Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 12

BAB 12

Zara melihat jam tangannya. Bibirnya tersenyum sedikit. Sekejap saja masa berjalan. Sekejap lagi bolehlah dia beredar dari situ. Dia memang sudah tidak sabar hendak balik sebab malam nanti dia dan sahabat-sahabatnya termasuk Ana telah merancang hendak keluar bermain bowling.

Leka dia melipat telekungnya ke dalam beg sandangnya, dia terasa seseorang memegang bahunya lembut. Zara menoleh ke belakang sebelum menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada wanita tua yang juga majikannya itu.

" Zara nak balik dah?," tanya Puan Sri Salma lembut.

" Ya Puan Sri. Kenapa? Puan Sri ada nak saya buat apa-apa ke sebelum saya balik?"

" Mmm ... Zara ... malam ni Zara tidur sini sajalah. Suami saya out-station. Lepas tu ... tadi ni bibik cakap dia nak balik rumah suami dia kat Sungai Way. Sunyilah. Saya seorang jea kat rumah yang besar ni," jelas Puan Sri Salma lembut. Zara mengigit bibir bawahnya sedikit. Lama dia berfikir. Iya tak iya juga. Nanti jikalau apa-apa terjadi kepada majikanya yang telah dianggap sebagai orang tuanya sendiri ini, tiada sesiapa pula di vila yang besar ini.

" Baiklah Puan Sri. Tapi ... bagi saya call kawan saya dulu yea. Nak bagitahu yang saya tak jadi keluar malam ni," kata Zara sopan.

" Oh ... Zara dah ada janji dengan boyfriend Zara ke? Kalau macam tu ... takpelah. Saya faham," kata Puan Sri Salma sambil mengusap lembut bahu pekerja kesayangannya itu.

" Eh! Taklah Puan Sri. Bukan boyfriend tapi kawan-kawan baik saya. Kitorang ingat nak pergi main boling," jawab Zara tergelak kecil.

" Oh! Ingatkan boyfriend Zara. Tapi ... kalau Zara masih nak keluar main boling, apa kata Zara teruskan saja rancangan tu. Sebabnya ... Bibik cakap kat saya tadi suami dia akan datang jemput dia dalam pukul sebelas nanti."

" Kalau macam tu ... mmm ... saya keluar sekejap main boling dengan kawan saya tu yea Puan Sri. Lepas siap main, saya balik sini. Saya janji. Terima kasih Puan Sri," ujar Zara dengan nada ceria. Puan Sri Salma menganggukkan kepalanya sedikit tanda bersetuju dengan cadangan Zara.

" Sama-sama. Cuma ... jangan balik lewat sangat yea Zara. Tak maniskan anak dara keluar dan balik lewat malam," pesan Puan Sri Salma sebelum berlalu dari situ. Zara hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

Suasana kelab malam yang terkemuka di ibu kota itu semakin meriah bila malam malam semakin merangkak melewati malam. Muzik yang dipasang juga semakin rancak. Itu belum dicampurkan lagi dengan bunyi orang bising bercakap dan bergelak ketawa. Memang bingit telinga dibuatnya kalau orang tak biasa.

Eiman memandang ke arah Tengku Razlan yang masih tergelak-gelak dengan gadis disebelahnya sambil menuang segelas penuh air yang berwarna kuning dan berbuih sedikit itu dari botol kaca yang berwarna hijau. Apalah nak jadi dengan kawannya ini. Selalunya sahabatnya itu sekadar suka-suka berhibur di lantai tarian saja. Kalau meneguk benda itu pun hanya segelas saja. Jarang sekali sahabatnya itu meneguk minuman keras sebanyak itu melainkan jikalau fikiran sahabatnya itu sedang runsing.

Masuk hari ini ... sudah lima hari sahabat baiknya itu membuat perangai seperti itu. Cuma hari ini keadaan sahabatnya itu nampak 'parah' sekali! Kali terakhir kawannya 'parah' sebegitu ialah lima tahun dulu semasa ditinggalkan tunangnya beberapa minit sebelum majlis akad nikah berlangsung!

" Sudahlah tu Razlan. Jomlah balik. Dah banyak dah kau minum tu. Hari pun dah lewat sangat ni. Besok aku kena kerja lagi. Aku ni kerja dengan orang. Bukan macam kau tu, " Eiman memujuk sahabat baiknya itu.

" Tak nak. Aku tak balik. Aku tak puas lagilah bro! Aku nak enjoy lagi. Kalau kau nak balik ... kau baliklah dulu," balas Tengku Razlan sambil memeluk erat bahu gadis yang duduk disebelahnya yang baru dikenali semasa menari tadi. Air berwarna kuning itu diteguknya lagi.

Eiman mengeluh panjang mendengarkan kata-kata sahabat baiknya ini. Macam mana ni yea, fikir Eiman sambil mengaru-garukan kepalanya sedikit.

" Kalau boleh memanglah aku nak balik dah. Tapi ... kau tu kawan aku. Macam mana aku nak tinggalkan kau. Kau tu mabuk ... nanti kalau apa-apa jadi kat kau macam mana?"

" Alah! Banyak cakaplah kau ni. Kau balik jealah. Aku nak enjoy puas-puas!"

" Wei ... kau nak enjoy sampai mana? Takkan sampai masuk kubur kot! Kau dah 'high' dah pun ni. Jom ikut aku balik sekarang atau ... kalau kau degil juga ... aku call jea papa kau nanti! Biar papa kau heret kau balik. Biar kau malu nanti," ugut Eiman.

Tengku Razlan memandang Eiman seketika sebelum dia bangun dalam keadaan yang terhoyong-hayang. Wajah Eiman dipandangnya tepat. Kepalanya sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Iyalah. Macam mana kepalanya nak tegak elok-elok bila kepalanya ini rasa pening semacam!

" Iyalah ... bisinglah kau ni. Nasib baiklah kau ni kawan aku tau. Kalau tak ... kau tahulah nasib kau," kata Tengku Razlan sambil terhoyong-hayang. Eiman menggeleng-gelengkan kepalanya lagi. Pantas dia memapah sahabat baiknya itu dari situ.

Sebaik memasukki kereta, Eiman menghelakan nafasnya panjang dan perlahan. Fikirannya mula berfikir dengan ligatnya ke mana hendak dihantarnya sahabat baiknya ini. Kalau dia hantar Tengku Razlan ke kondo lelaki itu ... mmm ... lecehlah ... sebab dia perlu berpatah ke belakang semula untuk pulang ke rumahnya. Dia sebenarnya dah tak larat nak drive dah sebenarnya sebab dia sendiri dah rasa mengantuk sangat ni. Takut terlelap dan lepas tu terbabas langgar pembahagi jalan ke! Hissh ... nauzubillah!

Kalau dia bawa balik Tengku Razlan yang di dalam keadaan macam tu ke rumahnya, memang mampus dia kena leter dengan uminya. Iyalah. Diakan masih duduk serumah dengan keluarganya. Silap-silap haribulan nanti umi dan walidnya fikir dia pun minum benda tu juga! Eiishh ... walaupun dia kerap juga ke kelab-kelab malam namun minuman yang satu itu tidak pernah dia sentuh.

Kalau hantar hotel pula ... mmm ... mesti ada jea yang kenal muka sahabatnya ini. Dia berani bertaruhlah. Tak sampai sejam gerenti viral dah ruang siber dengan gambar dan cerita yang sahabat baiknya itu mabuk tahap petaka alam! Kasihanlah pula nanti pada Auntie Salma dan Uncle Azmi. Imej kawan baiknya ini juga akan rosak. Lama dia berfikir sebelum akhirnya dia membuat keputusan yang pasti sahabatnya akan menjerit di telefon esok harinya.

" Bro ... ni ... aku hantar kau balik rumah orang tua kau ye. Senang sikit. Satu hala jea dengan rumah keluarga aku. Kondo kau tu jauhlah. Aku tak laratlah. Aku dah sangat ngantuk ni."

Tengku Razlan hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tak tahulah apa yang dianggukkan oleh sahabat baiknya itu, tetapi Eiman menganggap saja anggukkan itu sebagai tanda setuju lelaki itu dengan cadangannya tadi. Nasib kaulah bro ... kalau esok mama kau bersyarah panjang dengan kau. Terus Eiman memandu keluar keretanya dari kawasan parkir ke arah rumah orang tua Tengku Razlan.

Jam di dinding bilik tetamu itu menunjukkan pukul dua belas setengah malam. Zara baru saja hendak menutup suis lampu yang terletak di sebelah tingkap di bilik tetamu itu, apabila dia ternampak sebuah kereta dipandu masuk ke kawasan vila majikannya. Kemudian dia nampak seorang lelaki terkial-kial memapah seorang lelaki lain. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Dia yakin sangat yang dipapah itu adalah anak majikannya. Dia segera ke ruang tamu dan membuka pintu utama vila itu. Matanya dan mata lelaki yang memapah anak majikannya itu berpandangan seketika.

" Eh! Awak yang langgar saya hari tu kan? Ni ... Tengku Razlan ni kenapa pulak ni?" tanya Zara sebaik dia melihat lelaki yang sedang memapah anak majikannya itu di muka pintu utama villa itu. Lelaki itu memandang ke arah Zara dan tersenyum sedikit.

" Ya ... saya. Ergh ... saya ... Eiman. Maafkan saya sebab menganggu Cik Zara malam-malam ni. Razlan mabuk sangat ni! So ... itu yang saya hantar dia balik ni."

" Eerggh ... masuklah. Boleh terus bawa dia masuk ke dalam bilik dia tak? Saya dengan orang mabuk ni ... saya seram sungguh sebab otak orang mabuk ni selalunya tak dapat berfungsi dengan sewajarnya!" kata Zara tanpa bertapis.

" Takpe ... saya faham," balas Eiman sambil terus memapah Tengku Razlan naik ke tingkat atas. Zara mengekori sahaja dari belakang. Sebaik tiba di hadapan pintu bilik lelaki itu, Zara membukanya dengan perlahan takut mengejutkan majikannya yang baru saja masuk tidur.

" Eh! Awak nak pergi mana pula tu? Tunggu saya sekejap," kata Zara bila dilihatnya Eiman hendak beredar dari situ.

" Hah! Kenapa ?"

" Temankan saya kejaplah. Saya nak tanggalkan kasut dan stokin dia ni dulu. Air-cond pun saya belum buka. Boleh tolong tak onkan air cond? Saya takut tau dengan kawan awak ni. Bukannya boleh percaya sangat kawan awak ni. Ikutkan hati saya, biar dia tidur macam tu aje. Tapi ... saya kesian pulak tengok dia tidur dengan kasut-kasut sekali ni."

" Mmm ... saya faham," jawab Eiman sambil terus membantu Zara membukakan air cond. Selepas itu dia memerhatikan Zara menanggal kasut dan stokin sahabatnya. Kemudian dia melihat Zara meletakkan belakang telapak tangannya di dahi sahabatnya sebelum meletakkan belakang telapak tangannya di leher sahabatnya. Penyayang juga gadis ni, komen Eiman di dalam hatinya.

" Teruk betul kawan awak ni. Berapa banyak kawan awak ni minum?" tanya Zara.

" Dua botol besar rasanya. Tapi ... kenapa?," tanya Eiman pelik.

" Saja jea saya tanya. Manalah tahu ... kalau-kalau kawan awak ni tiba-tiba jea ' 'terhangover' nanti. Takdelah saya terkejut ke ... panik ke."

" Oh ... tapi ' hang over ' tu apa? Saya tak faham."

" Hang over tu maksudnya perasaan sakit pada waktu bangun pagi nanti sebab pada malam sebelumnya telah minum banyak sangat air kencing setan tu! Orang selalu pandang mudah jea sebab menurut pandangan umum ... muntah, sakit kepala ke atau loya tu biasalah sebab dah minum banyak sangat semalamnya. Tapi ... benda tu sebenarnya boleh bawa mati tau. Terutama sekali bila ia datang dengan simptom mengeletar, rasa sesak nafas dan lain-lain lagilah.

Mmm ... cakap pasal mati ni pula ... ustaz saya dulu cakap ... kalau sesiapa mati waktu mabuk, nanti kat akhirat nanti orang itu akan diberi minum air nanah ahli neraka. Rasa-rasanyalah ... do you dare to drink that 'air nanah' Encik Eiman? Ni ... Encik Eiman ni minum juga ke?" tanya Zara selamba sambil keningnya diangkatkan sedikit.

" Erghh ... saya tak minum 'benda' tu. Saya pergi ke situ sekadar nak merehatkan fikiran saya jea," terang Eiman.

Seram-sejuklah pula dia mendengarkan kata-kata gadis itu tentang mati dan balasan akhirat! Sudahlah hari semakin larut malam dan dia pula terpaksa memandu seorang-seorang. Peluh renek mulai membasahi tengkuk dan dahinya.

" Baguslah kalau betul awak tak minum benda tu. Tapi ... kalau awak betul-betul nak rehatkan otak awak ... nak relax ... rajin-rajinlah dengar ayat-ayat Quran. Sel-sel otak akan tumbuh dengan lebih baik lagi bila selalu diperdengarkan bacaan ayat-ayat Quran. Fikiran kita bukan sekadar jadi tenang tapi juga lebih tajam lagi.

Tapi .. kalau Encik Eiman minum ' benda ' tu ... sebenarnya Encik Eiman rugilah sebab Encik Eiman dengan sengaja telah merosakkan dan membunuh sel-sel otak dan saraf Encik Eiman secara perlahan-lahan. Sooner or later ... Encik Eiman akan dapat macam-macam penyakit. Kalau tak percaya, boleh check kat internet"," ujar Zara dengan panjang lebar sebelum melemparkan segaris senyuman manis untuk lelaki di hadapannya.

Eiman menarik nafas panjang sebelum membalas senyuman gadis itu. Memang pedih telinga sebenarnya mendengarkan kata-kata gadis itu. Tetapi, apa yang dikatakan oleh gadis itu ada benarnya juga. Dia faham ... gadis itu berniat baik sebenarnya. Bukannya hendak memalukan ataupun hendak merendah-rendahkannya.

" Mmm ... insyaallah saya akan cuba ikut nasihat Cik Zara. Saya minta diri dulu. Terima kasih atas nasihat tu," kata Eiman.

" Insyaallah. Saya doakan semoga usaha baik Encik Eiman akan dipermudahkanNYA. Mmm ... jangan kecil hati yea dengan kata-kata saya tadi. Drive carefully," pesan Zara.

" Tak. Saya tak kecil hati. Saya faham niat baik Cik Zara. Assalamualaikum."

" Waalaikumsalam," balas Zara sambil tersenyum lagi. Begitu juga dengan Eiman. Sebaik saja kereta yanng dipandu oleh Eiman hilang daripada pandangannya, Zara terus menutup pintu utama vila itu. Serentak dengan itu, dia terdengar pintu bilik tingkat atas dibuka seseorang. Dia segera mengalihkan pandangannya ke tingkat atas.

" Siapa yang datang tu Zara," tanya majikannya dari tingkat atas.

" Eiman ... kawan anak Puan Sri. Dia hantar anak Puan Sri balik," jawab Zara dari bawah.

" Eiman? Mmm ... ini mesti kes anak saya tu mabuk yea Zara?" tanya Puan Sri Salma dengan nada kecewa.

Zara tidak sampai hati hendak menjawab. Sebaliknya dia hanya menganggukkan kepalanya saja. Dia dapat melihat wajah majikannya yang kecewa dengan sikap anak tunggalnya itu.

Prang! Tiba-tiba terdengar bunyi kaca pecah diikuti dengan bunyi orang muntah. Hmmm ... siapa lagi yang muntah kalau bukan anak majikannya yang sengal tu! Zara memerhatikan saja majikannya masuk ke dalam bilik tidur anak tunggalnya sebelum Zara juga bergegas naik ke atas setelah dipanggil Puan Sri Salma.


Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma