Home Novel Cinta Ops! Dia Buah Hatiku
Bab 21 (P2)

Bab 21 Part 2

Thia mula tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia memalingkan tubuhnya dan… dia mahu pengsan! Air mukanya langsung berubah, pucat tidak berdarah. Dia bakal didenda kerana Raihan!Malapetaka apakah yang jatuh menghempapnya kini?

Apabila Thia sudah menoleh, Raihan juga terkejut melihat wajah Thia di hadapannya. Matanya terkaku hanya pada Thia saja. Mata mereka bersabung. Semua yang ada di situ berasa pelik dengan situasi yang sedang berlaku. Ada jejak kasihkah di sini?

“Hello…” pelajar bermata sepet itu menegur sambil melambaikan tangannya di hadapan muka Raihan. “Can we move forward?” sambung pelajar bermata sepet itu berbaur sindiran. Barangkali bengang dikenakan denda disebabkan kelewatan Raihan.

Mereka bergerak menuju ke hadapan bersama-sama.

Thia mendongkol geram. Sudahlah dia bengang dengan kewujudan Raihan yang tiba-tiba muncul. Alih-alih dia turut dikenakan denda disebabkan Raihan juga. 

Oh! Unbelievable! You are such a trouble maker. Well done, dude. Well done! Should I shake your hand?’ bentak Thia di dalam hati. 

Tanpa sedar dia menghentak kakinya sambil berjalan kerana menahan geram yang melampaui akal fikirannya yang waras.

Raihan tergelak kecil melihat reaksi Thia namun Thia yang mendengar ketawa sinis Raihan berasa meluap-luap. Dia menjeling ke arah Raihan yang tersipu-sipu menahan ketawa.

“Awak, saya nak cakap sikit dengan lelaki di sebelah awak tu. Boleh awak ke belakang sikit, sekejap saja?” Thia minta izin dengan sopan kepada pelajar perempuan yang berdiri di sebelah Raihan. 

Pelajar perempuan itu mengangguk seraya berundur setapak memberi ruang kepada Thia.

“Apa masalah kau dengan aku? Kenapa kau tersengih-sengih daripada tadi? Kau gelakkan aku, ya?” soal Thia bertubi-tubi. Dia mencekak pinggang mengadap Raihan.

“Perasan. Aku tak ada masa nak fikir pasal kaulah,” balas Raihan bersahaja. Matanya tidak menoleh Thia yang sedang menyinga. Bimbang jika terpandangkan muka Thia, ketawanya tidak dapat ditahan lagi.

Thia mengetap bibirnya rapat-rapat. Dia kembali mengadap ke depan, melarikan pandangan dari muka Raihan yang menyakitkan hatinya.

“Pasal kaulah aku ada dekat depan ni. Kau memang selalu bagi malapetaka pada aku. Dari dulu sampai ke hari ni. Dan sekarang, kau nak gelakkan aku pulak? Apa jenis makhluk bernyawa kau ni?”

“Oh, macam tu ke?” suara Raihan seakan mengejek.

Thia semakin panas hati. Dia ingin membalas dengan kata-kata tetapi akal jahatnya mula bertindak lebih agresif. Dia memandang kaki Raihan yang bersarungkan kasut sukan berwarna biru berbelang putih. Dia berdehem dan menjeling ke kiri dan ke kanan. 

Apabila mendapat ‘lampuhijau’ daripada orang ramai, dia mulakan langkah. Perlahan-lahan dia mengesot mendekati Raihan. Sepantas kilat kakinya memijak kaki Raihan sekuat-kuat hati.

“Auw!” Raihan terjerit kecil. Dia terbongkok menahan sakit.

Thia lantas menjauhkan dirinya sedikit. Dia puas melihat Raihan yang mengongoi kesakitan.

Any problem?” Tiba-tiba Encik Mokhtar muncul dan bertanya.

“Tak ada apa-apa pun, sir. Rasanya dia sakit perut sikit. Cirit-birit… maybe,” Thia menjawab bagi pihak Raihan. Dia simpan ketawa di dada.

“Teruk sangat ke? Nak ke tandas?”

Raihan menggeleng. Mukanya merah menahan sakit. “Tak apa, sir. Sikit saja sakitnya.” Namun muka macam nak tercabut nyawa!

Are you sure?” soal Encik Mokhtar prihatin.

Raihan melemparkan senyuman. “Betul, sir. I’m okay,” jawab Raihan lebih yakin.

If you say so, kita teruskan dengan denda. Saya nak kamu semua bangun esok pagi sebelum pukul 6.00 dan cari buluh untuk dibuat rakit. Tak susah pun. Ikut kreativiti masing-masing. Kalau saya berpuas hati, saya akan bagi kamu hadiah lumayan. Anggap ini bukan denda tapi cabaran istimewa,” terang Encik Mokhtar sambil tersenyum manis.

Melongo Thia mendengar cabarannya. 

‘Dah apa pasal pulak Encik Mokhtar ni suruh bangun pukul 6.00 pagi cari buluh? Orang masa tu elok buat qiamullail, dia suruh pergi cari buluh. Huh! Dia game kumpulan aku lah ni,’ omel Thia. Dia mula seram sejuk. Tidak suka dengan denda seperti itu.

“Setuju tak?” soal Encik Mokhtar dengan kening yang sengaja dijongketkan. Mereka yang ada sekadar mengangguk lesu. Siapalah yang berani nak kata TIDAK!

Okay, all of you may enter your group now with others,” arah Encik Mokhtar. Lalu mereka semua pelajar melangkah untuk menyertai kumpulan lain yang sedang leka melakar logo dan membuat origami sebagai trademark kumpulan masing-masing.

Melalui pemerhatian Thia, lelaki bermata sepet dalam kumpulannya itu adalah kacukan Melayu dan Filipina... paling tidak pun, Myanmar? Mark Pheonin Al-Bukhari, itulah nama sebenar lelaki itu. Hampir terbelit lidahnya untuk menyebut. 

Orangnya rendah, berkulit sawo matang dan memiliki tubuh badan yang kecil. Sekali pandang persis budak sekolah rendah. Mungkin disebabkan ketinggiannya.

Selain itu, Thia juga berkenalan dengan tiga lagi pelajar perempuan yang bernama, Nabila, Syifa dan Lala. Thia menarik nafas lega kerana semua ahli kumpulannya boleh diharap! Selamat dia dunia akhirat…

Raihan perasan wajah Thia langsung tidak senyum. Barangkali tidak selesa dengan kehadirannya yang sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman gadis itu.

‘Ah! Aku peduli apa. Kau selesa ke… tak selesa ke, itu kau punya pasal! Ikutkan hati, aku lagi tak selesa tengok muka kau yang tak jauh beza dengan tikus mondok yang selalu ajak main cak-cak dekat celah dapur rumah aku tu,’ rungut Raihan dalam hati.

Thia melihat Raihan dan Mark Pheonin bersungguh-sungguh melakar logo untuk kumpulan mereka. Syifa, Nabila dan Lala pula sibuk mewarnakan logo tersebut. Dia… hanya duduk dan menggoyangkan kaki.

Bukan tak nak membantu, tetapi dia merasakan kakitangan semua sudah cukup. Lagipun dia bertanggungjawab memberi idea untuk nama kumpulan mereka, iaitu Buluh Betung Si Pari-pari. Ajaibnya, mereka semua setuju dengan idea pelik daripadanya.

“Thia, you boleh tak bagi idea untuk trademark kumpulan kita?” Mark Pheonin minta buah fikiran daripada Thia yang cerdik.

Thia tersedar dari lamunan apabila telinganya menelan suara Mark Pheonin yang serak-serak basah. “Trademark? Err… sorry Mak Pening, aku tak pakar pulak dalam usul trademark ni. Karang aku bagi yang merepek, you alljuga yang malu. 

Setakat nama kumpulan tu bolehlah,” sangkal Thia. Dia sememangnya tidak kreatif dalam hal-hal sebegitu. Kalau bergaduh, pandailah!

Mark Pheonin bengang apabila mendengar Thia memanggilnya Mak Pening tadi. Namun dia mendiamkan saja. Tidak mahu bertengkar walaupun dia rasa mahu hantuk-hantuk saja kepala Thia.

“Huh! Benda senang macam tu pun tak reti nak fikir. Dasar budak pasif,” Raihan berkata seakan berbisik namun masih jelas di pendengaran Thia.

“Kau… kau cakap aku apa tadi?” Thia sudah naik angin. Badannya menggigil mengawal api kemarahan yang bergumpal di dadanya.

Raihan tersenyum sinis. Nabila pula sudah memegang lembut bahu Thia. Dia bimbang Thia akan mengamuk pada bila-bila masa saja.

“Kau kata aku budak pasif? Kalau aku budak pasif, kau tu apa? Budak hiperaktif? Terencat? Kau dengar sini ya, Raihan. There’s one reason why you’re sitting here today, and that’s luck. I hate you when I first saw you. Dan kau dengan kawan kasanova kau tu sama aje. Menyusahkan hidup orang!” kasar Thia berkata.

Mark Pheonin, Syifa, Lala dan Nabila hanya diam, tidak masuk campur. Namun mereka tahu, Thia dan Raihan adalah musuh tujuh keturunan.

“Kasanova konon. Padahal kau yang jerat dia, buat dia gila bayang pada kau, senang-senang kau nak panggil dia kasanova, kan? Aku memang tak fahamlah apa yang dia pandang sangat pada kau ni. Nak kata cantik, sikit pun tak. Cantik lagi budak cina jual sayur depan rumah aku tu. Kau ni hanya perasan lawa!” Raihan menjeling Thia sinis buat seketika. Bangga dapat mengejek Thia di depan pelajar-pelajar yang lain.

“Sabar, nanti kena denda lagi,” Syifa pula cuba meredakan kemarahan Thia dengan mengancam lembut.

“Satu lagi, kau bernasib baik sebab ada dia orang ni semua. Kalau tak… hidung kau tu, tak terletak dah dekat muka kau.” Berang sungguh Thia pada waktu itu. Jari telunjuknya menunjuk-nunjuk ke hidung Raihan.

“Hmm… macam ni lah. Kalau kau memang tak suka pada aku, kau tak payah nak bercakap dengan aku. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Okey? Now, please give some cooperation to our group.Buat masa sekarang, kau jangan ikut perasaan, ya?” Nada suara Raihan yang pada mulanya sinis, bertukar menjadi kendur akhirnya. 

Dia tidak mahu hanya kerana perkara remeh-temeh antara dia dan Thia, ahli kumpulannya yang lain turut terkena tempiasnya. Sudahlah disebabkan kelewatannya, semua ahli kumpulannya turut kena denda. Dia tidak mahu jika dia bertarik rambut dengan Thia, sekali lagi mereka dikenakan denda.

Thia terkunci. Mukanya terus berubah. Kata-kata Raihan tadi menjentik perasaannya. Dipandang sekali lalu wajah Raihan. Sejurus itu, dia menjadi lebih serius dan mula bekerjasama dengan baik. Dia menganggap Raihan seolah-olah tidak wujud di situ.

Raihan memandang Thia sekilas yang leka membuat origami. Dia rasa sebal melihat wajah itu. Kenapa wajah tenang itu begitu membencinya? Apa salah dia?

Raihan benar-benar tidak puas hati. Thia seolah-olah mahu bermusuh dengannya. Pernahkah dia buat jahat pada Thia selama ini? Tidak semena-mena, Thia membencinya dengan begitu ligat sekali. Ada sesuatu yang dia tidak ketahui rahsianya, kah? 

Bukan dia mengharapkan Thia menghulurkan persahabatan tetapi dia tidak mahu bergaduh dengan Thia. Dia bukan jenis lelaki yang suka cari gaduh apatah lagi dengan perempuan namun dia hanya mampu memendam perasaan.

***

Previous: Bab 21 (P1)
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanani Bahadin