Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab33/1

Alhamdulillah kesihatan Zul sudah pulih walau tidak sepenuhnya, dia masih perlu berjalan menggunakan tongkat kakinya masih belum kuat untuk melangkah tanpa bantuan‘benda’ itu.

“Lepas ni kalau nak merajuk kau jangan merajuk jauh-jauh macam ni boleh tak?” Zulhanya tersenyum mendengar permintaan Zafril.

“Aku bukan merajuk dengan kau, ikut suka akulah nak merajuk jauh ke dekat?”

“Memanglah kau tak merajuk dengan aku tapi masalahnya kau tengoklah, sebab kau merajuk jauh sangat aku pulak yang kena jadi tourist guide adik dan makwe kau.” Zul ketawa besar.

“Gelak pulak dia, orang tengah serius ni.”

“Okay sorry la beb, aku bukan merajuklah. Aku memang ada kerja dekat sini, dan tiba-tiba aku accident. Mana aku nak tahu kau akan datang bawak bidadari aku kesini. Tapi apa-apa pun thanks bro and sorry salah faham tentang kau dengan Balqis. Aku betul-betul mintak maaf apa yang aku dah cakap dekat kau hari tu,aku betul-betul menyesal.”

“Dahla benda dah lepas tak payah nak diingat.” Zafril tak mahu mengenang kisah itu,pertama kali mereka berdua bergaduh selama bertahun-tahun mereka bersahabat.

“So kau boleh lah balik Malaysia, kesian pulak aku tengok hari-hari termenung. Ingat orang tu ke?” usik Zulkarnain.

“Hmm,buat apa nak ingat isteri orang. Aku rasa nak tinggal sini teruslah, dah takde hati nak balik sana.”

“Isteri orang? Kau biar betul.”

“Masa hari kau sedar dari koma tu hari nikah dia. Hmm, membujanglah aku ni sampai ke tua.” Zafril ketawa sendiri, ketawa untuk menutup rasa kecewa yang bersarang dalam hatinya.

“Kauboleh gelak..”

“Habis tu kau nak aku menangis meraung dekat sini. Dah takde jodoh nak buat macam mana.”

“Habis tu kau betul ke nak tinggal sini terus. Aku minggu depan nak balik Malaysia tau.” Zul bimbang kalau apa yang Zafril katakan tadi memang dia akan buat. Dia kenal sangat Zafril bukan boleh percaya, ikut suka dia je nak buat keputusan.

“Taklah,aku masih ada ayah dan keluarga dekat sana. Aku gurau je lah, esok pagi flight aku balik KL.”

“Ish kau ni cuak aku tau. Sebab kau kalau merajuk lagi dasyat dari aku.” Mereka berdua ketawa sesama sendiri, masing-masing punya perangai lebih kurang sama.Tak jantan betul merajuk dengan perempuan bawak diri bagai.

 

Zafril menarik nafas dalam bila kakinya melangkah keluar dari lapangan terbang KLIA 1. Dia perlu mulakan hidup baru dan buang semua rasa cinta dan kenangan tentang dia dan Zahira. Dia perlu belajar untuk terima bahawa Zahira adalah sepupunya sahaja. Zafril mengeluarkan telefon dari kocek seluar, nombor telefon ayah ditekan namun panggilan tiada sahutan. Zafril menekan lagi sekali dan kali ini panggilan berjawab namun bukan suara ayah yang menjawab salam.

“Hello anak tak sah taraf. Mana lu pergi?”

“Hello hei kau siapa ha? Apehal kau yang jawab? Ayah aku mana?” Zafril cuak bila suara lelaki cina yang menjawab panggilan itu dan dia syak ini tentu geng dengan lelaki yang pernah datang ke rumah mereka tempoh hari.

“Ayah lu sudah lembik ma..sudah mau mampus! Hahaha”

“Kurang ajar! Hei apa-apa jadi dekat ayah aku, aku cari kau sampai lubang cacing!”

“Hahaha…ini Peng ma..lu nak cari wa? Sebelum lu cari wa, wa sudah kasi lu mampus!” Talian terus dimatikan dan Zafril mula bimbang akan keselamatan ayahnya. Zafril cuba menghubungi Imran dan Suhaila tapi masing-masing tidak menjawab panggilannya.

“Abang tolong drive laju sikit abang, ada emergency dekat rumah saya.”

“Baik,encik tolong pakai seat belt.” Mujurlah dapat driver grab yang sangat memahami,kereta terus dipecut laju. Sejam kemudian dia sudah pun smapai dihadapan rumahnya.

“Terima kasih bang, ini kad saya kalau abang dapat surat saman abang call saya, saya bayar.” Driver grab itu terpinga-pinga bila menyambut huluran kad nama dari Zafril, agaknya kali pertama dapat customer macam Zafril. Tak pernah dibuat orang customer nak bayar saman driver grab.

Tanpa menunggu lama Zafril terus berlari masuk ke rumah, melihatkan pintu yang ternganga luas dan rumah yang berselerak hati Zafril semakin tidak keruan.“Ayah! Ayah!Ayah!” Zafril berlari ke bahagian atas rumah pula bila kelibat ayah langsung tidak kelihatan diruang bawah.

“Allahhuakbar,ayah!” Azman terbaring diruang tamu atas dan tubuhnya berlumuran darah. Zafril terus menerpa ayahnya.

“Ayah..Allah kenapa boleh jadi macam ni? Ayah bangun…”

“Ril…maafkan ayah. Jaga Su. Jaga Ira. Ja..ngan balas den..dam.” ucap Azman tersekat-sekat.

“Ayah jangan banyak cakap, jom Aril bawak pergi hospital.”

“Tak…dah sam..pai masa a..yah.”

“Mengucap ayah…lailahhailallah..laillahhailallah..”

“La..ilah..haillallah” sekelip mata Zafril kehilangan orang tersayang lagi. air mata Zafril tumpah melihat tubuh ayah yang sudah terbujur kaku. Ayah…terlalu sekejap Aril rasa kasih sayang ayah. ‘Peng, aku akan cari kau sampai lubang cacing! Darah mesti dibalas darah!’

 

Previous: Bab 32
Next: Bab33/2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania