Home Novel Cinta CINTA KUASA TINGGI
(BAB 20)

BAB 20

“OKEY, Da. Que kena letak telefon dulu. Ada panggilan masuk, ni.”

“Alah, Que ni! Uda belum hilang rindu lagilah. Biarlah call tu. Nanti callbaliklah.”

“Uda, call dari ofis ni. Mesti penting.”

“Aik! Que kan kerja sebagai penghantar surat je, tapi sibuknya mengalahkan Uda yang jadi Engineer ni pula! Penting apanya? Mengadalah Que, ni. Biarlah panggilan tu. Sekarang, masa kita lepas rindu, okey. Uda tak kira!”

“Da... Que ni, penghantar surat yang berdedikasilah. Berdisiplin. Untung syarikat tu dapat penghantar surat macam Que apa. Okey, Da. Nanti Que call Uda balik, okey.”

“Amboi! Banyak duit Que nak call Uda. Lupa ke, Uda kat overseas ni. Bukan kat rumah kita. Ni, apa hal beria-ia sangat nak call ofis ni. Ke boyfriend Que yang kat ofis tu sebenarnya.” Aisy Idham serkap jarang.

“Apa Uda ni! Mana orang ada boyfriend. Orang ni kan, kasar. Suka motor. Main minyak hitam dengan skru. Bukan main alat solek, make up ala-ala Barbie Doll. Tak macam perempuan lain. Semua lelaki takut nak dekat.”

“Tahu pun! So, jadilah lembut sikit. Be a real girl, sayang! Adik Uda ni bukan tak cantik. Cantik! Kalau jadi model pun boleh sangat. Dah cukup pakej. Saja pilih jadi minah motor.”

“Uda ni!!! Orang dah memang macam ni, nak buat macam mana? Dahlah, tak mahu cakap pasal ni. Karang orang letak telefon ni betul-betul, baru padan muka.”

“Alalalala... Sayang Uda ni dah merajuk pula. Okey, Uda tak cakap pasal tu lagi. Janji! Bila mulakerja, ni?”

“Lusa. Tapi, Que rasa macam nak cari kerja lainlah, Da.”

“Kenapa?! Tak seronok ke kerja jadi penghantar surat?”

“Bukan... Kerja tu, tak ada hal. Seronokaje. Bos orang tu! Berangin tak kira masa. Suka cari silap Que. Tension!”

“Bos Que tu, lelaki ke perempuan?

“Lelaki...”

“La... Sebab itu aje, ke?”

“Habis tu? Uda ingat, sebab apa?”

“Ingatkan dia nak mengorat adik Uda ni, ke? Kacau adik Uda ni, ke? Tak adalah besar mana masalahnya. Hal kecil aje. Tahanlah sikit. Ni asyik nak tukar kerja aje. Bila masa nak improve, gain knowledge and experience kalau macam ni, sayang.”

“Da... Bos orang tu selalu cari pasal dengan orang, tahu tak? Semua yang orang buat, tak kena pada dia. Semua salah. Semua tak betul. Sampai bila orang nak tahan macam tu? Tekanan, Da. Tekanan!”

Uda ketawa sakan. Tekanan sangatlah macam itu, ya?

“Okeylah... Macam ni, sayang. Que sabar sikit, boleh tak? Bulan depan Uda balik bercuti, kita bincang pasal ni. Sementara ni, tahan dulu okey. Teruskan kerja kat situ. Boleh?”

“Uda nak balik?! Betul ke? Yes!!! Tak sabarnya, Da.”

Suara Que bertukar ceria semula.

“Sayang oii! Janganlah jerit macam tu! Sakit telinga Uda, tahu tak? Boleh pekak Uda macam ni.”

“Maaf, Da! Maaf! Orang teruja tahap gaban ni! Suka sangat! Lama dah tak jumpa Uda.”

“Okeylah. Que rehat ya, sayang. Nanti, bulan depan kita jumpa. Uda pun dah tak sabar nak cubit pipi adik Uda ni. Rindu.”

“Orang pun rindu gila kat Uda! Okey, Da. Take care.”

“Que pun jaga diri, okey. Gonna miss you, sayang.”

Me too. Muahhh!”

Begitulah kebiasaannya kalau mereka berbicara. Tidak kira melalui telefon atau berhadapan. Sudah seperti pasangan kekasih. Bersayang-sayang. Kalau orang yang tidak mengenali mereka pasti menganggap mereka ini merupakan pasangan kekasih. Tapi, itulah mereka... Sangat rapat walaupun di batasi oleh kekangan masa dan keadaan yang serba rumit. Nama pun adik-beradik. Air dicincang tidak akan putus!

**********

JESS terkocoh-kocoh berkejar ke bilik El. Suara El yang bak halilintar itu bisa menyentak sesiapa saja yang ada di situ. Naik kecut Jess dibuatnya. Ini kali kedua lelaki itu naik angin sejak dia bekerja di situ. Entah apa yang tidak kena, tidak tahulah. Tiba-tiba saja tahap kemarahannya naik mendadak.

Hai... Siapalah pula yang saja menempah maut mencari pasal dengan lelaki itu agaknya. Hendak kata Que, tidak mungkin. Que masih bercuti sakit. Rasa tidak relevenlah pula kalau Que suka-suka menelefon ke pejabat sekadar mahu mencari pasal dengan El, kan? Putus fius apa, kalau dia berbuat begitu!

Jess berdiri tegak di depan bosnya. Wajah yang berona merah dek biasan percikan api amarah masih jelas. Cuma lelaki itu sedikit tenang, mungkin kerana kala itu dia seperti sedang bertafakur beberapa ketika walaupun menyedari yang Jess sudah berdiri di depannya. Jess berdiri kaku tanpa mampu menyapa El yang seakan berada di dalam dunianya. Leka. Jess putuskan untuk menunggu saja tanpa mahu mengganggu tumpuan lelaki itu. Selang beberapa ketika, barulah El terngadah, mengangkat muka memandang Jess yang dari tadi memerhatikannya.

“Zira masih ada kat tempat dia, Jess?” soalnya datar.

Kira dah redalah kemarahannya tadi, kan?

“Err... Ada Mr. El,” jawab Jess ringkas.

Jess merendahkan pandangannya. Sentiasa berjaga-jaga. Manalah tahu jika api kemarahan lelaki itu memercik semula. Biarlah jauh dari pandangan walaupun dekat di pendengaran. Itu lebih baik dari menatap wajah penuh ketegangan.

“Jess, saya nak awak buat surat pertukaran jabatan untuk dia. Berkuatkuasa serta-merta, okey.”

Pantas Jess pandang wajah El semula. Tindakan drastik dek kerana tidak menyangka akan isu itu yang El perkatakan. Biar benar! Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba taufan datang membadai. Kira tahap tsunami ini.

“Pertukaran siapa, Mr. El? Zira, ke?” soal Jess juga pantas. Seperti antara dengar dengan tidak saja apa yang lelaki itu tuturkan tadi. Biar benar!

“Yalah! Siapa lagi. Takkan awak pula!” balas El agak keras.

Wah! Tidak boleh terusik sedikit. Cepat saja mood lelaki ini berubah. Bahaya begini! Patutlah Que kata dia berangin.

“Tapi, kenapa Mr. El? Maksud saya atas sebab apa? Saya kena nyatakan sebab dia ditukarkan dalam surat pertukaran untuk rekod syarikat. Tak boleh suka-suka tukarkan dia tanpa alasan yang kukuh.”

El termenung sebentar. Tangannya bermain di dagu.

“Hmm... Awak nyatakan bahawa dia melanggar disiplin dan etika bekerja.”

Hmm... Masih kabur. Ianya memang alasan tetapi masih tidak kukuh. Tiada kata-kata sokongan yang boleh dikaitkan dengan alasan tersebut hingga Zira boleh dipindahkan jabatan dengan serta merta.

Jess garu pelipis. Masih samar-samar. Tak tercapai dek akal, apa yang lelaki ini maksudkan.

“Macam mana tu, Mr. El? Kalau Mr. El tak keberatan, saya mahu tahu lebih detail lagi. Jangan salah faham ya, Mr. El. Saya kena buat report untuk Jabatan Sumber Manusia tentang hal ni, jadi saya perlukan fakta yang lebih terperinci. Fakta yang mampu yakinkan mereka bahawa alasan itu sahih dan kukuh.”

El terdiam buat beberapa ketika. Pandangannya jatuh ke atas permukaan lantai marmar yang berkilat.

Okay... I let you know the truth. Sebenarnya, dah beberapa kali dia cuba goda dan mengganggu saya ketika waktu bekerja. Agak melampaui batas. You know what I mean, right? Perbuatan yang boleh dianggap keterlaluan. Ini mengganggu tumpuan saya pada tugasan. Hal ini mungkin boleh mengakibatkan saya hilang tumpuan dan mungkin juga boleh menyebabkan kerja-kerja saya turut terganggu dan akan menjejaskan prestasi saya. Lagipun, sejak dia bekerja di sini, di bawah saya, dia lebih banyak habiskan masa menepek make up dan bergossip dari membuat kerja. Saya tak suka staf yang sebegitu, Jess. Langsung tak ada motivasi diri untuk maju dalam kerja. Jauh sekali nak berdedikasi untuk melakukan tugasannya.”

Mak aii! Statement dia! ‘Tepek make up’ dan ‘bergossip’, itu yang tidak boleh tahan. Habislah kau Zira!

“Okey, Mr. El. Saya faham. Sekejap lagi saya drafkan surat tersebut dan beri Mr. El untuk disemak.”

Thanks, Jess. You may go now. Saya tak mahu diganggu sehingga waktu balik nanti ya, Jess. Please make sure of that.”

Err... Sudah macam Jess pula PA Mr. El, kan? Boleh pula dia berpesan pada Jess. Padahal, PA dia ada di luar sana. Alah, kejap lagi yang di luar itu tahulah nasib dia.

“Baik, Mr. El. Saya keluar dulu.”

El sekadar mengangguk.

“Err... Jess, Que mana?”

Terhenti langkah Jess yang sudah menghampiri pintu. Dia berpaling dan memandang El penuh tanda tanya. Lelaki ini lupa atau buat-buat lupa? Dia tanyakan Que? Biar betul dia ini? Dia berada di dunia bawah sedar agaknya.

“Que masih dalam cuti sakit, Mr. El. Lupa, ke?”

Jess lihat El pejamkan mata beberapa ketika sambil kedua jari telunjuknya bersatu menongkat dahi.

“Bila dia mula kerja?” Soalnya tiba-tiba tanpa mengangkat muka.

“Esok.”

I miss her so much...” gumam El pula. Sangat perlahan tapi telinga Jess masih dapat menangkap apa yang El gumamkan.

You are what, Mr. El?” Jess pula menyoal tiba-tiba.

Salah dengar ke, apa? Biar benar!

El yang seakan baru sedar dari lamunan terus menegakkan duduk dan berlagak biasa. Sedaya upaya cuba menyembunyikan kekalutan dan riak merona merah di wajahnya. Jess tersenyum sedikit. Eleh! Macamlah orang tidak dengar. Saja buat tidak dengar. Itu yang tanya semula tadi.

Nothing! Okey, Jess. Thanks.”

Mendengar itu, Jess terus berpaling semula dan meneruskan langkah keluar dari bilik bosnya. Seiring langkahnya yang teratur, senyum terus memekar. El rindukan Que? Biar benar? Cerita hangat! Panas!!!

**********

“Opsss! Nak pergi mana ni?” tanyanya sambil menahan Zira yang seakan mahu meluru cuba memasuki bilik pejabat El.

Jess berdiri tegak benar-benar di hadapan pintu bilik lelaki itu dengan niat menghalang Zira.

“Tepilah! Menyibuk aje. Kau pergi buat kerja kau. Jangan sibuk hal orang,” marah Zira padanya.

Jess tetap selamba sambil bercekak pinggang. Peduli apa dia! Dia kan sudah diberi mandat besar oleh El tadi untuk memastikan yang tiada sesiapa mengganggu lelaki itu sehingga waktu balik.

“Apa sibuk-sibuk? Aku menurut arahan bos. Dia tak mahu diganggu sehingga waktu balik. Faham!” ujarnya berani.

Mana tidak berani. Sudah memang El berpesan begitu tadi. Lagi satu, sebab dia tidak mahu mana-mana perempuan lain potong jalan. El untuk Que. Bukan untuk perempuan lain. Apatah lagi Si Zira ini.

“Aku ni PA dia! Mana ada ganggu mengganggu ni. Tepilah! Kau tu yang mengganggu.”

“Ada aku kisah??? Tengoklah sekejap lagi... Kau masih PA dia atau tak.”

Saja hendak gertak. Tengok Si Zira ini cuak ke, tidak.

“Kau cakap apa ni? Merepek ajelah kau ni, Jess.”

Wajah Zira sudah tegang.

“Nak tahu merepek ke tak, kau tunggulah. Baru kau tahu langit tu tinggi ke, rendah. Lagi satu, jangan berani-berani nak himpit bos tu. Dia dah ada kekasih.”

Jess tokok tambah cerita sedikit. Saja mahu bagi berperisa.

“Mana kau tahu dia dah ada kekasih?”

“Bukan kau sendiri ke yang cerita pada semua staf, yang kau nampak Mr. El bawa seseorang masa pergi function hari tu? Kau kata perempuan tu cantik dan bergaya.”

“Memanglah... Tapi, aku tak kata itu kekasih dia. Mungkin hanya kawan biasa dia aje,” jawab Zira dengan gaya berlagaknya.

“Apa-apa ajelah, Zira. Tapi, kalau dah bawa ke function macam tu, takkan kawan biasa aje. Mestilah seseorang yang sangat istimewa. Dahlah Zira. Bawa-bawa beringat yang Mr. El tu tak minat kat kau. Sedar-sedarlah diri tu sikit. Tak payah terhegeh-hegeh sangat macam perigi cari timba. Buat malu kaum perempuan aje, tahu tak?”

Makin tegang wajah Zira mendengar itu. Merah padam wajahnya menahan rasa.

“Kau siapa nak ingat kan aku semua itu? Jaga diri kau sendiri sebelum nak jaga tepi kain orang! Ini Zira lah. Apa saja aku boleh lakukan untuk pastikan yang dia jadi milik aku.”

“Termasuk guna cara kotor? Macam tu maksud kau? Kau tak malu ke, tergedik-gedik depan dia macam perempuan tak laku minta perhatian dia? Tak payahalah buang masa nak goda dia sedangkan kau tahu yang dia tak pernah sukakan kau, Zira. Buang masa aje.”

Zira memeluk tubuh sambil melepas pandangan tajam pada Jess. Sudah memuncung tanda protes dan marah dengan kelancangan mulut Jess.

“Jangan menuduh kalau tak ada bukti. El pun sukakan aku. Siapa kata dia tak layan aku? Kau tu yang patut jaga mulut kau yang celopar tu. Jangan sampai aku adukan pada El perangai kau ni. Susah kau nanti.”

Alah... Macamlah orang takut sangat dengan ugutan dia itu. Sikit pun tidak takut.

“Aku bercakap berpandukan fakta. Dah tuan punya badan sendiri yang beritahu aku. Jadi,mestilah aku percaya. Lagipun, kau ni bukan baik mana sangat pun. Bukan aku tak kenal kau, Zira. Tak banyak, sikit cerita kau ada dalam poket aku,” kata Jess sambil menepuk-nepuk poket seluar slacknya.

“Apa yang kau tahu?”

“Pasal kau selalu kena usung dengan lelaki-lelaki loaded dan sering bertukar-tukar jantan! Ingat aku tak tahu? Boleh aje kalau aku nak cerita pada Mr. El... ”

“Kau!!!” hanya itu yang mampu Zira katakan sambil menundingkan jarinya tepat ke muka Jess.

“Apa?!”

Zira mencerun memandang Jess sebelum berlalu pergi dengan pantas. Langkahnya dihentak-hentak, tanda protes. Geram! Marah bercampur pelik. Marah, sebab Jess seakan memperkecilkan diriya. Apa Jess ingat dia tidak mampu memiliki El. Ini Ziralah! Apa pun dia boleh lakukan. Pelik, mungkin kerana Jess tahu apa yang cuba dia lakukan pada El. Walaupun ada secebis rasa malu, dia tolak ke tepi. Egonya tidak memungkinkan dia kalah pada kata-kata berbaur ugutan dari Jess tadi. El tetap ingin dia miliki.

“Ingat, Zira! Jangan berani-berani ganggu orang kat dalam ni lagi.”

Zira hanya menoleh sedikit. Pantas pula dia menegakkan pandangan ke depan semula. Semakin deras langkah Zira mendengar itu. Berdetap detup bunyi tumit kasutnya berlaga dengan lantai mozek. Agak kuat. Tanda protesnya.

Previous: (BAB 19)
Next: (BAB 21)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin