Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab24/2

Pagi ini Azman kelam kabut melintas jalan untuk mendapatkan bas, takut terlepas maka dia akan terlambat ke majlis nikah anaknya nanti. Namun malang tidak berbau, lariannya terhenti bila sebuah motorsikal dengan laju membelah jalan. Mujur dia sempat mengelak jika tidak dia pasti bukan disini tempatnya lagi. Kaki dan tangannya terseret diatas jalan.Zafril adalah saksi yang melihat semua kejadian itu. Dia juga orang pertama yang menghulurkan bantuan. Bila dia melihat mangsa adalah Azman dia tetap membantu dengan membawanya ke hospital.

“Aku nikah akan dikau dengan anakku Suhaila Binti Azman dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

“Aku terima nikahnya Suhaila Binti Azman dengan mas kahwin berjumlah RM1000 tunai.”

“Sah?”

“Sah!”

Alhamdulillah akhirnya Imran dan Suhaila telah disatukan dengan sekali lafaz. Azman menangis bersyukur kerana Allah kabulkan impiannya untuk menikahkan sendiri anak perempuannya. Dan hari ini dia juga tahu Zafril anak yang sangat baik. Dia tak salahkan Zafril jika Zafril dingin dengannya selama ini. Namun dengan apa yang terjadi pagi tadi dia tahu Zafril hanya marah bukan benci. Hati mana yang tak sakit bila berada ditempat Zafril.

“Terima kasih ayah.” Suhaila sebak melihat keadaan ayahnya walaupun sakit masih tetap datang untuk menikahkan dia.

“Ayah dah janji ayah akan datang. Berpuluh tahun ayah abaikan tanggungjawab ayah, ayah takkan ulang lagi kesilapan yang dulu. Kalau Suhaila ada masalah apa-apa cari ayah. Telefon ayah rosak, semalam baru siap repair. Imran, tolong jaga anak ayah ni baik-baik. Jadi suami yang bertanggungjawab dan kasih pada isteri juga anak-anak. Jangan pernah abaikan mereka.”Azman memeluk erat tubuh anak juga menantunya. Syukur ya Allah kau berikan aku nikmat merasa hidup berkeluarga begini. Terima kasih Allah kerana Kau lembutkan hati mereka memaafkan dan menerima aku seadanya. Zafril yang sedang duduk dibawah khemah hanya memerhati. Hati dia masih belum dapat terima lelaki itu dalam hidupnya. Dan kisah pagi tadi kembali diingatannya.

“Terima kasih sudi tolong ayah.”

“Siapapun ditempat encik saya akan tolong. Ambiklah towel ni sementara untuk berhentikan darah tu.” Azman mengambil tuala yang dihulurkan Zafril. Dalam hatinya tersenyum bahagia, kerana anaknya yang disangka bencikan dia sudi tolong dia dalam kesusahan.

“Terima kasih sekali lagi. Ini ayah bayar semula duit rawatan tadi.”

“Takpe saya taknak. Saya nak ke majlis Im dan Su.”

“Boleh ayah tumpang?” Zafril hanya menganggukkan kepala dan terus berlalu pergi.Azman tersenyum sendiri. “Syukur ya Allah, dia tak pernah bencikan aku.”

“Aril boleh ibu duduk sini?” Zafril tersentak dari lamunan dan tersenyum kecil pada ibunya. Hilang wajah ayah dan dihadapanya sekarang hanya ada wajah ibu.

“Aril sihat? Ibu rindu, malam niAril tidur rumah ibu ye. Dah lama tak berbual dengan Aril.” Puan Aisyah mengambil tempat dihadapan Zafril. Sudah 3 bulan dia tidak bersua dengan anaknya ini sejak peristiwa dihospital tempoh hari. Bila diajak berbual melalui telefon juga tak lama, ada saja alasannya untuk mematikan perbualan dengan segera.

“Tak ibu, sebab petang ni Aril dah nak balik Johor. Esok pagi-pagi ada meeting,maybe next time.” Bukan Zafril mengelak tapi memang betul dia ada meeting penting esok, jadi dia terpaksabertolak balik Johor petang ini jugak.

“Oh ye ke, takpelah minggu depanbalik ye. Ibu ada buat majlis tahlil untuk arwah atuk dan nenek dan majlissambut menantu untuk Im dan Su.”

“InsyaAllah ibu Aril balik. Ibu sihat tak? Nampak macam tak berapa sihat.”

“Badan ni rasa lemah-lemah sikit.Tu yang nak ajak abah balik, nak rehat dekat rumah. Aril…ibu bangga dengan Aril.”

“Bangga kenapa pulak ibu?”

“Sebab tolong encik Azman. Ibu tahu bukan mudah untuk Aril terima dia. Tapi dengan apa Aril buat ibu tahu Aril tak menyimpan dendam.”

“Ibu Aril tak sekejam tu. Siapa pun ditempat dia waktu tu Aril akan bantu. Ibu tu abah macam cari ibu, jom Arilbawa ibu jumpa abah.” Zafril memimpin ibunya, bimbang juga dia melihat ibu yangkurang sihat.

“Ibu sayang Aril.” Puan Aisyah menarik tubuh Zafril kedalam pelukannya, lama. Puan Aisyah tahu anaknya masih terasa hati dengan kata-katanya. Berharap dengan pelukan seorang ibu hati anaknya akan sejuk seperti dulu.

Zahira mengesat air mata, tadi diamelihat Paklong Azman bersama Suhaila menangis berpelukan, sekarang Zafril bersama Puan Aisyah pula. Dah macam reunion jejak kasih pulak. Zahira tersenyum kecil, bahagia melihat dua drama tadi. Jauh disudut hati dia berharap ada juga 'reunion' antara dia dengan Zafril tapi hatinya hampa bila Zafril langsung tidak mengendahkan dia. Zahira hanya mampu mencuri pandang, dapat juga melepaskan rasa rindu.Tanpa Zahira sedar Zafril juga begitu, memandang Zahira dari jauh. Peliknya cinta mereka!

Previous: Bab24/1
Next: Bab25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania