BAB 12
PANDANGAN Que jadi terhalang oleh
kehadiran sekujur tubuh yang tiba-tiba berdiri tegak di depannya. Dengan kedua
belah tangan diselukkan ke dalam saku slack
hitamnya, berkemeja biru muda berbelang hitam halus, tanpa tali leher, lelaki
itu benar-benar mengganggu konsentrasinya yang sedang memerhatikan Kim buat
kerja. Berdiri hampir benar dengan tempat Que duduk menunggu. Betul-betul macam
tembok yang menghalang dirinya dari melihat dunia di sebelah sana. Kira tegap
dan gagahlah, kan? Dirinya mampu menghalang keseluruhan pandangan Que kala itu.
Que yang sedang duduk di sebuah
bangku kayu, mengalihkan pandangan ke sisi kiri, arah seberang jalan. Tangannya
tidak berhenti dari bermain dengan telefon bimbitnya yang memang dipegang dari
tadi lagi. Dipusing-pusingkan selaju mungkin. Mewakili ligatnya fikirannya
berfikir saat itu, mungkin.
“Come with me,” ujar lelaki
itu tiba-tiba.
Que mengerutkan kening. Biar benar?
Dia, ke? Pantas dia memanggung kepala kerana tadinya dia duduk sedikit
membongkok dengan kedua siku bertemu paha. Malas nak pandang ‘tembok’ yang
menghalang punya pasallah.
“Jom,” katanya lagi bila Que
terngadah menghadap wajahnya.
Patutlah segak, bos rupanya. Hmm....
“Nak pergi mana?”
Eh! Cemas ke ini? Apa kes tiba-tiba rasa gelabah semacam saja?
“Saya akan beritahu dalam kereta nanti.”
Hah?
“Tapi, motor...” ayatnya tergantung
di situ bila El lebih dahulu memotong.
“Dia cakap, tak akan siap hari ni. So,
you’ve no choice, Que. Cepatlah, nanti lambat.” Terangnya sambil menoleh ke
arah Kim sekilas, tanda dia sudah bertanya pada Kim tentang hal itu.
‘Hendak pergi mana, pula? Lambat ke,
cepat ke, apa aku kisah!’
“Kim???” Que masih tidak puas hati.
“Tak boleh siaplah, Que. Lu punya
motor ‘sakit teruk’ ni. Kena masuk ICU,” jawab Kim sambil berseloroh. Eh! Apek
ini, pandai buat lawak bodoh juga rupa-rupanya!
Tadi kata, cuma mahu tukar spring
dengan servis kaburator saja. Biar betul Kim ini. Karang, dia tekan
harga pula kalau bagi motor kesayangannya itu tinggal lama-lama dalam
‘hospital’ dia ini. Bukan boleh percaya sangat cakap Si Kim itu.
“See, I’ve told you,” ucap El
bersama senyum. Tanda kemenangan.
Menang sangatlah begitu! Apa dia
buat di sini? Tadi, bukan main lagi ‘basuh’ Que, sampai Que pun ‘hangin’
jugalah.
“Cepatlah... Apa lagi yang awak
termenung kat situ?” panggil El lagi bila Que masih juga tidak berganjak.
Minda, beri isyarat supaya dia
berfikir. Hati, kata jangan. Mulut, memang sudah terkunci. Dipandang Kim sekali
lagi. Lelaki itu hanya tersenyum. Sukar ditebak apakah reaksinya yang sebenar.
Akhirnya, Que bangun dan mengekori langkah El ke keretanya.
“Siap nanti callgua okey.”
Sempat lagi dia berpesan.
“Okey.” Sayup-sayup suara Kim
didengari kerana dia sudah pun jauh ke hadapan bengkel tersebut meningggalkan
Kim dan beberapa orang lagi pekerjanya yang masih juga tekun bekerja walaupun
jam sudah menghampiri lima petang.
**********
Di dalam kereta, masing-masing
mendiamkan diri. Sepi. Hanya sesekali alunan lagu dari pemain CD yang dipasang
oleh El, singgah menjadi halwa telinga. Selebihnya, baik Que mahu pun El, hanya
melayan rasa masing-masing. El tenang memandu. Que pula, lebih senang membuang
pandang ke luar, memerhati tumbuhan hijau di luar sana. Sejuk mata memadang.
Sejuk hati yang tadinya hampir terbakar jugalah di buat dek bos yang seorang
ini. Nasib baik masih mampu kawal diri. Mampu kawal hati. Mampu kuasai minda
agar kekal menjadi peneraju yang tidak memudaratkan diri. Di buatnya tadi dia
tiba-tiba bertukar jadi Que yang tidah berhemah, habislah El kena sembur balik.
Tapi, itulah dia, kan? Akal, kalau bisa
diladeni, pasti elok jadinya. Hati, kalau bisa dipujuk menjadi lembut, pasti
tidak melangkaui batas yang sepatutnya. Amarah dapat ditundukkan. Diri, kalau
mampu dikawal dan diladeni oleh akal yang waras serta dipujuk oleh hati yang
lembut, pasti tidak terjerumus ke puncak amarah yang keterlaluan. Marah yang
hanya sekadar melepas rasa, bukan membalas pihak di sebelah sana dengan
kata-kata yang tidak sepatutnya. Dia tersenyum. Sekurang-kurangnya, dia mampu
lakukan itu. Syukur alhamdulillah....
“Awak masih marah pada saya, ke?”
soalan pertama dari El setelah lebih setengah jam mereka diulit sepi.
Masih???
“Bila masa saya marah bos?” Que
bertanya balik sambil memandang El yang juga menoleh ke arahnya.
“Tadi tu bukan marah, ke?”
Tadi? Ek eleh dia ini...
“Bos rasa saya marah, ke?”
“Que, please answer me. Don’t
question me back.”
'Ada aku kisah?'
“Saya jawab dalam soalan...” Que
berjeda. "Bukan salah pun, kan?" sambungnya lagi, masih dalam bentuk
pertanyaan.
“Tapi, saya juga yang kena jawab balik.”
Que hanya angkat bahu. Mata
dihalakan ke hadapan dalam keadaan duduk yang santai. Menyandar tenang.
Seketika...
“Okey... Saya tak marah. Tak ada
sebab saya nak marah, kan? So, kita nak ke mana sebenarnya ni?” Que
mengalah.
Karang, kalau di layan perasaan
tidak puas hati yang tidak seberapa, memercik semula api sengsara. Eh! Silap.
Api amarah.
El mencarik senyum. Lama.
“Hmm...confirm tak marah.
Nada suara lembut aje. Tadi tu, lari tune agaknya, ya?” sengaja dia
mengusik.
“Mr. El, please answer me. Don’t
question me back.” Que memulangkan paku buah keras. Copyright
kata-kata El sebelum ini. Bukan hak cipta terpelihara pun, kan? Jadi, hendak
‘cedok’ pun tidak salah.
Lantas, El ketawa lepas. Galak.
Amboi! Que tenung sisi wajahnya dengan tajam. Kalau renungannya boleh tembus,
memang hendak bagi tembus. Biar berlubang wajah El. Biar hilang ketampanannya.
Ops! Apa kes, asyik terpuji dia saja pula?
“Nak pergi mana ni?” soal Que lagi
bila El masih juga bersisa tawa. Lawak sangat, ke?
“Hmm... Kita nak fitting
baju.”
Fitting what? Baju...apa? Untuk apa?
“Baju siapa?”
Sabar Que. Jangan sentap tidak tentu
pasal. Buruk padahnya.
“Awaklah.”
Hah? Aku? Untuk apa? Aduh! Boleh
mati terkejut, kalau selalu macam ini.
“Untuk apa?”
Sudah-sudahlah Que buat muka
terkejut macam itu! Hmm....
“Que... Awak lupa, ke? Kan saya dah
beritahu awak yang minggu depan
saya ada function.”
“Yalah, tapi apa kena mengena dengan
saya pula! Bos yang nak pergi function kenapa saya kena ukurbaju segala? Tak logik
betul.”
“Lupalah tu! Saya ada cakap kat awak
yang saya tak ada partner untuk malam tu, kan? Peraturan untuk malam tu, setiap yang pergi mesti bawa
pasangan.”
Ingat ini kes merpati dua sejoli,
ke? Siap mahu berpasang-pasangan segala. Tidak masuk dalam jiwa betullah!
Serabut!
“Ya... Yang tu saya ingat. Tapi...”
Que terhenti di situ, seakan memikir sesuatu. Mungkin cuba mengingati apa yang
mereka bualkan kelmarin.
“Saya nak awak teman sayalah malam
tu. Kalau tak, buat apa saya bagi tahu awak pasal semua tu.” El menerangkan
untuk beri Que ingatan tentang perbualan mereka kelmarin.
“Zira, kan ada. Dia kan, PA bos. Apa
pula saya yang kena temankan bos!” bidas Que kurang setuju.
Memang tidak setuju pun. Apa hal dia
pula yang kena jadi tukang teman. Dia mohon kerja jadi penghantar surat, bukan
peneman bos. Kerja dia bukan ‘full package’, hanya penghantar surat. Sesekali
kena buat kerja sebagai pekerja am.
Itu dia akur. Kes jadi peneman bos, mana ada buat perjanjian macam itu masa
minta kerja dulu. Tidak ada!
El pandang dia sekilas bersama
senyum.
“Kenapa? Awak takut ‘cair’ kalau
selalu ada dengan saya? Macam tu ke, Que?”
Eh! Suka hati dia saja hendak cakap
apa! Cair tidak cair. Ini kes lain. Lagipun ini tidak termasuk dalam bidang kerja dia pun. Dia kan,
penghantar surat saja. Apa hal sampai kena teman bos pergi function? Tiada
kaitan langsung.
“Bos ingat, saya ni coklat, ke?
Sikit-sikit cair.” Gumamnya agak perlahan. Sebenarnya lebih kepada bercakap
dengan diri sendiri.
“Yup! Semanis coklat. Good
quote. Kena dengan awak. Manis macam coklat. Tu yang rasa nak gigit je.”
Eh! Dia dengarlah. Isy! Ke situ
pula! Gigit jari sendirilah. Apa kes pula hendak gigit orang lain? Cis kek
betullah, dia ini!
“So, boleh ya, Que?”
Baru hendak minta persetujuan? Yang
hari itu, tidak mahu tanya betul-betul. Sabar sajalah...
“Kalau saya kata, tak boleh...”
“Saya potong gaji awak betul-betul.”
Que pandang El dari sisi. Tajam.
Tanda protes.
“Tak adilnya.”
“Apa pulak! Awak dah ‘tuang’ waktu
kerja, lebih dua jam dan saya cuma minta tolong awak temankan saya untuk function
tu saja sebagai gantinya. Kira, win win situation lah, kan? Awak tak
perlu di kenakan tindakan tata tertib dan saya dapat teman untuk malam tu.”
Tuang waktu kerja? Ingat ini zaman
sekolah macam ‘tuang kelas’ ke, apa?
“Memang tak adil.”
“Kenapa pulak? Saya hanya minta
tolong, Que. Takkan itu pun awak tidak boleh tolong. Bukan saya minta awak jadi
pasangan saya sampai ke bilik tidur. Hanya temankan saya di majlis tu aje.”
Cis tat betul! Ada ke sampai ke situ
dia fikir.
“Hmm... Okey. Tapi... Saya tak mahu fitting
baju segala,” jawab Que lambat-lambat. Persetujuan yang tidak berapa ikhlas
sebenarnya. Lebih kepada rasa terpaksa untuk buat keputusan itu.
“Habis tu, awak nak pakai baju apa?
Jean dan baju-T macam selalu? Jangan malukan saya, Que. Ni majlis besar.”
‘Sudah tahu majlis besar, kenapalah ajak aku juga? Sengal!’ rungutnya dalam
hati. Hanya dalam hati. Bukan takut untuk menyuarakan secara nyata. Tapi,
biarlah dia tanggung rasa tidak puas hati itu dahulu.
“Nanti saya fikirlah apa yang patut
saya pakai. Saya janji tak akan malukan bos nanti.”
El pantas geleng kepala.
“Okey, macam ni... Saya akan pilih
satu baju untuk awak pakai malam tu. Whatever I choose, you’ve to wear it
without objection.”
Eiii!!!! Banyak betullah ‘cekadak’
dia ini!
“But, on one condition please,”
rayu Que mohon simpati. Que buat muka ‘seposen’.
Hendak tergelak El melihat reaksi
wajah Que yang berkerut-kerut. Dia ini pun, lah hai! Memang saja mahu meraih
simpati.
“Apa dia, Que? Just say it. I'll
consider it,” lembut El bertanya.
Walaweh! Dia buat lagi. Bagi Que
rasa seperti di awang-awangan.
“Jangan pilih baju yang seksi. Saya
tak sanggup pakai.”
El gelak lagi.Tipikal Que. Itulah Que yang sebenarnya! Itu yang
dia suka.
“Accepted.”
Que senyum terpaksa. Setengah rela.
Kerja gila. Memang kerja gila. Apa kes yang dia tiba-tiba boleh tersetuju macam
itu saja. Parah sungguh! Memang cari bala namanya ini. Elok-elok dia boleh
berehat santai hujung minggu depan, sudah lari jadual jadinya. Sudah itu, kena
pula temankan bos. Kan kerja gila namanya! Macam mana dia harus bereaksi? Kena
ikut protokal, ke? Pegang sudu garpu macam mana? Sudu sup dan pencucui mulut, yang mana
satu? Aduh! Kena buat homework sebelum sampai masanya, jika begini.
Karang betul-betul dia malukan bos, habis gaji setahun kena potong. Hmm....
“So, nak pergi mana lepas ni?
Fitting baju, tak nak. Makan?”
Que hanya menggeleng.
“Balik.”
“Tak lapar.”
Que geleng kepala lagi. Sudah
memadai sebagai jawapan.
“Sure?”
“Ya. Balik.”
El tersenyum mendengar jawapan Que
itu. Dia sangat berhati-hati.
“Okey. I’ll send you home.”