Bengang sungguh Zara melihatkan Ana yang sedari tadi
tidak berhenti-henti mengetawakannya. Sebenarnya dia sendiri pun tak faham apa
yang kelakar sangat sampai sahabat baiknya itu susah betul hendak berhenti
ketawa.
" Hah! Ketawalah ... teruskan ketawa. Aku nak balik.
Kau ketawalah sorang-sorang!" kata Zara geram.
Dengan ketawa yang
masih bersisa, Ana memberi isyarat mata kepada Zara agar jangan beredar
meninggalkannya seorang di situ. Kedua-dua tangannya juga diangkat sedikit
tanda 'menyerah'. Merah padam mukanya menahan sisa ketawa dari terus terlepas
dari mulutnya.
" Oklah ... oklah. Aku tak ketawakan kau lagi. Tapikan
... kau tak boleh juga salahkan aku. Kau tahukan ... yang akal aku yang kreatif
ini kuat daya imaginasinya. So ... masa kau bercerita tadi ni ... spontaneously
jea ... kat otak aku ni terbayangkan insiden kau dan anak majikan kau tu macam
dalam cerita Hindustan. Cuma takde adengan nyanyian dan tarian jea. Kalau tak
... mesti vogue punyalah," hujah Ana dengan panjang-jelanya. Sesekali
terlepas juga ketawa kecil dari mulutnya. Namun segera ditahannya bila dilihat
wajah Zara yang mencuka masam.
" Dahlah. Malas aku nak layan kau. Aku nak
baliklah."
" Lah! Janganlah macam ni. Boringlah kau ni. Jomlah
temankan aku tengok wayang. Tiket pun aku dah beli ni. Aku janji aku tak gelak
lagi dah," pujuk Ana. Zara menjeling sahabatnya itu sedikit sebelum
mengangguk setuju.
" Okay. Tapi ... janji jangan gelakkan aku lagi."
" Iyalah. Tapikan Zara ... aku rasa mamat tu seriously
suka kat kaulah. Itu yang dia selalu melalut jea bila cakap dengan kau tu. You
know .. when you really fall in love with someone ... you'll just lost of words
... tiba-tiba jea jadi blank."
" Hello ... takde maknanya yea. Aku dah ada Hail. Aku
nak campak mana pula bakal suami aku tu? Gurun Kalahari ... North Pole?"
" Hehehe .. haah yea. Memang mamat tu salah orang,
salah masa dan terlewat kenal kau. Macam lagu MLTR tu ... 25 Minute Too Late tu.
Kau memang bukan untuk dia," kata Ana sambil berjalan beriringan dengan
Zara menuju ke pawagam yang terletak di hujung tingkat itu.
" Hissh ... sah-sahlah bukan. Kalau iya, mahu senak
juga otak aku dapat bakal teman hidup yang playboya macam tu. Simpang malaikat
empat puluh empat."
Sebaik memasukki ke dalam pawagam, Zara dan Ana segera
mencari tempat duduk mereka. Tidak lama selepas itu lampu pun digelapkan.
Tiba-tiba sahaja telefon Ana berbunyi. Pada masa yang sama kerusi kosong di
sebelahnya diduduki orang. Namun Zara lansung tidak berminat untuk melihat
siapa yang duduk di sebelahnya.
Dia lebih berminat untuk mengetahui siapa yang
menghubungi sahabat baiknya itu. Tak mungkin itu panggilan daripada abang
sepupunya yang juga merangkap buah hati sahabatnya itu. Ini kerana abang
sepupunya itu sedang berada di awan biru dalam penerbangan ke London.
Sebaik menamatkan
perbualan di telefon, Ana menghembuskan nafasnya panjang sebelum berdehem
perlahan.
" Kenapa? Macam ada problem jea. Siapa call
kau," tanya Zara bertalu-talu. Ana tersengih sumbing sebelum menjawab
pertanyaan Zara.
" Errgg ... Zara. Parent aku datanglah. Ni... dia
ada kat depan rumah aku dah. Jadinya ... jadinya ...," Ana teragak-agak
hendak bercakap.
" Jadinya apa?"
" Aku kenalah balik. Tak kan nak suruh parent aku tu
tunggu aku kat depan rumah tu sampai habis wayang ni. Mmm ... kau okaykan ...
tengok sorang-sorang," tanya Ana.
" Mmm ... takpelah. Aku balik sekalilah. Kau lupa ke
tadi ni kau tumpang aku. Kalau kau nak naik teksi, alamatnya lambatlah kau
sampai. Kang kena leterlah pula dengan bapak kau yang garang tu."
" Eh! Takpe ... takpe. Aku dah suruh diorang datang
jemput aku kat sini. Senang sikit. Lepas tu boleh aku terus bawak diorang pergi
late dinner."
" Betul ni?"
" Betul. Rugi kau tak tengok cerita ni. Cerita ni
kawan sepejabat aku bagi lima binang penuh. Kau mesti sukalah cerita ni. So ...
aku blah dululah," jawab Ana sambil melagakan pipinya dengan pipi Zara. Kalaulah
Zara tahu cerita apa yang bakal ditontonnya sekejap lagi .... hehehe ... matilah
dia dikerjakan besok ni.
Kelibat
penonton yang duduk disebelah sahabatnya menarik perhatiannya. Kalau tak salah
... ini macam orang tu jea. Mmm ... ini namanya aturan tuhan. Mmm ... pandai-pandai
kaulah my dear friend, komen Ana di dalam hati.
" Okaylah. Dah ... dah. Jangan susahkan aku. Kirim
salam kat parent kau."
" Mmm ... okay. Kau tu jaga diri elok-elok. Firasat
aku mengatakan ada 'bapak boya copa' kat sini. Pastikan kau tak ditelan dek
'bapak boya' tu okay." Ana berkias dengan Zara.
" Eh! Sudah-sudah. Jangan nak merepek pasal buaya ke
... T-Rex ke! Pergi balik ... balik. Cerita dah nak start ni. Nanti orang
marah!," arah Zara sambil menolak badan sahabatnya itu. Hissh ... nasib
baiklah masih iklan lagi. Kalau tak ... mesti dah kena jerit dengan penonton
yang lain, bisik hati Zara.
Sebaik saja Ana beredar, cerita wayang itu pun bermula. Aduhai!
Hantu punya kawan. Punya banyaklah cerita, cerita momok ni jugalah yang
dipilihnya. Kurang asam punya kawan. Sajalah ni nak mengenakan dia. Sudahlah
dia penakut orangnya. Nak keluar panggung ... mmm ... seganlah pula. Alahai! Layan
jealah. Rasa-rasa takut tutup jealah mata, akal kecil Zara memberi idea. Hehehe
... memang bergeliga otaknya ini!
Dengan perasaan yang separuh berani, separuh takut dan
separuh menyumpah, Zara terus menonton cerita "Poltergeist" itu. Dan,
sedang Zara berperang menguatkan hatinya menonton juga cerita seram itu, tanpa
Zara sedar dia sebenarnya telah memegang kuat lengan penonton yang duduk
disebelahnya. Pegangannya semakin kejap setiap kali ada babak yang 'menyesakkan
dadanya'. Begitulah lakunya sehingga tamat cerita.
Hanya setelah cerita itu tamat dan lampu dinyalakan,
barulah Zara melepaskan lengan penonton di sebelahnya. Dengan muka yang
ditebalkan tetapi tanpa menoleh kepada tuan punya lengan, Zara meminta maaf. Malu
gila nak bertentang mata dengan orang yang bermurah hati meminjamkan lengan
tadi ni.
" Errggh ... maafkan saya kalau kelakuan saya tadi
mengganggu yea. Kalau tak sebab kawan saya terpaksa tinggalkan saya
sorang-sorang tengok cerita pilihan dia ni, takdelah saya susahkan awak. Terima
kasih," kata Zara sebelum dia bangun dari kerusinya dan terus memandang ke
arah lain. Hissh ... tak sanggup dia hendak bertentang mata dengan 'si
penyelamat' dia tadi. Malu ... malu.
" Mmm ... kasih awak saya tak boleh terima. Kan ...
awak dah ada yang punya. Atau ... awak dah dah berpaling kasih?" kata 'si
penyelamat' sambil ketawa kecil.
Zara terus
berhenti melangkah. Dia kenal suara tu. Cis! ... punyalah banyak lelaki kat
bumi Malaya ni, apa pasallah lelaki ni juga yang ada kat sini malam ni. Errrgghh
..., rengus Zara di dalam hati sambil menoleh ke belakang. Lelaki itu
mengangkat keningnya sedikit sambil tersenyum nakal. Lebih tepat lagi ... senyum
gatal!
" Oh! Eh! You ... Tengku? Buat apa kat sini?"
tanya Zara tanpa berfikir. Malulah. Lelaki kat depan dia ni dah tahu yang dia
seorang yang penakut. Adoii!
" Entah! Beli ikan kot," sinis saja Tengku
Razlan menjawab.
" Ikan?" tanya Zara blur.
" Lah! Tengok wayanglah. Hahaha ... tak sangka kau
ni penakut rupanya. Penakut menggalahkan Mr Bean," usik Tengku Razlan
sambil tergelak kecil. Zara hanya mampu menahan rasa saja.
" Mmm ... janganlah
gelakkan saya. Malu tau. Mmm ... apa-apa pun terima kasih sebab pinjamkan
lengan tadi. Maaflah ganggu Tengku menonton," kata Zara. Lelaki itu masih
tersenyum.
" Anything for you Zara. Bukan setakat pinjamkan ...
jadi hak milik kau selamanya pun aku sanggup. Tapi ... mustahilkan? Kau kan dah
ada yang punya. So ... aku cuma boleh pinjamkan jea."
" Okaylah Tengku. Saya minta diri dulu." Malas
Zara hendak melayaan anak majikannya itu.
" Eh! Sekejaplah. Tadi aku dah pinjamkan lengan aku
ni kat kau. So, kau dah berhutang dengan aku. Adat orang berhutang, kenalah
bayar!"
Zara mengetap bibirnya geram sambil berpaling ke belakang.
Wajah lelaki itu dipandangnya lama. Memang makhluk tuhan yang satu ini sangat
licik orangnya. Kalah musang berjanggut!
" Jadi ... apa yang patut saya buat untuk bayar
hutang saya tu"
" Senang jea. Jomlah temankan aku minum."
" Hah! Dah lewat malam ni."
" Alah! Sekejap jea. Hauslah!"
" Tengku ... ni dah pukul berapa ni. Cuba tengok jam
tu. Mmm ... macam nilah. Besok Ahad ... mmm ... Tengku free tak? Kalau Tengku free ... saya janji saya
temankan Tengku makan."
" Hah! Okay juga. Tapi ... aku yang tetapkan
semuanya. Kau ikut jea. Macam mana?"
" Ikut Tengkulah. So ... saya minta diri dulu. Nanti
Tengku sms jea saya. Tengku ada nombor sayakan?"
" Ada. Aku ada nombor kau. Nanti aku call. Ni ...jomlah
aku hantar kau balik. Hari dah malam ni. Mana ada bas. Teksi pula mesti charge
double ni." Tengku Razlan menawarkan dirinya untuk menghantar gadis itu
pulang.
" Ah! Takpe ... saya boleh balik sendiri. Lagipun
saya drive tadi ni," jawab Zara.
" Kau drive? Kau parking kat mana?" tanya
Tengku Razlan bertalu-talu.
" Yup ... saya drive dan saya parking kat Zone B5," jawab Zara sambil melangkah
laju sambil memandang ke arah jam tangannya.
" Eh! Samalah dengan aku. Aku pun parking kat situ
juga. Macam tu kita jalan samalah. Dah lewat malam ni. Bahaya jalan
sorang-sorang kat tempat parkir ni. Malam-malam ni momok banyak!," kata
Tengku Razlan sengaja menyakat Zara.
Dan, tanpa
disangka satu 'sepitan ketam' dihadiahkan Zara di lengan anak majikannnya. Terus
mengaduh kesakitan anak majikannnya itu.
" Tau pun sakit. Nak sakat saya lagi tak? Nanti saya
cubit lagi kuat-kuat," ugut Zara.
" Adoi! Sakit tau. Dah ... dah jangan cubit aku
lagi. Aku janji aku tak sakat kau lagi. Hissh ... habis dah tangan aku yang
putih gebu ni," rungut Tengku Razlan sambil menggosok-gosok bekas cubitan Zara. Zara hanya mencebik saja
mendengarkan rungutan anak majikannya. Gelilah pula gegendang telinganya ini
rasanya. Errghh... menggalahkan perempuan betullah mamat ni, kutuk Zara di
dalam hatinya.