Home Novel Cinta Ops! Dia Buah Hatiku
Bab 12

Bab 12


YAYA terpempan melihat Raihan dari jauh sedang makan seorang diri di kafe kampus. Dia membuka cermin mata hitam yang terletak di atas hidungnya sekejap. Dia mengerdip matanya berkali-kali.

Sah! Itu memang Raihan. Tanpa berlengah, dia terus menggerakkan langkah kakinya ke arah Raihan yang sedang berselera menjamu makanan.

“Sampai hati you buat I macam ni?” Tiba-tiba Yaya marah Raihan. Dia memeluk tubuh. Reaksinya jelas menunjukkan dia sedang merajuk.

Raihan mendongak sedikit. Dia tidak jadi menyuap nasi ke dalam mulut tatkala Yaya berdiri hampir dengannya. Dia meletakkan sudu di atas pinggan makan. Dia menyandarkan tubuh sambil mengelap mulutnya dengan tisu. Tulang pipinya jelas kelihatan. Menyirap darahnya saat matanya melihat muka Yaya yang tidak sedap dipandang.

“Apa masalahnya?” Raihan bersuara malas tanpa memandang wajah Yaya. Dia benar-benar tiada semangat mahu bertelagah. Seleranya juga sudah hilang.

“Apa masalah I? Hei, kenapa you tak beritahu pada I yang you study dekat sini?” Yaya meninggikan sedikit suaranya. Matanya tidak lepas memandang Raihan biarpun lelaki itu sepicing pun tidak menolehnya.

Raihan tergelak kecil. “Kenapa I perlu beritahu you? You siapa? Bini I?” Dia menjawab bagai mempersendakan Yaya. Dia sungguh muak mendengar suara Yaya yang masih hendak bersuara manja walaupun sedang marah. Mungkin bagi lelaki lain akan suka mendengarnya merengek namun bagi dia, rasa macam nak menangis pula.

Yaya membungkam. Dia bagaikan hilang idea untuk bertekak lagi dengan Raihan. Lelaki itu memang kurang ajar! Langsung tegar hendak melayaninya dengan baik.

You sengaja nak mengelak dari I, kan?” tuduh Yaya. Dia tahu Raihan tidak pernah menaruh hati padanya seperti mana dia menaruh hati pada lelaki itu. Ah! Itu langsung tidak mematikan semangatnya untuk terus menggoda dan menakluki hati Raihan.

Lelaki itu tidak menjawab. Dia dengan selamba mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya dan menekan itu dan ini. Sengaja menambah cili ke muka Yaya yang sememangnya sudah kemerah-merahan meneran rasa geram namun dia sedikit pun tidak goyah. Main game candy crush lah, bisik hatinya.

You!Argh! Kenapa you layan I macam ni? You tengoklah… I mengadu pada papa I. Biar papa I mengadu pada papa dengan mama you,” Yaya mengugut. Dia geram dengan sikap Raihan yang langsung tidak peduli dengannya. Tersembur lagi gelak tawa Raihan.

“Ada I kisah? Pergilah nak mengadu pada sesiapa pun. Nak mengadu pada lecturer ke, pada pegawai Hal Ehwal Pelajar ke, I tak halang. You nak ajak I teman sekalipun, it doesn’t bother me at all. It’s my pleasure,” Raihan mencebik marah tanpa mendongak ke arah Yaya yang sedang membengkak.

Yaya segera mengucap panjang. Eh, reti pula dia mengucap? Ikutkan hati nak dia sumbat mulut lancang Raihan dengan stoking kakinya. Dia tidak mampu hendak membalas kata-kata pedas Raihan. Bimbang manik jernih yang bergenang di tubir matanya jatuh bercucuran. Pasti Raihan bangga melihat dia menangis. Tidak sesekali dia benarkan hal itu berlaku. Sepintas lalu, dia mendapat idea untuk memalukan Raihan.

Tangannya mengambil gelas berisi milo ais di atas meja. Dia menggenggam erat sebelum mencurah tenang dan perlahan pada tubuh Raihan. Serta-merta baju Raihan basah kuyup sebaik sahaja dia menuang air milo yang baru diteguk sedikit itu.

Semua mata memandang ke arah mereka. Adegan yang sedang berlaku benar-benar mengundang rasa teruja kepada semua orang. Ada yang menjerit dan ada yang gelak sakan. Yaya terus angkat kaki keluar dari kafedengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.


TANGANNYA mencapai lagi gelas kaca lalu dilempar kasar ke dinding dapur dengan hati yang meluap-luap. Geram dan marah bergumpal dalam pembuluh darahnya apabila teringat kata-kata Raihan yang beracun. Tidak sangka begitu sekali layanan Raihan yang semakin kurang ajar tanpa memikirkan hati dan perasaannya.

“Ya… sudahlah tu. Calm down. Bawa mengucap banyak-banyak,” pujuk Wani perlahan. Pertama kali dia mengajar Yaya mengucap ialah pada hari ini. 

Dia mengusap bahu Yaya dan menarik lembut tubuh teman serumahnya itu ke kerusi namun Yaya laju saja merentap tangannya dengan kasar. Dia masih belum puas melepaskan marahnya. Tidak cukup dengan gelas, dia mengambil pinggan pula sebagai mangsa seterusnya. Bersepai di atas lantai.

Wani gerun melihat keadaan Yaya yang bagaikan sudah dirasuk hantu. Menjerit dan membaling apa saja yang dekat dengannya. Melihat Yaya yang semakin meracau, Wani menjauhkan diri sedikit. Takut pula dia yang menjadi mangsa balingan pinggan yang dicampak rambang.

“Dia memang jantan tak guna! Kurang ajar!” Yaya menjerit lagi. Dia mengambil pula kuali dan periuk nasi yang kosong lalu dilemparkan ke lantai. Bingit telinga Wani mendengar dentingan periuk berlaga di atas lantai.

Kemudian dia lihat, Yaya memandang kaku pula ke arah peti ais namun dia cepat-cepat berdiri di depan pintu peti ais itu. Menghalang. Tidak akan dibiarkan Yaya merosakkan peti ais berjenama Panasonic itu. Mahal! 

Lama temannya menggila sehinggalah tiba-tiba Yaya terduduk lesu. Air matanya mengalir perlahan. Dia sedih kerana Raihan tidak pernah melayannya dengan baik.

Tatkala mendengar esakan Yaya, Wani segera duduk di sebelahnya.

“Ya… bertenang, okey? Take a deep breath. Risau I tengok you macam ni. Dah macam orang gila… kena sampuk. Jangan terlalu ikutkan hati. You yang akan terseksa,” pujuk Wani lagi. Dia bangun dan mengambil air masak di atas meja dan diberi minum kepada Yaya.

Drink this. Biar marah you tu reda. Bila you bertenang, baru boleh berfikir dengan waras,” ujar Wani lalu menghulurkan segelas air masak kepada sahabatnya.

Yaya lega sedikit selepas tekaknya dibasahkan. Dia menarik nafas seketika. “Dari dulu lagi I memang sukakan Raihan. Ibanyak beralah dengan dia. Teruk sangat ke I ni, Wani?” Yaya tidak dapat meneruskan kata-kata apabila sebak di dada semakin kuat mencengkam. Dia tertunduk dan menangis lagi.

“Ssshhh… sabar, Ya. Ifaham keadaan yousekarang. As a friend, I want you to listen to me. You tak bersaing dengan sesiapa kan, untuk dapatkan Raihan? Jadi, Raihan is yours from now on. You must do something. Do something to get him,” Wani memasukkan kembali semangat ke dalam jiwa Yaya. Prihatin dengan keghairahan Yaya untuk mendapatkan Raihan.

Buat seketika, Yaya memanggung kepalanya. Matanya mengecil seakan berfikir. Ayat terakhir Wani memberi sedikit dorongan kepada dirinya untuk berusaha memiliki Raihan.

Yes. You’re right. I must do something. No matter what happened, Raihan takkan I lepas sampai bila-bila.”Nekad sungguh Yaya demi mendapatkan Raihan.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanani Bahadin