Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 29

Hujung minggu itu Kamal mengajaknya pulang ke kampung, ikutkan hati dia tak mahu ikut.Cadangnya mahu ajak Zahira keluar, tapi bila teringatkan dia sudah lama berjanji dengan Kamal dia akhirnya mengikut Kamal. Tapi dia sudah merencanakan rancangan lain untuk dia dan Zahira. Semoga ianya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Bila kereta mula memasuki kawasan kampung, hatinya diburu rasa rindu pada nenek dan ibu. Kehijauan dan ketenangan kampung ini membuatkan dia terkenangkan mereka,insan yang menyebabkan dia lahir atas muka bumi ini. “Aril rindu nenek..ibu..”

“Kauberangan apa?Jom lah turun.” tegur Kamal pelik kenapa Zafril masih belum keluar dari kereta.

“Cantik sangat kampung kau ni. Terpegun sekejap.” Balas Zafril menutup gusar dihati.

“Yang tu aku setuju, jom masuk rumah dulu. Ayah aku keluar dengan kawan dia kejap.”Zafril menurut langkah Kamal masuk ke rumah. Rumah papan dua tingkat kelihatan agak usang namun masih lagi teguh berdiri. Halaman rumah kemas dan cantik dihiasi dengan pokok bunga pelbagai warna.

“Rumah aku dah lama maaflah ye kalau kau tak selesa.”

“Ish kau ni, dah tak payah nak buat drama dekat sini.”

“Adik ni lah kawan abang, Zafril.” Zafril hanya melemparkan senyuman kepada gadis kecil molek dihadapannya. Langsung tak seiras dengan Kamal, betul ke adik dia ni?

“Muka kami memang lain, orang selalu ingat kami ni bukan adik beradik. Sebab aku ni handsome sangat.” Kamal ketawa suka dapat mengenakan adiknya.

“Handsomelah sangat kau tu.”

“Jangan layan sangat abang Kamal ni, dia memang selalu syok sendiri tu yang sampai sekarang tak de makwe.”

“Eh sekarang dah ada makwe.” Balas Zafril slumber. Kamal dah merah muka.

“Yeke siapa?”

“Ish kau berdua ni. Balqis takde air ke? Orang balik jauh-jauh takde air, teruklah kau ni. Siapa lah yang nak ambik kau buat menantu.”

“Mak mertua adiklah. Huh malas layan!” Balqis terus berlalu ke dapur untuk membuat air agaknya. Zafril tersenyum lucu melihat kemesraan dua beradik ini.

“Assalammualaikum,apa bising-bising ni dari luar ayah dengar.”

“Waalaikumussalam ayah bila balik?”

“Baru sampai, Kamal dah lama ke sampai?”

“Baru jugak, ayah sihat?” Kamal mencium tangan ayahnya penuh hormat. Walaupun ayahnya pernah berbuat salah dulu tapi dia tak layak menghukum kesilapan ayahnya dulu. Dia gembira melihat ayah sudah berubah, syukur Alhamdulillah.

“Ni kenalkan kawan Kamal, Zafril.”

“Pakcik apa khabar?”

“Ya sihat, alhamdulillah. Ha ayah pun nak kenalkan dengan kawan ayah.” Kamarudin memanggil kawannya yang masih diluar rumah. Kamal dan Zafril saling berpandangan.

“Ni kenalkan kawan ayah, Pakcik Azman.” Kamal menelan liur melihat kawan ayahnya. Zafril terus kaku cuba bereaksi tenang, walau dalam hati ini hanya Allah yang tahu.

 

“Kamal aku mintak maaf aku kena balik KL sekarang. Aku tak boleh, aku tak boleh tengok muka lelaki tu buat masa ni.” Zafril penat menahan amarah bila lelaki yang paling dia benci tiba-tiba muncul dihadapan mukanya.

“Zafril yang aku kenal sangat penyabar orang dia. Aku faham kenapa kau marah, tapi sampai bila? Kau cakap dengan aku sampai bila kau nak jadi macam ni benci pada ayah kandung kau sendiri?” Wajah Zafril yang tegang dipandang serius Kamal. Diacuma mahu Zafril sedar rasa marah dan dendam ini takkan bawa kemana. Sampai bila dia nak benci ayah dia sendiri walau sejahat mana pun lelaki yang bergelar ayah itu.

“Dia bukan ayah aku, aku takde ayah! Kau tak rasa apa yang aku rasa, apa yang aku tanggung selama ni.” ucap Zafril lirih.

“Ituje lah modal kau. Memang aku tak rasa apa yang kaurasa, tapi aku pernah melalui situasi yang lebih kurang dengan apa yang kau lalui sekarang.”

“Aku tak nak kau menyesal lagi, macam mana kau kesal dengan kehilangan ibu kau. Kau cakap dengan aku kau nak buang semua dendam kau pada dia, Tapi ni sekarang apa cerita pulak?” Kamal tahu bukan senang mahu memujuk hati yang telah lama pendam rasa kecewa. Dia tak salahkan Zafril dalam situasi ini cuma dia tak mahu kawannya ini tersalah langkah lagi dengan emosi yang sarat dengan rasa marah.

“Dahlah,aku nak balik KL.”

“Semua orang pernah buat silap, tak salah kan kalau kita berikan peluang kedua untuk dia tebus semula kesilapan dia. Jangan kita ambil kerja Allah untuk menghukum dia. Dia dah tua Zafril, dan kau bukan budak-budak lagi nak buat perangai macam ini. Tolonglah jadi seorang lelaki yang matang.” Zafril tetap dengan egonya, sia-sia sahaja Zul dan Kamal menasihatinya. Ternyata lelaki bernama Zafril ini memang seorang manusia yang paling tinggi egonya. ‘Berikan aku masa untuk terima semua ini.’

Aku tahu semua orang pernah buat silap, tapi kadangkala kesilapan yang dibuat itu sangat-sangat menyakitkan hati dan perasaan maka amatlah sukar untuk memaafkan dan melupakan semuanya. Sebelum ibu meninggal ibu juga nasihatkan dia untuk maafkan ayah,entah kenapa hati ini amat keras. Melihat wajah lelaki itu hatinya sakit, dia terbayang betapa pahit dan peritnya kehidupan kanak-kanaknya dulu. Malah sampai sekarang, kerana lelaki inilah kehidupannya kacau bilau. Dia sepatutnya mati !“ya kau patut mati!” jeritan Zafril memenuhi ruang kereta. Streng kereta dihentak kuat, tangan yang sakit tidak langsung dihiraukan. Kerana hati ini lebih sakit lagi.

“Saya minta maaf pakcik, dia masih marah.” Kamal kasihan melihat wajah tua Azman. Dia tahu lelaki tua ini sudah cukup rasa bersalah, ditambah dengan sikap Zafril menambahkan lagi rasa bersalahnya.

“Tak apa pakcik faham. Terima kasih sudi terima pakcik yang hina ini.” Azman tunduk pilu, hati tuanya menangis saat ini. Baru sekarang dia faham sakitnya dibuang keluarga sendiri. ‘Maafkan ayah, ayah faham kenapa Zafril tak boleh maafkan ayah.’

“Man kita sama-sama berdoa semoga Allah lembutkan hati anak kau. Sekarang ni hanya Allah yang boleh bantu kau.”

“Aku terhutang budi pada kau dan anak-anak kau. Kamal, tolong jagakan Zafril ye.Sokong dan nasihatkan dia dalam apa jugak yang dia buat. Pakcik memang manusia yang gagal, gagal menjadi suami dan ayah untuk anak-anak pakcik.”

“Man sabar banyak-banyak.” Kamarudin faham perasaan sahabatnya ini, lebih 20 tahun mereka didalam sel penjara, hari-hari dia melihat kesedihan Azman. Setiap harijuga dia melihat Azman menadah tangan merintih pada Allah mohon keampunan.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, tapi manusia ini selalu lupa kita sukar memaafkan orang lain sedangkan kita juga manusia yang sentiasa berbuat salah.

 

Lama Zafril bertafakur diatas tikar sejadah, mengadu semuanya pada Allah buatkan hati dia sedikit tenang. Dia mohon semoga Allah lembutkan hati dia untuk memaafkan ayah dan menerima semua takdir dalam hidupnya ini. Dia pun kadang-kadang tak kenal diri dia sendiri, dia benci dengan perasaan yang membelenggu hatinya saat ini. Dia mahu maafkan lelaki itu tapi dia tak mahu kelihatan lemah dimata orang yang telah memusnahkan hidup dia dan ibu. Kalau dulu hidupnya tenang tanpa lelaki itu kenapa tidak sekarang.

“Assalammualaikum.”Telefon yang berbunyi diangkat segera tanpa melihat siapa yang membuat panggilan itu.

“Waalaikumussalam.Esok lunch saya nak jumpa, tolong kosongkan jadual awak. Pukul 12 datang ambil saya dekat office.”

“Zahira ke ni?”

“Hmm,oklah jumpa esok. Bye.” Talian terus dimatikan. Zafril macam tak percaya,betulke Zahira ajak aku keluar dating? Sepatutnya dia gembira bukan bila menerima ajakan dari Zahira setelah berkali-kali ajakannya ditolak. Tapi perasaan teruja itu hilang, hilang bersama dengan perasaannya yang sangat tertekan dengan apa yang berlaku semalam.

 

 

Zafril hanya melihat Zahira begitu berselera menjamu selera. Nasi ayam dihadapannya hanya dikuis sipi. Selera makannya langsung tiada, walaupun dihadapannya sekarang adalah wanita dambaannya selama ini. Sebelum ini rindu bukan main, sampai makan pun tak lalu. Tapi sekarang dah depan mata, takkan takde selera lagi ye tak?

“Jauh mengelamun, dah sampai mana?”soal Zahira bersahaja.

“Dekat pintu hati awak.”Zahira tersenyum kecil mendengar jawapan Zafril. Pandai pulak mamat ni nak ber chia-chia.

“Jangan lama-lama disitu takut sesat tak jumpa jalan keluar.”balas Zahira pula.

“Selagi awak tak berikan kuncinya selagi itu saya akan setia disini.” Bals Zafril taknak mengalah.

“Okay stop, biar saya terus terang kenapa saya nak jumpa awak.” Zahira menarik nafas dalam, Zafril hanya diam memberi peluang untuk Zahira berbicara.

“Saya nak berbincang dengan awak tentang hubungan kita. Betul awak ikhlas nak kahwin dengan saya?” soalan Zahira mengejutkan Zafril. Dia langsung tak menyangka Zahira akan terlalu berterus terang sampai begini sekali.

“Saya tunggu jawapan awak Zafril.”

“Saya memang ikhlas nak memperisterikan awak.” jawab Zafril tenang, matanya tepat memandang mata Zahira saat kata-kata itu dilafazkan. Dia mahu Zahira lihat sungguh dia ikhlas dengan hubungan ini.

“Kalau macam tu bulan depan kita kahwin, tapi dengan satu syarat. Kalau awak tak setuju dengan syarat ini kita akan putuskan hubungan ini sampai bila-bila.”

“Syarat apa sampai kita kena putuskan hubungan ni?” soal Zafril tidak puas hati.

“Saya nak awak berbaik dengan pakcik Azman, tu je syarat saya. Saya nak kita mulakan hidup baru dengan buang semua rasa marah dan dendam sesama kita. Saya nak kita sekeluarga bersatu kembali.” Zafril pandang tepat wajah Zahira, dia cuba mencari jawapan kenapa Zahira sanggup meletakkan syarat seberat ini padanya.

“Saya sangkakan awaklah orang yang paling faham isi hati saya, tapi rupanya tidak. Malah awak lebih lagi memaksa saya. Jahat sangatkan saya ni sebab jadikan dia sebagai musuh saya. Saya mungkin boleh maafkan dia tapi untuk berbaik saya mintak maaf,hati saya terlalu lama menderita sebab dia. Saya tak faham kenapa awak nak saya berbaik dnegan lelaki yang musnahkan hidup saya dan ibu.” Zahira tunduk sayu,keras sungguh hati lelaki bernama Zafril ini.

“Jangan terlalu cepat menghukum Zafril. Dia dah bertaubat, dia nak tebus semula dosa dia pada awak. Tak boleh ke awak berikan dia peluang itu?”

“Peluang?Peluang untuk saya ingat semula semua kata-kata penghinaan orang pada saya dulu? Saya bukan budak-budak yang boleh diberikan gula-gula untuk dipujuk dan melupakan semua yang berlaku. Kalau awak tekad dengan syarat awak saya juga tekad dengan hati saya. Saya tak perlukan dia dalam hidup saya.” Sungguh angkuh Zafril berkata-kata, dia lupa tanpa lelaki itu dia takkan lahir kedunia ini.Tanpa lelaki itu juga dia takkan masih hidup sampai hari ini.

“Saya kesal, saya kesal kenal lelaki macam awak. Saya kesal mencintai lelaki seego awak. Hidup dan mati lah dengan dendam kesumat awak tu!” Tanpa menunggu lama Zahira terus bangun meninggalkan Zafril. Semua orang direstoren itu memandang kearah mereka. Zafril menggenggam kuat tangannya. Rasa marah menguasai dirinya sekarang. Zafril turut bangun dari kerusi untuk keluar dari restoren yangsangat panas ini, sebelum keluar dia sempat meletakkan wang kertas RM50 diatas meja itu.

Dalam kereta Zahira menangis semahunya, dia sangkakan Zafril benar-benar sayangkan dia sebab itu dia meletakkan syarat itu. Dia kasihan kan bapa saudaranya, dia juga kasihkan Zafril. Dia mahu Zafril lupakan kisah silam, yang paling penting dia mahu tunaikan wasiat ibu Zafril untuk baikkan mereka berdua. ‘Maafkan Ira ibu,Ira gagal tunaikan permintaan ibu. Anak ibu terlalu tinggi egonya.’

Zafril memandu kereta tanpa arah tujuan, sehinggalah matanya terasa mengantuk baru dia sedar yang dia sudah memandu terlalu jauh.

“Ya Allah aku dah nak sampai JB? Astaghfirullahhallazim.”

Zafril berhenti rehat di stesen minyak untuk mengisi minyak dan menunaikan solat asar yang sudah dipenghujung waktu. Selepas menunaikan solat, Zafril mendail nombor telefon Kamal.

“Hello ha kenapa tiba-tiba call aku?”

“Aku ada dekat JB ni, nak tumpang rumah kau malam ni boleh?”

“Kaubuat apa dekat sini? Ada meeting ke?”

“Adahal sikit, boleh tak aku tidur rumah kau ni?”

“Sorryla Aril, malam ni tak boleh sebab adik aku ada sini. Dia ada interview kerja esok.”

“Ohye ke, ok tak pe. Aku check in hotel je. Thanks Kamal, assalammualaikum.”

“Hotel mana? Malam ni aku datang kita keluar minum, aku rasa kau ni ada problem kan?”

“Pandailah kau, okay nanti apa-apa aku roger kau, bye.”

Kamal tahu tentu Zafril dalam masalah, kalau tak takkan tiba-tiba ada dekat sini.Kamal dah masak dengan sikap Zafril yang sangat perahsia, dan seorang lelaki yang suka memendam perasaan sendiri. Ini tak lain tentu tentang Zahira sebab suara tu kecewa lain macam.

Previous: Bab28/2
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania