Home Novel Cinta CINTA KUASA TINGGI
(BAB 15)

BAB 15

“AWAK perasan mata Zira tadi? Asyik tengok awak aje. Bukan main lagi dia perhatikan awak. Pantang ada peluang, mata dia tak lepas menilik awak. Betul tak apa yang saya cakap, dia langsung tak cam awak, kan?” El memulakan ketika mereka sama-sama melangkah keluar dari dewan yang tadi amat menyesakkan. Riuh dengan suara bualan dan muzik yang membingitkan. Sudah semakin jauh mereka tinggalkan.

Tapi, memang benar. Penampilan Que malam itu amat memukau. Jauh lari dari Que yang dia kenali selama ini. Que malam ini penuh dengan kelembutan dan sangat terserlah keayuannya. Solekan yang tidak terlalu tebal berjaya ‘melarikan’ wajah Que yang biasa. Que bagai jadi orang lain. Sangat lain. Yang nyata, dia amat tertarik dengan Que yang berada di depannya sekarang ini. Sangat tertarik!

“Hmm... Perasan juga. Tapi, dia bukan pandang saya seorang. Orang yang di sebelah saya pun, dia pandang. Saya memang tak mahu pandang dia sangat, sebab dia pandang orang di sebelah saya dengan senyuman. Tapi, dia pandang saya dengan jelingan. Tajam menikam dia jeling saya. Macam nak ditelannya saya. Seram,” Que tergelak kecil.

Kelakar bila mengenangkan sikap Zira sebentar tadi. Asyik mencuri pandang pada dia dan El. Tajam pandangan mata Zira bila El sengaja merapatkan dirinya dengan Que. Bagai mahu terkeluar bola matanya. Itu, belum El pegang tangan atau letakkan tangannya di atas bahu Que. Mesti Zira lebih cemburu, kan?

“Biarlah dia. Janji dia tak ganggu saya lagi lepas ni. Tentu dia ingat saya dah ada teman istimewa,lepas apa yang dia saksikan malam ni. Lega saya.”

“Oh! Jadi, tujuan bos bawa saya ke sini sebab nak jadikan saya alasan supaya Zira tak ganggu bos lagi? Macam tu?”

“Apa bos-bos ni... Kan saya dah cakap, panggil saya dengan apa yang awak selesa tapi bukan bos. Lupa?”

Que tersenyum manis.

“Bos yang lupa. Kan perjanjian kita tentang itu hanya setakat masa kat dalam dewan tadi aje. Selepas itu, balik macam biasa. Itu yang betul.”

“Lanjutkan sikit masa tu, tak boleh, ke? Saya dah mula suka keadaan kita macam ni.”

Que pandang El macam tidak percaya. Apa sajalah yang dia ini cakapkan. Hendak kata mabuk, minum air haram itu pun tidak. Pening-pening lalat agaknya.

“Jangan nak mengada-ngadalah, bos. Perjanjian tetap perjanjian. Tak baik langgar perjanjian tau. Jadi orang yang munafik.”

“Hmm... See. Macam mana saya tak suka. Awak ni memang elok berpakaian macam ni selalu. Lemah lembut dan tak adalah nak cakap lepas macam selalu. Kata-kata awak pun, berunsur nasihat. Saya suka.”

“Bos... Saya ni, budak penghantar surat. Kalau pakai macam ni, mana gaya saya nak naik motor, hantar surat? Habis rabaklah baju cantik-cantik macam ni, bos.”

El ketawa lepas. Entah apa yang kelakar sangat pun tidak tahulah. Pada Que apa yang dia cakap itu memang berasas. Tidak kelakar langsung.

“Setelah lihat awak yang begini, saya lupa apa pekerjaan awak, Que.”

Que pula ketawa kecil. Sah! El memang tengah tidak berapa betul. Bahaya begini. Tidak elok untuk kesihatan.

“Saya dah ingatkan... Jadi, bos kena ingat semua itu. Berbalik pada soalan saya tadi, betul ke apa yang saya fikir tu?”

El memandangnya agak lama. Namun, bibir lelaki itu tetap menyuakan senyuman. Que sabar menanti. Selebihnya, dia memang ingin tahu sangat. Sekadar ingin tahu. Itu pun, jika El ikhlas mahu menjawab. Jika tidak, dia tidak akan memaksa. Bukan penting sangat pun perkara itu padanya. Isu itu, dia bangkitkan dalam perbualan hanyalah sekadar mengisi ruang kosong antara mereka. Itu saja. Lagipun, dia tidak tahu hendak bangkitkan isu apa untuk dibualkan. Tiada topik yang sesuai.

Yes and no.” Akhirnya El bersuara, menyatakan jawapannya.

“Hah? What does that mean?”

El merenungnya lagi. Isy! Mata itu, suka benar menjelajahi wajah Que. Tidak jaga langsung!

Let me explain it to you. Macam ni, niat saya yang utama hanya mahu awak temankan saya. There was no other reason besides that.Tapi, bila saya dapat tahu yang Zira turut serta dalam majlis tadi beberapa hari lalu, secara tak langsung saya mengharapkan dengan adanya awak malam ini akan membuka mata Zira bahawa saya memang tak boleh terima dia. Macam yang awak fikir tu. But, that was not my intention in the first place.”

“Jadi, betullah bos pergunakan saya, ya?”

El senyum sedikit. Dia sudah memeluk tubuh sambil merenung Que. Que jadi serba salah. Mata itu, memang hendak kena!

“Que, jangan salah faham. Saya tak maksud begitu. Saya cuma perlukan pertolongan awak seperti yang saya cakap dan pinta dari awak hari itu. Pertolongan, Que. Tapi, kalau definasi awak tetap ‘pergunakan’, saya minta maaf.”

Que menunduk sambil mencarik senyum nipis. Sedang memikir-mikir. Sebenarnya, apa jua alasan lelaki itu, sudah jatuh nombor dua. Dia tidak kisah akan itu. Memang dia datang malam ini hanya dengan sebab mahu menolong. Tolong teman Si El seperti yang diminta oleh lelaki itu. Kalau pun lelaki itu ada underline intention, bukan masalahnya. Selepas malam ini, mereka tetap menjalani hidup seperti biasa. Seperti yang dia kata sebelum ini, balik seperti biasa. El, bos dan dia, pekerja. Tiada ‘saya’ dan ‘awak’ seperti malam ini lagi. Tutup buku.

“Hmm... Okey, saya faham. Bos tak perlu minta maaf. Saya hanya perlukan penjelasan. Tak marah pun.”

El senyum lebar sambil melirik pada Que yang langsung tidak memandang padanya.

“Terima kasih kerana amat memahami situasi saya. Beruntung saya dapat staf seperti awak.”

“Jangan puji saya lebih-lebih, bos. Nanti saya minta imbuhan lain karang.”

“Saya sanggup tunaikan. Awak, nak apa? Lagipun, awak dah tolong saya, kan? Jadi, memang patut awak dapat imbuhan,” pantas El menyahut.

Que ketawa. Manja nadanya. Itu Que tidak sedar. El, sudah separuh nanar menahan rasa.

“Bos, saya bergurau ajelah. Apa serius sangat ni?”

“Oh! Bukan nak betul-betul, ke?”

El buat muka kelam. Que ketawa sambil geleng kepala, menandakan dia hanya bergurau.

“Saya buka peluang ini sekali aje, Que. Lepas ni, awak dah tak boleh tuntut apa-apa lagi tau.”

“Saya tak nak apa-apa. Niat saya juga cuma satu, nak tolong bos. Itu saja.”

“Hmm... Kan betul apa yang saya cakap, beruntung dapat staf macam awak ni. Tak berkira sangat. Kalau orang lain, mungkin dah minta lebih,” balas El sambil menjongket bahu. Mungkin sesuatu melintasi mindanya saat itu.

“Itu orang lain. Saya, tetap saya dan janji tetap janji. Tak akan saya mungkiri. Saya tak nak jadi...”

“Orang munafik. Saya tahu,” potong El pantas.

Yes, exactly.”

Kedua-duanya saling berbalas senyum.

Let say, lepas ni, Zira buat kecoh cerita pasal apa yang dia lihat tadi kat ofis. Apa yang bos akan buat?”

El berdiam agak lama. Kedua belah tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya. Dia sedang berfikir.

“Hmm... Biarkan saja. Kenapa? Awak takut? Atau, awak risau?”

“Bos lupa lagi... Dia tak cam saya. Jadi, saya tak perlu takut, apa lagi nak risau. Tapi, bos tu yang perlu fikir pasal itu. Dia nak tarik perhatian bos, bukan saya.”

“Oh! Kiranya awak risaukan sayalah ni, ya? Beruntungnya saya... Ada orang yang ambil berat tentang saya.”

“Bos jangan nak perasan lebih-lebih, ya. Saya sekadar bertanya. Salah ke, kalau saya nak tahu?”

“Nak tahu tu, kira ambil berat juga, kan?”

“Lebih kuranglah. Tapi saya tak ambil berat.”

Then?” tanya El pantas. Lain macam pula cara Que bercakap. Jadi ingin tahu El dibuatnya. Kedua tangannya sudah menyeluk poket semula.

“Saya ‘ambil ringan’ aje. Suka-suka bergossip. Tak larat nak ambil beratlah. Patah riuk saya nanti. Saya ni kan, kurus.”

'Hahaha...'

Que ketawa lepas kali ini tapi tetap terkawal. Pantas dia menutup mulutnya. Comel sangat tingkahnya itu. El mengecilkan matanya, memandang Que. Geram kerana dalam tidak sedar, Que sengaja mengenakannya. Pandai betul dia. Nakal!

“Yalah... Kenakan saya, ya? Karang saya tak bagi awak balik, baru tahu.”

El merapat.

“Bos tak bagi saya balik? Nak buat apa pula dengan saya?”

“Adalah... Macam-macam yang saya boleh buat.”

“Contohnya, bos.”

El semakin merapat.

“Banyak sangat! Tak perlu nak contoh-contohlah. Terus buat pun boleh.”

El maju setapak lagi.

Que pandang semacam pada El yang sudah berdiri hampir di depannya.

“Okey. Kalau macam tu saya ‘buat bodoh’ ajelah.”

Que cuba menahan tawa.

“Que! Awak ni memang tau!”

Pecah juga tawa Que akhirnya.

“Saya memanglah saya. Takkan jadi Zira pula, kan? Mungkin tidak tu...” balasnya dalam tawa yang masih bersisa.

I’ll show you what I can do to you right here, right now, Que.”

Wooo!!! Bahaya macam ini!

El merapat lagi.

“Bos...nak...buat apa, ni? Janganlah rapat...sangat, bos?” Kali ini Que bersuara agak cuak. Hampir tersekat-sekat suaranya. Jadi tidak lancar.

El langsung hilang senyumnya.

Mata Que mencuri pandang ke arah sekeliling. Mereka sudah agak lama berdiri di situ sebenarnya. Tadi, ramai yang bersaing dengan mereka menuju ke arah kawasan itu. Baru Que perasan, hanya tinggal mereka berdua sahaja di kawasan parkir itu dan keadaan sudah sunyi benar. Ada dua, tiga buah kereta tapi agak jauh kedudukannya.

Hanya dia dan El berada di kawasan situ. Kawasan yang agak terlindung dan sunyi sepi. Yang lelaki ini pun, boleh pula dia parkir kereta di kawasan yang gelap macam ini. Apa kes? Merinding bulu romanya bila El semakin mendekatkan tubuhnya. Kedua-dua tangannya sudah dikeluarkan dari poket.

“Bos?!”

Que sudah tersandar di kereta El. Langsung tidak mampu bergerak ke mana–mana kerana kedua-dua tangan lelaki itu sudah mengepung dirinya.

Silent, Que.”

Que semakin mengecilkan diri di dalam kepungan El.

“Bos, jangan!!” rayunya lagi.

I said silent, Que. Don’t kill my mood.”

Ya! Allah, apa dia hendak buat ini?! Tiada perasaan ke, dia? Que memejamkan mata. Hanya pada Dia, Que berserah.

“Tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya minta maaf kalau kata-kata saya tadi buat bos terasa. Maafkan saya kalau bos marah. Saya bergurau aje. Janganlah buat saya macam ni. Saya janji tak akan buat bos marah lagi,” omelnya dalam mata yang masih terpejam dan kedua tangan sudah melekap di pipi sendiri.

Wajahnya sudah kelihatan pucat sedikit. Semakin cuak sebenarnya. Di dalam hati, dia terus berdoa. Agar Allah jauhkan perkara yang tidak diingini. Dia berjanji akan jaga lidah dan kata-katanya selepas ini. Dia tidak akan buat orang lain terasa dengan kata-katanya lagi. Dia janji.

Que, I said shut up or else I’ll kiss you to make you shut your mouth.”

El sudah menjatuhkan kedua tangannya ke sisi. Mood sudah lari beb!

“Bos nak buat apa sebenarnya ni?” Que bertanya takut-takut. Sedikit demi sedikit dia membuka kelopak mata.

Kiss you!”

“Bos?!” Que bersuara terperanjat. Terus bulat matanya memandang El.

Kala itu El hanya berdiri santai sambil merenung Que geram. Perempuan ini pun, tidak reti hendak bertenang, ke? Sentap tidak tentu pasal saja.

What?! Saya nak lihat wajah awak puas-puas sebelum kita balik. Takkan itu pun salah. Tak penat ke awak membebel? Hilang fokus saya pada awak bila mulut awak tak berhenti bercakap. Teruk betul awak ni, tau. Tak romantik langsung.”

“Laa...”

“Kenapa?”

“Saya ingat bos nak buat tak senonoh pada saya.”

Tengok... Awak selalu pandang serong pada saya.”

“Sekurang-kurangnya saya berhati-hati dalam semua hal.”

“Itu betul dan bagus untuk awak, Que. Tak salah ada pandangan serong pada orang lain tapi kena tengok orang jugak. I won’t do that to you. I won’t harm you, Que. You can count on me.”

Trust no one!Saya tak percayakan sesiapa.”

That’s so bad!”

“Apa pula! Eloklah tu. Langkah berjaga-jaga.”

Whatever.”

El angkat bahu. Tidak mahu terus bertekak. Memang segala mak nenek mood romantik sudah terbang melayang dibuatnya. Si Que inilah. Boleh pula buat aksi terperanjat tahap petala kelapan. Makin lama di situ, makin panjang pula mereka berdebat nanti. Mahu sampai pagi. Teruk karang anak dara orang ini kena ‘mind torture’ dengan dia. Baru kena ‘test’ macam itu pun, Que sudah gelabah. Belum buat betul-betul lagi. Mahu segala mak nenek bunga silat terkeluar karang. Hmm... Que, Que...

Trust no one, tapi berani pula ikut aku malam-malam buta macam ini? Que, Que...’ gumam El dalam hati sambil mencuri pandang pada Que yang sedang asyik menjawab panggilan telefon.

Previous: (BAB 14)
Next: (BAB 16)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin