Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 9

Fikiran ini cuba menafikan apa yang sedang dirasai, sedangkan dalam hati ini hanya ada dia. Sudah puas dipujuk fikiran ini untuk melupakan tapi sungguh degil hati ini untuk memadam semua rasa cinta yang sudah lama bertapak. Benarlah soal hati dan fikiran tidak pernah seiring. Hati kata ya, fikiran kata tidak dan begitulah sebaliknya.

Kali ini Zahira pasti dan yakin dengan dirinya sendiri untuk terus lupakan Zafril. Tiada guna dia mengharapkan pada cinta Zafril yang terlalu sukar untuk dia gapai. Dia akan beri peluang untuk mana-mana lelaki yang datang mengetuk pintu hatinya kelak. Sudah terlalu lama dia hidup dalam angan-angan cinta yang terlalu indah, sekarang dia perlu berhadapan dengan realiti hidupnya yang sebenar.           


Imran mengekori Suhaila, dia perlu berterus terang dengan Suhaila siapa sebenarnya Zafril. Dia takkan benarkan Suhaila jadi milik Zafril. Cinta dan sayang dia pada Suhaila bukan mainan, sikap panas baran dan cemburu membuatkan Suhaila tinggalkan dia. 

“Su, Im ada benda nak cakap. Boleh ikut Im sekejap.” Suhaila sedikit terkejut dengan kehadiran Imran yang sudah lama menyepi. Dia sangkakan lelaki ini memang sudah lupakan dia. 

“Cakap je la dekat sini. I busy.” Suhaila buat muka menyampah. 

“Just 5 minutes, please.” Imran memegang perlahan tangan Suhaila.

“5 minutes start now!” Imran mengeluh kasar dengan kedegilan Suhaila, dulu masa bercinta apa saja yang Imran katakan Suhaila tidak pernah membantah, hanya mengiakan dan mengikut saja. Adakah 6 bulan sudah cukup buat Suhaila mencintai lelaki lain selain dia?

“Ok times up! Bye!” Suhaila ingin melangkah pergi meninggalkan Imran, namun tangan Imran terlebih dahulu memegang erat pergelangan tangannya menyebabkan langkah Suhaila terhenti.

“Sakitlah, lepaskan tangan I.”

“Su kembali pada I. I love you, bagi I peluang untuk berubah.” Suara Imran sedikit kendur. Sungguh kata-kata yang baru dia ucap tadi ikhlas datangnya dari hati.

“Kalau you nak berubah then berubahlah, kenapa mesti nak kaitkan dengan I. Nama you dah takde dalam hati I, so please…move on!” Suhaila cuba menarik tangannya dari cengkaman Imran yang semakin kuat mencengkam.

“You dah ada lelaki lain kan? sebab tu dengan senang hati you buang I dan suruh I move on. Zafril lelaki tu?”

“You spy I?” Soal Suhaila marah.

“Yes I am. You tahu tak siapa Zafril sebenarnya? Family dia you kenal?” 

“Hei takde kaitan dengan you lah. Lepaskan I Imran, tangan I sakit!” Suhaila menjerit bila Imran menguatkan lagi cengkamanya.

“Su? Imran kenapa ni?” Teguran satu suara dari belakang mengejutkan mereka berdua, wajah Suhaila nampak cuak tapi wajah Imran terpamer wajah gembira dengan kehadiran Zafril. Bagi Imran kehadiran Zafril tepat pada masanya. Tangan Suhaila terus dilepaskan.

“Zafril you kenal Imran?” Wajah Zafril sedikit berubah bila Suhaila mengajukan soalan itu. Ringan sahaja mulut Zafril mahu menjawab tapi belum sempat dia bersuara Imran terlebih dahulu menjawab bagi pihaknya.

“Biar I jawab, sebab kalau you tunggu jawapan dari dia confirm tak betul. Sebenarnya dia ni anak zina Ibu I!” Laju sahaja tangan Zafril singgah di pipi Imran. Zafril sangat marah, selama ini sesiapa yang menghina dia, tak pernah sekalipun dia menjawab dengan tangan hatta dengan mulut sekalipun. Tapi saat ini dia benar-benar marah! Imran adalah adiknya walaupun mereka berlainan ayah. Kalau Imran hanya menghina dia, dia akur. Tapi Imran menghina ibunya, ibu mereka sendiri. Imran terpempan bila tangan Zafril singgah dipipinya.

“Jangan kau hina ibu, kalau sekali lagi kau hina ibu…lebih teruk dari ni aku boleh buat.” Zafril terus berlalu meninggalkan dua insan yang terkejut dengan tindakan drastiknya. Imran memegang pipinya yang merah. Sepanjang hidupnya ini kali pertama dia ditampar. Suhaila pula masih lagi terkejut dengan apa yang dia dengar dan lihat tadi. Tidak pernah dia lihat Zafril marah dan bertindak ganas seperti tadi. 

“Terpulanglah kalau you tak nak percaya apa yang I cakap tadi.” Suhaila hanya diam memandang Imran. Kalau benar pun apa yang dia cakap, perlukah dia membuka aib ibunya sendiri. 

“Kalau iye pun betul apa yang you cakap, you ingat I akan kembali pada you lepas I tahu semua ni?hmm..my answer still no! You tak akan pernah berubah!” Semakin benci Suhaila pada Imran. Tindakan Zafril memberikan hadiah ‘istimewa’ pada Imran tadi memang berbaloi. Sepatutnya sebagai anak dia menjaga aib ibu dan keluarganya sendiri, bukan mencanang serata dunia. Dan dia tahu tindakan Imran memberitahu siapa Zafril sebenarnya adalah untuk membuatkan dia benci lelaki itu. Bukan salah Zafril dia dilahirkan dengan status begitu, dia juga manusia biasa makhluk ciptaan Allah. 

Imran semakin bengang bila Suhaila tinggalkan dia dengan kata-kata yang menyakitkan telinga dan hati. ‘Awak akan menyesal Su, saya akan pastikan awak tetap jadi milik saya.’


Seharian di pejabat Zafril tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja, fikirannya jauh mengelamun tentang kisah tadi dan tentang kenangan silam kanak-kanaknya dulu. Kehidupan kanak-kanaknya tak seceria kanak-kanak yang lain. Dia dipinggirkan dan dia sering menjadi mangsa ejekan. Akhirnya dia hanya menghabiskan masanya dirumah bersama nenek. Kehidupannya hanya ada nenek. Neneklah segala-galanya buat dia. Bila rindukan ibu dia akan memeluk erat nenek, dalam solat dia mengadu pada Allah betapa dia rindukan ibu. Tak pernah sekelumit pun dia berdendam dengan ibu, cuma dia hanya manusia biasa punya hati untuk rasa kecewa juga berjauh hati. 

“Kau dah kenapa ni Aril? Sejak bila jadi romeo layan perasaan bagai ni, kau tengah bercinta ke?” Teguran Zulkarnain disambut dengan senyum simpul. Zafril tak tahu nak mulakan cerita dari mana dan bagaimana. Bercinta ke aku dengan Suhaila? tak masalah aku sekarang bukan Suhaila tapi..Imran. 

“Hmm..bercinta? layak ke orang macam aku ni nak bercinta?” 

“Hei kau ni still tak berubah. Aku tak suka kau cakap benda ni. Cerita dengan aku apa masalah kau sampai kau jadi macam ni?” Zulkarnain malas nak layan Zafril yang masih berjauh hati dengan sikap manusia diluar sana yang terlalu memandang hina dengan status dia. Status sebagai anak luar nikah bagaikan terlalu jijik bagi mereka, macam lah Zafril ni pembawa virus HIV. 

“Hmm..Aku tak sengaja tampar Imran siang tadi.” 

“Kau biar betul? Kenapa kau tampar dia?” Soal Zulkarnain sangat terkejut, selama mereka berkawan tak pernah sekalipun Zafril berkasar dengan sesiapa. Inikan pulak adiknya sendiri.

“Kalau orang lain hina ibu, aku faham dia orang tak kenal siapa ibu. Tapi bila adik sendiri yang buat benda tu, aku…aku tak boleh terima. Aku sendiri terkejut aku tampar dia. Bagi aku dia dah melampau.” 

“Kalau aku bukan takat penampar, penumbuk, ni kaki semua naik ke badan dia. Hmm..abaikan je la adik kau tu. Tak matang lagi tu. Kau selalu jumpa ibu?” Soalan Zulkarnain menambahkan pening kepala Zafril. Permintaan ibu mahukan dia tinggal sekali menyesakkan dada. Ditambah dengan kejadian siang tadi, tidak mungkin dia dan Imran akan berbaik dalam masa terdekat ini.

“Hmm..ibu mintak aku pindah kerumah dia. Aku tak nak, tapi aku tak tahu nak cakap macam mana.”

“Kau slowtalk dengan ibu kau tak nak pindah sana sebab jauh dari tempat kerja. Tapi setiap hujung minggu kau mesti bermalam dekat rumah ibu kau. Aku percaya ibu kau akan faham. Peluang yang Allah bagi pada kau sekarang ni jangan kau sia-siakan. Aku tahu dah lama kau tunggu saat-saat ni kan? Sekarang Allah dah makbulkan doa kau untuk kau bersama dengan ibu kau. Tentang Imran tu kau abaikan dulu, mana tahu suatu hari nanti dia akan terima jugak kau jadi abang dia.” Zafril pandang wajah sahabatnya, kau memang sahabat baik aku. Terima kasih Allah hantarkan sahabat sebaik ini dalam hidup aku. Zafril memeluk bahu sahabatnya, jiwa yang sesak tadi rasa lapang. Fikiran yang kusut mula rasa segar. Sudah tiba masanya untuk dia perbaiki hubungan dia dengan ibu.

“Hei Aril, apa cerita dengan kiriman bunga beserta coklat yang kau selalu dapat tu?dah tau siapa yang bagi?” Ha ni lagi satu hal, Zafril memang tak pernah ambil tahu pun siapa pengirim bunga misteri itu. Bagi Zafril pengirim bunga itu hanya sekadar suka-suka. 

“Entah, malas nak fikir. Tak penting.” Senang jawapan Zafril. Dia malas nak tambah masalah dalam hidup dia yang dah banyak masalah ini. Kalau nak kirim bunga misteri sangat ha biarlah terus jadi misteri. 

“Kau ni dari zaman politeknik pun ada peminat misteri, tapi masa dulu dia bagi bunga dengan nasi lemak kan?hmm..entah-entah orang yang sama tak?” Zulkarnain tersengih lebar. Hai kalau betullah orang yang sama, memang cinta mati lah. Lama tu lebih kurang 7 tahun. Kalau kahwin ada anak dua tiga dah. Hahahaha.

“Weh kau ni apahal gelak tiba-tiba? Berangan apa? Kalau betul pun orang yang sama apa aku boleh buat, dia minat dengan aku bukan dengan kau!” Tempelak Zafril.

“Apa aku boleh buat kau tanya aku? Hei kawan, kalau aku ada orang minat sampai macam ni sekali. Hmm, memang aku ajak kahwin lah. Setia sampai Jannah.” Zafril gelak besar. Idea Zulkarnain sangat tak masuk akal. Kalau betul pengirim bunga misteri itu jatuh hati dengan dia kenapa perlu mengambil masa yang begitu lama untuk menjadi misteri. 

“Aku nak tanya kau satu soalan, kau kena jawab dengan jujur.”

“Apa?”

“Kalau pengirim bunga misteri itu munculkan diri apa kau nak buat dengan dia?” Soalan Zulkarnain lama dibiar sepi. Kemudian dengan senang hati Zafril menjawab.

“Aku akan ikut cadangan kau tadi.” Zafril terus berlalu meninggalkan Zulkarnain yang sedang ketawa besar. Entah apa yang lawak sangat dia pun tak tahu. Dan hakikat sebenarnya, Zafril juga ingin tahu siapa sebenarnya pengirim bunga misteri itu. Dan dia juga tahu pengirim bunga misteri ini adalah orang yang sama dengan pengirim bunga semasa politeknik dulu. Dia juga sudah mula mengesyaki seseorang yang menjadi pengirim bunga misteri itu. Macam mana dia tahu?Biarlah jadi rahsia dulu…

Sejak dari peristiwa dipanggung wayang tempoh hari Zahira tidak lagi mengirimkan bunga dan coklat pada Zafril. Dia juga sering mengelak bila perlu berbincang berdua hal kerja bersama Zafril. Mulanya Zafril tak ambil kisah sangat tapi bila staff mula bertanya pada dia, adakah dia dan Cik Zahira bergaduh dia mula ambil pusing dan terus bersemuka dengan Zahira.

“Cik Zahira boleh saya bercakap sekejap?” 

“Sorry Encik Zafril, saya ada lunch dengan client. Balik nanti kita bincang boleh?”

“Saya cuma nak mintak maaf kalau saya ada buat salah atau tersalah cakap yang buatkan Cik zahira macam tak senang dengan saya.” Zahira memandang tepat wajah Zafril. Dia tak pernah menyangka Zafril akan datang berjumpa dengan dia semata-mata tentang hal ini. Adakah ini satu perkembangan yang baik untuk dia..bukan untuk mereka berdua.

“Awak tak ada buat salah apa-apa. Saya sibuk dan awak pun sibuk, just ignore gossip liar tu.” Zahira hanya tersenyum, walau dalam hatinya berbunga bahagia. Zafril mengambil berat tentang dia rupanya.

“Hmm, kalau macam tu. Esok sudi tak cik Zahira lunch dengan saya sebagai tanda kita tak pernah bergaduh?” Hati Zahira semakin kembang dengan ajakan Zafril, walaupun sekadar kawan cukup buatkan dia sangat-sangat bahagia. Ikutkan hati sekarang jugak dia nak lunch dengan Zafril tapi mengenangkan client penting dan amaran papa buatkan dia tersedar yang di perlu kawal diri supaya tak nampak sangat keterujaannya sekarang.

“Yes sure, insyaAllah saya maybe free esok tengahari. Apa pun esok remind saya semula. Saya pergi dulu.” Zafril tersenyum senang dengan penerimaan Zahira. Entah kenapa dia perlu rasa susah hati bila Zahira tak melayan dia seperti selalu dan ini kali pertama dia mengajak seorang wanita untuk keluar makan berdua sahaja dengan dia. Zafril sebenarnya inginkan jawapan yang jujur dari Zahira sebenarnya. Rahsia 7 tahun ini perlu dibongkarkan segera!




Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania