Bab
11
SEKALIlagi Hakimi meninggalkan Rudy dan Dion. Alasannya mahu mengambil
minuman. Sebenarnya dia cuba melarikan diri daripada mereka. Sekejap lagi
alasan apa pula yang hendak dibuat. Setakat diketawakan Rudy dan Dion dia tidak
kisah. Tetapi Juliesa? Argh... Juliesa pasti takkan melepaskan dirinya tanpa
kehadiran gadis arnab.
Dengan langkah yang sengaja dilambatkan, Hakimi
mendapatkan Rudy dan Dion semula. Minuman di tanganya dipandang dengan muram.
Dion dan Rudy menggeleng memandang reaksi
Hakimi. Bahu Hakimi disentuh dan dipicit-picit oleh Rudy. Dia cuba hendak
menaikkan semula semangat kawannya itu. Kalau tiada perempuan yang ditunggu,
ramai lagi kenalan lain yang boleh menemani mereka di situ.
Dion yang sudah mengalih pandangan ke tempat
lain seperti terpegun. Dia kelip mata banyak kali. Betul ke mimpi? “Look
like fairies... so sweet,” pujinya sambil melihat kehadiran seorang gadis
manis di tengah-tengah parti itu. ‘Hisy, boleh jatuh cinta ni. Tetapi siapa
gadis itu? Helo, ada yang punya tak?’ tanya Dion di dalam hati.
Hakimi segera berpaling. Yehhh! Lonjak hatinya.
“Gadis arnab...” ucap Hakimi perlahan. Bagaikan tidak percaya budak baru hendak
kering hingus itu boleh buat setiap orang yang memandangnya terpegun. Dia mula
tersenyum lebar. Tanpa mempedulikan Dion dan Rudy, gadis arnab dihampiri.
“Thankssudi jadi puteri saya malam ni,”
ucap Hakimi. Dia menadah tangan dan memberi isyarat supaya Ila memimpin
tangannya. Tidak mahu menyeret gadis itu sesuka hati lagi.
Ila tersenyum sumbing. Tetapi hatinya rasa tidak
selesa. Aksi mereka mencuri perhatian ramai. Terpaksalah dia terus tersenyum.
Bukan senang hendak melakonkan aksi yang dia tidak pernah buat. Nasib baik dia
ada membawa skaf kecil bersama. Disuruhnya Hakimi pegang hujung skaf itu dan
dia pegang hujung satu lagi.
Hakimi kemam bibir dan tersenyum. Gadis itu
memang berbeza.
“Puteri apa? Mana ada puteri jalan kaki ke parti
seorang putera? Awak dah jadikan saya puteri yang malang,” bisik Ila.
Hakimi tersenyum. Gadis arnab ni memang pandai
bergurau. “Tak apa. Nanti balik saya hantar awak dengan kereta kuda,” balas
Hakimi.
“Baiknya hati,” puji Ila. Tetapi sebenarnya
menyindir. Dia rasa Hakimi itu baik hati bersebab. Contoh ketika Hakimi
membelikannya gaun, sebab hendak menjadikannya kekasih palsu. Lelaki itu tidak
ikhlas, setiap perancangannya pasti ada agenda tersembunyi. Memang dia mahu
melihat suasana tempat itu dengan lebih dekat. Sama ke seperti di kaca TV? Setakat ini adalah sedikit persamaan.
“Tak susah pun. Kuda tu ada kat sana.” Hakimi
menunding kereta Ferrari abangnya yang terletak di sudut belakang rumah.
Ila buat muka comel. “Suka betul awak kenakan
saya, kan?” Ingat dia tak tahu ke Ferari tu kereta Cinderella zaman moden,
sebab di bahagian depan kereta itu ada lambang kuda. Eleh benda-benda begitu,
kawan-kawan di sekolahnya dulu selalu menjadikan bahan gurauan sebagai soalan
bodoh untuk mengenakan kawan-kawan yang dungu.
“Taklah. Saya betul-betul nak hantar awak balik
dengan kereta tu,” beritahu Hakimi. Bila masa pula dia hendak mengenakan gadis
arnab tu. Kali ini dia betul-betul mahu berterima kasih dengan penghormatan
itu. Gadis arnab ni kenalah percaya. Teruk sangat ke apa yang sudah dilakukan
petang tadi? Teruklah agaknya sebab teruk juga dia dibebel mamanya tadi.
Menculik anak dara orang, memang boleh dikenakan hukuman.
“Dahlah... jangan nak mula cari pasal,” bisik
Ila.
Hakimi tersengih. “You are so beautiful to
night young lady,” puji Hakimi ala-ala lelaki bangsawan Inggeris bertutur.
Perlahan-lahan dia membawa gadis arnab itu menghampiri Rudy dan Dion.
“Hei, siapa ni?” Rudy tidak sabar hendak
berkenalan.
Ila mengukir senyuman. Malu pula menjadi
perhatian.
“Perangai kau elok sikit. Ni girlfriendaku,”
beritahu Hakimi. Matanya dibesarkan sebagai tanda amaran buat Rudy dan Dion.
Rudy tersengih dengan muka tidak peduli. “Eleh
risau sangat girlfriend kau jatuh cinta kat aku,” sakat Rudy. Dia sempat
mengenyit mata kepada Ila. Sengaja membakar hati Hakimi.
Ila tersenyum lagi. Ada-ada sahaja kawan Hakimi
ini. Segan pula berhadapan dengan mereka. Nampak gayanya, kawan-kawan Hakimi
ini dari jenis yang tidak makan saman dan mungkin juga suka membuli seperti
Hakimi. Habislah dia menjadi bahan senda gurau sekejap lagi. Dia cuba mengawal
perasaan supaya kelihatan tenang dengan usikan itu.
“Dua orang ni kawan saya. Yang ni Dion, yang tu
Rudy,” kata Hakimi lagi.
“Siapa nama awak?” tanya Dion dengan gaya cukup
maco. Rasanya kalau dalam bab mengoda ini, dia jauh lebih hebat berbanding
Hakimi. Namun, gadis yang satu ini pasti tidak berjaya dipikat. Mana ada gadis
yang sudah memilih Hakimi mahu berpaling kepadanya? Mereka pernah bertaruh
untuk hal sebegitu. Nyata dua orang gadis yang dipertaruhkan untuk dipikat dari
genggaman Hakimi tetap memilih Hakimi. Jahatnya mereka kerana mempermainkan
hati gadis-gadis yang menaruh perasaan kepada mereka. Tetapi itu sewaktu
remaja. Sekarang Hakimi tidak begitu lagi. Mungkin insaf setelah dikenakan
Juliesa.
Ila memandang Hakimi. Hakimi memandang Ila
semula.
“Rabbita,” jawab Ila sepontan. Sudah itu nama
yang diberikan Hakimi, itu jugalah nama yang diberitahu.
Hakimi menepuk dahi sendiri, terasa hendak
tergelak pun ada juga. Betullah gadis arnab ini, dari siang tadi tidak
henti-henti hendak berlawak. Apa salahnya kalau beritahu nama sebenar? Dia pun
daripada kelmarin hendak tahu.
“Apa punya peliklah nama awak, tapi menarik.
Macam nama heroin Hindustan pulak,” kata Rudy sambil tersengih.
Hakimi tahan gelak. Banyaklah kau punya heroin
Hindustan. Cuba buang huruf A kat belakang tu, tengok jadi apa? Kekeke... dia
senyum jahat.
“Hai...” sapa Juliesa yang baru sampai.
Tangannya tidak segan-segan memaut bahu Hakimi. Dia memandang muka Dion dan
Rudy silih berganti sebelum terhenti pada Ila di sebelah Hakimi. Sangkanya
Hakimi sendiri tadi. Tidak sangka pula berteman. Dari tepi dia tidak nampak
kehadiran gadis itu di sisi Hakimi.
Hakimi buat muka kurang senang. Cepat-cepat
tangan Juliesa ditolak.
Juliesa memuncung bibir. Buat muka merajuk dan
minta dipujuk. KenapaHakimi buat dia begitu? Sebab gadis itu? Gadis itu siapa? Menyibuk sahaja!
“Kim...” rengek Juliesa. Hakimi dipandang dengan muka kesian pula.
Hakimi buat tidak peduli. Diakan sudah ada girlfriend.
Perasaan gadis arnab perlu juga dijaga, walaupun sebenarnya gadis arnab tu
sikit pun tidak terasa apa-apa. “Juliesa, dahlah jangan nak berdrama lagi.
Rimas tahu tak. Girlfriend I tengok you merengek macam babykat
sini, dia pun jadi tak selesa,” ujar Hakimi sudah berdiri di belakang gadis
arnabnya. Bukan mahu menyorok daripada Juliesa tetapi mahu menjarakkan diri
sedikit.
Mulalah pipi Ila merona merah menahan rasa malu
dan marah. Nampaknya Hakimi ini sengaja hendak ambil kesempatan. Jauh sedikit
dari dia boleh tak? Ini sudah terasa seperti ada penyandar kerusi pula di
belakangnya.
Hakimi merapatkan badanya lebih dekat, sengaja
hendak buat Juliesa sakit hati.
Ila cuba tersenyum bila Juliesa merenung tajam
kepadanya. Dalam hati berdebar juga kalau tiba-tiba tangan Juliesa melayang ke
pipinya.
“Kim!” bentak Juliesa. Dihentak-hentakan kaki
sebelum pergi.
Dion dan Rudy saling berpandangan dan
menjungkitkan bahu. Kalau di kelab, biasanya Juliesa garang berebut Hakimi
dengan gadis lain. Tetapi dengan Rabbita, boleh pula Juliesa blah begitu
sahaja. Pelik sungguh kelakuan anak gadis Tan Sri Amar itu.
“Makan jom?” ajak Dion.
“Kau pergilah dulu.” Hakimi menolak.
“Okey,” kata Rudy.
Setelah ditinggalkan kawan-kawannya, Hakimi cuba
meletakkan dagunya di atas bahu Ila.
Ila pantas menolak dahi Hakimi ke belakang. Dia
mengeliat kegelian. Matanya sempat melirik ke sekeliling. “Awak nak mengatal lagi ke? Saya balik
karang,” marah Ila yang sudah berpusing memandang Hakimi.
Hati
lelaki Hakimi tersentuh dengan renungan itu. Macam mana gadis arnab boleh
cantik sangat malam tu. Dia ada magik ke? Jangan cakap seorang magician
sudah mengubah gadis arnab tu dan sebelum jam 12.00 malam dia perlu balik, atau
menjadi hodoh selepas tu. Eh, tetapi gadis arnab ini tidak hodoh pun.
Sedap mata memandang.
Ila petik jari. “Hoi, tengah rancang
benda tak elok dalam kepala ke Encik Hakimi?” sergah Ila. Dia paling benci
melihat Hakimi dengan muka itu. Bagaikan orang jahat merancang sesuatu. Mereka
bukan di butik Willy lagi, rumahnya pun di belakang rumah Hakimi sahaja. Dia
lari balik nanti baru Hakimi tahu.
Hakimi kedip mata. “Tak… saya nak semua orang
percaya awak kekasih saya,” beritahu Hakimi. Dia bukan hendak mengambil
kesempatan, hanya ingin berlagak mesra sahaja.
“Hmm… yalah tu.” Ila mengambil tempat duduk.
Elok cepat-cepat menjarakkan diri daripada Hakimi.
Hakimi buat benda yang sama. “Awak nak minum?”
tanya Hakimi. Sedar gadis arnab itu kehausan setelah hatinya sedikit terbakar
denganapa yang dilakukan. Alah, dia bukan sengaja hendak menyentuh gadis
arnab tu,cuma sudah terbiasa sahaja. Mungkin dengan gadis arnab, kebiasaan itu
perlu diubah. Atau mereka tidak mungkin berkawan lagi dan gadis arnab tidak
mahu menjadi kekasih palsunya di saat dia memerlukan.
“Boleh juga.” Ila memerhatikan keadaan
sekeliling. Biarlah Hakimi pergi mendapatkannya minuman. Dia mahu melihat cara
orang-orang seperti keluarga Hakimi bersosial. Memang agak membazir dan buang
masa.
Tidaklama kemudian, Hakimi datang dengan dua gelas jus oren. Satu untuk Ila
dan satu lagi untuk dirinya.
“Terima kasih,” ucap Ila. Minuman itu diteguk
sedikit.
“Awak dah makan?” tanya Hakimi.
“Belum,” balas Ila. Sebaik selesai solat isyak
tadi, dia terus meminta Hanim membantunya bersiap.
“Nak makan?” tanya Hakimi. Dia tidak keberatan
melayan gadis itu. Anggaplah dirinya sedang membalas jasa baik gadis itu.
Lagipun dia mahu kelihatan sebagai kekasih romantik malam itu. Andai gadis itu
tidak kisah, mahu juga dia menyuap gadis itu. Biar berdarah hati Juliesa
memandang.
“Sekejap lagi,” tolak Ila walaupun perutnya
memang dah terasa lapar. Matanya menikmati temasya gaya hidup golongan berharta
itu. Pertama kali parti seperti itu dihadiri dalam hidup. Tidaklah seronok
mana. Hanya sekumpulan manusia yang berkumpul dan berbual di setiap sudut
sambil tangan mereka memegang gelas berisi minuman dan menjamu selera. Matanya
terus meliar.
“Kenapa berubah fikiran?” tanya Hakimi. Muka Ila
asyik menarik perhatiannya. Pasti muka itu jugalah yang bakal menghiasi
mimpinya bila lena nanti.
“Kesian tengok awak sedih,” beritahu Ila. Dia
memang tidak sampai hati. Tetapi lebih tepat lagi kerana terikat dengan janji
Hakimi petang tadi. Kalau ikutkan hati belum tentu dia di situ.
“Saya sedih?” Hakimi tergelak. Ada ke dia sedih?
Mana ada. Resah aje tadi.
“Eh, bukan awak ke yang terjerit-jerit kat
balkoni tadi?” sindir Ila.
“Mana ada...” nafi Hakimi. Namun belum sempat
dia menyambung kata-kata, mamanya sudah melambai. “Hmm... awak duduk kejap ya.
Saya nak jumpa kawan.” Hakimi bangun mendapatkan mamanya.
Melihat Ila sendirian, Juliesa menghampiri.
“Hai...” sapa Juliesa. Jangan ingat dia puas hati dengan apa yang Hakimi
katakan tadi. Dia tidak percaya gadis itu kekasih baru Hakimi. Paling-paling
hanya teman berhibur Hakimi.
Ila memandang Juliesa. Timbul rasa cuak di
hatinya. Ai, nak buat apa pulak dia ni datang lagi? Dahinya sedikit berkerut.
‘Janganlah timbul masalah tidak diingini,’ doanya di dalam hati. Dia tidak mahu
aksi perempuan berebut lelaki terjadi di situ. Ini bukan drama TV. Ini kisah
benar antara dua orang gadis.
“I amJuliesa,” perkenal Juliesa sambil
berdiri di hadapan Ila bersama segelas Coke di tangan. Dari tadi diperhatikan
sahaja kemesraan Hakimi dan gadis itu.
Ila menenangkan diri dan tersenyum. Pakaian
Juliesa sempat dilirik. Gaun bertali halus separas peha itu menjadikan Juliesa
cukup seksi. Kulitnya yang putih melepak sangat kena dengan gaun merah cili
itu. Bagaikan model iklan alat solek antarabangsa.
“Rabbita,” beritahu Ila akan nama palsunya. Dia
meramahkan diri dan menghulur tangan. Tetapi disambut dingin. Hmm... dia memang
tidak suka berhadapan dengan orang berlagak seperti itu. Mulalah dia pun hendak
buat perangai yang sama. Siaplah kau!
Juliesa sengaja menunjukkan sikap angkuh.
Matanya belum puas meneliti Ila dari atas ke bawah. Hatinya tertanya-tanya,
anak orang kaya mana pula gadis ini? “Bila youkenal Hakimi?”
“Baru lagi,” jawab Ila ringkas.
“Baru? Takkan baru dah nampak mesra.” Juliesa
tidak percaya. Takkan baru kenal Hakimi boleh jatuh cinta dengan gadis itu?
Sampai bawa datang ke rumah pula. Puan Alia tidak kisah pula? Biasanya Puan
Alia bukan suka anak-anaknya berkawan dengan sebarang perempuan. Apa lagi
sampai mengundang ke rumah mereka. Juliesa rasa cemburu. Patutlah Hakimi tidak
mempedulikannya lagi. Gadis ini puncanya. Juliesa rasa sakit hati.
“Apa kata awak tanya dia sendiri,” kata Ila.
“You love him?” kata Juliesa dengan
angkuh.
Ila hanya tersenyum.
Juliesa merenung Ila dengan tajam. Kalau
diikutkan hati, mahu sahaja dicakar muka gadis itu. Biar hodoh.
“Awak mencintai dia?” ulang Juliesa dalam bahasa
Melayu pula. Fikirnya gadis itu tidak faham bahasa Inggeris. Bila sudah
berkeadaan begitu, dia mula memandang rendah akan gadis itu. Tidak lain, gadis
di hadapannya ini hanya gadis biasa yang menyamar sebagai gadis berkelas atasan
untuk mengoda Hakimi. Dia tahu cita rasa Hakimi. Gadis itu tidak sesuai buat
bekas teman lelakinya itu.
Ila tetap membisu. ‘Lelaki bernama Hakimi itu
tak ada dalam hati akulah perempuan,’ gumam Ila. Cinta apa kebendanya? Perlu ke
dia membohongi Juliesa dan berkata dia mencintai Hakimi? Padah pula nanti. Hmm...
“I tanya,
jawablah!” Desak Juliesa.
“Cik Juliesa, siapa awak nak tahu apa hubungan
kami?” Ila rasa kurang selesa didesak begitu.
“Saya ni bakal tunang Hakimi. Keluarga kami yang
jodohkan kami. Jadi saya tak nak awak mengatal dengan dia,” beritahu Juliesa.
Niatnya tidak mahu gadis itu membuang masa mengejar cinta Hakimi. Lebih baik
gadis itu mengundur diri tanpa perlu berebut dengannya.
Ila tergelak kecil. Lucu dengan sikap tidak tahu
malu Juliesa. Nama sahaja lebih tua daripadanya tetapi berperangai bagaikan
budak-budak berebut mainan. Agaknya kalau digertak, perempuan ini menangis tak?
Akal nakal Ila sudah berada di kepala.
“Siapalah
saya, nak tahan hati daripada jatuh cinta dengan Hakimi kalau dah itu yang
ditakdirkan. Lagipun Hakimi lelaki, boleh kahwin empat. Kalau awak suka dia,
awak kahwinlah dengan dia dulu. Lepas tu, saya kahwin dengan dia pulak,” ujar
Ila selamba.
Juliesa buat muka marah. Jari telunjuknya
ditunding ke muka Ila. “You...”
Ila turut merenung Juliesa. Apa ingat dia takut
ke?
“Youbuat apa ni?” tegur Hakimi. Dia
sempatmelihat aksi tegang itu.
Juliesa dan Ila memandang Hakimi serentak.
Juliesa memaniskan muka. “Inak ajak you
temankan I makan, sayang,” ujarnya manja.
Ila menggeleng melihat sifat mengada Juliesa.
Ingat dia cemburu ke? Nak muntah lagi ada.
“Sorry... I tak boleh teman you. You cari
orang lain,” tolak Hakimi.
“Tapi Inak youtemankan. Please...”
rayu Juliesa tidak mahu dimalukan depan Ila. Tadi dia sudah beritahu gadis itu
mereka bakal bertunang. Takkan bakal tunangnya tidak pandang dia langsung?
Hakimi paling muka.
“Sampai hati you buat I macam ni.” Juliesa
terasa mahu menangis kerana tidak dipedulikan. Dia merenung Ila sebelum berlalu
pergi.
“Tak baik awak buat girlfriend awak macam
tu,” tegur Ila.
Hakimi memandang Ila dengan muka begang. “Dia
ex-girlfriend sayalah!” marah Hakimi, tidak suka dikaitkan dengan
Juliesa. Berapa kali dia harus mengulang bahawa Juliesa dan dirinya sudah putus
hubungan dan mereka tidak mungkin menyambung hubungan itu semula. Setakat
menjadi kawan biasa, bolehlah. Dia rasa bersyukur sangat Juliesa melepaskan
dirinya dahulu. Tidak perlu dia mendengar tuduhan yang dia kejam kerana
meninggalkan Juliesa. Mereka sudah sama-sama rela melepaskan cinta itu, tetapi
dia tidak faham kenapa Juliesa mahu menjilat ludah sendiri. Hisy! Andai terus
difikirkan tentang Juliesa, malamnya akan terus suram.
“Okeylah, dia bukan girlfriend awak lagi.
Dia pun dah lari. Jadi drama ni dah habis. Saya nak balik,” beritahu Ila. Dia
tidak suka dimarah begitu.
Hakimi tarik nafas sebelum menghembus keras. Dia
kena banyak bersabar dengan gadis itu. “Jom makan,” ajak Hakimi cuba menarik
tangan Ila.
Ila mengelak. Sekali lagi Hakimi hendak membuat
perangai. Dia buat muka geram. “Saya tak nak,” beritahu Ila dari celah gigi.
“Saya minta maaf lepaskan geram kat awak,” pinta
Hakimi.
Ila mengangguk dan tersenyum kelat. Hanya itu
modal Hakimi ketika buat salah. Maaf.
“MAAF kuda saya patah
kaki,” pinta Hakimi masih mahu memujuk hati Ila yang terasa dengan sikapnya
tadi. Kereta Ferari pula gagal dibawa keluar kerana deretan kanopi yang
menghalang.
“Ah?” kening Ila terjongket tidak faham.
Terlupa soal kereta kuda yang dibualkan mereka tadi.
“Sayakan patut hantar seorang puteri balik naik
kereta kuda. Tapi kuda saya tersekat,” jelas Hakimi.
“Oh,” baru Ila sedar. “Macam-macamlah awak ni.
Saya masuk dulu. Night,” ujar Ila tidak peduli lagi dengan semua itu.
Pintu pagar kecil dibuka. Dia melambai Hakimi sebelum menuju ke pintu masuk
rumahnya. Yang ada difikirannya ketika itu hanyalah bilik mandi untuk
membersihkan diri dan tempat tidurnya. Pengalaman malam itu mungkin esok sahaja
akan diimbas. Dia keletihan.
Hakimi tersenyum dan membalas lambai itu sebelum
kembali ke rumahnya.
“Hei, belakang rumah aje ke?” tegur Dion yang
sedang duduk di hadapan Peugoet 306 milik Rudy. Kereta itu diletakan di tepi
jalan belakang rumah Hakimi. Mereka sudah hendak pulang. Sebenarnya tanpa
Hakimi sedar mereka memerhatikan langkah Hakimi dan gadis itu dari dalam
kereta. Sebaik ternampak Hakimi berjalan pulang mereka keluar daripada kereta
dan duduk di situ.
“Umm, dekat tak banyak belanja,”
balas Hakimi faham maksud kawannya itu. Ada sahaja modal mereka hendak
mengenakan dirinya.
“Kau pasti itu pilihan kau?” tanya Rudy. Kelakar
pula dirasakan. Begitu punya bersepah gadis yang gilakan Hakimi, sudahnya anak
jiran belakang rumah yang berkenan di hati temannya itu.
“Apa salahnya?” tanya Hakimi pula. Dia tidak
fikir pun seperti yang difikirkan mereka. Lagipun sesuai ke budak baru nak
hidup itu menjadi kekasihnya? Tidaklah kut. Kalau sekadar untuk
menghiburkan hati bolehlah.
“Muda betul tu...” ujar Rudy. Mungkin itu gadis
cantik pertama yang ditemui Hakimi di situ.
Hakimi tersengih. “Cinta tak kenal usia bro.
Lagipun eloklah dapat yang masih muda,” seloroh Hakimi sekadar mahu
mempertahankan diri dari diperlekeh kawan-kawannya itu. Sudahnya gelak mereka
berderai. Mulalah hendak bergosip tentang perempuan di situ. Apa ingat lelaki
tidak mengumpat ke?
“Dia
memang sweet. Cantik sangat. Aku pun jatuh cinta dibuatnya,” beritahu
Dion. Kali ini dia jujur. Memang dia suka melihat muka gadis itu. Ada daya
tarikan yang tersendiri dan mampu membuat hati lelakinya terpujuk untuk menurut
apa sahaja permintaan gadis itu. Itu kali pertama dia merasakan aura yang
berlainan daripada seorang gadis. Mungkin gadis itu memang tidak sama seperti
gadis-gadis yang selalu mereka temui di luar sana.
Hakimi tersenyum. Dion itu sememangnya buaya. Semua perempuan muda
dikatakan lawa.
“Kalau nak dibandingkan dengan Juliesa yang
putih melepak tu. Budak tu memang sweet. Nampak semula jadi.” Rudy pula
memuji.
Hakimi tahu pilihanya selalu hebat. Mulalah dia
hendak ego. “Dah aku ngantuk ni nak masuk tidur. Kau orang baliklah,” ujar
Hakimi menghalau kawan-kawannya balik. Buat apa lagi mereka duduk berembun di
situ? Kalau ibunya ternampak nanti teruk mereka dileter. Dia berjalan menuju ke
pintu pagar rumahnya yang masih terbuka luas.
Dion dan Rudy tidak berkecil hati dengan cara
Hakimi. Sikap Hakimi itu sudah menjadi kebiasaan kepada mereka.