Home Novel Cinta CINTA KUASA TINGGI
(BAB 23)

BAB 23

“RAY, you better make it fast. Aku tak nak rancangan kita ni, gagal. Aku risaulah,” kata El pada adiknya.

Ketika itu mereka berdua sedang duduk bersantai di kondo milik El. Sengaja dia memilih untuk berbincang di situ. Tiada gangguan. Kalau di rumah mereka, ada mummy, daddy dan Zana. Susah kalau mereka dengar nanti. Takut lain pula tanggapan mereka.

“Apa masalah kau ni, bro? Bukan mudah nak buat semua ni, kau tahu tak? Benda ni melibatkan manusia. Kalau tak ada kena mengena dengan manusia, senanglah sikit kerja kita.”

“Aku bukan suruh buat apa pun. A very simple thing, Ray! Takkan itu pun, kau tak boleh selesaikan? Susah sangat ke, Ray?” selar El bernada jauh hati.

Sensitiflah pula! Terlebih dos ke apa, dia ini? Dia ingat semudah A, B, C, ke? Sebut saja terus jadi. Susah wooo... Salah langkah, jadi lain pula nanti. Kenalah buat perancangan yang teliti. Bukan main redah saja. Sabarlah sikit. Kan sabar itu sebahagian dari iman. Hah! Kan sudah keluar segala macam falsafah.

Relax, bro! Bagi aku sikit masa lagi. Aku akan pastikan semuanya ikut apa yang kau dah rancang. Jangan bimbang,” jawab Ray bersahaja. Tenang saja.

Hanya El yang sedikit kelam-kabut bila mempersoalkan isu tersebut. Bagaikan tidak senang duduk. Memang tidak senang duduk pun. Selagi segalanya belum selesai, selagi itulah dia tidak mampu tersenyum senang. Apatah lagi hendak bersenang-lenang. Memang tidaklah... Nanti, bila semuanya sudah selesai barulah boleh bersantai. Senyum sampai telinga. Bercuti-cuti Malaysia.

“Mestilah aku risau. Kau buat kerja lambat sangat. Asyik kena bagi kau masa. Berapa banyak masa lagi kau nak? Nak tunggu sampai bila, ni?”

“Sabarlah, bro. Aku tahulah nak buat macam mana. By the way... Kau ni macam terdesaksangat ni, kenapa?”

El pandang Ray tajam. Dikecilkan matanya tanda tidak setuju dengan apa yang Kay katakan.

“Mana ada terdesak! Kau ni, pandai-pandai aje,” tukas El lantang. Sebenarnya malu. Malu sebab adiknya sendiri seakan dapat menebak apa yang sedang dia lakukan.

“Aku tengok, kau ni resah semacam aje bila cakap pasal dia, kenapa? Macam ada ‘sesuatu’ aje. Okeylah, macam ni... Walaupun aku tak tahu hujung pangkal kes kau dengan dia, tapi aku tetap akan tolong kau. Kau jangan risaulah. Aku akan pastikan rancangan kau berjaya. You know me, right? Adik kau ni, mana pernah buat kerja sekerat jalan. Semua mesti sempurna, bro!”

El mengeluh perlahan. Nampak sangat ke yang dia keresahan? Hmm... Sendiri mahu ingatlah, ya. Macam mana tidak nampak. Setiap detik, dia seperti cacing kepanasan. Pantang bertemu roma dengan Ray, pasti hal ini yang dia tanyakan. Kadang-kadang, tengah malam pun dia telefon Ray sebab tidak bisa melelapkan mata, apatah lagi untuk lena kerana memikirkan hal itu. Seperti tidak sabar-sabar mahu hal itu diselesaikan segera. Tidak menyempat-nyempat. Nasib baik adik sendiri yang di suruh untuk melakukan tugasan itu. Kalau orang lain, agaknya sudah lama lari. Tidak tahan dengan sikapnya yang suka menggesa.

“Entahlah, Ray... Aku risau kalau dia terlepas ke tangan orang lain. Macam-macam yang ada dalam kepala aku ni. Aku tak nak dia salah langkah,” luahnya bersama keluhan kecil.

Cheh! Tidak mahu ‘dia’ salah langkah. Macamlah ‘langkah’ yang dia buat ini lurus sangat. Lebih kurang macam ketam hendak mengajar anak jalan lurus juga gayanya. Hmm... Gaya cakap, macam prihatin benar. Macam betul-betul mengambil berat akan hal kebajikan orang lain. Tapi, bila fikir balik apa yang bakal dia lakukan, bagai tidak sealiran. Tidak berada di landasan yang sepatutnya. Alah, yang penting niat hendak membantu itu. Kira niat yang mulia juga begitu! Bagaimana cara dan perlaksanaannya, hanya Allah yang Maha mengetahui akan menghakimi.

“Wei! Kau tak percayakan aku ke, bro? Aku kata, aku boleh buat, aku bolehlah.” Nada suara Kay sedikit keras. Mungkin geram dengan cara abangnya yang seakan meragui akan kebolehannya. Ini Raylah! Apa yang dia buat, jarang tidak menepati piawaian.

El pandang adiknya agak lama. Kemudian dia tunduk menekur lantai. Sesekali timbul dalam diri rasa bersalah kerana melibatkan Ray dalam soal ini. Betullah bak kata Ray, sudah macam terdesaksangat lagaknya. Kalau boleh, esok juga dia mahu semuanya selesai. Alah! Itu kira lambat! Lagi ganas, dia mahu semua itu berlaku sekelip mata. Pejam mata, lepas itu bila buka segalanya berubah seperti apa yang dia mahukan. Apa yang dia inginkan sudah berada di dalam genggaman. Gila! Tapi, yang gila itu jugalah yang dia mahu buat.

“Bukan macam tu, Ray. Dia lain. Dia sangatistimewa. Dia mampu pengaruhi orang untuk dekat dengan dia tanpa dia sendiri sedari akan hakikat itu. Itu yang aku bimbang. Kebelakangan ini, aku selalu nampak dia dengan kawan-kawan dia. All guys! Hati aku tak sedap.”

Pergh! Ayat.. . 'Hati tak sedap', ya? Entah apa-apa sajalah hati ini.

No! No! I don’t think so! Walaupun aku tak rapat dengan dia, tapi aku tahu dia jenis yang macam mana. Dia tu, nampak aje rapat dengan budak-budak tu. Tapi sebenarnya, dia selalu berada dalam dunia dia sendiri. Lagipun bukan selalu dia melepak dengan budak-budak tu. Boleh dikira dengan jari, bro!”

Sekali lagi El mencerun memandang adiknya. Bercakap, seperti dia tahu semua benda. Kata tidak rapat, tapi tahu pula segala hal. Biar benar Ray ini.

“Kau pasti, Ray?”

El sedikit sangsi. Kalau dinilai berdasarkan kemesraan dan pergaulan yang dia pernah lihat dengan mata kasarnya, jelas mereka semua itu sangat akrab. Akrab? Mungkin akrab sebagai sahabat, kenalan atau rakan sepasukan. Selebihnya, memang tidak mampu ditebak... Dan bukan semua yang di lihat dengan mata kasar ini bisa mewakili keseluruhan keadaan. Yang itu, benar belaka.

Mata, bukan hanya untuk melihat, tapi perlu digunakan sebaiknya untuk memerhati. Akal juga harus sealiran agar apa yang diperhati tidak bercanggah dengan apa yang bermain di minda. Sebab itu, hasil pemerhatian mesti dikaji sebelum mengeluarkan fakta. Kan?

Absolutely, yes!”

Amboi! Yakinnya dia. Dari mana entah dia tahu pasal itu semua? Kata tidak rapat. Boleh percaya ke, semua kata-katanya ini? Sedikit sangsi mula bermain di hati. Akal mula menafi. Ah! Jangan fikir itu semua. Ada perkara yang lebih penting sekarang ini. Misi mestilah berjaya.

So, do it fast! Aku nak benda ni selesaisecepat mungkin. Get it!”

Ray menjongketkan kening sebelah kanannya sambil mencarik senyuman. Nakal aksinya. Gila terdesak betul Si El ini!!!

Ahaks! Bukan macam terdesak ke, itu? Asyik mahu cepat saja. Terdesak pun, terdesaklah. Tidak kisahlah... Janji dapat! Giliran El pula menjongketkan keningnya. Dia tahu apa yang sedang berlegar di minda Ray saat itu. Apa dia peduli. Yang penting, misinya tercapai. Itu yang dia mahu.

Seketika, masing-masing hanya melayan sepi. Mata di halakan ke kaca TV. Namun ternyata mereka seakan hilang di dalam dunia sendiri. Duduk pun sudah sesantai mungkin. Bersandar sambil kepala diletakkan di kepala sofa. Bagai mencari tenang. Minda meneroka ke satu alam lain. Asyik. Alam khayalan... Melayari impian. Dan, akhirnya terlihat El mencarik senyum. Lama...

Previous: (BAB 22)
Next: (BAB 24)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin