati.

“Aku rasa kau yang lupa. Double storey bunglow di Ampang hari tu, buyer tu nak datang tengok lagi hari ni. Kan aku dah cakap kat kau pagi tadi. Kau tak ingat ke? Aku rasa dia jadi beli. Lagipun itu kes kau. Eloklah kau yang selasaikan. Hari tu kau tak sempat nak jumpa dengan dia kan. Aku cuma tolong apa yang patut.” tambah Zainal lagi.

“Tak apa lah. Dah alang-alang kau buat, buat lah sampai habis. Aku serahkan kes tu pada kau. Lagipun aku sibuk dengan projek penilaian semula di Klang tu. Aku nak fokus yang tu.” jawap Taufik.

“Kau biar benar. Banyak tu. Tak menyesal ke nanti?” soal Zainal tak percaya.

“Bukannya lari ke mana pun. Pada anak-beranak sendiri jugak. Tak ada yang luaknya. Tapi bila dah disclose nanti jangan lupa kawan.” gurau Taufik. Zainal tersenyum gembira. Harga rumah tersebut dinilaikan mencecah hampir RM 2.0 juta. Dia sudah mula berangan-angan untuk mendapat habuan, hasil dari penjualannya. Senyumannya sampai ke telinga.

“Meeting kau pukul berapa? Tak lambat ke nanti?” soal Taufik. Keadaan kesesakan di Kuala Lumpur bukannya boleh dibuat main. Lambat sikit je maknanya melekatlah dia atas jalanraya. Tak bergerak-gerak sampai ke malam.

“Aku janji pukul 8 jumpa kat sana. Alamak! Sekarang dah pukul berapa? Aku gerak dululah. Nanti kalau lambat menyesal tak sudah. Terima kasih pass kes ni kat aku. Insya-Allah kalau berjaya aku pasti takkan lupakan kau.” balasnya sebelum berlalu pergi.

Taufik memakir kereta di tempat biasa sebelum beg bimbitnya di capai dan dibawa bersama. Hari ini dia lewat lagi. Masa dirasakan menghambatnya tanpa henti. Sudah kerap sangat masanya untuk Zaim di gunakan untuk dirinya sendiri. Dia tahu dia agak sibuk kebelakangan ini, tapi dia tak sanggup menjadikan itu sebagai alasan. Dia berjanji untuk menggantikannya nanti. Sesampainya di ruang tamu, hatinya tersentuh. Zaim dilihat sedang berbaring diatas ribaan Laila, bermanja. Sama seperti yang sering dilakukan bila bersama maknya, Pn.Hayati.

Laila menepuk-nepuk lembut tubuh kecil itu sebelum mengucup dahinya lama. Taufik masih tercegat tanpa sebarang kata sebelum dia tersenyum gembira. Taufik lega. Nasib baik ada Laila. Kalau tak pasti Zaim tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba dia teringatkan Aliya Lagi. Pantas senyumannya mati.

 “Liya. Kenapa Liya tak macam Laila.” tanpa di sedari, dia kini mengagumi keperibadian Laila. Dia mula membandingkan keduanya. Serentak dia tersedar. Langkah diatur menuju ke ruang tamu sebelum melabuhkan punggungnya di hadapan Laila.

“Tuan dah balik?” tutur Aliya. Dia terkejut. Mukanya di tundukkan. Tak mahu bertentangan mata dengan Taufik. Dia masih belum dapat menyesuaikan diri. Hatinya sentiasa berompak kencang setiap kali Taufik menghampirinya. Lebih menakutkan dia bimbang penyamarannya itu akan terbongkar. Belum puas rasanya membelai dan mengucup anak kesayangannya itu. Dia masih perlukan masa. Masa untuk merungkai segala beban kerinduan yang terkumpul selama ini. Kalau tak semua pun, sebahagiannya pun jadilah. Ya-Allah berilahku sedikit masa lagi. Bisiknya pada diri sendiri.  

“Maaf. Saya lambat lagi hari ni. Terima kasih kerana temankan dia.” tutur Taufik Ikhlas. Aliya tersentuh. Dia tahu Taufik sangat sayangkan Zaim.

“Dah kerja saya tuan. Tuan tak perlu minta maaf.” balas Aliya perlahan. Tak mahu mengejutkan Zaim yang sudah terlena.

“Kebelakangan ni saya sibuk sikit. Tapi saya akan cuba luangkan masa, mana yang saya termampu. Saya nak minta jasa baik Laila untuk sentiasa temankan dia bila saya tak ada.” ucap Taufik lagi. Aliya mengangguk tanda faham. Dia tak mahu terlalu banyak berbicara dengan Taufik, tak mahu menjerat diri sendiri.

“Biar saya angkatkan dia ke bilik.” tuturnya sebelum bergerak ke arah Laila. Belum sempat tubuh Zaim diraih, anaknya itu terlebih dahulu memalingkan badannya lalu merangkul pinggang Laila. Serentak mereka berpandangan sebelum sama-sama mengukir senyum. Taufik tak melepaskan peluang untuk menjamah wajah Laila kali ini. Jarak mereka yang begitu hampir memudahkan usahanya itu.

Mata Laila yang berkaca berjaya menambat hatinya, sebelum pandangannya tertumpu pada kesan luka yang terdapat di situ. Aliya tersedar. Dia tak seharusnya membiarkan Taufik berada begitu hampir dengannya. Dia tak mahu Taufik curiga.

“Sekejap tuan.” tuturnya. Cepat-cepat dia meleraikan rangkulan tangan Zaim di pinggang. Tak mahu berlama-lama dalam situasi seperti itu. Bahaya. Pasti haru suasana jika identitinya diketahui. Dia pasti sangat, Taufik akan melayannya seperti kucing kurap. Ditengking dan dihambus sesuka hati. Dia tak rela diperlakukan begitu oleh insan yang dikasihi sepenuh hati. Cacian dan makian Taufik pasti akan benar-benar membuatkannya patah hati nanti.

“Terima kasih.” balas Taufik yang turut mula merasa kurang selesa. Segera Zaim didukung. Dia berkira-kira mahu mengambil beg bimbitnya dengan sebelah tangan. Tapi dia tahu, usahanya itu hanya sia-sia. Berat badan Zaim dirasakan berbeza dari sebelumnya. Anaknya itu lebih bersemangat berbanding biasa.

“Boleh awak tolong saya?” pintanya pada Laila yang masih setia memerhati.

“Ya, tuan.” balas Aliya pantas, bersedia mengikut arahan.

“Tolong saya bawakan beg tu ke atas.” tuturnya lagi. Aliya mengangguk sebelum sama-sama melangkah ke tingkat atas.

  Suasana kamar bilik tidur terasa dingin dan sunyi. Kosong tanpa penghuni. Taufik masih tak dapat melelapkan mata. Telifon bimbitnya di capai. Sudah jam 3.00 pagi tapi matanya masih tak mampu untuk dilelapkan. Mata bersinar Laila yang di tatapnya tadi masih jelas kelihatan. Dia seperti pernah melihatnya dulu. Mata tu sama. Ya, sama dengan mata Aliya. Dia takkan pernah melupai sepasang mata milik isterinya itu. Pandangannya ikhlas dan penuh kasih sayang. Taufik hanyut lagi. Kenangannya bersama Aliya muncul di mata. Wajah Aliya takkan dapat dilupa sampai bila-bila. Taufik tersedar. Pantas dia beristigfar. Tak mahu terlalu melayan perasaan. Bimbang hatinya bertindak di luar kawalan. Menyamakan Laila dengan Aliya adalah satu kesilapan. Kesilapan yang tak seharusnya dilakukan. Serentak dia bangkit dari perbaringan sebelum menuju ke bilik bacaan.

“Apa yang Liya rasa sekarang? Liya bahagia?” soal Mak Jah ketika mereka sedang menyediakan sarapan, pagi itu. Kegembiraannya tak mampu untuk di selindung lagi.

“Bahagia sangat Mak Jah. Ini semua atas jasa baik Mak Jah. Kalau Mak Jah tak tolong Liya, sampai bila-bila pun Liya takkan dapat jumpa dengan Zaim. Liya bersyukur sangat. Terima kasih Mak Jah. Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih kerana sanggup tolong Liya.” ucap Aliya dalam senyuman yang tak dapat nak disembunyikan. Dia tahu semua itu tak akan berlaku tanpa usaha Mak Jah. Telah terlalu banyak budi yang diberikan wanita itu terhadapnya. Sampai dia dah tak mampu nak menerimanya lagi. Pantas tangan Mak Jah diraih dan digenggam erat.

“Kenapa Liya cakap macam tu. Mak Jah tak buat apa-apa pun. Allah dah tetapkan segalanya. Berkat doa Liya yang tak putus-putus akhirnya Liya berjaya bertemu semula dengan Zaim. Mak Jah cuma buat apa yang sepatutnya. Selebinnya Mak Jah pun tumpang gembira. Lagipun dah lama kita tak jumpa kan? Mak Jah pun dah rindukan Liya. Asyik cakap dalam telefon je selama hari ni. Nak juga jumpa. Liya dah makin cantik.” tuturnya dengan senyuman sebelum membalas genggaman tangan Aliya.

“Ada-ada je Mak Jah ni. Liya tetap sama. Tak ada yang bezanya.” balas Aliya.

“Dah pukul berapa dah ni? Liya pergi lah kejutkan Im. Nanti lambat pula dia ke sekolah.” kata Mak Jah seketika kemudian. Dia sedar masa sudah semakin suntuk. Kalau berlengah-lengah lagi pasti Zaim dan Taufik akan lambat nanti.

“Tapi Liya tak siap masak lagi ni.” balasnya sambil memasukkan nasi ke dalam kuali.

“Tak apa. Biar Mak Jah yang uruskan. Liya pergi siapkan Zaim. Sambil tu Liya tolong ketukkan pintu bilik Taufik sekali boleh?” tambahnya lagi.

“Ha? Mak Jah biar betul. Tak nak lah Liya. Nanti apa pula Taufik cakap. Kan biasanya Mak Jah yang buat. Mak Jah buatlah.” balasnya mengelak. Tak mahu terlalu berlebihan. Dia perlu menjaga batasan.

“Bukannya Mak Jah suruh masuk. Panggil dari luar je. Nanti menyahutlah dia. Lagipun dia kan suami Liya, bukannya berdosa pun.” kata Mak Jah lagi. Aliya masih tercegat di situ. Memikirkan apa yang harus dilakukan.

“Cepat la Liya. Dah pukul berapa ni?” gesa Mak Jah sebelum dia menyibukkan diri. Aliya tahu dia tak ada pilihan. Lambat-lambat langkah diatur menuju ke tingkat atas sebelum matanya memandang semula ke arah Mak Jah.

“Mak Jah.” tuturnya ragu. Dia masih tak bersedia untuk melakukannya. Mak Jah mengarahkan Aliya untuk segera beredar. Akhirnya Aliya akur, dia tahu dia tak dapat untuk mengelak lagi. Mak Jah tersenyum gembira. Dia mahu Aliya mula membiasakan diri, cuba untuk mula mendekati Taufik sebagai Aliya dan bukannya Laila lagi.

Pintu bilik diketuk perlahan. Sebelum dia mengumpulkan kekuatan.

“Tuan.” ucapnya sekali. Perlahan. Hanya untuk latihan. Takkan mampu untuk mengejutkan penghuni di dalamnya. Sekali lagi dia mencuba. Kali ini lebih kuat dari tadi.

“Tuan.” tuturnya kuat.

“Kenapa?” jawap Taufik yang sedang berdiri betul-betul di belakangnya. Hilang terbang semangat yang bersusah payah dikumpul tadi.

“Sa…saya cuma nak kejutkan tuan.” jawapnya terkejut.

“Saya tidur di bilik bacaan malam tadi. Apa pun terima kasih.” tutur Taufik sebelum memboloskan dirinya ke dalam bilik. Dia sudah berjanji untuk tidak akan membiarkan perasaannya hanyut lagi. Caranya hanya satu iaitu dengan menjauhkan diri daripada Laila. Aliya turut bertindak sama. Cepat-cepat kakinya melangkah menuju ke bilik Zaim yang terletak bersebelahan.

“Im, bangun sayang.” tutur Aliya pada Zaim yang masih terlena.

“Im. Bangunlah dah pukul berapa ni.” tuturnya lagi. Masih tak ada sahutan. Zaim sengaja masih mahu bermalas-malas di situ. Dia bahagia dipujuk dan dirayu. Dia sangat suka mendengar suara untie Laila. Dalam hati dia mula mengimpikan seorang mama yang sama seperti Untie Lailanya itu.

“Im. Bangunlah sayang.” pujuk Aliya lagi. Satu kucupan dihadiahkan di pipi. Aliya tak pernah melepaskan peluang. Setiap kali berkesempatan, pasti wajah anak kesayangannya itu dikucup bagi membayar hutang-hutang rindu yang terpaksa di simpan selama ini. Kali ini Zaim mengalah. Tak mahu membuat Untie Laila menunggu terlalu lama serentak matanya dibuka. Wajah Untie Laila yang pertama kali menyapa mata setiap pagi, mampu membuatkan harinya ceria. Senyumannya sampai ke telinga.

“Assalammualaikum.” tutur Aliya.

“Waalaikummussalam.” balasnya sambil meregangkan badan.  

“Jom kita mandi sayang.” kata Aliya kembali, sebelum mendukung Zaim ke bilik air. Zaim gembira bukan kepalang. Sayangnya pada Untie Laila jadi semakin dalam.

Aliya nampak Mak Jah sedang sibuk menyiram bunga di taman sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Lagu yang Aliya sendiri tak dapat menangkapnya.  Kawasan taman yang agak besar memerlukan masa yang agak panjang untuk menyiraminya.  

“Mak Jah.” tutur Aliya sambil tangannya mendarat di belakang badan Mak Jah yang sedang asyik di situ.

“Ya-Allah. Terkejut Mak Jah. Liya ni. Kot iya pun bagilah salam. Liya sengaja nak kejutkan Mak Jah la ni kan.” katanya. Batang paip getah terlepas dari pegangan. Aliya cepat-cepat mencapainya.

“Mana ada. Mak Jah tu yang mudah sangat terkejut. Tulah kusyuk sangat. Dari jauh Liya dapat dengar Mak Jah nyanyi. Mak Jah nyanyi lagu apa?” soal Aliya. Dia mengambil alih tugas menyiram.

“Lagu lama. Mak Jah rasa kalau Mak Jah cakap pun Liya tak tahu. Biduanita Rafeah Buang, Liya kenal? Mesti Liya tak kenal kan?” soalnya. Aliya segera menggeleng sebelum tersenyum. Bukannya dia tak menghargai jasa mereka cuma golongan muda sepertinya tak didedahkan pada mereka. Citarasa muzik yang berubah juga membuatkan lagu-lagu lama seperti itu dibiarkan sepi.

Deretan pokok bunga Mawar yang subur menimbulkan rasa kagum pada dirinya. Seingatnya kawasan taman itu tidaklah seluas mana dulu, tapi kini meriah dengan pelbagai variasi bunga orkid dan mawar yang Aliya sendiri tak pernah melihatnya selama ini. Beraneka warna dan rupa malah saiz juga.

Minat ibu mertuanya itu telah berubah dan kerana minatnya itu jugalah sekarang dia dapat menjamu mata dengan keindahan Sang Pencipta yang amat jarang dapat dilihat di mana-mana. Dalam diam Aliya mula mengaguminya. Mengagumi usaha yang telah ibu mertuanya itu lakukan.

“Banyaknya bunga kat sini kan Mak Jah. Liya ingat lagi. Dulu cuma ada pokok-pokok yang di tanam dalam pasu-pasu besar je kat sini kan.” katanya sambil tangannya beralih kepada deretan orkid-orkid yang bergantungan.

“Ya la. Dulu puan tak minat sangat dengan pokok-pokok bunga ni. Cuma beberapa tahun kebelakangan ni je. Kebanyakannya puan order dari luar. Mak Jah pun tumpang gembira. Sikap puan dah banyak berubah. Dah tak macam dulu. Liya sendiri dapat tengok hari tu kan.” balas Mak Jah.

“Hmm.” jawapnya ringkas. Dia tak mahu bergosip tentang Pn.Hayati lagi. Setiap kali nama itu disebut hatinya jadi perit.

“Liya tengok sendiri kan. Dia layan Liya elok je. Mak Jah yakin dia dah berubah.” tambahnya mahu memberi Aliya semangat. Dalam hati dia mahu permasalahan itu di selasaikan. Penyatuan semula satu hubungan yang terpisah, sentiasa didoakan.

“Entah lah Mak Jah. Liya tak berani nak harap lebih-lebih. Liya takut kecewa. Macam mana kalau dia masih marahkan Liya. Bencikan Liya. Memang dia layan Liya elok hari tu, tapi masa tu dia tak tahu yang Laila ni Liya. Kalau dia tahu, tak mungkin dia akan bagi Liya jejakkan kaki ke sini. Liya yakin tu. Liya pergi pun sebab itu yang diharapkannya.” tuturnya perlahan.

“Liya pasrah Mak Jah. Liya tak nak impikan sesuatu yang tak tercapai dek tangan. Liya tak nak terlalu menaruh harapan. Liya tak nak kecewa lagi. Cukuplah dulu Liya dihina dan dicaci. Liya tak berani nak hadapinya lagi. Liya nak gunakan kesempatan yang ada ni untuk melepas rindu pada Zaim. Selagi Allah izinkan, selagi itulah Liya akan bertahan.” tambahnya sayu. Mak Jah hilang kata-kata. Dia dah tak tahu mahu berkata apa.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh anga wati