Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 30

Saat ini Zafril benar-benar tertekan, permintaan Zahira baginya keterlaluan namun bila difikirkan semula sampai bila dia perlu hidup begini. Bahagiakah dia sekarang? Terus terang dia langsung tak bahagia. Malah hidupnya tak pernahaman. Lenanya sering terganggu dengan mimpi yang bukan-bukan.

Seperti malam-malam sebelum ini Zafril mengambil wudhuk lalu mengerjakan solat tahajjud. Tapi malam ini hatinya terasa sungguh sayu bila saat tangan menadahdoa padaNya.

“YaAllah ampunkan dosa-dosaku, ampunkan dosa ibu ayahku juga nenek dan atuk. Ya Allah kau lembutkanlah hati ini untuk maafkan lelaki yang bergelar ayahku. Aku tak mahu terus hidup dengan dendam ini. Ya Allah sudah lama aku inginkan sebuah kehidupan yang tenang dan bahagia. Ya Allah...sungguh aku sudah maafkan semua orang yang telah menghinaku. Aku redha dengan semua qada’ dan qadar Mu. Berikan aku kekuatan Ya Allah untuk berhadapan dengan semua dugaan dan ujian Mu ini.Amin Ya Rabbal Alamin.”

Zafril yakin sudah tiba masanya untuk dia lepaskan segala dendam yang terbuku didalam hati. Memaafkan dan melupakan semuanya. Dia hanyalah manusia biasa yang juga banyak berbuat dosa, sedangkan Allah yang Maha Berkuasa itu Maha Pengampun.Nabi Muhammad juga sering maafkan orang yang berbuat jahat padanya, jadi kenapa dia perlu terus berdendam. Dalam islam tidak diajar untuk kita berdendam dan bermusuh, kita diajar untuk sering memaafkan dan memberi peluang untuk orangyang berbuat salah itu memperbaiki kesilapannya, kerana islam itu agama yang sangat indah.

 

“Assalammualaikum,lama dah kau sampai? Sorrylah ni tunggu balqis habis interview tadi.” Kamal terus mengambil tempat disebelah Zafril, manakala Balqis menarik kerusi dihadapannya.

“Waalaikumussalam,taklah baru jugak sampai ni. Orderlah nak makan apa, aku dah order tadi.” Tanpa menunggu lama Kamal terus memanggil pelayan untuk membuat tempahan makan dan minum.

“Macammana kau boleh sampai sini? Cuba cerita.”

“Rindu dekat kau lah.” Jawab Zafril sambil ketawa kecil.

“Aku nak tanya ayah aku still duduk dengan ayah kau kan?”soal Zafril bila leluconnya tadi dipandang sepi Kamal dan Balqis.

“Kaudatang dari KL ke sini sebab nak tanya soalan ni? Baik kau call je aku.”balasKamal tidak puashati.

“Ye Pakcik Azman ada dekat kampung dengan ayah. Abang nak jumpa dia ke?”Balqis pantas memberikan jawapan, sebab dia nampak wajah Zafril seperti dalam kerisauan.

“Hmm,rancangnya macam itulah. Tapi bukan hari ini, sebab sekejap lagi nak balik KL ada masalah dekat site. “ujar Zafril dengan wajah sendu.

“Kau jangan risau, bila-bila kau dah sedia kau datang je kampung aku. Sebab ayah aku cakap pakcik Azman nak tinggal sana terus. Dia bahagia dekat kampung tu.”

“Terima kasih Kamal, Balqis sebab sudi terima ayah aku tinggal dekat rumah kauorang. Aku…akudah maafkan dia, cuma aku belum bersedia untuk jumpa.” Kamal sebak mendengar pengakuan kawannya. Dia tahu Zafril bukan manusia yang kejam, Zafril punya hati yang sangat baik dan kuat sebab itu Allah berikan dia ujian ini. Tubuh Zafril dipeluk erat. Balqis yang melihat turut sebak, walaupun baru saja mengenali sahabat abangnya tapi dia tahu lelaki ini sangat baik. beruntung siapa yang menjadi isterinya nanti.

”Okay dah peluk aku, semua orang tengok.”

“Eleh malu konon, eh aku pergi toilet jap. Kau jangan nak mengorat adik aku, nanti Zahira datang serang dia pulak.” Zafril ketawa besar mendengar amaran Kamal.Sempat lagi buat pesanan penaja. Siap petik nama Zahira pulak tu! Balqis cuma tersenyum, tahulah dia lelaki dihadapannya ini sudah punya kekasih hati. Oh jangan salah faham, dia tidak menyimpan sekelumit perasaan pun pada Zafril kerana dia juga telah berpunya.

“Macammana interview tadi?”soal Zafril cuba berbual dengan Balqis.

“Alhamdulillah,mingu depan mula kerja.”jawab Balqis teruja.

“Tahniah,hebat ni sekali interview terus dapat.”

“Ish taklah hebat mana. Kebetulan syarikat tu memang nak cari fresh graduate macam balqis, itu yang diaorang terus offer. Pejabat pun tak jauh dari rumah abang Kamal. Alhamdulillah.”

“Kejap eh. Ha nah ni hadiah dari abang.” Zafril menghulurkan beg kertas yang dihiasi dengan bunga kepada Balqis.

“Eh hadiah untuk apa ni?”

“Hadiah sebagai tanda terima kasih untuk jaga ayah abang. Jangan risau untuk Kamal pun ada. Hadiah ni tak semahal mana nak dibandingkan dengan penerimaan Balqis sekeluarga terhadap ayah abang.”

“Kami ikhlas abang, apa pun terima kasih untuk hadiah ni.” Balqis tersenyum gembira.Kalaulah dia ada kakak dah lama dia lamar abang Zafril untuk dijadikan abang iparnya.

Namun kemesraan mereka telah disaksikan oleh seseorang. Sakitnya hati manusia itu,terasa bagai disiat-siat. Aku takkan biarkan kau berdua terus menyakitkan hatiaku. Aku percayakan kau Zafril, sungguh aku tak sangka.

“Zafril makwe baru ke? Ingatkan sayang sangat dengan Zahira.” Zafril dan Balqis terkejut dengan kehadiran lelaki itu yang tiba-tiba menyapa mereka.

“Eh Zul kau buat apa dekat sini? Bila balik Malaysia?”

“Aku tak rasa nak jawab soalan kau. Aku tak sangka semudah ni cinta kau berubah. Dan awak, sampai hati awak tipu saya. Cakap makan dengan abang, ni ke abang awak?Kalau saya tak buat macam ni sampai bila-bila saya kena tipu!”

“Zul awak dah salah faham ni.” Balqis cuba untuk terangkan salah faham yang berlaku.

“Jap kau berdua kenal ke? Ya Allah keciknya dunia. Jom duduk sekali aku belanja makan.” Zafril menarik tangan Zul untuk duduk namun Zul menepis. Zafril tahu Zul sudah salah faham dengan apa yang dia lihat tadi, dan saat ini Zafrilsangat berharap untuk Kamal segera muncul.

“Aku ingat kau sahabat aku dunia akhirat, tapi aku tak sangka la…betullah orang cakap kalau keturunan tu dah jahat, buruk perangai mesti akan melekat jugak pada anaknya.”

“Jaga sikit percakapan awak Zul. Jangan cepat menuduh tanpa awak tahu perkara yang sebenar.”

“Huh,awak cakap saya menuduh. Mulai saat ini saya dan awak putus. Dan aku bukan lagi sahabat kau!”

Zafril terduduk disitu, kini dia sudah hilang seorang sahabat yang terlalu banyak berjasa padanya. Dan kata-kata sahabatnya itu sangat menyakitkan hatinya. Pedihdan pahit untuk ditelan.

Balqis sudah menangis disitu, kecewa dengan kekasih hati yang langsung tidak mahu mendengar penjelasannya. Terlalu percaya dengan apa yang dia lihat.

“Balqis kenapa menangis ni? Zafril apa yang kau dah buat?”soal Kamal yang baru keluar dari tandas. Balqis hanya diam dan airmata semakin lebat mengalir.

“Balqis abang akan betulkan semuanya, abang akan satukan semula awak dan dia. Kamal aku balik KL dulu ini ada hadiah kecil dari aku. Assalammualaikum.”

Zafril bukan saja berjanji dengan Balqis tapi dia juga berjanji dengan dirinya sendiri untuk betulkan apa yang terjadi tadi, biarlah Zul menganggap dia jahat tapi tidak Balqis. Dia tak mahu sebab dia Balqis dituduh perempuan murah.

 

Sampai saja di KL, Zafril mendapat satu lagi berita yang mengejutkan. Terasa mahu menghilangkan diri dari dunia ini, mahu pergi ke satu tempat yang tiada manusia lain yang akan menyakiti hatinya lagi.

“Abang kau kena kuat, mungkin bukan jodoh kau dengan dia. Kalau nak berborak dari hatike hati aku sentiasa ada untuk kau.”

“Thanks Im, hujung minggu ni abang nak jumpa ayah. Kalau free teman abang boleh? Ajak Su sekali.”

“Betulke abang? Alhamdulillah, Su mesti happy. Kalau Im ajak abah dengan Imani sekali boleh?”

“Boleh,thanks Im.” Talian terus dimatikan, dan Zafril mampu tersenyum bahagia walaupun  terselit kedukaan. Perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan manusia.Zafril yakin ada hikmah semua yang berlaku ini.

Sebelum dia terlupa, dia masih ada masalah yang perlu diselesaikan. Entah cubaan kali ke berapa dia cuba menghubungi Zul namun panggilan tidak berjawab. Zafril mengambil keputusan untuk menghubungi Zulaikha.

“Abang Zul bercinta dengan adik Kamal?” Zulaika sangat terkejut mendengar berita yang disampaikan Zafril.

“Abang pun baru tau tadi. Tolong abang ye jelaskan pada Zul semua yang abang cerita pada Ika tadi. Abang tahu dia dah benci plus meluat sangat dah dengan abang.”

“Okay,abang jangan risaulah. Tahulah Ika kenapa moody semacam je abang Zul hari ni.”Abangnya Zul datang Johor kelmarin, katanya nak jumpa buah hati hari ini. Pagi tadi bukan main ceria keluar rumah tapi bila balik muka macam orang mati bini.

Hati Zafril sedikit lega bila dapat bercakap dengan Zulaikha, dia yakin Zulaikha dapat membantu dia untuk menjelaskan semua salah faham yang berlaku.

Namun jauh disudut hati, dia sangat terkesan dengan kata-kata Zul siang tadi. Dia sedar siapa dirinya, dia bukan lahir dari hubungan suami isteri yang sah. Tapi dia punya ibu yang sangat mulia, ibu yang sangat kuat dengan apa yang terjadi pada dirinya. Ayah? Ayah punca semua ini, tapi dia sudah berubah. Kenapa manusia terlalu sukar melupakan kesilapan yang dibuat sehingga menutup semua kebaikan yang ada. ‘kau juga begitu Zafril, sampai sekarang kau belum melupakan sepenuhnya. Sedangkan dia ayah kau, inikan pula Zul orang luar yang tidak tahu apa-apa.’

Hari ini dia telah hilang sahabat sebaik Zul dan kekasih hati yang sangat dia cintai. Mungkin orang seperti aku ini tidak layak punya kawan, isteri dan sesiapa pun dalam hidup ini. Terasa air hangat mengalir di pipi, dan air itu dibiarkan terus mengalir. Tika ini hatinya tidak kuat lagi untuk menahan sebak yang bertandang.

 

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania