Home Novel Cinta Gadisku Rabitta
Sinopsis

REMAJA mengorak langkah menjadi dewasa dengan perubahan perasaan ingin lebih disayangi oleh insan bergelar kekasih. Namun dalam berkasih harus bijak membezakan antara kenyataan dan khayalan. Jangan hanyut dibuai perasaan, membuat takdir indah berubah duka.

ILA Nadirah, gadis remaja yang masih tercari-cari arah kehidupan. Seluruh hidupnya banyak menumpang kasih sayang dari keluarga ibunya. Keinginan yang kuat mahu menjengah masuk ke dalam kehidupan berkelas membuatkan dia mengikut keluarga ibu saudaranya berpindah ke bandar.

RENTETAN kisah hati pun bermula. Perkenalan dengan Andrew dan Hakimi membuatkan jiwa mudanya bergoyang. Hatinya lebih tertarik kepada Andrew. Rasanya bicara hati mereka senada. Hakimi pula pada Ila langsung tidak matang, panas baran dan sewel. Tetapi Hakimi sudah jatuh hati padanya... Haru!

PANDANG kanan Hakimi, pandang kiri Andrew. Tetapi orang kata jalan lurus itu lebih baik dari belok kanan kiri. :)

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.