Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 10

BAB 10

" Tahniah!" ucap Tengku Razlan sebaik sahaja dia bertembung dengan pembantu mamanya pagi itu di halaman villa putih yang tersergam indah itu. Semalaman dia tidak dapat tidur kerana pembantu kesayangan mamanya ini. Kerana gadis inilah dia bermalam di villa orang tuanya. Dan, kerana gadis ini jugalah dia keluar ke pejabat seawal ini sebab dia memang bercadang hendak bertembung dengan gadis itu.

" Tahniah? Tapi ... untuk apa?" tanya Zara terpinga-pinga sambil menghentikan langkah kakinya. Wajah anak tunggal majikannya dipandang pelik. Dahinya pula berkerut seribu dan jari telunjuk tangan kanannya menggaru-garu dahinya sedikit. Rasanya dia takde pula menang apa-apa peraduan atau pertandingan. Dia kemudiannya memandang tepat ke wajah anak majikannya itu meminta penjelasan lanjut.

" Tahniah sebab awak dilamar kekasih hati awak semalam ... kat Coffea Beans!" jelas Tengku Razlan cuba mengingatkan gadis di hadapannya.

Matanya yang redup itu terus menangkap sebentuk cincin emas putih belah rotan yang tersarung cantik di jari manis gadis itu. Segaris senyuman terus terukir di bibir mungil gadis itu.

" Oh! Pasal cincin tu yea. Hissh ... Encik Tengku salah faham ni," kata Zara ringkas dengan bibir mungilnya tersenyum sumbing. Nampaknya mamat ni nampak semua yang berlaku di Coffea Bean semalam. Dan, mamat ni dah salah faham.

" Hmmm ... tak payahlah malu-malu. Baguslah dia dah melamar awak. Maksudnya dia seriuslah dengan awak. Cuma tak sangka yea, perempuan macam awak ni pun pandai memilih juga yea?" sinis saja soalan yang diutarakan Tengku Razlan. Begitu juga dengan sorotan matanya yang redup itu.

" Kalau Encik Tengku Razlan ni tak nak percaya cakap saya tu ... terpulanglah. Saya tak rugi apa-apa pun. Tapi ... apa maksud encik cakap saya ni pandai memilih? Boleh cakap betul-betul sikit tak? Saya ni tak faham cakap separuh-separuh atau belok-belok ni," tenang saja nada suara gadis itu. Tengku Razlan mencebikkan sedikit bibirnya.

" Maksud aku, engkau ni pandai juga pilih kekasih. Siap pilih yang ada iras-iras mat saleh lagi. Tinggi juga citarasa kau yea! Tapi ... aku tak terkejut pun. Perempuan-perempuan miskin macam kau ni memang suka menjerat lelaki-lelaki kaya kan? Barulah dapat merasa hidup senang. Betul tak?," sindir Tengku Razlan sambil matanya tertancap tepat ke wajah gadis di hadapannya.

Jangkanya tadi pasti gadis itu akan bertempik marah macam tarzan padanya, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Sebuah senyuman manis pula yang dihadiahkan si gadis untuknya. Hissh .... ni yang geram ni, gerutu Tengku Razlan di dalam hatinya.

" Kau ni peliklah! Aku menyindir kau dan kau masih mampu tersenyum lagi! Kau ni takde perasaan ke apa?" sambung Tengku Razlan tak puas hati dengan reaksi tenang yang dipamerkan Zara.

" Macam mana saya nak marah. Satu ... sebab saya langsung tak terasa dengan yang Tengku cakap. Dua ... sebab cara Tengku cakap ni kelakarlah. Yang Tengku bersusah-susah hendak mengambil tahu urusan saya tu kenapa? Atau ... dalam diam ... Tengku ni sebenarnya ada hati kat saya! Iyalah .... saya cakap macam tu sebab cara Tengku bercakap tu macam orang tengah melepaskan geram jea," balas Zara dengan selambanya sebelum tersenyum sinis memandang lelaki di hadapannya. Mata bundarnya dikecilkannya sedikit.

Berubah air muka Tengku Razlan mendengarkan kata-kata selamba pembantu mamanya itu. Tak semena-mena hatinya dilanda rasa marah dan sakit hati yang teramat sangat dengan kata-kata selamba gadis itu tadi.

" Eh! Apa kau cakap ni? Cermin sikit muka kau tu yeak! Eh! Kau dengar sini. Kau lupa kedudukan engkau yea. Engkau tu pembantu mama aku saja dan aku ni CEO TR Holdings. Ada hati rupa-rupanya nak jadi Cinderella. So sorry Cik Zara! I'm not interested to be your prince charming," kutuk Tengku Razlan terang-terangan.

" And ... I never said that I want to be your princess or lover! Where do you get that idea at the first place Yang Mulia Tengku Razlan?" balas Zara membela dirinya dengan berani. Poyolah mamat ni. Sesuka hati jea mengutuk orang pagi-pagi buta lagi. Buat rosak hari orang jea, kata Zara di dalam hati kecilnya.

Terdiam Tengku Razlan buat seketika. Dia tak sangka gadis itu akan melawan semula kata-katanya dengan soalan yang sinis sekali. Dia mengetapkan bibirnya geram.

" Ah! Kau ni memang pandai menjawab. Eh! Kau dengar ni dan drill kata-kata aku ni dalam-dalam kat otak kau yang lembap tu baik-baik. Kau tu bukan selera aku dan jangan memandai-mandai nak cakap yang aku ni ada hati kat budak miskin macam kau! Faham!"

Zara hanya tersenyum saja mendengarkan kata-kata anak majikannya itu. Seolah-olah dia langsung tak terusik dengan kutukan keras anak tunggal majikannya itu.

" Mmm .... baguslah kalau saya ni langsung tak menepati selera Tengku. Untuk pengetahuan Tengku, saya ni ... tak berminat langsung pada lelaki yang kaki kelab malam, kaki mabuk dan kaki segala kerja maksiat macam Tengku ni. Tak sesuai langsung untuk dijadikan bapa kepada bakal anak-anak saya. Did I make myself clear? Ada faham?" balas Zara sambil mengungkitkan sedikit kening kanannya.

Sekali lagi dengan selambanya Zara menuturkan setiap bait kata-katanya membidas ego Tengku Razlan. Merah padam wajah Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Zara yang bersahaja tetapi sungguh tajam menikam ego lelakinya. Belum ada seorang perempuan pun yang berani cakap macam itu kepada dia selama ini!

" Oh! So ... baguslah kalau aku ni tak layak jadi bapak pada bakal anak-anak kau! Aku pun tak sudi tau tak! Cuma sekarang ni aku nak tanya ... siapa kau untuk mempersoalkan cara aku menguruskan hidup aku?"

" Sebab saya seorang Islam dan Tengku pun seorang Islam. Memang dah jadi kewajipan saya untuk menegur perbuatan tak elok Tengku. Lagipun, saya ni kan miskin. Hanya dengan cara ini saja yang mampu saya buat untuk mendapat pahala sedekah. Nabi s.a.w pernah bersabda 'beramar maaruf dan nahi mungkar serta menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga dianggap sebagai satu bentuk sedekah," kata Zara tersenyum sambil memandang Tengku Razlan.

Wajah putih anak majikannya dalam sekelip mata telah bertukar merah seperti naga yang sedang menunggu untuk menghamburkan api dari mulutnya. Tersenyum lebar Zara bila melihatkan wajah putih melepak anak majikannya merah menyala macam naga tengah marah. Cuma takde asap jea yang keluar dari lubang telinga mahupun lubang hidung. Kalau tidak memang sah-sah macam naga. Naga kacak. Hahahaha ... marah-marah pun dia masih sempat lagi memuji kekacakkan makhluk ciptaan tuhan ini. Sekadar memuji jea. Tak salahkan!, gelak Zara di dalam hatinya.

"Amboi! Siap bertazkirah kau yea! Kau ni senyum ... senyum menyindir yea. Saja jea nak buat aku sakit hati kan!" tingkah lelaki itu menahan marah.

" Tak. Bukan macam tu. Saya tersenyum sebab senyum pun sedekah dan ibadah tau! Bukannya saya menyindir Tengku. Tengku jea yang salah faham. Itulah masalahnya kalau kita dangkal ilmu agama. Asyik nak salah faham dan perasan jea," balas Zara yang masih tersenyum sambil menjongketkan keningnya seperti Ziana Zain.

Lelaki itu mulai mengetap bibirnya. Wajahnya pula menjadi semakin memerah. Senyum Zara semakin lebar bila dilihatnya telinga lelaki poyo itu juga mulai berubah merah. Hehehe ... macam telinga Mickey Mouse masa nak mengurat Minnie Mouse, gelak Zara di dalam hatinya. Sangkanya lelaki itu akan berhenti menyindirnya tetapi rupa-rupanya tidak.

" Oh! Kiranya ... hari ni .... hari bersedekah sedunia kau lah yea? Itu yang kau bagi aku tazkirah percuma pagi-pagi buta lagi ni?," tanya lelaki itu sinis sambil melangkah perlahan ke arah Zara.

Senyuman Zara semakin lebar sambil menganggukkan kepalanya sebelum menjawab pertanyaan Tengku Razlan. Sedikit pun tidak terlintas di fikirannya akan bahana dari kata-katanya nanti.

" Kiranya begitulah. Tengku pun kenalah rajin bersedekah supaya bala tak datang menghampiri Tengku. Apa kata Tengku mulakan dengan senyuman dan berfikiran positif. Hari Tengku akan menjadi lebih indah. Saya pun nak minta maaf sebab pagi-pagi lagi dah buat Tengku marah," kata Zara ikhlas dan masih lagi tersenyum. Tengku Razlan pun tersenyum, tetapi penuh makna tersirat. Dan, kini kedudukannya dengan gadis itu begitu dekat sekali.

" Mmm ... macam tu yea! Aku maafkan kau. Cuma aku nak mulakan hari aku dengan ini," kata lelaki itu dan pantas menarik Zara ke dalam pelukannya. Zara yang tidak sempat mencerna maksud kata-kata Tengku Razlan itu, terpegun seketika sebelum meronta untuk melepaskan dirinya. Zara mulai panik apatah bila lelaki itu mulai merapatkan wajahnya ke wajah Zara dan sebuah ciuman hinggap di pipinya.

Menyirap darah Zara dibuatnya. Dengan sekuat tenaganya dia menolak lelaki itu dan terus melempang anak majikannya itu sekuat hatinya. Panggg...!

" Kurang ajar," tengking Zara sebelum cepat-cepat melarikan dirinya ke dalam villa itu sebaik melempang Tengku Razlan. Tengku Razlan mengusap pipi kanannya yang menjadi mangsa pelempang Zara. Ishh ... sakitnya. Mesti birat pipinya ni. Ah! Dia tak kisah. Dia puas hati.

Hah! Puas hati aku, bisik Tengku Razlan di dalam hatinya sebelum meneruskan langkahnya ke arah keretanya dan terus memandu keretanya keluar dari perkarangan villa itu. Dan, di dalam kereta itu, memang dia tidak henti-henti tersenyum. Nampaknya hari ini memang hari senyum sedunia dia!


Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma