Home Novel Cinta BERARAK MENDUNG KELABU
Bab 4

Sedar tak sedar, sudah lebih seminggu Aliya berada di situ. Hidupnya ceria. Malamnya tak bermimpikan Zaim lagi kerana kini dia sudah dapat mengapainya. Bintang hatinya itu sudah berada hampir dengannya, setiap masa. Sejak Pn.Hayati tiada, Zaim makin rapat dengannya. Tak boleh berenggang. Pantang hilang pasti seluruh rumah dicar. Aliya bahagia. Hidupnya terasa sempurna. Segala urusan Zaim diuruskan. Sejak dari Zaim bangun pada pagi hari, sampailah dia tertidur kembali, semuanya terletak dalam bidang tugasnya sebagai seorang pembantu sementara.

Taufik melayannya dengan baik. Aliya tahu, seandainya Taufik mengetahui kebenaran tentang dirinya, pasti layanan lelaki itu takkan seperti itu. Taufik pasti akan memisahkannya dengan Zaim. Tak mungkin lelaki itu akan melayannya dengan mesra lagi. Wajah Taufik tak banyak berubah. Tetap sama macam dulu. Cuma kumisnya sudah dibiarkan tumbuh sedikit, menampakknya lebih berkarisma berbanding Taufik yang dikenalinya dahulu.

Sekali-sekala, sempat juga dia mencuri pandang ke arah wajah Taufik untuk melepas rindu. Tapi dia sedar dia tak seharusnya bertindak begitu, Taufik bukan miliknya lagi. Dia yang telah meminta perpisahan. Taufik bukan haknya lagi.

Sedang dia sibuk menyiram bunga di bahagian hadapan rumah, tiba-tiba dia terasa ada air yang memercik dari belakang. Basah kainnya disirami air yang datang dari bahagian getah paip yang bocor. Kainnya terpaksa diangkat untuk mengelakkan keadaan yang lebih teruk. Aliya bergegas mendapatkan kepala paip yang terletak berdekatan dengan kawasan parking kereta. Lega. Kalau tak berlenjunlah dia di situ.

Taufik yang kebetulan lalu untuk ke pejabat menghentikan langkahnya. Matanya tertumpu pada bahagian betis Laila yang sedikit terdedah sebelum dia terpaku di situ. Pandangan yang biasa dilihatnya. Aliya berasa lain macam. Rasa seperti diperhatikan. Serentak dia berpaling. Mata mereka bertemu. Aliya baru perasan yang bahagian betisnya tak ditutup dengan sempurna, segera dia melindungi bahagian yang terdedah, menyesali kesalahan diri. Serentak Taufik tersedar. Dia segera meluru mendapatkan keretanya sebelum berlalu pergi. Hatinya berombak kencang. Kenangan tentang Aliya kembali menyapa.

“Untie. Tak siap lagi ke? Dah lama Im tunggu. Jomlah teman Im main.” tutur Zaim tiba-tiba. Aliya terkejut diperlakukan begitu.

“Ya-Allah, Im. Terkejut untie. Kejap ya. Im masuk dulu. Untie nak salin baju sekejap. Baju untie basah lah sayang. Kita masuk dulu, lepastu kita main sama-sama ya.” balasnya. Sambil memimpin tangan kecil Zaim. Zaim bahagia dilayan begitu.

Selesai makan malam, Aliya mengajak Zaim belajar mewarna. Terlalu banyak buku warna yang dijumpai dibiarkan tak terusik di rak yang terdapat didalam bilik. Mungkin kerana tiada galakan ataupun kerana tak minat Aliya tak pasti yang mana satu . Buku tersebut hanya dipamerkan di situ tanpa di selesaikan. Bila difikirkan, buat membazir je. Bahan dah ada tapi latihannya tak dibuat.

Akhirnya Aliya telah membuat satu jadual tambahan dengan Zaim, setiap malam selesai saja makan, Zaim akan mengikuti kelas mewarna dan melukis. Zaim langsung tak membantah. Malah dia yang dilihat lebih teruja dengan kelas tersebut.

Taufik gembira melihatnya. Dia tahu dengan aktiviti baru itu, dapatlah dikurangkan sedikit tempoh masa Zaim menonton telivisyen. Kalau tak asyik menonton rancangan kartun sepanjang masa, sampai perangai pun dah nak macam kartun. Kalau di halang mulalah dia merajuk. Tapi Taufik hairan. Dengan Untie Lailanya lain pulak. Bila ditegah terus diikutnya. Tak pernah pula dibantah. Taufik pasti ada sesuatu yang istimewa pada Laila yang mampu membuat anaknya itu berubah.

Sedang dirinya sendiri turut terkesan sejak kehadiran Laila di situ. Hatinya mula berdebar-debar lagi memikirkannya. Wajah Laila yang duduk berhadapan dengannya tak mampu dipandang. Entah kenapa perasaan yang sama sering berlaku setiap kali berhadapan dengan Laila. Seperti ada satu tarikan pada wanita di hadapannya itu yang mampu mengusik ketenteraman di hatinya. Kenangan di taman dulu diulang tayang. Bila teringatkannya bulu tengkoknya mula meremang.

Zaim selesai mewarnakan bahagian badan ikan yang terdapat di dalam buku tersebut sebelum dia mencapai pensil warna yang lain.

“Untie, lepastu nak warna yang mana pulak.” soalnya, minta tunjuk ajar.

“Im warna bahagian atas tu. Bahagian sirip dia, lepastu ekor.” jawap Aliya. Jarinya diarahkan ke bahagian yang dimaksudkan. Zaim menggangguk faham.

“Nak guna warna apa?” soalnya lagi. Tangannya bermain-main di pensil warna yang berderetan sambil memikirkan warna yang bersesuaian.

“Im suka yang mana?” soal Aliya pula.

“Yang ni..” tangannya diarahkan pada warna hitam, matanya terarah pada wajah Untie Laila ingin meminta kepastian. Aliya menggelang. Pantas tangannya beralih kepada pensil warna unggu yang ada berdekatan. Reaksinya sama. Dia mahukan pengesahan. Serentak Aliya mengangguk. Pantas tangan mengeluarkan pensil warna tersebut lalu meneruskan usahanya. Tekun sampai termuncung-muncung bibirnya. Aliya masih tersenyum. Dia bahagia.

Tanpa sengaja sebatang pensil warna jatuh tergolek di lantai. Taufik dan Aliya sama-sama mahu mengambil pensil warna tersebut dan tanpa disengajakan, tangan mereka sama-sama mendarat di situ. Serentak mata mereka bertentang. Taufik cepat-cepat melepaskan pegangannya. Dia sedar, keadaan canggung itu terjadi lagi. Dia makin tak selesa, segera dia ke dapur untuk menyejukkan tekak yang terasa kering. Aliya menghantar pergi kelibat Taufik dengan perasaan hairan.

Zaim sudah bersedia untuk tidur. Aliya mengemaskan selimut yang membaluti tubuh kecil itu. Biar rapat di badan. Tak mahu tubuh anaknya itu kesejukan. Dia mahu Zaim berasa selesa. Kalau diikutkan hati mahu saja dia tidur bersama anaknya itu. Memeluk dan mendodoikannya dengan mesra. Tapi dia sedar masanya belum tiba. Dia  takut Zaim tak dapat menerimanya. Suhu penghawa dingin yang agak rendah di naikkkan sedikit. Belum sempat dia melangkah keluar, Zaim menarik tangannya.

“Untie nyanyi untuk Im boleh?” soalnya. Matanya tepat memandang ke arah Aliya.

“Im nak suruh Untie nyanyi apa?” soal Aliya hairan.

“Lagu semalam.” balasnya.

“Lagu mana? Bila untie ada nyanyikan lagu untuk Im?” soal Aliya kehairanan.

“Lagu Allah tu. Semalam masa Im tidur, Im ada dengar. Lagu tu untie yang nyanyikan?” tuturnya. Aliya segera sedar.

“O..Lagu tu. Itu lagu tentang 99 nama Allah. Im nak untie nyanyi untuk Im?” Zaim mengangguk berkali-kali. Dia selesa didodoi begitu. Suara Untie Laila mengingatkannya pada mama. Mama yang hanya dikenalinya melalui gambar semata-mata. Hanya itu saja kenangannya tentang mama. Bila tanya papa dia pasti takkan dapat jawapannya.

“Hmm. Im rindu mama. Suara untie ingatkan Im pada mama. Untie nyanyi sampai Im tidur boleh? ” pintanya. Senyuman manis terukir di bibir. Aliya tersentuh. Pertama kali sejak mereka bertemu, Zaim membangkitkan tentang perihal dirinya. Kini baru dia sedar, bukan hanya dia yang menantikan saat pertemuan semula, malah Zaim turut mengimpikannya. Air matanya mula bergenang.

“Ok. Untie nyanyi, Im tidur ya sayang.” arahnya. Zaim segera memejamkan mata.

“Allah hu Allah hu Allah hu Allah. Allah hu Allah hu Allah hu Allah. Allah hu Allah hu Allah hu Allah. Allah hu Allah hu Allah hu Allah. Laillahaillallah, Laillahaillallah. Lailahaillallah….” ucapnya memuji-muji kekuasaan Allah sambil tangannya menepuk-nepuk lembut dada permata hatinya itu. Tak berapa lama kemudian Zaim terlena dengan dodoian yang mendamaikan.

Taufik yang baru pulang tetap tercegat di luar pintu. Hajat utuk menjengah Zaim dimatikan. Dia tak mahu mengganggu ketenangan keduanya. Biarlah hari ni tidur anaknya itu di temani suara Laila yang mengasyikkan. Dalam tak sedar dia juga turut terjebak sama.

Suara Laila terasa mandamaikan. Hilang pergi kepenatan akibat dari tugasan di pejabat yang tak ada sudahnya itu. Aliya. Bisiknya dalam hati. Suara Laila sentiasa mengingatkannya pada Aliya. Kenapa? Taufik buntu. Dia sendiri tak tahu. Ada sesuatu pada suara itu yang membuatkannya sentiasa teringatkan Aliya yang sentiasa dirindu. Taufik bungkam. Serentak dia menjauhkan diri, dia bimbang hatinya akan lebih tergoda nanti.   

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh anga wati