Bab 18
KERETANYA diberhentikan di hadapan
rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah. Sebaik saja enjin keretanya
dimatikan, Raihan segera keluar dari perut kereta. Matanya liar memandang
sekeliling.
Dia melihat ada seorang pembantu rumah sedang mengemas dan menanam
pokok bunga di halaman rumahnya dan ada seorang lagi sedang memotong rumput.
Peluh sudah membasahi tubuh dua orang tua yang sedang bekerja.
Puan Kamelia hanya
mengupah orang untuk membersihkan kawasan luar rumah dan mamanya sendiri yang
menguruskan segala hal di dalam rumah seperti memasak, mengemas rumah, dan segala
aktiviti di dalam rumah tanpa memerlukan khidmat daripada orang gaji.
Bukan mamanya tidak
pernah mengupah orang gaji atau tukang masak tetapi sejak tukang masak di
rumahnya dulu cuba membuat dajal kepada keluarganya dengan mencuri wang
simpanan kedua ibu bapanya apabila mereka tiada di rumah, mereka jadi serik
untuk mengupah orang gaji bagi menguruskan hal di dalam rumah. Biarlah semuanya
diurus oleh kedua-dua orang tuanya.
“Assalamualaikum, Encik
Raihan,” sapa pembantu rumahnya penuh hormat.
“Waalaikumussalam, Pak Cik
Mud. Mama dengan papa ada di rumah?” tanya Raihan mesra. Dia menanggalkan
cermin mata hitamnya dan disangkut pada leher baju.
“Puan Kamelia ada. Dia
baru saja balik dari butik. Tuan Razak seperti biasalah, dia di klinik. Ada apa
ya, Encik Raihan?” soal Pak Cik Mud kembali. Raihan menggeleng saja.
“Tak ada apa. Kalau macam
tu saya masuk dalam dulu. Pak cik buatlah kerja balik,” ujar Raihan terus
berlalu. Pak Cik Mud menganggukkan kepala dan meneruskan kembali kerjanya.
Raihan mengucup tangan ibunya
sejurus kepulangannya disapa mesra.
“Lambat sampai? Raihan
tak ada kelas esok? Penat drive sorang-sorang? Why don’t you ask
Hafiz to come? At least, you got a company,” bertalu-talu
soalan daripada Puan Kamelia belum sempat pun Raihan melepaskan nafas penat
lelah yang memandu jauh dari pagi hingga ke petang terus ke rumahnya di
Damansara Heights. Letihnya mengalahkan kontraktor Nepal yang baru siapkan satu
buah rumah.
Melihat Raihan tidak
menjawab, Puan Kamelia mengajak anaknya duduk di sofa. Raihan menghela nafas
lega. Sungguh badannya letih memandu terus dari Perlis ke Kuala Lumpur.
Macam hendak
tercabut rasa pinggangnya. Tidak kurang dari itu, jalan pula sesak semasa
pulang tadi kerana ada kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dan
sebuah motosikal.
“Ada accident.
Entah apa hal hari ni jugak dia orang nak accident. Raihan memang tak
ada kelas hari ni. Jadi, Raihan baliklah kejap nak jenguk mama dan papa. Hafiz busy,
he sends off his regards to you. Where’s abang?” Raihan meneguk
rakus air mineral sejuk di atas meja. Dia berasa lega apabila air itu melalui
kerongkongnya.
“Waalaikumussalam. Rizqi
balik malam ni dari Rusia. Dah seminggu dia ke sana,” jawab Puan Kamelia.
Memang jarang anak bujang sulungnya melekat di rumah. Bila jadualnya tidak
padat, barulah anaknya itu bertenggek di rumah.
“Rusia? Jauhnya. Apa hal
abang pergi sana?” soal Raihan seraya mengerutkan dahinya.
“Outstation. Kursus
apa entah katanya. Dia tu kan busy memanjang. Konon workaholic.Err…
mama lupa nak cakap dengan Raihan. Hari tu mama dengan papa pergi merisik
Adreena untuk Rizqi,” kata ibunya. Dia turut meneguk air suam di dalam gelas. Hendak
bercerita panjang kena minum air banyak-banyak.
Raihan tersengih.
Akhirnya terbuka juga hati abangnya untuk membina masjid.
“Ya? Baguslah. Abang tu
dah 31 tahun. Sesuai sangat nak kahwin,” Raihan meneguk lagi air. Dahaga betul tekaknya.
Mungkin dia tersejat kerana memandu kereta lama sangat tadi.
“Tapi dah putus. Tarik
balik merisik tu,” jawab Puan Kamelia sedikit mengejut. Apalagi, tersembur air
dari mulut Raihan sampai Puan Kamelia pun kena tempias. Kadang-kadang Raihan
memang ada perangai suka sembur-sembur orang.
“Hah?? Tarik balik?
Kenapa?” Membuntang mata Raihan merenung Puan Kamelia yang sedang mengelap muka
dengan tisu. Bengang sungguh muka orang tua itu.
“Rizqi cakap, dia dah
suka pada orang lain. Entahlah... tiba-tiba aje. Mama pun tak kenal perempuan
tu. Raihan pun tau kan, mama tak pernah halang semua anak mama nak berkawan
dengan sesiapa. Mama tak adalah nak cakap suka Rizqi tak jadi kahwin dengan
Adreena tapi biarlah dia pilih sendiri calon isteri dia.
Lagipun Rizqi tak
pernah bercinta. Sekali dah bercinta tu, mestilah dia dah sayang sangat pada
perempuan tu. So… mama and papa just follow the way. Karang
dipaksa kahwin, takut jadi drama Melayu pulak nanti,”terang Puan
Kamelia separuh kesal.
Raihan benar-benar tidak
menyangka abangnya sudah jatuh cinta pada perempuan lain. Hebat sangatkah penangan
perempuan itu sampaikan Adreena yang cantik, mempesona lagi terpesona itu pun
dilepaskan? Raihan jadi tertanya-tertanya.
“Habis tu? Adreena macam mana?”
soal Raihan. Gaya suara macam tidak puas hati lagi.
Puan Kamelia melemparkan
pandangan pelik pada anak bongsunya yang bertanya soalan yang boleh
mendatangkan soalan semula.
“Macam mana apa? Macam itulah.
Dah tak ada jodoh. Takkan dia nak meraung pada Rizqi, hantuk kepala kat dinding
macam cerita Hindustan tu? Reena tu kan perempuan elok-elok. Tak mungkin dia
nak mengamuk pada abang Raihan tu.
Kenapa Raihan tanya mama? Nak mama risik
Adreena untuk Raihan pulak ke?” serkap Puan Kamelia sambil tersenyum simpul.
Tergelak besar Raihan mendengar ibunya mengacah.
“Isy! Adreena tu lagi tua
dari Raihan, ma. Tapi kalau mama nak, Raihan tak kisah,” gurau Raihan lincah.
“Jangan nak
mengada-ngada. Janggut pun segan-segan aje nak tumbuh, ada hati nak kahwin. Mama
tak benarkan! Selagi Raihan tak bekerja dan tak boleh berdikari sendiri, mama
tak izinkan Raihan kahwin. Faham tak?” tegas Puan Kamelia pada anaknya. Yalah…
umur Raihan pun masih belum mencecah 20-an.
Sememangnya Raihan jauh
lebih muda daripada Adreena yang berumur 28 tahun. Jarak umur Rizqi dan Raihan
juga amat ketara. Puan Kamelia bukanlah jenis yang mudah hamil. Untuk
mendapatkan Rizqi, Puan Kamelia terpaksa menunggu tiga tahun itu pun setelah
bermacam-macam cara digunakan termasuklah IUI(Intra Uterine Insemination).
Akhirnya setelah tiga tahun berkahwin, Rizqi lahir ke dunia.
“Mama ni percaya aje. Tak
mungkinlah Raihan nak Adreena tu. Tapi Adreena tu sweet, kan? Soft
aje. Tak macam adik dia. Seram! Kenapa Abang Rizqi boleh tak nak? Abang tu ada
masalah angin pasang ke?” desahnya separuh aneh.
Puan Kamelia gelak saja mendengar
komen Raihan yang macam tidak pernah pergi sekolah itu.
“Cantik tu memanglah
cantik tapi cantik aje tak cukup, Raihan. Cantik tu terlalu subjektif. Mungkin
bagi Rizqi perempuan yang dia suka tu lagi cantik. Agaknya Rizqi tak pandang
kecantikan? Mana kita tahu. Bila hati dah suka, hitam legam pun jadi lawa,” selamba
jawapan daripada Puan Kamelia.
Raihan mengiakan
kata-kata mamanya. Tiba-tiba dia makin tidak sabar mahu menatap wajah bakal
kakak iparnya yang berjaya memenangi hati abangnya. Hmm… siapa, ya?
TOK! Tok! Tok! Raihan
mengetuk pintu bilik abangnya. Usai makan malam, Rizqi langsung masuk ke bilik.
Mungkin letih baru balik dari Rusia. Niat di hati tidak mahu mengganggu
abangnya tetapi rasa panasaran di hati tidak boleh ditahan-tahan lagi.
“Come in!” arah Rizqi
dari dalam bilik. Raihan pantas memulas tombol pintu apabila mendengar suara abangnya
menyuruh masuk.
“Sorry for disturbing
you but since you’re not sleep, I think that’s okay for interrupting you.
Just for a while,” Raihan berkata sambil menutup pintu bilik. Dia melihat Rizqi
sedang mengadap komputer riba dengan kertas kerja yang berlambak atas meja.
Walaupun sekarang waktu tidur dan bukan waktu bekerja, abangnya masih lagi
bersengkang mata mengadap kerja tanpa ditangguh-tangguh.
“Feel free on it. I
just need to settle down all my assignments before twelve. Raihan nak apa
cari abang? Nak duit belanjalah tu?” serkap Rizqi bersahaja.
Melirik senyuman Raihan
tatkala abangnya kata begitu. “Tak adalah. Duit banyak lagi. Saja datang nak
lepak dengan abang. Eh, dah malam pun abang masih nak buat kerja lagi? Baru
balik, dah sambung perah otak. Tak penat ke?” tanya Raihan seraya menghenyakkan
punggungnya di atas katil. Pelik sungguh dia melihat abangnya. Tekun bekerja
seolah-olah tidak boleh menunggu hari esok.
“Penat tak penat
jugaklah. Kerja ni takkan habis. Apa salahnya buat sikit-sikit. Nanti kalau
mengantuk, abang tidurlah. Cakap orang, adik pun tak tidur lagi kenapa?” soal Rizqi
pada adiknya.
“Ala… relakslah, bang.
Malam belum tua lagi. Tak jantan tidur awal ni,” balas Raihan selamba. Dia terus
merebahkan badannya di dada katil.
“Hmm… study macam
mana? All went well? Mama said, you’re the best student for the
first and the second semester?” Rizqi bercakap tanpa memandang Raihan.
Raihan tersenyum. Mamanya
memang juruhebah yang bertauliah dalam keluarga. “Alhamdulillah. So far so
good. Have to maintain all the time. Abang pulak macam mana? Dah ada
buah hati?” tanya Raihan. Soalan itu memang tak susah hendak keluar dari
mulutnya.
Rizqi berkerut sambil
memusingkan badannya mengadap Raihan. Dia menanggalkan cermin mata dan diletakkan
di atas meja. Dia berlalu menuju ke atas katil. Tubuhnya sudah terasa
lenguh-lenguh.
“Buah hati? Em… siapalah
nak pada abang ni…” Lesu saja suara Rizqi. Dia turut duduk di atas katil
menyertai adiknya. Entah mengapa, Raihan yang mendengar ayatnya tadi rasa mahu menitik
air mata.
“Tak ada orang nak konon.
Dia yang tak nak pada orang, adalah. Kesian Kak Adreena, abang buat dia macam
tu. Tergores hatinya,” Raihan gelak semasa bercakap. Bukan nak mengejek
tetapi dia mahu mulakan langkah satu per
satu untuk mencungkil rahsia abangnya.
Rizqi menundukkan wajah
memandang Raihan yang sedang baring. Dia ketawa sinis dengan mata masih di muka
Raihan. Pedas ayat adiknya tadi. “Jadi, adik dah tau? Mama cerita? Tak sempat-sempat
mama ni. Bila mama cerita pada adik?” soal Rizqi pula.
“Sebelum abang balik
tadi, kita orang bergosip kejap pasal abang yang jual mahal ni. Bajet macam
diri tu handsome aje nak tolak anak dara orang,” sempat Raihan
mengenakan abangnya.
Rizqi di sebelahnya sudah
ketawa terkekeh-kekeh. “Ala… abang nak buat macam mana. Jodoh kita orang dah
tak ada. Redha sajalah. Adreena boleh dapat lelaki yang lebih baik daripada
abang,” balas Rizqi membela dirinya.
“But she wants no one…
but you. You’re her favorite person and I confirmed about that. How could you
lose her? Humph? Tell me… kenapa
abang tak nak Kak Adreena yang cantik tu?” komen Raihan. Rizqi pula tersenyum
mendengar pujian adiknya pada Adreena.
“Memanglah cantik tapi
kalau hati tak boleh nak sayang, macam mana nak kahwin dengan dia,” mudah
balasan daripada Rizqi. ‘Kau tak faham, dik. Kau tak pernah jatuh cinta. Sekali
kau dah jatuh cinta, baru kau tahu rasanya macam mana,’ hati Rizqi
berkata-kata.
“Mama kata abang ada suka
pada seseorang. Siapa perempuan tu? Hebat sangat ke?” soal Raihan sedikit
mencabar. Dia mendongak memandang Rizqi dari sudut tepi.
“Hmm… jadi inilah sebab
adik datang lepak bilik abang? Nak korek rahsia?” Akhirnya Rizqi perasan motif
sebenar Raihan datang terjah ke bilik bujangnya. Pasti halnya dengan Thia ingin
dicungkil.
“Rahsia yang bukan lagi
rahsia. Raihan dah tau pun. Baik abang cerita ajelah pasal perempuan yang dah
buat ego abang tu kecundang. Siapa perempuan tu?” Raihan yang penat asyik
mendongak lantas bangun dan duduk bersila pula. Rasa macam tak senang saja hendak
bergosip kalau sedang baring.
“Siapa perempuan tu? Hmm…
dialah yang buat abang asyik tak tidur malam,” jawab Rizqi ringkas. Masih lagi
ingin berahsia. Tegang terus kulit muka Raihan mendengar jawapan Rizqi yang tidak
cukup sifat itu.
“Oh, perempuan tu. Ya…
ya. Raihan kenal perempuan tu. Dia yang buat abang makan tak kenyang, mandi tak
basah sampai ketiak abang pun naik masam, kan? Ya, Raihan kenal,” penuh
sarkastik Raihan membalas seraya menganggukkan kepalanya berkali-kali. Sebenarnya
dia bengang dengan jawapan Rizqi yang tergantung.
Rizqi terdiam mendengar
sindiran Raihan. Tidak sangka dalam diam adiknya pandai mengenakan orang. Dia
pula yang sakit hati sekarang.
“Okey, abang malas nak
cerita. Biar adik aje cerita. Abang nak tidur,” ujar Rizqi sambil merebahkan
badannya. Dia sudah berkira-kira untuk tidur.
“I’m just joking… okay? Sorry…
sorry,” tahan Raihan serta-merta. Dia menarik bantal abangnya yang berada
di kepala lalu dicampak ke muka pintu.
Rizqi tengadah. Dia tolak
bahu adiknya. “Itulah tadi nak sangat tunjuk pandai. Hah! Ceritalah
sorang-sorang,” balas Rizqi. Dia meninggikan suaranya sedikit.
Raihan pula sudah perasan
sesuatu. “Amboi! Abang sekarang dah lain,
kan? Sejak ada si dia… dah pandai nak merajuk. Impressive!” seloroh
Raihan lagi namun Rizqi hanya diam. Malas mahu membalas.
“Okay, sorry.
Now please tell me. I’ll zip my mouth tightly. I swear,” pujuk Raihan
sambil menunjukkan isyarat dia sudah tutup mulutnya rapat-rapat.
Rizqi menjeling seketika
ke arah adiknya. Kalau dia tidak fikirkan Raihan itu adiknya, mahu dia humban
adiknya ke tingkat bawah. Biar senyap terus!
“Apa yang adik nak tahu?”
tanya Rizqi. Dia hanya ingin bercerita apa yang Raihan hendak tahu saja. Malas
mahu bercerita panjang.
“Bila dan macam mana
abang boleh kenal dengan… si dia?” Raihan mulakan pertanyaan. Dia memandang
tepat ke arah abangnya.
Rizqi kelihatan sedang
menyusun ayat. Lantas dia berdehem kecil. “Dia… anak kepada secretary
abang. Kita orang jumpa hampir setahun yang lalu dekat rumah dia. Masa tu secretary
abang buat majlis tahlil. Jadi, masa itulah abang jumpa dia. Tak ada yang
istimewa sangat,” jelas Rizqi.
“Baru lagi? So,
abang dengan dia dah couple?”
Rizqi ketawa. “Abang ni
dah tua nak ber‘couple-couple’ ni. Kahwin aje terus. Lagi bagus, kan?”
“Bila abang nak kahwin?
Raihan tak sabar nak timang anak buah ni,” sakat Raihan. Rizqi hanya menggeleng
seraya tersenyum.
“Dia muda lagi. Sebaya
dengan adik. Lambat lagi nak kahwin. Silap-silap lima tahun lagi,” terang Rizqi
tenang namun Raihan yang menadah telinga terus ternganga besar mendengar
penjelasan abangnya.
“Hah?? Sebaya dengan
Raihan? Biar betul, bang? Abang bercinta dengan budak hingusan ke?” sergah
Raihan sedikit mengejut. Rizqi sekadar menghempas nafas kasar.
“Frankly, I’m very
serious with her but… it’s just me. She’s always messed all my words
like we’re not supposed to have this sort of love-couple relationship. Like the
others. I don’t know… I couldn’t say anything because she still young
and by the way, she never told me about her true feelings. So, how can I
propose her with this kind of situation? Maybe… that’s only matter of
time and complicated things,”terang Rizqi kepada adiknya yang
berkerut.
Amat aneh percintaan
abangnya dirasakan. Apa yang dia dapat simpulkan adalah, hanya abangnya yang
beria-ia dengan perempuan itu. Sebaliknya, perempuan itu langsung tidak serius
dengan abangnya
“Nampak macam dia game
abang aje? Yalah… abang bersungguh-sungguh dah sayang pada dia tapi dia tak
balas. What is that mean? Hmm… nampak tak permainan dia.” Raihan cuba mengajak
Rizqi berfikir namun abangnya hanya diam seolah-olah kata-katanya tidak diambil
peduli. Maka, dia sambung lagi.
“Abang fikirlah. Dia tu
budak mentah lagi. Raihan macam tak percaya yang abang dah jatuh cinta dengan
budak belasan tahun. Oh, come on! Please… you are lawyer!
A very good lawyer. Smart looking good guy and you should grab a lady,
just suit for you. Bukan budak yang baru nak menjengah dunia macam tu,” Raihan
jujur mengupas pendapatnya kepada Rizqi.
Rizqi terdiam. Dia rasa
terpukul dengan kata-kata adiknya yang tidak menghormati calon isterinya.
“Walau siapa pun dia,
adik tak berhak cakap dia macam tu. Adik tak kenal dia. Kalau adik betul-betul
kenal dia, adik tahulah dia bukan macam perempuan lain. Dia sangat berharga
bagi abang. Memang abang mengaku dia sekali pun tak pernah cakap yang dia
sayangkan abang tapi abang anggap itu semua masih terlalu awal untuk dia dan
abang.
Kita orang baru kenal setahun. Did you expect more on her? Tak
mungkin dalam masa tu dia boleh terus sukakan abang. Abang faham. Abang bagi
dia masa untuk sesuaikan diri dengan abang. Adik cubalah faham abang jugak,” sela
Rizqi tegas. Dia menangkis kata-kata adiknya yang kelihatan seperti masih tidak
berpuas hati dengan bicaranya sebentar tadi.
Raihan menarik nafas
seketika. Sememangnya Rizqi benar-benar jatuh cinta tanpa mengambil kira usia
yang menjadi jurang besar antara mereka.
“Sorrykalau
Raihan terkutuk buah hati abang tu. Raihan bukan apa, Raihan tak nak abang kena
main aje dengan awek abang tu. Abang bukan tak tahu perangai budak muda
sekarang. Terutama sekali perempuan. Pantang nampak lelaki kaya sikit, mulalah
tajam pisau belit dia orang. Look… money, boys and sales. These are
the girl’s things, okay?” sahut Raihan secara berseloroh namun dia serius
mengatakannya.
Rizqi tersengih mendengar
celoteh adiknya. Namun dia akui, apa yang dikatakan oleh adiknya memang ada
benarnya walaupun tidak semua wanita sebegitu dan dia percaya, Thia bukan gadis
pisau cukur. Thia sekalipun belum pernah meminta apa-apa daripadanya.
“Buah hati abang bukan
yang tiga benda tu…”
“…dan Adreena pun bukan
yang tiga benda tu…” tangkas sekali Raihan memintas kata-kata abangnya.
Gulp! Terkedu seketika Rizqi.
Ah! Adiknya memang pandai memerangkapnya.
“Senang-senang, abang
kahwin dua sajalah. Tak salah, kan?” Rizqi sudah tersenyum nakal. Thia pun tak
hairan lagi dengan aku, ada hati nak beristeri dua, desis hatinya. Sedih juga
mengenangkan Thia masih belum menerimanya sebagai teman lelaki.
“Abang, janganlah gelojoh
sangat sampai nak dua bini sekali gus. Larat ke nanti? Anyway, love-range-defense-systems
should be strong enough. You have that?” lahir Raihan dengan segaris
senyuman di bibir. Rizqi pula sudah tergelak besar. Macam suka saja beristeri
dua.
“Tengok badan, macam
larat. Belum cuba… belum tahu, kan?” Masih nakal jawapannya!
Raihan sudah pamer muka
pelik. “So… lustful?” Keningnya terangkat sebelah.
“Sure I do… yes
in privacy, indeed.” Rizqi tambah lagi gelak. Gamat biliknya dengan gabungan
ketawa yang pecah dari mulutnya dan mulut Raihan. Lelaki kalau berborak, macam
itulah gayanya.
“Eh, abang dah mengantuk
ni. Adik tak reti nak balik bilik ke?” sambung Rifqi, menghalau Raihan pula.
Dia benar-benar sudah mengantuk. Letih sungguh badannya. Sejak balik petang
tadi, badannya langsung tidak mendapat rehat.
Raihan lambat-lambat
mengesot turun dari katil. “Fine… fine. Dah ada buah hati, dah
pandai nak halau-halau orang. Fine…” rajuk Raihan. Dia pun sudah
mengantuk sebenarnya. Saja mahu menyakat Rizqi.
“Sounds like… a
lamb grumbling,” Rizqi sinis berkata-kata. Bantal ditepuk dan dijadikan
alas kepala.
Raihan segera berpaling
walaupun ketika itu dia sudah berada di hujung pintu bilik. “I think in life
you should call yourself that once, remember?” balas Raihan, pedas namun
Rizqi sekadar menjongketkan bahu dan terus berselubung dengan selimutnya. Lupa,
awal-awal lagi dia sudah merajuk dengan Raihan apabila adiknya mengusik tadi.
Raihan yang melihat
menjadi geram, lantas dia mencapai bantal Rizqi yang dicampak ke muka pintu
tadi dan dibaling semula pada abangnya dengan sekuat hati. Dia ketawa mengekek
apabila abangnya menjerit marah macam perempuan.