Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 13

Selesai solat isyak Suhaila membaca al-quran walaupun masih merangkak bacaannya namun takkan pernah memamtahkan semangat Suhaila untuk belajar membacanya. Zaman teknologi serba canggih ini kita boleh belajar membaca al-quran menggunakan al-quran digital. Namun setiap pagi ahad Suhaila tetap menggunakan khidmat seorang ustazah untuk mengajar dia membaca al-quran. Sangat berbeza belajar dengan guru di alam realiti nak dibandingkan dengan guru di alam maya. 

“Sadaqallhula’zim.” Al-quran digital kesayangannya ditutup lalu disimpan elok di atas meja bacaan. Telekung yang menutupi seluruh badan dibuka, lalu dilipat dan digantung. Suhaila merebahkan badan yang kepenatan diatas tilam akibat seharian bekerja di tapak projek. Rasa macam lepasni nak mintak pada papa untuk tukarkan dia ke jabatan sumber manusia, tak perlu lagi dia berpanasan ditapak projek macam siang tadi. Dengan cuaca panas membahang, benar-benar menguji fizikal dan rohani Suhaila. Dalam dia membebel tangan mencapai telefon bimbit yang menjerit nyaring minta diangkat. “Siapa pulak yang call malam-malam ini?” 

“Saya mintak maaf Imran, saya dah malas nak fikir tentang cinta semua ini. Fokus saya sekarang pada kerja dan mak ayah saya. Tolonglah faham.” Suhaila naik rimas bila Imran sering mendesak dia untuk kembali bersama. Memang Suhaila senang dengan perubahan Imran, tapi hati dia belum yakin yang Imran telah berubah sepenuhnya. Dia takut jadi mangsa panas baran Imran lagi. 

“Saya tahu dulu saya jahat pada awak. Saya dayus sebab pukul awak. Tolong maafkan saya Su, beri saya peluang kedua untuk tebus balik semua kesalahan yang saya dah buat pada awak.” Suhaila mendengus kasar bila sekali lagi Imran memujuk rayunya. Sejak mereka bertemu semula atas urusan perniagaan tempoh hari, Imran tak pernah jemu menghubungi dia. Bukan sekadar itu, setiap hari dia akan menerima sejambak bunga ros dengan bermacam kata pujukan. Entah sampai bila lelaki ini mampu bertahan memujuk hatinya.

“Saya tak akan pernah jemu memujuk hati awak. Saya cuma akan berhenti setelah saya yakin ada lelaki lain dalam hati dan hidup awak.” Imran sangat yakin yang hati Suhaila masih pada dia. Keyakinan Imran ini muncul bila dia tahu yang abangnya Zafril sedang hangat bercinta dengan Zahira. Zafril juga ada bagitahu yang Suhaila pernah berharap agar dia berubah menjadi lelaki yang baik.

“Saya sendiri tak yakin dengan hati saya.” Suasana sepi tiba-tiba. Suhaila menjeruk rasa saat ini. Hati ini kuat mengatakan yang dia sayangkan Imran, tapi dia tak yakin dengan hati ini. Dia bimbang jika terluka lagi, dia pasti kalau hati ini terluka lagi pasti sukar untuk diubati. 

“Hujung minggu ini saya akan hantar rombongan meminang. Sayang saya pada awak tak pernah berubah. Malah rasa sayang itu makin bertambah. Yakin kan hati awak yang saya akan bahagiakan awak dan kita sama-sama berpimpin tangan untuk menjadi hamba DIA yang lebih baik.” Talian telefon terus dimatikan. Suhaila terdiam, betul ke apa yang aku dengar tadi? Betul ke yang cakap tadi Imran? Selama mereka berkawan dan berkasih inilah kali pertama Imran mengeluarkan kata-kata yang paling menenangkan hatinya. Kata-kata inilah yang dia nantikan selama ini dari Imran. Akhirnya Suhaila mampu tersenyum dalam tangisan, dia sudah punya jawapan untuk meyakinkan hati ini bahawa Imran telah berubah.


Alhamdulillah urusan peminangan siang tadi berjalan lancar, sejak dari pagi tadi sampai sekarang senyuman Imran masih terukir bahagia. Tengok telefon kemudian tersengih-sengih. Teruk sangat dah penyakit angau yang menyerang Imran. 

“Sudah-sudah lah tengok phone tu. Dah macam tak betul Imani tengok abang ni.” 

“Biarlah phone abang, dengki.” Imran malas melayan sindiran adiknya. 

“Ibu, kahwinkan je la abang Im ni esok. Kesian pulak Imani tengok. Bukan apa risau kang tak pepasal masuk hospital bahagia.”Hahahaha, Imani gelak besar. Imran menjegilkan matanya pada Imani, melampau betul sampai hospital bahagia bagai.

“Imani apa cakap macam tu dekat abang. Dah pergi naik atas, ibu dengan abah ada perkara nak cakap dengan abang-abang awak ni.”

Dengan langkah yang malas Imani menurut arahan ibunya. Dia tahu apa yang ibu dan abah nak bincangkan. Tak lain tak bukan tentang jodoh abang Zafril. Ibu taknak abang Im langkah bendul, so abang Zafril kena kahwin dulu atau kedua-dua abangnya akan berkahwin serentak pada hari yang sama. Hmm, setahu Imani langkah bendul ini untuk perempuan saja. Mujurlah aku seorang saja perempuan dalam keluarga ini. Hehe. 


Zafril susah hati bila ibu dan abah menyuarakan hasrat untuk menghantar rombongan meminang Zahira. Bukan dia tak suka, cuma hubungan dia dengan Zahira dingin sejak akhir-akhir ini. Kejadian 2minggu lepas masih belum selesai. Zafril tak tahu kenapa Zahira terlalu marah dengan kejadian itu. Sangkaan Zahira dia telah jatuh hati melihat perubahan Suhaila tidak benar sama sekali. Mungkin salah dia juga tidak bersungguh memujuk Zahira, malah dia hanya membiarkan gadis itu dengan rajuknya. Zafril meraup wajahnya berulang kali. 

Sesekali Zahira mencuri pandang telefon bimbitnya, dia seperti menanti seseorang membuat panggilan. Namun hampa tiada sebarang bunyi yang keluar dari telefon itu. Zahira merengus kasar sambil membebel. “2 minggu aku merajuk langsung tak pujuk, penat tau tak. Hmm, bodohlah kau ni Ira. Kau merajuk lama-lama mcam ni apa kau dapat? Kalau betul dia suka dengan Suhaila kenapa dia masih lagi dengan kau. Kenapa dia minta maaf dekat kau dan cakap semua ini salah faham. Dia dah cakap dia tiada sebarang hubungan dengan Suhaila. Apa susah sangat kau nak faham? Merajuk tak bertempat.” Zahira berkira-kira mahu menelefon Zafril, tapi dia malu. Malu dengan sikap kebudak-budakannya. Hmm, sekali lagi Zahira mengeluh. Namun keluhan Zahira tidak berpanjangan bila telefon Zahira berbunyi dan tertera nama Zafril. Zahira rasa macam nak melompat bintang saat ini, tapi dia cuba sedar diri. Kawal perangai! 

“Dah puas merajuk? Dasyat eh awak merajuk. Agaknya kalau saya tak telefon awak malam tadi tentu hari ini masih merajukkan?” Soal Zafril sengaja mengusik Zahira. Muka Zahira berubah merah, tahan malu kena bahan dengan Zafril.

“Hmm, bosan merajuk lama-lama bukan ada orang nak pujuk pun. Lastly pujuk diri sendiri je.” Kata Zahira masih ada sisa rajuknya. Zafril tersenyum cuma. Selepas ini dia perlu menuntut ilmu memujuk hati wanita dengan Imran dan ayah. 

“Saya minta maaf, lepas ni kalau awak merajuk lagi saya akan ambil masa hanya 24 jam untuk pastikan awak tak merajuk lagi.” Zahira ketawa lucu dengan pengakuan azam Zafril. 24 jam konon, kita sama-sama tengok saja nanti.

“Gelak pulak dia, saya serius ni. Saya nak bagitahu awak yang Imran dengan Suhaila dah selamat bertunang ahad lepas. Jadi, oleh yang demikian saya Zafril bin Abdullah dengan ini ingin melamar awak untuk menjadi suri hati saya. Awak sudi tak?” Zahira terlopong, biar betul apa yang dia dengar tadi. Zafril ajak aku kahwin? Seriously? 

“Awak betul ke ni? Dah habis fikir? Tak menyesal?” Susah rasanya untuk Zahira terima dan hadam apa yang Zafril katakan tadi. 

“Bila saya katakan yang saya cuba untuk mengenali hati budi awak bermakna saya memang cuba sehabis baik. Dan saya dah kenal hati budi awak, sebab itu saya dah buka seluas-luasnya pintu hati saya ini untuk awak. Dan awak berjaya memasuki dan memenuhi pintu hati saya ini. Saya ikhlas dengan nama Allah ingin menjadikan awak isteri saya yang sah." Perasaan Zahira tika ini bercampur baur. Sedaya upaya dia cuba menahan air mata kegembiraan dari mengalir, tapi apakan daya air matanya tumpah jua. Zahira hanya menganggukkan kepala dan tersenyum ikhlas kepada bakal suaminya. Zafril menyambut senyuman itu dengan ucapan syukur pada Illahi kerana Dia telah mempertemukan dua hati ini untuk bertemu, bercinta dan bakal berkongsi hidup dan terus kekal bersama hingga ke Jannah.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania