Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab21/2

Terasa berat kakinya untuk melangkah keluar dari tempat yang telah sedarkan dia yang hidup ini hanya pinjaman dan dia hanya seorang pelakon yang melakonkan watak yang telah ditentukan oleh Pengarahnya. Manusia memang mudah dan selalu lupa dengan keseronokan dunia. Dia seperti tidak mahu keluar dari penjara ini. Dia mahu menghabiskan sisa hidupnya disini, dia bimbang jika dunia luar yang telah berpuluh tahun dia tinggalkan akan kembali buatkan dia lalai. Tapi dalam masa yang sama dia mahu tebus semula semua kesilapan dan dosa yang telah dia lakukan. Terutama kepada Aisyah, Zafril, isteri dan anaknya.

“Abang jom kita balik.” Ajakan Azhar mengembalikan Azman kepada realiti.

“Balik kampung?” soal Azman teruja.

“Bukan, kita balik rumah saya.Anggap saja itu rumah abang jugak.”

“Tapi…”

“Tak payah tapi-tapi. Jom kita balik.” Azhar terus mengambil beg pakaian dari tangan Azman dan menuju ke kereta. Azman dengan berat hati terpaksa mengikut Azhar pulang ke rumahnya. Dia janji yang dia takkan tinggal lama disana.

 

 

 

Zahira kerja terlalu kuat, sampai dia lupa menjaga kesihatannya. Akhirnya sudah 2 hari dia terbaring di atas katil, dan hari ini dia mengalah meminta bantuan setiausahanya untuk membawa dia ke klinik.

“Abang Zafril kan? Abang buat apa dekat sini?” tegur Zulaika bila melihat Zafril yang baru keluar dari bilik rawatan.

“Eh Zulaika, ya Allah macam mana boleh jumpa dekat sini. Abang baru tukar kerja dekat sini. Zulaika pulak?”

“Ika memang dah lama kerja sini. Abang demam jugak ke?”

“Haah demam sikit. Ika tak sihat ke teman orang?”

“Teman orang. Ini siapa? Bakal isteri ke?” soal Zulaika slumber. Zafril cuma sekadar tersenyum memandang Suhaila.

“Zulaika jom kita balik.” Suara itu buatkan Zafril terpaku. Dia sangat kenal suara itu.

“Abang kenalkan ni bos Ika, Cik Zahira.Cik ini kawan abang saya Zafril.”

“Hai.” Zafril berlagak tenang. Cuba menyembunyikan rahsia hati. Allah rindunya aku pada dia. Ikutkan hati mahu saja dia luahkan semua rasa ini pada tuan badan dihadapannya sekarang. Tapi dia sedar diri, dia perlu pergi jauh dari empunya nama Zahira.

Zahira pula kaku disitu, melihat Zafril hatinya melonjak gembira tetapi bila terpandangkan wanita disebelah Zafril menyakitkan hatinya. Mungkinkah Zafril bersama dengan Suhailasekarang?Macam mana dengan Imran?

“Jom Zulaika saya penat kita balik sekarang.” Tanpa sebarang kata, Zahira terus berlalu pergi. Hatinya terluka melihat Zafril disisi Suhaila. Susahnya untuk melupakan lelaki sebaik Zafril.Allah bantu aku untuk terus padam namanya dalam hati ini. Aku sayangkan dia,aku sayang dia..Air mata diseka laju bila Zulaika melabuhkan punggung ditempat duduk pemandu.

“Abang Zafril? are you okay?”

“No im not okay.” Zafril meraup wajahnya yang sugul. Semakin aku lari dia semakin dekat dengan aku. Zahira saya rindukan awak. Kenapa semua ini terjadi pada kita?

Pulang dari hospital Zafril hanya terperap dibilik, dia dengan keadaan kesihatannya ditambah pula pertemuan dengan Zahira tadi. Sakit rasanya untuk melupakan orang yang kita sayang, lemah seluruh jiwa untuk terus bangun dan meneruskan hidup seperti tiada apa yang pernah dan sedang berlaku.

Keputusan ujian Imran, Imani dan Suhaila untuk menderma buah pinggang kepada Zafril gagal. Imran terpaksa menghubungi ibu mereka dan minta datang segera ke Johor kerana kesihatan Zafril sangat tidak menggalakkan.

“Kenapa Aril rahsiakan semua ni dari ibu?”

“Sejak saya wujud dalam Rahim ibu, saya tak pernah senangkan hidup ibu. Jadi tak perlulah ibu susah hati dan sedih dengan keadaan saya sekarang. Ibu patut bersyukur sebab tak lama lagi anak luar nikah ni akan mati."

“Ya Allah Aril! Ampunkan ibu, ibu tak sengaja. Jangan buat ibu macam ni.” Puan Aisyah menangis hiba disisi Zafril. Dia tahu anaknya tersangat kecewa dengan apa yang dia cakap tempoh hari.

“Ibu baliklah, jangan risaukan saya.” Zafril menarik tangannya dari genggaman Puan Aisyah. Zafril benar-benar berjauh hati kali ini. Jika sebelum ini dia tidak pernah mendengar dengan telinganya sendiri yang ibu bencikan dia, tapi kejadian yang berlaku tempoh hari takkan dia lupa. Bukan dia tak sayang, bukan dia tak rindu tapi dia tak mahu ibu terus terseksa dan menderita sebab dia. Mungkin bila dia dah tiada diatas muka bumi ini baru ibunya akan hidup dengan tenang.

Tuan Syarif membawa isterinya keluar, dia juga bimbang tentang kesihatan isterinya akhir-akhir ini yang sering sakit. “Abang apa patut kita buat? Saya tak sanggup tengok Aril sakit macam tu. Saya bagi buah pinggang saya pada dia abang.”

“Sabar Aisyah. Kesihatan awak tak mengizinkan untuk awak menjadi penderma. Kalau saya bagi cadangan ini awak jangan marah.”

“Apa dia cakap lah.”

“Kita mintak tolong Azhar dan Azman.”

“Saya takkan izinkan.”

“Ini saja jalan yang kita ada. Awak dengarkan doktor cakap jika lambat nyawa Zafril akan melayang. Buang dendam awak demi Zafril.”

Previous: Bab21/1
Next: Bab22/1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania