Home Novel Cinta CINTA KUASA TINGGI
(BAB 11)

BAB 11

MASUK hari ini, sudah tiga kali motor Que buat hal. Dalam masa seminggu saja. Apa kes? Hendak kena ‘angkat’ motor baru, ke? No! Nehi! Khabi nehi! Ini motor peninggalan Angah. Mana boleh sesuka hati nak let go. Dia sayang sangat pada motor itu. Seperti sayang ‘boyfriend’.

Hmm... sayang 'boyfriend'? Lebih daripada itu rasanya. Segala-galanya, motor itu yang dia lebihkan. Sampai mak pun pernah kata, ‘kahwin sajalah dengan motor itu, Que. Bahagialah kamu sampai bila-bila’. Memang dia tidak boleh berenggang dengan motor kesayangannya. Hendak tukar dengan yang baru macam sistem ‘barter’ , lagilah tidak boleh. BIG NO for that intention! Sebab apa? Sebab, motor pun ada ‘perasaan’. Kalau kita cakap hendak tukar dengan yang baru, sah-sah dia akan mogok . Oleh kerana itu, apa pun terjadi, motor ini akan tetap bersama dia. Susah dan senang. Barulah teman sejati namanya. Bukankah begitu?

Tapi, bila sudah selalu buat hal macam ini, hati jadi panas pula. Baik-baik sayang separuh nyawa, sudah tinggal suku. Baik-baik tiada niat mahu tukar baru, jadi ada. Baik-baik hendak diwariskan sampai anak cucu, jadi mahu simpan dalam muzium besi buruk saja. Eh! Tapi tidak adalah sampai mahu timbang kati, jual pada pembeli besi buruk pula. Zalim sangat macam itu! Kira kes tidak kenang budi. Selama ini pun, motor ini juga yang banyak membantunya.

Sampai kadangkala, dia berkongsi ‘jiwa’ dengan motor ini. Tempat dia meluah segala jenis rasa; marah, suka, sedih, pilu, kelakar, semua dia hamburkan pada motor ini. Sambil basuh atau lap motor, dia bercakaplah dengan motor tersebut tentang semua itu. Motor itu pun, macam ada telinga, dengar saja curahan hati Que. Berjam pun tidak apa. Kamu semua sanggup dengar sampai berjam lamanya? Tidak sanggup, kan? Motor ini sanggup. Itu sebab Que sayang sangat pada ‘dia’. Hmm...

“Que.... Lu mahu ganti baru ka, angkat second hand punya barang? Lu punya springsudah teruk, ma. Kaburator pun sumbat.”

Que garu dahi. Pening! Ini memang buat dia pening tahap luar alam. Hari itu, baru tukar spoke. Lepas itu, starter jammed. Pun baru beberapa hari tukar. Semua itu barang baru. Kalau yang kali ini pun mahu tukar baru, alamat makan maggielah dia sampai akhir bulan. Azab! Tapi, okey lagi begitu. Dapat juga makan. Dari tidak makan langsung. Kan?

“Kim, lu ganti second hand punya dululah. Nanti gua punya gaji masuk, gua tukar baru. Tapi, lu jangan bagi gua barang yang dah nak ajal. Lagi buat gua susah nanti.”

“Okey! Tak ada hal. Gua adjust kasi lu.”

“Lu kasi korek kaburator bagi kaw-kaw lagi.”

“Haiyo, Que! Lu punya machine sudah bagus, ma. Tak ada siapa boleh lawan. Gua berani jamin.”

“Aisey! Kan lu juga yang buat. Kim, kawtim ha. Jangan ‘tekan’ harga kasi gua.”

Don’t worry! Lu kan, gua punya pelanggan tetap. Semua kawanlu pun lu recomend datang sini. Gua cincai kira sama lu, ma.”

Que senyum. Mana tidak ‘cincai’. Selagi boleh runding harga, dia akan buat Si Kim terima harga yang dia minta. Tidak pedulilah apa orang mahu kata. Janji dia dapat selamatkan sedikit wang yang tidak berapa hendak tebal dalam poketnya. Mahu hidup di bandar besar seperti ini kena bijak. Bijak berbelanja. Bijak tawar menawar. Pendek kata, bijak dalam segala perkaralah.

Alunan lagu ‘Enter Sandman – Metallica’ yang bergema dari telefon bimbit, menyentakkan lamunannya. Aisey! Tengah sedap-sedap termenung layan angan-angan Mat Jenin, ada pula yang mengganggu ketenangannya. Nasib baik tidak jatuh dari pokok kepala. Kalau tidak, cukup sudah pakej jadi Mat Jenin. Tidak boleh tengok orang senang betullah!

Que melirik skrin telefon bimbityang baru saja ditarik dari saku corduroynya. Alamak!!! Dia? Cepat-cepat panggilan diterima dan dia yang dahulu menghulur salam. Salam berjawab dengan suara yang agak serius. Marah, ke? Habislah....

You know that I hate waiting, Que!”

Itu amaran. Que sedar dan teramat tahu. Hari itu lagi, El sudah mengingatkan bahawa dia tidak suka menunggu panggilannya terbiar lama tanpa di jawab.

“Maaf, bos.”

Sedar akan kesalahan yang mungkin hanya sebuah kesilapan kecil, dia hulurkan maaf. Tidak salah kalau minta maaf, kan? Dan tidak bermaksud kita salah kalau kita yang mulakan kata maaf terlebih dahulu. Sekadar tidak mahu wujudnya perbalahan yang berpanjangan.

“Awak kat mana ni? Dah dua jam keluar tak balik-balik. Awak lupa ke pesan saya tadi, suruh awak jumpa saya pukul 4.00 petang? Sekarang dah pukul berapa? Surat banyak sangat ke atau awak tak jumpa alamat?”

Macam peluru mortar Que dihujani soalan. Habis saja semua soalan diajukan, Que yang menarik nafas. Dia yang semput mendengar. Macam tiada noktah. Hebat betul mamat ini. Senafas cinta saja dia bercakap. Eh! Salah... Tolong buang ‘cinta’ itu eh. Tersasul pula!

“Bos, maaf. Saya kat bengkel. Motor buat hal.” Seringkas mungkin dia menjawab.

Janji menepati kehendak soalan. Tidak ada main lari tajuk segala. Tapi, yang ‘maaf’ itu, memang kena cakap. Dia kenal El bagaimana. Sebelum beri alasan, lebih elok bermukadimah dengan kata maaf. El akan mudah bertoleransi. Ini berdasarkan pengalamannya sendiri. Kalau dia main redah saja, El tidak suka. Itulah bosnya. Agak cerewet dan banyak ‘pantang’ juga. Mengalahkan mak nenek, kan?

“Bengkel mana?”

“Tempat biasa saya repair motor, yang hari tu saya tunjuk kat bos, masa lalu sini tu.”

“Rosak lagi? Minggu ni aje, dah tiga kali motor awak tu rosak, kan? Tukar baru ajelah. Tak menyusahkan.”

Amboi! Dia bercakap, macam kalau pergi kedai motor boleh terus dapat sebiji motor baru. Tidak perlu fikir apa-apa. Tidak payah guna duit. Petik jari, semua jadi. Senang betul!

“Kalau duit saya ni berkepuk macam duit bos, dah lama saya sambar motor baru, bos. Ingat nak beli baru tu tak guna duit, ke? Saya ni budak penghantar surat aje, bukan pengurus.”

Sengaja dia menjawab sedikit kasar. Bagi orang di sebelah sana sedar sikit. Dia ingat cari duit macam petik daun di pokok, agaknya. Petik banyak-banyak ,lepas itu bawa pergi kedai terus bertukar jadi duit dan ta...ra... dapat motor. Sungguh magis!

“Dah tu? Asyik rosak aje. Tu dah kira menganggu kerja awak tahu, tak? Saya tak mahu kerja awak selalu sangat terganggu. Rugilah syarikat macam ni.”

Wah! Sudah berasap begini! Panas telinga dengar dia cakap macam itu. Dia ingat suka-suka, ke?

“Bos, kalau bos rasa keadaan ni mengganggu kerja saya, bos potong ajelah gaji saya satu jam untuk hari ni. Nak berkira sangat. Potonglah seberapa suka yang bos nak, termasuk yang dua hari lagi tu. Saya tak masuk ofislah. Terus balik. Dah dekat pukul lima, kan? Nanti saya call Jess, bagitahu yang gaji saya tolak setengah hari, lagi senang kan macam tu?”

Hah! Ambil kau!

“Que...” kata-katanya tersangkut di situ.

Talian terus di matikan oleh Que. Sakit hati! Geram! Emosi! Benda lain boleh buat gurau. Memang tidak ada hal. Tapi, bab motor kesayangannya ini, janganlah berani hendak sentuh. Dia ingat orang heran sangat dengan duit dia, ke? Itu, bukan duit dia pun. Duit syarikat. Syarikat yang bayar gaji. Apa kes yang hendak berkira sangat.

Lagipun, bukan dia sengaja melengahkan masa. Sudah motornya rosak. Tidak kukuh ke alasannya itu? Lantaklah dia. Mahu marah, ke? Mahu mengamuk, ke? Peduli apa? Suka hati dialah. Hendak tunggang terbalikkan pejabat itu pun, biarlah. Bukan pejabat Que pun. Hendak berhentikan Que kerja? Tidak hairan sikit pun. Bumi Allah ini luas. Insya-Allah, rezeki itu ada di mana saja. Yang penting, usaha dan jangan putus asa.

Que terus duduk melayan angan sambil memerhati Kim buat kerja. Habis motornya kena dera. Buka sana, korek sini, macam apa sudahnya. Kalaulah motor ini boleh bertukar jadi ‘Transformer’, bahagianya dia. Senang kacang dia arahkan ‘robot’nya fire Si El itu. Macam-macam dia boleh buat tanpa banyak hal. Dia suka Bumblebee. Dia juga suka Optimus Prime. Kira dia suka yang baik-baiklah. Sampaikan helmet pun mahu beli yang ala-ala Transformer gitu. Cuba kamu semua bayangkan, mesti comel Que pakai helmet itu, kan? Hmm... Jadi Wirawati keamanan. Bahana suka menonton filem itu banyak kali, inilah padahnya. Otak pun jadi tidak betul. Condong ke barat.

Lepas itu tengah ‘sentap’. Mana tidak sentap. Tiba-tiba, tiada angin, tiada ribut, dia kena ‘basuh’ cukup-cukup oleh bosnya. Kalau pun dia buat salah, tegur baik-baik, cakap elok-elok, tidak boleh, ke? Selalunya, boleh saja. Ini tidak! Sedap mulut dia saja mahu kata apa. Hilang sikap berhemahnya yang selalu Que kagumi. Nasib baik tidak hilang rasa hormat. Tahulah dia itu bos. Que, memang tahap kuli biasa saja. Tapi, dia pun ada hati. Sakit tahu, bila kena terima apa yang tidak sepatutnya dia harus terima. Apatah lagi dengan kata-kata yang berbisa. Di manakah keadilan?

Previous: (BAB 10)
Next: (BAB 12)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin