Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab23/1

Alhamdulillah pembedahan berjalanlancar, Azman sudah sedarkan diri. Cuma Zafril masih lagi koma. Kata doktorkesan ubat yang membuatkan Zafril masih belum sedarkan diri. Semua orang tidaksabar menanti Zafril membuka mata. Sahabat baiknya Zulkifli dan Kamal jugasetia menanti sejak semalam lagi.

“Aril…Ya Allah Alhamdulillah Arildah sedar.” Puan Aisyah mencium dahi anaknya. Airmata kegembiraan tumpah jatuhke dahi Zafril.

“Ibu sayang Aril, syukur Aril dahsedar. Tengok semua orang ada disini, semua ini keluarga Aril.” Zafril masihterpinga-pinga, dia masih mamai. Setiap satu wajah didalam bilik itu dipandangpenuh kehairanan.

“Kenapa ramai sangat?Apa yang dahjadi?” soal Zafril bingung.

“Abang tenang ok, semalam abangbaru saja selesai pembedahan. Alhamdulillah ada penderma yang sesuai buahpinggangnya dengan abang.” Imran cuba menenangkan Zafril yang nampak kelirudengan keadaannya sekarang.

“Semua ni siapa?” soal Zafril lagi.

“Abang, ni kan ibu, abah, Imani,Suhaila, Uncle Azhar, Auntie Ainul dan Zahira. Abang tak ingat ke ni kan semuakeluarga abang?” Imran mula cuak bila melihat reaksi Zafril seperti tidakmengenali mereka semua. Puan Aisyah dihadapannya kembali menangis.

“Aku takde keluarga, tolong keluarsemua. Tolong aku nak rehat.” Kata-kata Zafril menyentap hati semua orang yangberada disitu, tambah lagi Puan Aisyah.

“Aril ni ibu, kenapa Aril jadimacam ni?” Puan Aisyah memegang tangan Zafril.

“Saya nak rehat, tolong jangankacau saya.”

“Ibu jom kita keluar dulu, biarabang rehat ye.” Imran memujuk ibunya, dia bimbang jika berkeras dengan Zafrildia akan bertindak di luar kawalan nanti. Zafril terus memejamkan matanya. Diabukan lagi Zafril yang dulu, yang lemah lembut yang hormat orang tua. Bukanniat mahu membuang ibu serta keluarga sendiri. Tapi inilah yang terbaik buatmasa ini.

Sudah seminggu Zafril dihospital,tahap kebosanannya sudah sampai tahap paling maksimum. Sudah habis semuamajalah yang dibeli oleh Zul dia baca. Selalu masa macam ni akan ada yangdatang melawat, tapi sekarang sunyi je. Mungkin dah bosan nak memujukataupun  dah letih nak berlakon pura-purasayang tapi hakikatnya terpaksa dan dipaksa.

“Asalammualaikum, anak ibu sihat kehari ini? Kenapa monyok je muka tu? Marah ibu lambat ke? Ibu mintak maaf sebabibu ada hal dekat rumah tadi. Aril dah makan?” soalan ibunya dibiarkan sepitanpa jawapan. Dia mengambil remote televisyen lalu butang on ditekan. Diatidak berminat untuk menjawab pertanyaan ibunya. Hatinya masih kecewa danmarah. Dia tahu betapa besarnya dosa dia kerana berdendam dengan ibu sendiri,tapi untuk merawat hati yang terluka ini, dia perlukan masa dan ruang.

“Aril kenapa Aril layan ibu macamni? Ibu mintak ampun pada Aril tolongkan ampunkan ibu. Jangan buat ibu macamorang asing, Aril jangan benci ibu, jangan buang keluarga Aril.” Suara PuanAisyah sebak. Sudah seminggu Zafril dingin dengannya. Langsung tak mahubercakap malah memandang mukanya pun dia tak mahu.

“Assalammulaikum Zafril, eh Auntiepun ada. Maaf Ira menganggu, saya keluar dulu dan ini bunga untuk awak.” Zahiramenghadiahkan senyuman paling ikhlas untuk Zafril sambil menghulurkan sejambakbunga kepada Zafril. Namun huluran bunganya tidak bersambut. Muka Zafril sangattegang sekarang membuatkan Zahira cuak.

“Anak perogol macam saya ni manaada keluarga. Keluarga saya cuma nenek dan atuk. Ibu sendiri buang saya. Nibuah pinggang ni siapa yang pandai-pandai cari dan dermakan? Saya tak perlukanlah semua ni. Ni bunga berlambak-lambak menyemak tau tak? Semua orang pergimampus lah! Aku benci! Aku nak mati! Aku tak nak hidup!”

“Ya Allah Aril, bawak mengucap.Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?”

“Keluar semua! Aku nak mati aku taknak hidup!” Zahira terus berlari memanggil nurse. Keadaan Zafril sudah tidakterkawal. Zafril akhirnya diberikan bius penenang.

“Saya minta buat masa ni janganterlalu ramai datang melawat dia. Pesakit masih belum stabil saya bimbang iniakan menganggu proses untuk pemulihan dan proses untuk badannya menerima buahpinggang yang baru itu. Maafkan saya.”

Puan Aisyah masih menangismengenangkan peristiwa yang berlaku tadi, dia seperti tidak kenal siapa Zafril.Sikapnya 100 peratus berubah, Zafril seperti berdendam dengan ibunya sendiri.Dia seperti mahu ibunya rasa apa yang dia rasa selama ini, hidup dibuang ibusendiri dan sekarang ibunya pula hidup dibuang anak sendiri.

Azman pula sejak dia sudah pulihsepenuhnya dia terus membawa diri. Katanya mahu mencari ilmu agama, oleh yangdemikian Dato’ Azhar tidak menghalang niat baiknya itu. Azman tahu Zafril pastitidak mahu berjumpa dengan dia. InsyaAllah akan tiba juga masa yang akanmenyatukan kembali dia dan anaknya Zafril.

Aisyah mendoakan anaknya dari jauh.Cuma Imran dan Imani yang masih setia mengunjungi abangnya. Zahira pula masihlagi setia mengirimkan bunga setiap hari. Hanya sekuntum bunga ros setiap hari.Suatu hari Zahira ke hospital melawat Zafril. Sangkanya Zafril sudah stabil.Tapi sangkaanya meleset, Zafril masih belum berubah.

“Berapa kali saya nak cakap yang sayatak perlukan bunga awak. Bagi pada orang lain, dan tak payah susahkan diri awaklagi untuk datang jumpa saya. Saya tak nak ada kaitan dengan keluarga awaklagi. Tolong jangan muncul lagi didepan saya.” Zahira masih cuba mengawal tahapkemarahannya. Ikutkan hati nak saja dia cepuk muka mamat handsome yang tengahterbaring ni. Tengah sakit pun mulut tu wow sangat, macam nenek puaka!

“Darah yang mengalir dalam badanawak tetap ada kaitan dengan darah dalam badan saya ni. Kalau awak dah bencisangat dengan semua orang saya syorkan lepas awak keluar wad ni cepat-cepat lapindah ke tempat lain. Awak tahu dekat mana tempat yang paling sesuai untukawak? tu..kat planet marikh tak pun pluto dekat sana ramai sedara mara awak.”

Merah padam muka Zafril, nampaknyaZahira sengaja mahu cari gaduh dengan dia. Zahira ketawa lucu mengenangkan mukaZafril merah menahan marah tadi. “Padan muka belagak sangat. Aku boleh hiduplahtanpa kau.” Malas untuk berlama lagi disitu dia terus berlalu pergi denganmenanam azam dia tak akan ganggu lagi hidup manusia bernama Zafril Abdullah.Bagi Zahira kisah cintanya dengan Zafril tamat disini, tiada jodoh lagidiantara mereka.

Previous: Bab22/2
Next: Bab23/2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania