Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Seluruh Cinta
kayrania
31/10/2018 02:27:12
29,990
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

Azman tenang melihat sawah padi yang menghijau di hadapan rumah sahabatnya. Hampir 3bulan dia disini, rasa mahu menetap terus. Suasana kampung yang sangat tenangdan aman begitu mendamaikan jiwanya. Ditambah pula dengan Jemaah masjid yang sangat baik menerima dia sebagai bekas banduan ini dengan hati yang terbuka membuatkan dirinya rasa sangat dihargai.

“Man aku nak ke pekan, kau nak ikut tak?”Azman berpaling pada sahabatnya.

“Taknak,kau pergilah.”Kamarudin terus berlalu pergi bila mendengar jawapan dari Azman.Persahabatan bermula dari dalam sel penjara, membuatkan mereka saling memahami dan saling menghulurkan pertolongan. Jika bukan sesama mereka yang menolong antara satu sama lain siapa lagi. Azman yang tidak mahu menyusahkan keluarga adiknya membawa diri ke kampung Kamarudin, dia tahu Kamarudin tinggal sendiri sebab itu dia ke mari.

Azman bangun dari pangkin, dia mencari pencakar sampah lalu menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Seumur hidup tak pernah dia buat kerja ini, dari duduk saja sekurang-kurangnya keluar juga peluh. Dia bercadang mahu berjualan nasi lemak,tapi khuatir cadangannya tidak dipersetujui oleh Kamarudin.

Azman mahu terus tinggal di kampung ini, bimbang jika dia kembali ke Kuala Lumpur akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Orang jahat seperti dia banyak musuh diluar sana, bukan keselamatan dia yang dibimbangkan tetapi keluarganya.Cukuplah selama ini dia menyusahkan mereka dan buatkan keluarganya hidup menderita,menjauhkan diri dari keluarga sendiri adalah jalan yang paling terbaik untuk dia.

Bunyi telefon didalam kocek seluar menghentikan kerja menyakar sampah. Tertera nama Syarif diskrin telefon, pantas panggilan itu dijawab.

“Assalammualaikum syarif ada hal apa pagi-pagi dah telefon?”

“Waalaikumussalam,abang sihat tak?”

“Alhamdulillah  sihat.”

“Abang..sayanak bagitahu Aisyah nazak dihospital. Kalau abang nak jumpa dia boleh datang hospital Kuala Lumpur sekarang.”

“Allahhuakbar!”

Zafril membantu Imani untuk lap badan ibu mereka. Keadaan Puan Aisyah kembali kritikal pagi ini membuatkan mereka sekeluarga bimbang dan sedih jika sesuatu berlaku.Kata doktor tadi bermain ditelinga Zafril. “Kami dah cuba yang termampu,kecederaan Puan Aisyah ditambah dengan masalah jantung yang dihidapinya membuatkan dia sangat lemah. Saya mintak tuan sekeluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan.”

“Maafkan Aril ibu, Aril menyesal berkasar dengan ibu. Aril ego, Aril hanya pentingkan diri sendiri. Jangan tinggalkan Aril, tolong ibu jangan tinggalkan Aril lagi.” Suasana hiba menyelubungi bilik itu. Zafril memeluk kuat ibunya yang koma tidak sedarkan diri. Semalam dia menanam impian untuk bahagiakan ibu, tapi hari ini jika Allah ambil semula ibu dia akan menyesal seumur hidup. Penyesalan yang akan dia bawa sampai mati.

“Abang kau kena kuat. Ibu sayang kau, dia faham kenapa kau menjauhkan diri dari dia.Dia tak pernah salahkan kau. Ibu cakap kau anak yang baik.” Pujukan Imran menambahkan lagi rasa bersalah Zafril. Air mata bagaikan empangan pecah. Rasa sedih ini terlalu sakit.

“Zafril sabar, ingat Allah. Semoga ada keajaiban yang berlaku, kita sama-sama doa.”

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam.”Semua mata terus memandang pada empunya badan yang memberi salam. Cuma Zafril masih tidak berganjak dari katil ibunya.

“Abang Azman, mari masuk. Bila sampai?”

“Baru saja. Boleh saya jumpa Aisyah?”

“Kau buat apa dekat sini? Untuk apa kau nak jumpa dia?” Keras suara Zafril sambil memandang tepat wajah Azman.

“Zafril kenapa cakap macam tu? Hormat sikit dengan siapa Zafril sedang bercakap ni?”Tuan Syarif menegur Zafril. Baginya Zafril sangat keterlaluan, walau apapundosa yang dia pernah buat itu urusan dia dengan Allah kita sebagai manusiatiada hak untuk menjatuhkan hukuman.

“Hormat?Lelaki macam ini tak patut dihormati. Kau lelaki paling jahat aku pernah jumpa.”Azman hanya diam menunduk. Pedih hatinya bila kata-kata itu keluar dari mulut anaknya sendiri. Sumpah dia tak menyimpan rasa marah langsung, dia layak dilayan begini.

“Ayah mintak maaf.”perlahan suara Azman.

“Ayah?Gelaran itu hanya untuk lelaki yang mulia. Oh ye kau ada buat salah dengan aku ke? Simpan je lah maaf dan ayah kau tu, aku tak ingin!”Zafril terus berlalu keluar dari bilik itu. Dia tak sanggup terus berada disitu, bimbang jika dia tidak dapat mengawal rasa amarah ini.

“Sabar Azman, dia masih marah.”

“Aku faham, boleh aku bercakap dengan Aisyah?”

“Pergilah,kami semua tunggu di luar.”Tuan syarif mengajak anak-anaknya keluar untuk memberi laluan kepada Azman. Bimbang jika mereka berada disini membuatkan Azman tidak selesa. Tuan Syarif langsung tidak menyimpan dendam, bagi dia itu kisah lama. Azman sudah pun dihukum didunia ini, di akhirat sana biar Allah yang tentukan.

“Aisyah sekali lagi aku mintak ampun dengan kau. Aku tak mampu untuk putar masa kembali. Aku tak mampu nak tebus salah aku pada kau. Aku cuma mampu mintak ampun dengan kau.” Sedang Azman berbicara dengan Aisyah tiba-tiba Aisyah sedar dan batuk. Azman terus berlari keluar.

“Syarif Aisyah dah sedar, panggil doktor cepat!”

Suasana yang tenang tadi menjadi kelam kabut, bila doktor dan jururawat berlari keluar masuk dari bilik Puan Aisyah. Mereka sekeluarga sudah tidak senang duduk.

“Saya mintak maaf, Puan Aisyah sudah tiada.” berita yang disampaikan doktor sangatmengejutkan mereka semua. Zafril sudah terduduk dilantai. Tuan Syarif kakinya terasa lembik untuk terus berdiri. ‘Allah benarkah apa yang aku dengar ini?Aisyah isteri abang.’ Imani dan Imran terus memeluk ayah mereka. Azman menghampiri Zafril dengan niat mahu memujuk anak lelakinya itu.

“Ingat Allah, kita semua akan kembali pada Dia.”

“Jangan pegang aku! aku haramkan tangan kau untuk pegang aku.” Tubuh Azman ditolak kuat. Entah syaitan apa yang merasuknya sampai sanggup berkasar dengan ayahnya sendiri.

Tolakan kuat Zafril buatkan tubuh Azman tersungkur jatuh.

“Zafril apa yang awak buat ni?Kenapa awak jadi macam ni?”Tengking Zahira bila semuanya berlaku didepan matanya sendiri. Dato’ Azhar bersama isteri dan anaknya baru saja sampai dari Johor dan mereka disajikan dengan drama yang menyakitkan hati.

“Takpe Zafril tak sengaja. Pakngah okay.”Azman bangun perlahan dibantu Dato’ Azhar.

“Saya sangkakan awak manusia yang paling baik dan beradab yang pernah saya kenal.Tapi hari ini sangkaan saya selama ini ternyata silap. Manusia mana yang tak pernah buat silap? Siapa awak nak buat dia macam tu tadi?”

“Mana ada anak perogol yang baik? Saya tak berminat nak bergaduh di saat saya baru sahaja kehilangan ibu yang tersayang. Pergilah bawak keluarga kau yang baik ni balik.”

Geram sungguh Zahira mendengar tutur kata Zafril, tapi bila dia tahu yang Puan Aisyah sudah tiada hatinya dipagut simpati. Melihatkan Bapa saudaranya menangis hatinya semakin pilu, entah sampai bila dendam, rasa marah ini akan berakhir.

“Saya sedar saya ni tak layak nak tegur dan nasihatkan awak. Cuma saya tak nak awak menyesal macam mana awak rasa menyesal seperti sekarang.” Zahira terus berlalu mendapatkan bapa saudara bersama dengan ibu dan ayahnya. Tidak mahu terus lama berada dihadapan lelaki yang sudah lain benar sikapnya. Zafril seperti orang lain, namun jauh disudut hatinya dia berdoa semoga Zafril akan berubah dan membuang semua rasa dendam dan marah yang bersarang dalam hatinya.

“Ayah..Su ada, kita sama-sama doa semoga Allah lembutkan hati abang Zafril untuk terima ayah.”Suhaila memeluk erat tubuh kurus ayahnya. Dia juga menyaksikan apa yang terjadi antara ayah dan Zafril juga pergaduhan mulut dengan Zahira. Jika ikut emosi marah dia juga mahu tolak Zafril, biar dia rasakan tapi bila mengenangkan emosi Zafril yang tak stabil buatkan dia hanya diam memerhati. Dia tahu Zafril seorang lelaki dan anak yang baik. Cuma dia rasa kecewa dan amarahnya masih bersisa membuatkan dia jadi begitu. Kalau dia ditempat Zafril mungkin lagi teruk dia akan buat. Sekarang cuma masa yang akan pulihkan keadaan ini.

 

Sejak pemergian ibunya dua bulan lalu, Zafril bukan lagi seperti Zafril yang dulu. Dia sudah berhenti kerja di Johor dan sekarang telah bekerja dengan ayah tirinya diKuala Lumpur. Dia banyak menyendiri, pergi kerja pagi balik malam bila cuti hanya terperap dalam bilik. Makan minumnya tidak menentu, luaran nampak dia okay tapi dalaman dia sedang menanggung sakit. Sakit rasa bersalah kepada ibu kandungnya sendiri.

“Aril boleh abah masuk?”Zafril yang sedang melihat gambar ibunya cepat menyorokkan gambar itu dibawah bantal. Malu kalau ayah tirinya nampak.

“Masuklah abah, ada apa-apa yang Aril boleh tolong?”

“Dah 2 bulan ibu pergi. Ibu adalah isteri yang baik juga ibu yang baik. Dia sayangkan Aril, dia pernah nak bawak Aril tinggal dengan kami, tapi nenek melarang. Nenek terlalu sayangkan Aril, dia bimbang ibu tak mampu jaga Aril. Setiap malam ibu menangis rindukan Aril, ibu tak pernah bagitahu abah dia rindu Aril. Tapi gambar dan baju ini bukti yang dia rindukan Aril, setiap malam sebelum tidur dia akan cium dulu.” Air mata Zafril tumpah. Allah, betapa besarnya dosa aku pada ibu. Aku telah salah sangka dengan ibu selama ini.

“Masa abah kahwin dengan ibu, setiap malam ibu akan menjerit dalam tidur. Bertahun ibu melawan trauma itu. Abah bawa ibu jumpa pakar, ibu hanya bertenang bila makan ubat jika tidak sakitnya akan datang. Tapi sejak Zafril datang semula dalam hidup ibu dan maafkan ibu, abah nampak perubahan ibu. Dia dah tak perlukan ubat untuk menenangkan dia. Dia hanya perlukan Aril untuk tenangkan jiwa dia.” Tuan Syarif diam menahan sebak. Rindunya dia pada arwah isteri. Rindu yang tiada penghujung.

“Maafkan Aril abah. Kalaulah Aril tahu Aril tak akan berkasar dengan ibu. Ampunkan Aril ibu.”

“Aril tak salah, ibu tak pernah salahkan Aril. Abah juga. Ibu juga sudah maafkan ayah Azman. Dulu ibu pun berdendam dengan Azman, tapi bila ibu melihat kesungguhan Azman yang sudah berubah kembali kepangkal jalan buatkan ibu dengan berlapang dada memaafkan dia. Kata ibu, dia sudah maafkan Azman, urusan yang lain-lain biarlah Allah yang tentukan. Kita doakan semoga ibu ditempatkan dikalangan orang yang beriman.”

“Macam mana Aril nak tebus semua salah Aril pada ibu abah?”soal Zafril sambil teresak-esak.

“Selalu sedekahkan al fatihah untuk ibu, sentiasa doakan ibu. Doa seorang anak akan membantu kedua orang tuanya disana. Suatu hari nanti kita semua juga akan menyusul ibu, semoga kita sekeluarga akan bersatu semula dekat sana. Kita kena redha ibu yang pergi dulu."

“Terima kasih abah. Terima kasih sebab jaga ibu selama ini. Terima kasih terima Aril macam anak abah kandung abah sendiri."

"Sampai abah mati, Aril anak abah." Zafril memeluk erat tubuh ayah tirinya. Dia menangis hiba, beruntungnya dia dikelilingi insan yang begitu ikhlas sayangkan dia. Ego dan dendam yang dibawa selama ini langsung tak berguna, ego dan dendam itu telah buatkan dia kehilangan insan-insan yang dia paling sayang dalam dunia ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania