Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab28/2

Sepanjang perjalanan selepas berhenti sebentar di kawasan rawat dan rehat tadi Azman hanya mendiamkan diri, macam-macam perkara bermain difikirannya. Yang paling merunsingkan dia adalah tentang Kamil lelaki yang pernah bekerja dengan dia dulu. Dia terserempak dengan lelaki itu ditandas rawat dan rehat tadi. Pada mulanya dia cuba mengelak untuk dilihat Kamil namun dia terlambat bila lelaki itu menegurnya terlebih dahulu.

“Hei kawan, sihat ke? Bila kau keluar?”

“Sihat.Beberapa bulan yang lepas. Kau buat apa sekarang?”

“Aku?Macam biasala la, mana boleh tinggal ‘syurga’ tu. Eh kebetulan jumpa kau ni,jomlah join balik bisnes kita.”

“Aku mintak maaf Kamil, aku dah tak nak buat semua tu. Lagipun aku ni dah tak berapa sihat, maklumlah dah tua kan.”

“Betul ke apa yang aku dengar ni? Bekas ketua kumpulan perompak dah insaf. Kau rasa orang macam kau, macam aku ni Allah terima ke taubat kita?” Kamil ketawa sinis,kata-kata Azman agak lucu pada pendengaran telinganya.

“Allah itu Maha Pengampun, bertaubatlah sebelum terlambat. Aku mintak diri dululah.Assalammualaikum.”

“Kau jangan berlagak sangat, kau kena ingat Azman hutang kau dengan Peng belum langsai tau. Kalau aku bagitahu dia yang aku jumpa kau, mati kau dia bunuh.”

“Hutang apa? Setahu aku, aku tak berhutang dengan siapa-siapa?”

“Kau lupa atau buat-buat lupa. Sebabkan kau tempat kita kena ambush, adik Peng mati kena tembak dengan polis. Kau berhutang nyawa dengan dia.”

“Aku dah tak nak ambil tahu apa-apa. Aku sebagai kawan aku doakan kau kembali kepangkal jalan sebelum terlambat. Kau tak lalui apa yang aku lalui selama ini. Kalau ditakdirkan aku mati ditangan Peng aku redha mungkin itu sudah ditakdirkan Allah untuk aku. Cuma aku nak kau pesan pada Peng, dendam dia dengan aku tolong langsaikan dengan aku jangan berani usik keluarga aku. Assalammualaikum.” Azman terus berlalu pergi sambil menghadiahkan satu senyuman ikhlas buat Kamil. Walau hakikat sebenar hatinya bimbang, bimbang andai benar apa yang disampaikan Kamil tadi. Jika Peng berdendam dengan dia seorang dia tidak takut tapi dia takut Peng tahu tentang kewujudan anak-anaknya.

“Azman nampaknya kau belum kenal Peng, dia takkan bunuh kau tapi keluarga kau.” Kamil hanya melihat Azman berlalu pergi. Dia tahu Azman sudah berubah, 25 tahun dalam penjara mana mungkin lelaki itu keluar dan kembali dengan kerja haram ini. Jika dia ditempat Azman pun tentu dia akan buat perkara yang sama. Dan hakikatnya sekarang pun dia mahu berhenti dari kerja ini tapi bila memikirkan nyawa dia dan anak-anak bakal menjadi taruhan dia terpaksa meneruskan kerja ini.

 

“Ayah betul ke nama kampung Selamat ni kampung kawan Ayah?”

“Ha?Ha ye betul-betul. Depan tu ada simpang, Imran ambil kanan lepas tu selang dua buah rumah ha rumah dia la tu.” Lamunan Azman terus hilang, namun kembimbangan dia terus ada dalam hati dan fikirannya.

“Ayah okay tak ni?” soal Suhaila sambil memegang bahu ayahnya.

“Ayah okay, cuma teringatkan kawan lama.”

“Oh kawan yang ayah borak depan tandas tadi ye?” tambah Suhaila lagi.

“Su nampak kawan ayah tadi?”

“Nampak,kenapa ayah?”

“Lainkali kalau Su atau Im nampak lelaki tu, ayah mintak tolong jangan dekat dengan dia. Dia bukan kawan yang baik, dia bahaya untuk keluarga kita.” Suhaila terus terdiam bila Azman berkata begitu. Dadanya tiba-tiba berdegup laju. Imran disebelah Azman hanya mendiamkan diri. Mungkin kawan ‘jahat’ ayah dulu, itu yang difikirkan Imran sekarang. Namun hatinya turut bimbang, kerana sekarang mereka sudah ada musuh yang sedang memerhati.

 

Zafril ralit melihat keindahan malam pada malam ini. Entah kenapa hatinya tak keruan malam ini. Dari siang membawa ke malam hanya wajah Zahira yang dia nampak. Nak makan nampak Zahira, nak mandi nampak Zahira, bawak kereta nampak Zahira. Aish! angau teruk kau ni!

Zafril mencapai telefon diatas meja, mencari nombor telefon Zahira untuk di dail.Sekali dail tiada jawapan namun tidak untuk kali kedua.

“Assalammualaikum.Nak apa call malam-malam ni?”soal Zahira tanpa nada.

“Waalaikumussalam.Sorry kacau awak, hmm..esok keluar lunch boleh?”

“Sibuk.”

“Dinner?”

“Sibuk.”

“Breakfast lusa?”

“Sibuk. Macam ni lah, saya sangat-sangat sibuk. Bye!”

Talian terus dimatikan. Zafril mengeluh halus, dulu orang nak, kau jual mahal.Sekarang mendapatlah. Padan muka! Saya takkan mengalah macam mana awak pernah tak mengalah untuk mengejar cinta saya.

 

Pagi itu Zahira menerima sejambak bunga, senyuman mekar mula terlakar diwajahnya bila kad yang terselit dicelah bunga dibaca. ‘cinta ini hanya untukmu, maafkan semua kekhilafanku. Jangan pernah kaututup pintu hatimu untuk lelaki bernama Zafril Abdullah.’

“Jiwang jugak rupanya, ingatkan keras macam patung cendana.” Sekali lagi jambangan bunga dicium lama. Sukar untuk dia tafsir perasaannya sekarang. Rasa macam semua rasa marah telah hilang dan rasa sayang itu semakin bercambah.

“Hati ini memang hanya untuk awak Zafril.”

“Ehem!”

Alamak siapa pulak kat belakang aku ni? Macam mana ni? Nak pusing tengok ke nakbuat-buat pengsan? Adui malu sangat ni.

“Ira..are you okay?”

“Oh papa! Ya Allah papa ni macam nak gugur jantung Ira tau. Ingatkan siapa tadi?”Zahira meletakkan bunga diatas meja. Lega rasanya, dia ingatkan Zafril tadi.

“Siapa?Ira ingat Zafril datang sini?”

“Eh taklah.” Zahira cuba menyembunyikan rasa.

“Papa kenal anak papa, muka dah blushing tu. Oklah papa tak nak ganggu orang tengah angau bercinta, papa nak bagitahu petang ni ada hi-tea dengan team Arif. Jangan buat-buat lupa pulak.”

“Okay bos!”

Belum sempat Zahira melabuhkan punggung, telefonnya pula berbunyi. Melihat saja nama pemanggil Zahira sudah tersenyum lebar.

“Assalammualaikum.Awak dah sampai office?”

“Waalaikumussalam.Dah baru je.”

“Suka tak bunga tu?”

“Hmm..bolehlah.”

“Petang ni habis kerja keluar minum nak?”

“Tak boleh saya ada date dengan Arif. Oklah I have to go, bye!”

Zafril disebelah sana sudah tak keruan bila nama Arif disebut. Kepala yang tak sakit dipicit perlahan. ‘Macam mana ni? Zahira takkan awak still dengan lelaki tu?’Dia perlu lakukan sesuatu, dia tak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa. 

Previous: Bab 28
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania