REMAJA mengorak langkah
menjadi dewasa dengan perubahan perasaan ingin lebih disayangi oleh insan
bergelar kekasih. Namun dalam berkasih harus bijak membezakan antara kenyataan
dan khayalan. Jangan hanyut dibuai perasaan, membuat takdir indah berubah duka.
ILA Nadirah, gadis remaja yang masih tercari-cari
arah kehidupan. Seluruh hidupnya banyak menumpang kasih sayang dari keluarga
ibunya. Keinginan yang kuat mahu menjengah masuk ke dalam
kehidupan berkelas membuatkan dia mengikut keluarga ibu saudaranya berpindah ke
bandar.
RENTETAN kisah hati pun bermula.
Perkenalan dengan Andrew dan Hakimi membuatkan jiwa mudanya bergoyang. Hatinya
lebih tertarik kepada Andrew. Rasanya bicara hati mereka senada. Hakimi pula pada
Ila langsung tidak matang, panas baran dan sewel. Tetapi Hakimi sudah jatuh
hati padanya... Haru!
PANDANG kanan Hakimi, pandang kiri Andrew. Tetapi
orang kata jalan lurus itu lebih baik dari belok kanan kiri. :)