Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 26

Buat kedua kalinya Zahira putus tunang, eh bukan yang kali pertama tu tak sempat bertunang pun lagi. Hmm..Zahira mengeluh kasar. Sudah dua hari dia tidak ke pejabat, tiada perasaan untuk membuat kerja dan yang paling penting dia tak mahu bersua wajah dengan Arif mahupun Zafril. Kedua-dua lelaki itu membuatkan nafasnya sesak. Telefon juga dia sudah matikan, dia memang tidak mahu diganggu langsung. Kalaulah dia boleh lupakan semuanya alangkah bagus, tak perlu menyendiri seperti ini dan tak perlu berpura-pura kuat seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku.

“Ika Cik Zahira tak sihat ke?”soal Zafril selepas tamat mesyuarat. Sepatutnya mesyuarat ini diketuai Zahira tapi Zulaikha yang mengganti tempatnya.

“Itulah semua orang cari dia, sampai Dato’ pun call sini tanya mana Cik Ira. Cik Ira cuma whatsapp saya malam tadi maklumkan minggu ni dia tak masuk pejabat. Bila saya reply dia tak seen pun. Saya call masuk voice mail.” Panjang Zulaikha bercerita sebab semua orang tanyakan padanya tentang kehilangan Zahira secara tiba-tiba.

“Ika tahu dia tinggal dekat mana? Jangan salah faham pulak. Abang cuma risaukan dia.”  Zulaikha tersenyum kecil. Dia sudah tahu apa hubungan Abang Zafril dengan bosnya, semuanya Abang Zul dah ceritakan. Kalaulah dia boleh bantu untuk satukan semula Abang Zafril dengan Cik Zahira pasti dia akan buat.

“Kebetulan habis kerja ni memang Ika nak pergi rumah Cik Ira atas arahan Dato’. So bolehlah abang ikut sekali, Encik Kamal tak ikut sekali?” Zulaikha sengih tayang gigi. Kamal tayang muka terkejut, tak sangka dia dipelawa oleh gadis kecil molek yang selalu singgah dalam mimpinya.

“Ha kalau macam tu jom lah tunggu apa lagi.” Zafril terus meluru keluar. Zulaikha dan Kamal masih berpandangan sesama sendiri, tersengih-sengih keduanya.

“Wei takkan nak bercinta masa ni!” jerkahan Zafril mematikan sengihan mereka. Kamal dan Zulaikha terus bergegas mengejar Zafril yang sudah berada didalam perut lif.

 

 

 

Sudah berpuluh kali salam diberi namun tiada sahutan. Tangan pun dah sakit mengetuk pintu, telefon pun tak berangkat. Zafril sudah gelisah, bimbang perkara buruk telah menimpa gadis kesayangannya.

“Kau nak buat apa dengan batu bata tu?” soal Kamal apabila melihat Zafril mengambil bata yang menjadi pelapik pasu bunga.

“Aku nak pecahkan tombol pintu ni, aku risau dia pengsan dekat dalam.” Tanpa menunggu jawapan Kamal, tombol pintu terus dihentak. Dengan tiga kali hentakan tombol pintu berkecai. Zafril terus meluru masuk diikuti Kamal dan Zulaikha.Sangkaan Zafril tepat sekali bila melihat sekujur tubuh Zahira terbaring di tepi katil.

“Ya Allah cik Ira! Kita kena cepat bawak dia ke hospital, jom cepat.” Zafril terus mencempung tubuh Zahira. Namun dia perasan yang pakaian Zahira tidak menutup aurat.

“Ika tolong carikan sweater dan tudung Zahira, cepat!”

 

Sungguh Zafril rasa sangat bersalah, dia tahu sebab dia Zahira jadi macam ni. Kata doktor Zahira sangat tertekan, tekanan darah rendah dan tiada tenaga buatkan Zahira pengsan. ‘Ira kenapa awak seksa diri awak sebab orang lain.’ Zafril meraup wajahnya. Saya tak tahu apa patut saya buat untuk tebus semua salah saya pada awak. Sudikah lagi awak terima saya untuk jadi suami awak.

“Assalammualaikum ye Im, kenapa call abang ni?”

“Abang kena balik KL sekarang, ibu kritikal jatuh bilik air.” Allahhuakbar. Mendengar saja perkhabaran itu Zafril terus terduduk. Tadi Zahira sekarang ibu, Allah adakah ini hukuman untuk aku kerana telah melukakan hati mereka?

“Zafril kau okay tak ni? InsyaAllah keadaan Zahira akan baik nanti, kau janganlah macamni.” Kamal dan zulaikha yang baru selesai makan terkejut melihat keadaan Zafril terduduk menangis di tepi katil Zahira. Mereka cuma terfikir mungkin keadaan Zahira yang buatkan Zafril begitu sedih sekali.

“Ibu aku…aku kena balik KL, tolong aku tengokkan Zahira.”

“Kenapa dengan ibu kau?”

“Kritikal jatuh bilik air, aku pergi dulu.” Zafril terus bergegas keluar, sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur air mata menjadi temannya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya saat ini. ‘Kenapa kau kejam dengan ibu yang kandungkan kau selama ni? kenapa Zafril? Sekarang kenapa kau menangis? Bukan ini yang kau nak?Kau benci dia kan? Sekarang puas lah hati kau!’

“Ya Allah Kau selamatkanlah kedua-dua wanita yang paling aku sayang didunia ini.Berikan aku peluang sekali lagi untuk aku bahagiakan mereka berdua.” Doa itu tak pernah putus bermain dibibirnya. Kereta Range Rover Zafril terus membelah malam, rasa seperti mahu terbang sekarang mendapatkan ibunya.

 

Melihat keadaan ibu yang terbaring lemah dengan kepala berbalut kain putih dan wayar yang berselirat di tubuh ibu, Zafril tahu keadaan ibu masih membimbangkan,walaupun kata doktor tadi ibunya sudah stabil tapi dia tetap bimbang.

“Abang Aril jomlah kita balik rumah dulu, malam ini Imani dengan abah jaga ibu.”Ajakan Imran langsung tidak menarik perhatiannya. Dalam fikiran dia sekarang cuma ibu dan Zahira. Dua insan yang paling dia sayang sedang menanggung sakit.Takut dia untuk kehilangan ibu sekali lagi dan hilang yang mungkin takkan kembali dan takkan ada pengganti lagi.

“Aril balik bersihkan diri dulu, Aril dari Johor tentu penat. Esok datang semula.”Kali ini Tuan Syarif pula bersuara. Dari raut wajah anaknya itu dia tahu Zafril sangat bimbangkan keadaan Puan Aisyah. Kalaulah Aisyah tahu betapa risaunyaZafril pada dia tentu dia sangat gembira. Betullah Allah akan mengirimkan ujian beserta dengan hikmahnya.

“Kalau Aril nak bermalam dekat sini boleh? Tolong berikan Aril peluang untuk jaga ibu.” Suara Zafril sebak menahan tangis.

“Sabar,doakan ibu cepat sembuh. Kalau itu yang Aril nak takpelah. Abah dengan Imran balik dulu, esok pagi kami datang semula.”

“Terimakasih abah, Aril mintak maaf pada abah atas kekasaran Aril selama ni.”

“Tak Aril tak pernah berkasar dengan abah. Aril anak yang baik, sangat baik. Ibu pasti gembira tengok Aril ada dekat sini.” Tubuh Zafril dipeluk erat, walaupun anak ini cuma sekadar anak tiri tapi dia tak pernah menganggap begitu. Zafril anak yang sangat dahagakan kasih sayang, dia faham kenapa sebelum ini Zafril berkasar dan dingin dengan mereka semua selama ini.

Malam itu Zafril buat solat Hajat, dia mohon pada Allah semoga Ibu dan Zahira kembali sihat seperti dulu. Dia berjanji dengan dirinya sendiri selepas ini dia akan jaga hati kedua-duanya, takkan dia biarkan mereka menangis kerana dia lagi.

“Abang tidurlah atas sofa, adik okay tidur atas kerusi. Bukan apa takut nanti kalau ibu sedar adik sedap pulak tidur.”Imani bangun dari sofa bila Zafril masuk kebilik itu.

“Imani tidur je atas sofa, malam ni biar abang tidur atas kerusi jaga ibu. Abang dah lama teringin nak buat semua ni.” Inilah impiannya dari kecil mahu tidur disebelah ibu, mahu ada disisi ibu ketika dia sedang sakit. Dan impian itu akan menjadi kenyataan malam ini.

“Okay abang, Imani tidur dulu kalau ada apa-apa kejut je tau.”

“Yelah. Jangan kuat sangat berdengkur.”

“Ish abang Aril ni, sempat lagi. Oklah, selamat malam.” Zafril tersenyum senang, beruntung ibu punya anak sebaik dan secantik Imani. Seorang gadis yang sangat bersopan santun pada pandangan matanya.

Zafril menghampiri ibunya lalu dahi ibu dikucup penuh kasih. ‘Maafkan Aril ibu, mulai saat ini Aril akan jaga ibu sebaik mungkin. Ibu cepat bangun, Aril nak peluk ibu kuat-kuat.’ Surah Yassin dibuka dan dibaca perlahan, semoga ibu dan Zahira segera sembuh. Walaupun Zahira jauh di Johor Bahru tapi doa dan ingatannya tak pernah jauh.

 

Pagi itu Zahira baru sedar diri, tapi dia masih tertanya-tanya macam mana dia boleh berada di hospital. Seluruh badannya masih terasa lemah dan sakit. Zahira mahu ke tandas, dia cuba untuk bangun tapi dia tak mampu.

“Eh cik Ira dah bangun? Cik Ira okay tak ni?”soal Zulaikha yang baru sampai.

“Saya nak ke tandas boleh pimpinkan?”

“Boleh,meh saya tolong.” Mujur Zulaikha datang tepat pada masanya, kalau tidak tak tahulah apa jadi. Mungkin dia terkencing atas katil, oh tidak mungkin!

“Kenapa Cik Ira tak bagitahu saya yang Cik Ira sakit? Dato’ berapa kali call saya tanya. Mujur Encik Zafril ada, dia lah jadi hero selamatkan Cik Ira semalam.”

“Hero selamatkan saya? Apa yang dah jadi dengan saya?”soal Zahira lurus.

“Cik Ira pengsan sorang diri dalam rumah, Encik Zafril pecahkan pintu nak selamatkan Cik.” Begitu bersemangat Zulaikha bercerita. Masih terbayang lagi betapa risaunya Abang Zafril melihat Cik Zahira pengsan semalam. Kalau boleh rekod video dah lama dia buat.

“Lepastu habis lah rosak pintu rumah saya? Siapa nak repair nanti?”soal Zahira sengaja mahu menukar topik.

“Pintu rumah yang Cik Ira risaukan? Hmm, Cik Ira nak makan tak? Dato’ dan Datin dalam perjalanan ke sini.”

“Kenapa awak bagitahu dia orang?”

“Bukan saya yang bagitahu, tapi Encik Zafril.” Zahira bertambah bengang, pandai-pandai dia je bagitahu mama dengan papa.

“Mana dia?”

“Siapa?”

“Zulaikha awak tahu saya maksudkan siapa”

“Maaf Cik, malam tadi encik Zafril dapat panggilan dari KL bagitahu mak dia jatuh bilik air dan kritikal. Dia mintak maaf tak dapat jaga Cik dekat sini.”

“Kritikal?Allahhuakbar.”

 

Previous: Bab25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania