Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab25

“Abang sudahlah fikir tu. Nanti tekanan darah awak naik pulak.” nasihat isterinya dibiarkan sepi.

“Takkanlah sebab Zafril tolak cinta dia, Zahira sanggup terima lamaran Arif? Awak pun tahu kan betapa meluatnya dia dengan budak Arif tu. Ha sekarang ni senang-senang pulak dia terima. Dah la tu siap nak percepatkan tarikh nikah lagi. Hmmm, saya bimbang dia menyesal nanti.Perkara kahwin ni bukan perkara yang boleh dibuat main.” Dato’ Azhar meraup wajahnya yang sugul. Keputusan Zahira seperti mahu membalas dendam pada Zafril,tanpa dia sedar keputusan itu adalah soal masa depan dia sendiri.

“Dah berbuih mulut kita ni nasihatkan dia bang. Entah apa yang merasuk fikiran dia pun saya tak tahu. Abang, apa kata abang yang pergi jumpa family Arif dan minta batalkan semuanya.”

“Awak biar betul Ainul?”

“Betullah bang, apa yang tak betulnya. Saya yakin, Zahira okay kalau pertunangan mereka diputuskan.” Kali ini Puan Ainul yakin dengan keputusannya. Dia tak mahu Zahira salah buat keputusan lagi.

 

Hari ini Zafril telah memulakan tugas setelah 3 bulan bercuti panjang. Biasalah bila dah lama cuti, jadi agak kekok untuk memulakan kembali tugas yang sudah lama ditinggalkan. Zafril termenung panjang melihat fail dan lukisan pelan yang menimbun diatas meja. Kepala yang tak pening diurut perlahan.‘Habislah aku.’

“Hai Zafril baru masuk kerja dah sakit kepala ke?” Zafril angkat kepala bila suara itu menerjah gegendang telinganya.

“Hmm, perli la tu. Kau tengok la atas meja aku? Nak tarik nafas pun tak berapa nak lepas tengok semua ni.” Kamal ketawa mendengar omelan sahabatnya.

“Kertas pelan dan fail tu rindu gila dekat kau. Lain kali jangan tinggal lama-lama lagi.” usik Kamal lagi.

“Dah la kau, kalau datang sini nak perli-perli aku better jangan datang. Besar kecik besar je aku tengok kau.”

“Ok better aku blah sebelum kau hand over semua kerja tu dekat aku. Ha sebelum aku lupa, aku nak remind jam 9.00pagi kita ada meeting dengan Tuah Emas Designer. Bos mintak kita dua orang yang attend,dia ada meeting lain.”

“Oh ye ke, kalau macam tu kau je la yang pergi, aku banyak kerja ni” Zafril sudah tayang muka seposen.

“Kau cakap sendiri dengan bos, aku tak campur.” Kamal terus berlalu meninggalkan Zafril, bimbang kalau berlama lagi disitu dia akan termakan dengan pujukan Zafril. Sekali lagi Zafril mengeluh halus. ‘Tenang Zafril kau sudahkan satu-satu, buat kerja dengan tenang. Kau boleh!’ Fail diatas meja terus dibaca dan diteliti, dia kembali fokus untuk menyiapkan semua kerja yang tertunggak lama.

 

Usai solat isyak Zafril terus merebahkan diri di katil. Lega rasanya dapat baring atas katil setelah seharian duduk dipejabat dan semasa mesyuarat tadi. Mesyuarat? Hmm, terus terang dia hanya mampu memberikan tumpuan pada mesyuarat itu hanya 30peratus. 70peratus lagi hilang entah kemana bila Zahira hadir ke mesyuarat itu bersama dengan Arif. Pada mulanya dia fokus tapi bila Arif memanggil Zahira sayang dan Zahira menyahut panggilan itu membuatkan fokus Zafril mula terganggu. Kalau ikutkan hati nak saja dia cepuk muka Arif yang gatal semacam. Dan yang membuatkan dia lebih marah bila Zahira seakan merelakan tindakan Arif yang bagi Zafril keterlaluan.

“Saya minta maaf encik Arif dan Cik Zahira, kalau ye pun nak bercinta tolong bukan masa meeting. Please be professional. Saya tak nak tanggung dosa subahat maksiat.” Zafril meraup mukanya bila terkenang peristiwa semasa meeting tadi.Dia sendiri tak faham kenapa Zahira boleh bercinta dengan Arif. Kata cinta sangat pada dia, tapi tadi apa yang dia lihat Zahira memang sudah lupakan dia.Tapi kenapa Arif? Macam sudah pupus lelaki yang baik sampai Zahira perlu memilih untuk bersama lelaki kasanova seperti Arif.


Panggilan telefon dari Arif dibiarkan Zahira tidak berjawab, tidak berminat untuk dia menjawab panggilan itu.. Sudah berkali-kali dia bagitahu pada Arif yang dia takkan keluar berdua dengan Arif pada waktu malam. Tapi nampaknya lelaki ini langsung tak faham. Tambah lagi dengan peristiwa pagi tadi, Zahira memang tidak berminat untuk melayan Arif. Dalam diam ada rasa menyesal kerana menerima pinangan Arif. Kali ini pesanan aplikasi whatsapp pulak yang berbunyi.Zahira dengan malas mengambil telefon dan aplikasi whatsapp dibuka. Terbuntang mata Zahira bila melihat pesanan dari Zafril bukan dari Arif.

Maaf tentang mesyuarat tadi. Saya tak suka cara awak dan Arif. Ikatan tunang bukan tiket untuk awak berdua berkelakuan begitu tadi. Tolong jaga maruah awak sebagai seorang wanita.

Rasa gembira bertukar marah biladia membaca pesanan dari Zafril. Zahira tahu apa yang dia buat tadi salah. Dia juga bengang dengan tindakan Arif tadi, tapi demi menjaga air muka Arif dia terpaksa mengikut rentak Arif walaupun mereka tidak tahu bagaimana dia dan Arif bergaduh dalam perjalanan pulang ke pejabat tadi.

Saya tak perlukan nasihat awak untuk menjaga maruah saya. Oh ye tak suka atau cemburu?

Zafril tersenyum kecil membaca balasan pesanan Zahira.

Cemburu untuk apa? I’m happy for you, take care.

Zahira tersenyum sendiri. ‘eleh cakap je lah ye saya cemburu. Ikut awaklah, solat lagi baik.’ Zahira meletakkan telefon diatas katil lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.  

Zafril masih menanti jika Zahira akan membalas pesanan aplikasi whatsappnya. Namun penantiannya sia-sia kerana sehingga jam 12 tengah malam telefonnya terus sunyi dari sebarang bunyi. Zafril akhirnya megalah, telefon diletakkan ditepi meja dan dia terus baring sambil mata terpejam rapat. Jauh disudut hatinya dia sangat cemburukan Arif, kerana lelaki itu bakal menjadi suami kepada Zahira wanita yang paling baik, setia dan Zahira juga wanita yang dia paling sayang. ‘saya sayang awak zahira sebab itu saya tegur awak.’

 

“Kamal aku dah luluskan cuti kau 3hari.” Ujar Zafril sambil mata masih melekap pada pelan projek dihadapannya.

“Aku mintak 5 hari kenapa kau luluskan 3 hari je?” soal Kamal tidak puas hati.

“Aku tak boleh cuti lama-lama kerja banyak ni.”

“Lah apa kaitan kau tak boleh cuti dengan permohonan cuti aku?”

“Ye lah aku nak ikut kau balik kampung. Kau tak boleh bagi alasan lagi dah banyak kali kau elak kali ini aku nak ikut no matter what aku nak ikut kau balik kampung minggu depan.” Zafril tekad kali ini setelah berkali-kali Kamal seperti berat hati membenarkan dia pulang ke kampung sekali. Entah kenapa teringin benar dia nak menjejakkan kaki ke kampung Kamal. Seperti ada sesuatu yang memanggilnya untuk ke sana.

“Aku bukan apa rumah aku kecik aku malu la dengan kau.”

“Rumah nenek aku pun kecik, masa luar negara pun aku hidup susah mujur ada Zul dia yang banyak tolong aku untuk aku hidup dekat sana. Tapi sampai sekarang aku menyesal sangat sebab terlalu lama tinggal dekat sana, aku biarkan nenek aku keseorangan dekat kampung.” Penyesalan yang sudah tiada gunanya lagi. Nenek pun sudah tiada. ‘Maafkan Aril nek, sebabkan mulut orang kampung Aril bawa diri sampai tak fikir tentang perasaan nenek yang sunyi dan sedih.’

“Dahla Aril, benda dah lepas. Sebab tu aku nak pesan pada kau, jangan ulang semula apa yang kau dah buat. Sekarang kau masih ada ibu, ayah tiri dan adik-adik yang sayangkan kau. Aku tak nak bila mereka semua dah takde baru kau nak menyesal macam sekarang, masa tu semua penyesalan kau dah tak berguna.” Kata-kata Kamal berjaya menjentik hatinya. Apa yang Kamal katakan semuanya benar belaka. Entah kenapa egonya terlalu tinggi untuk berbaik semula dengan ibunya. Mungkin sudah tiba masanya untuk mereka semua bersatu sebagai sebuah keluarga yang bahagia.

“Thanks sahabat nasihat kau sangat terbaik. Oleh sebab itu, jom aku belanja kau makan.”

“Inilah gunanya sahabat, menasihati disaat sahabatnya membuat kesilapan. Menegur disaat sahabatnya tersalah jalan dan membimbingnya bukan membiarkan sahabat itu terkapai-kapai mencari jalan yang benar.” Kamal menepuk bahu Zafril. Sungguh dia ikhlas dalam persahabatan ini. Dia sudah menganggap Zafril seperti abang kandungnya sendiri.

“Zafril itu bukan cik Zahira dengan encik Arif ke? Kenapa tu? Macam bergaduh je?” Mata Zafril terus memandang pada pasangan itu. Nampak kedua-duanya dalam keadaan tegang, sah mereka berdua sedang bertegang urat. Tanpa tunggu lama Zafril terusbangun menuju ke arah Zahira dan Arif.

“Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Zahira dan Arif terus pandang wajah Zafril yang tiba-tiba muncul dihadapan mereka.

“Eh encik Zafril, nothing happen just selisih faham sikit kan sayang?” jawab Arif ingin mengelak dari Zafril. Zafril memandang wajah Zahira yang masam. Dia yakin ada yang tidak kena dengan mereka berdua.

“Kalau ye pun ada sedikit perselisihan faham, bukan bergaduh ditempat awam. Malu orang tengok.” Balas Zafril tenang.

“Yang you menyibuk ni kenapa? Nak jadi hero dekat sini?” Zahira marah dengan tindakan Zafil yang dapat dilihat sebagai menyibuk hal peribadinya.

“Menyibuk?Ok fine, teruskan lah bergaduh.” Tanpa menunggu lama Zafril terus berlalu meninggalkan mereka berdua. Zahira bengang dengan kedua-dua lelaki ini. Seorang gatal dan tak reti bahasa yang seorang lagi ego tinggi melangit.

“Arif mulai hari ini, saat ini kita berdua putus. You bukan lagi tunang I.”

“Tapi kenapa? You cakap nak bagi peluang pada I.”

“I tak boleh, I dah cuba untuk terima you tapi I tak boleh. I’m sorry.” Zahira sudah tak sanggup menipu dirinya lagi dan juga Arif. Cukuplah dia mencuba dan dia memang tak boleh. Sebuah ikatan perkahwinan bukan untuk setahun dua, tapi untuk selama-lamanya. Jadi bagaimana dia mahu hidup dalam ikatan perkahwinan dengan lelaki yang dia langsung tak cinta.

“You tak boleh terima I sebab you still sayangkan lelaki tu kan? Cakaplah betulkan?”giliran Arif pula menyoal Zahira. Zahira hanya mendiamkan diri.

“Bagitahulah you nak putus tunang sebab you masih cintakan lelaki tu kan? Bagitahulah depan lelaki tu yang you masih cintakan dia!” Saat ini semua mata memandang mereka berdua. Zafril yang sudah kembali ke mejanya menarik nafas dalam. Dia faham siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Arif.

“Sini you ikut I, sini!” Arif menarik tangan Zahira menuju ke meja Zafril bila Zahira hanya mendiamkan diri tidak menjawab pertanyaannya.

“Ini lelaki yang you cinta sangat ni. You rasa bila kita putus dia akan kembali pada you ke?”

“Arif you tak layak buat I macam ni. Jom kita balik.” Zahira mahu segera pergi dari restoren ini. Menyesal rasanya berbincang soal putus tunang di tempat awam.

“Nope,I takkan benarkan you balik selagi you tak bagitahu kenapa you nak putus tunang dengan I.”

“Encik Arif saya hormat awak sebagai client syarikat kami. Jadi saya mintak sangat tolong keluar dari restoren ini. Awak berdua dah mengganggu kententaraman orang yang nak makan dekat sini.” Zafril sudah bersuara, dia tak sanggup melihat wanita yang dia sayang dimalukan dikhalayak ramai.

“Tak!takkan keluar selagi I tak dengar pengakuan dari mulut tunang I.”

“Fine you nak sangat tahu, yes I mintak putus sebab I tak boleh terima perangai you yang terlalu cemburu, gatal dan control hidup I. Dan yang paling penting,lelaki ini langsung tiada kaitan dengan hubungan kita sebab I dah lama buang rasa cinta I pada dia. Puas hati you sekarang?” Zahira berlari keluar dari restoren. Air mata berjujuran di pipi. Sakit rasanya menipu hati sendiri, lain dimulut lain dihati. Arif ingin mengikut Zahira namun dihalang Zafril.

“Kau sememangnya tak layak untuk dia. Aku dah warning kau kan tolong jaga hati dia,tapi tak kau tak pernah berubah. Aku bagi last warning, kau jangan kacau dia lagi. Ingat tu, jom Kamal.” Kali ini Zafril sedar yang Zahira terseksa dengan apa yang dia dah buat. Dia perlu perbetulkan semuanya, ‘Saya mintak maaf Ira. Saya akan kejar cinta awak semula, saya akan perbetulkan semuanya termasuk hubungan saya dengan ibu. Tunggu saya Ira, tunggu Aril ibu.’

 

 

 

Previous: Bab24/2
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania